PEMBANGKANG KETANDUSAN CALON BERKALIBER, BAWA CALON LUAR MENANDINGI BN
Senarai calon yang bertanding merebut kerusi P067 Kuala Kangsar.
- Datin Mastura Yazid -Barisan Nasional
- Izat Bukhary Ismail Bukhary - Bebas
- Najihatussalehah Ahmad - PAS
- Ahmad Temizi Ramli - PAN
Menariknya Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar bakal mempertaruhkan Mastura Yazid sebagai calon yang telah bermastautin selama hampir 27 tahun dan telah mengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar sejak menetap di sini, manakala pencabar dari pembangkang pula tidak pernah mengundi dalam kawasan yang ditandingi.
Percaturan BN meletakkan Mastura Yazid pula dianggap sebagai langkah tepat bagi meneruskan kerja kerja yang telah dimulakan Allahyarham Dato Khair-ill sebelum ini. Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau telah banyak merancang serta membantu pembangunan Kuala Kangsar dan rata rata penyokong BN mahu Mastura meneruskan usaha Khair-ill sebelum ini.
Bagi pemimpin kaum Cina di Kuala Kangsar mereka berpendapat Mastura akan menjadi pemimpin yang baik setanding Khair-ll. Menyatakan sokongan serta janji MCA Perak akan membantu kempen PRK bagi memastikan 24% kaum Cina memilih BN. Turut memberi sokongan penuh adalah IPF Bersatu, MIC, PPP serta Kimma Perak yang hadir semasa penamaan calon.
Dalam pada itu, calon dari PAS dan PAN yang tidak akan mengundi pada 18 Jun 2016 ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan mengelirukan rakyat Kuala Kangsar dan tidak berminat membela nasib pengundi. Atas kepentingan politik parti, pembangkang yang meletakkan calon luar dari Kuala Kangsar sebenarnya tidak mampu menjadi wakil yang baik bagi rakyat Kuala Kangsar.
Pengundi perlu disedarkan percaturan pembangkang yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat apabila meletakkan calon yang sememangnya tidak akan berada di Kuala Kangsar serta tidak bermastautin di dalam kawasan.
Dr Najihah dari PAS merupakan pengundi Dun Bota, Parlimen Parit manakala Ahmad Termizi Ramli pula merupakan pengundi Dun Kota Anggerik, Parlimen Shah Alam. Bagaimana mereka mahu meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dalam Parlimen jika mereka sendiri tidak tahu sosio politik dan kehidupan rakyat Kuala Kangsar? Ini pasti akan menimbulkan masalah kepada rakyat Kuala Kangsar jika mereka memilih pembangkang sebagai wakil dan akhirnya pengundi akan merana sendiri apabila setiap kali memerlukan wakil rakyat, mereka tidak berada dalam kawasan.
Perkara ini telah terjadi di Parlimen Raub di mana wakil DAP yang memenangi kerusi tersebut tidak menjenguk rakyat dalam kawasan dan hanya akan memunculkan diri untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebolehnya rakyat Kuala Kangsar disedarkan dengan retorik pembangkang yang hanya melaungkan slogan 'Demi Rakyat' tetapi hakikat sebenarnya mereka memper'BODOH'kan rakyat.
No comments:
Post a Comment