Friday, 27 January 2017

SKANDAL FOREX HANTUI MAHATHIR - SIAPA AKAN BERI 'TONGKAT SAKTI'?




CUBAAN MAHATHIR GAGAL - SIAPA AKAN BANTU PPBM BILA MAHATHIR DI LANDA KONTROVERSI SKANDAL?

Percubaan demi percubaan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib semakin mendatar apabila sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan sudah nampak apa sebenarnya perancangan sebenar bekas PM itu. Walau awalnya mereka ghairah untuk bekerjasama hingga mengumpul tandatangan dalam bentuk petisyen dan diserahkan kepada YDPA, akhirnya mereka menerima tamparan hebat apabila ianya di tolak oleh YDPA. Malahan ketulenan penandatangan petisyen turut diragui kesahihannya berikutan pendedahan oleh seorang individu yang menyatakan ada penipuan dalam pembelian data melibatkan individu yang telah mati sebagai penyokong petisyen tersebut.

Gerakan ini tidak terhenti begitu sahaja apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin dan mendakwa parti tersebut untuk mengimbangi pengaruh Umno terhadap rakyat dan mahu membongkar segala kesalahan yang dilakukan Najib dalam isu 1MDB serta beberapa isu lain. Malangnya Penasihat PPBM (Mahathir) hingga hari ini masih gagal membuktikan sebarang bukti mengenai tuduhannya terhadap salahlaku kerajaan namun mereka terus menjaja isu tersebut tanpa berani membuat laporan polis kerana kekurangan bukti.


Menyambut laporan DoJ serta WSJ yang menyatakan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB sekali lagi pembangkang terpempan apabila DoJ sendiri menggugurkan dakwaan tersebut kerana kekurangan bukti pendakwaan. Berpandukan kepada laporan SR, sekali lagi mereka cuba untuk mempengaruhi rakyat Malaysia bahawa keadaan ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan tenat walau mereka tahu itu adalah fenomena dunia tetapi terus berkeras menuduh kerajaan melakukan kesalahan urustadbir ekonomi. Sekali lagi usaha ini gagal memberi bukti kukuh apabila pembentangan Bajet2017 berbeza dengan dakwaan pembangkang.

Dalam keghairahan mereka menjatuhkan kerajaan BN, usaha yang dilakukan Mahathir bersama Pakatan Harapan menemui jalan buntu apabila kes lampau yang melibatkan salahguna kuasa oleh Mahathir terbongkar. Mereka yang terpempan dengan pembongkaran gempar ini sekali lagi menerima kejutan 'istimewa' apabila skandal Forex (matawang) melibatkan hampir USD10 billion (bersamaan RM40 billion) dibongkarkan. Walau cuba menangkis pembongkaran ini sebenarnya 'jalan keluar' telah ditunjukkan lebih awal kepada PPBM dalam arus politik nasional. Tiada persetujuan dalam Pakatan Harapan mengenai sebarang keistimewaan yang akan diberikan kepada mereka dalam pembahagian kerusi untuk PRU14, malah Lim Kit Siang sendiri yang terkejut dengan laporan laporan mengenai Mahathir sudah mula menampakkan 'belang' apabila meminta siasatan dilakukan.


 Mahathir yang pada awal kenyataannya menyatakan DAP  meminta jawatan TPM jika Pakatan memenangi PRU14 mengejutkan seluruh rakyat Malaysia namun Mahathir cuba membetulkan kesilapannya apabila netizen mempersoalkan 'niat' DAP dengan mengeluarkan kenyataan bahawa MCA yang sebenarnya meminta kerusi tersebut walhal Lim Kit Siang sendiri dalam nada angkuh mempersoalkan mengapa beliau tidak boleh meminta jawatan tersebut jika PH menang dan menggunakan Perlembagaan Negara sebagai rujukan.

Ketika perasmian PPBM, Mahathir turut menyatakan pemberian BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah dan ini bertentangan dengan kenyataan awal beliau yang menyamakan pemberian BR1M sebagai rasuah dari kerajaan Najib kepada rakyat. Netizen yang agak terganggu dengan kenyataan Mahathir mula mempersoalkan sikap 'U Turn' Mahathir yang berbolak balik apabila mengeluarkan kenyataan seakan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan yang akan bertukar setiap hari mengikut kesesuaian politik PPBM bersama PH.


Apakah kesudahan episod 'U Turn' Mahathir dalam politik Malaysia? Mungkin beliau mahukan jaminan buat Mukhriz dalam arus politik nasional dan kerana itu beliau sanggup bersama dengan sebuah parti serta individu yang pernah beliau gelarkan sebagai rasis. (DAP, Lim Kit Siang) Mengikut pemerhatian segelintir netizen yang mengikuti perkembangan politik tanahair sudah boleh membaca apa sebenarnya perancangan Mahathir dalam mencatur kepentingan politik kroni serta melindungi kepentingan rakan perniagaan yang selama ini menyokong beliau dan mendapat faedah dari pemberian kontrak kontrak semasa zamannya memerintah. Walau cuba dinafikan oleh sekutu lain dalam pembangkang mereka tetap berhati hati dengan segala tindak tanduk Mahathir yang di lihat mahu menguasai seluruh gabungan PH dan DAP telah menghidu perkara ini lebih awal dan mengambil sikap kontra dengan penglibatan Mahathir dalam arus pembangkang.

Masa akan menentukan kemana sebenarnya hala tuju PPBM yang tidak konsisten dalam permainan politik pembangkang dan masih memerlukan 'tongkat sakti' dari sekutu lain bagi menguatkan kedudukan mereka dalam gabungan tersebut. Kemungkinan rakyat akan menghukum kesalahan 'MahaFiraun' (gelaran pembangkang) yang dahulunya tidak mementingkan kebajikan rakyat tetapi melebihkan amalan 'kronisme' semasa era memerintah.

No comments:

Post a Comment