Tuesday, 7 June 2016
Rekod Cemerlang BN Di Kuala Kangsar - Pembangkang Tidak Mampu Nafikan
Rekod cemerlang wakil Barisan Nasional di Kuala Kangsar tidak dapat di sangkal oleh mana mana calon pembangkang yang berhasrat merebut kerusi tersebut dari BN. Allahyarham Dato Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak telah berjaya membuktikan kepada rakyat Kuala Kangsar bahawa BN merupakan satu satunya parti yang benar benar membantu pengundi dan ini terbukti dengan pencapaian cemerlang yang dilakukan sepanjang Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Menariknya jasa jasa Allahyarham kini menjadi inspirasi kepada calon BN yang bertanding bagi kerusi P067 demi memastikan perjuangan Allahyarham tidak terhenti. Mastura Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi menentang 3 lagi pencabar beliau pastinya tidak mahu rakyat Kuala Kangsar tersilap memilih wakil yang akhirnya tidak mempedulikan nasib rakyat tetapi hanya mencari keuntungan politik pembangkang.
Melalui tinjauan yang dilakukan, pengundi di Kuala Kangsar memberi sokongan penuh kepada Mastura dan mereka turut menyampaikan hasrat membantu kempen BN. Mereka turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN dan mahu memastikan calon BN memenangi kerusi tersebut bagi meneruskan agenda BN yang belum terlaksana di Kuala Kangsar.
Pencabar bagi kerusi P067 dari kalangan pembangkang pastinya tidak mampu menandingi keikhlasan BN yang mengutamakan keperluan rakyat sekaligus menafikan cerita cerita dari pihak pembangkang mengenai pencapaian BN. Malah wakil PAS yang telah bertanding sebanyak 3 kali di Dun Bota dan kalah belum tentu dapat menyaingi rekod BN apatah lagi calon muka baru arena politik negara dari PAN.
Pembangkang yang tidak mempunyai isu tempatan untuk diketengahkan dalam kempen mereka sudah tentu akan hanya membawa isu lapuk yang telah berulang kali dimainkan di peringkat nasional. Ini tidak akan menarik minat pengundi kerana mereka mahukan seorang wakil rakyat yang memahami isu isu tempatan dan mencari jalan untuk meyelesaikan segala permaslahan berbangkit.
Hanya berharap kepada pemimpin atasan parti, pembangkang dijangkakan akan cuba mengelirukan rakyat dengan perkara yang sudah terjawap dan modus operandi ini tidak akan di terima oleh masyarakat Kuala Kangsar.
Pastinya pengundi Kuala Kangsar akan memilih parti yang mempunyai kredibiliti tinggi dan mampu menjamin kesejahteraan rakyat di masa akan datang.
Barisan Nasional tetap di hati pengundi Kuala Kangsar. Keyakinan rakyat Kuala Kangsar terhadap Barisan Nasional tidak mampu di sangkal oleh pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment