Wednesday, 8 June 2016
PRK KUALA KANGSAR - ZAHID INGATKAN PEMIMPIN JANGAN 'TONGKAT' LANGIT
"INGAT...KALAU TIDAK KENA KEPADA KITA, MUNGKIN ANAK ANAK KITA JADI MANGSA"
Lawatan kempen yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di PDM Ulu Kenas pada 7 Jun 2016 membangkitkan semangat jentera Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar.
Menyampaikan amanat kepada jentera BN, Zahid mahu semua pihak melupakan perasaan kecil hati dan kekecewaan yang terjadi sebelum penamaan calon dan membantu parti untuk mengekalkan kerusi BN di Kuala Kangsar. Beliau juga menerangkan pemilihan Mastura sebagai wakil BN merupakan pilihan tepat setelah segala pertimbangan di ambil kira oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pemimpin tertinggi Umno lain.
Dalam nada tegas, Zahid juga mengingatkan agar pengundi memilih parti yang berkaliber bagi memastikan pembangunan Kuala Kangsar dapat diteruskan di bawah pentadbiran BN. Beliau juga mengajak seluruh jentera menginsafi bahawa kedudukan dalam politik tidak semestinya kekal dan bila sampai masa pemimpin akan berundur dan kedudukan itu perlu digantikan dengan pelapis berkredibiliti.
Dengan nada tegas Zahid menyampaikan pesanan itu kepada seluruh jentera BN dan peringatan kepada pemimpin yang masih enggan menerima hakikat calon yang diletakkan dalam PRK Kuala Kangsar merupakan yang terbaik untuk pengundi.
TPM juga mahu jentera parti dari seluruh komponen BN membantu untuk kemenangan kali ini. Sokongan dari komponen perlu diterjemahkan dengan peningkatan sokongan dari kaum lain dan ini pasti akan menjadi satu sejarah kemenangan yang paling bermakna dalam kempen PRK yang boleh di kategorikan unik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment