Sunday, 21 February 2016
Pemuda,Puteri Umno Boikot Majlis PM?
Menurut laporan hampir 2,000 orang hadir dalam majlis tahlil dan bacaan yassin sempena menyambut 40 tahun penglibatan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam politik Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Tertinggi Umno serta Ketua Ketua Bahagian Umno seluruh negara.
Turut sama Ketua Wanita Umno bersama jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Namun ketiadaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Emieryati menimbulkan tanda tanya. Bahkan ketiadaan barisan Exco kedua dua Sayap Umno di majlis tersebut amat mengejutkan.
Mustahil mereka selaku orang penting dalam parti tidak maklum mengenai aturcara melibatkan Presiden parti. Malah jemputan secara terbuka telah dibuat dalam media sosial dan majlis ini terbuka kepada ahli Umno.
Difahamkan Ketua Puteri Umno yang dalam perjalanan menghadiri majlis tersebut mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berdekatan PWTC.
Dalam laman sosial facebook milik Mas Emieryati, beliau telah memuatnaik satu foto ketika menerima rawatan doktor. Beliau turut menytakan kekesalan tidak dapat bersama dalam majlis di PWTC.
Namun demikian, ini bukanlah alasan bagi barisan Exco Puteri tidak turut serta dalam acara tersebut. Aturcara majlis telah dimaklumkan awal namun pelbagai alasan diberikan dan ini menunjukkan mereka tidak endah akan sebarang program yang melibatkan Presiden Umno.
Pemuda pula ternyata menjadikan majlis ini sebagai medan 'tunjuk perasaan' tanpa kehadiran seorang pun Exco serta Ketua Pemuda. Seperti menunjukkan kekuatan suara, mereka tidak tampil langsung dalam majlis tersebut tanpa alasan munasabah. Adakah Khairy yang menyimpan 'kuku' selama ini telah menggunakan majlis malam semalam untuk melepaskan perasaan terpendam terhadap Najib dengan tidak hadir dalam majlis?
Selaku Ketua Sayap dalam Umno, mereka berdua seharusnya menjadi contoh kepada ahli serta Exco dibawah pimpinan, namun sebaliknya apa yang dikesali Khairy dan Mas seperti tidak lagi menyokong Najib selaku Presiden Umno. Adakah Pemuda dan Puteri merasakan mereka sudah hebat dalam sepak terajang politik dan mengganggap acara semalam hanya satu acara kecil dan tidak memerlukan kehadiran semua Exco?
Adakah Khairy dan Mas serta barisan Exco Pemuda serta Puteri sudah 'besar kepala' apabila merasakan cukup hebat dalam politik dan mampu setanding Najib maka tidak perlu bagi mereka hadir dalam program keagamaan yang disediakan? Andai program berbentuk hiburan, sedayanya mereka akan hadir tanpa kompromi.
Sekurang kurangnya tunjukkan kepada ahli bahawa Presiden masih punyai Sayap kanan dan kiri dalam menerajui parti.
Dimana sebenarnya nilai kesetiaan Sayap Umno kepada Presiden yang selama ini tidak mereka pertahankan apabila di serang dari segenap penjuru?
Sudah hilangkah semuanya kenyataan 'manis' Pemuda dan Puteri yang menyokong Presiden semasa Persidangan Agung Umno 2015 atau mereka sekarang dalam mood sama seperti pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment