'KONSPIRASI' BAKAL BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN? BENARKAH PAS AKAN KEMBALI KE PANGKUAN PEMBANGKANG?
Ternyata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai langsung. PAS mewakilkan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian PPBM yang menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan dan mampu sebaris dengan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang pernah mengusir PAS dari gabungan pembangkang. Mana maruah PAS di mata Pakatan Harapan?
Pakatan Harapan (gabungan PKR, DAP, PAN) yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas menyingkirkan PAS kini mendapat sekutu yang baru walau masih belum di terima secara sah untuk bersama mereka dalam sebarang kempen pilihanraya akan datang. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bergelut dengan kontroversi dengan penyingkiran Anina Saadudin serta kemelut yang melanda kepimpinan tertinggi PPBM malah melibatkan kenyataan kontroversi penasihat mereka sendiri.
Agak menjengkelkan apabila Mahathir yang satu ketika dahulu lantang mengkritik DAP sudah bersedia sebaris malah memecah rekod apabila hadir dalam konvensyen parti sekular sosialis itu buat pertama kali dalam sejarah politiknya. Apabila di putar semula rakaman video ucapan Mahathir mengecam DAP terutama Lim Kit Siang yang beliau gelar sebagai 'RASIS' ternyata Mahathir hanya memanipulasi politik sumbang untuk mencapai apa yang beliau hajati iaitu menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional dari memegang tampuk kerajaan.
Namun demikian percaturan politik Pakatan Harapan di lihat tidak akan menyebelahi Mahathir dan barisan kepimpinan parti beliau kerana pasti akan terjadi perselisihan apabila melibatkan penguasaan kerusi dalam pembahagian kawasan yang ditandingi kelak. Pakatan Harapan yang melihat kepincangan mereka semenjak menyingkirkan PAS sudah nampak kekuatan sebenar yang selama ini di bantu PAS dalam kemenangan PRU13. Mengharapkan PAN merupakan kesilapan yang telah terbukti semasa mereka diberikan peluang berbuat demikian di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Ternyata pengaruh PAN masih belum mampu menandingi kemampuan PAS dan ini sebenarnya menarik perhatian Pakatan Harapan mengenai kerjasama 'pintu belakang' bersama PAS tanpa membabitkan PAN.
Andaian mengenai kerjasama ini semakin menjadi hangat apabila ada khabar angin tersebar PPBM sendiri mahu bekerjasama dengan PAS kerana masih belum menaruh kepercayan sepenuhnya terhadap DAP yang menguasai PH. Benarkah perkara ini berada dalam radar percaturan mereka kerana kerjasama antara PAS diperlukan tetapi dalam masa sama peranan DAP dan PAN tetap akan digunakan bagi meraih undi dari pihak tertentu untuk membolehkan PH mencapai kemenangan besar kelak. Formula apa yang perlu mereka fikirkan untuk menarik kembali PAS dalam gabungan tanpa sebarang pertelingkahan dalaman melibatkan PAN yang secara terang telah menyatakan akan bertanding di setiap kerusi PAS di Kelantan?
Apakah PAN hanya layak bertanding di Kelantan sedangkan mereka menyatakan parti itu bersifat Nasional dan telah menjelajah serata negeri bagi menarik sokongan dari kebanyakan ahli PAS? Bagaimana pula dengan PPBM yang tentunya mahu kerusi yang seimbang bagi membolehkan perancangan Mahathir untuk menaikkan seorang wakil dari parti tersebut sebagai Perdana Menteri? Apakah PPBM lupa PKR tidak pernah melupakan Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai Perdana Menteri setiap kali kabinet bayangan pembangkang dibentangkan kepada rakyat? Mahukah DAP sebagai kuasa dominan akur dengan Mahathir atau mereka akan lebih ikut kehendak PKR dalam penentuan pembahagian kerusi serta calon Perdana Menteri dari pembangkang?
Menurut seorang pemain siber yang dikenali sebagai Maniam Manikam, beliau menulis kebarangkalian ada persefahaman sulit akan berlaku dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan PAS turut serta dalam percaturan PH tanpa merosakkan hubungan dalaman PH sendiri. Mungkinkah 'konspirasi' ini boleh berlaku tanpa di hidu oleh sekutu lain dalam PH? Bagaimanapun apa yang beliau tulis hanyalah andaian dan tidak bermaksud khabar itu sahih namun peratus kemungkinan perkara tersebut berlaku amatlah tinggi tetapi apa pula kata PH sendiri?
"Dengar berita, Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya Pas,telah menemui Azmin Ali untuk merealisasikan satu gabungan baru antara Pas, PKR dan Bersatu. Moideen dan Azmin dikatakan bersetuju dgn cadangan ini yang tidak melibatkan Amanah dan DAP. Adakah rundingan sulit ini diketahui dan dipersetujui oleh Datuk Hadi Awang, Wan Azizah dan Lim Kit Siang? KONSPIRASI antara pemimpin parti Pakatan telah bermula!" - Maniam Manikam.
Klik :SINI
Netizen sudah tentu berminat memerhati permainan politik pembangkang yang selama ini hanyalah beretorik 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun tanpa memberi solusi terbaik kepada rakyat untuk dinilaikan. Kerajaan negeri yang Pakatan Harapan terajui selama 2 penggal juga mengalami pelbagai masalah hingga terpaksa meminta bantuan dana dari kerajaan Persekutuan dan ini jelas menunjukkan pembangkang belum mampu mentadbir negara secara efisien sebagaimana Barisan Nasional lakukan sepanjang hampir 7 Dekad sejak 1957.
No comments:
Post a Comment