Saturday, 21 January 2017

DAP TUBUH PARLIMEN FELDA HANYA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI - SEKUTU PAKATAN TIDAK BOLEH DI HARAPKAN?





DAP CUBA KELIRUKAN PENEROKA FELDA DENGAN PENUBUHAN BIRO PARLIMEN FELDA - LANTIK 'ORANG BUNIAN' JADI PENGERUSI

Menakjubkan apabila sebuah parti yang selama ini tidak pernah mengambil berat akan peneroka Felda malah tidak pernah menjenguk muka di kawasan Felda sudah menubuhkan satu biro khas untuk menjaga Felda. DAP yang menubuhkan biro tersebut sekali lagi membuat 'Lawak Mega' bila menamakan Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri sebagai pengerusi Biro Parlimen Felda. Bagi mereka yang tidak mengenali Ariff, beliau merupakan ahli parlimen DAP yang paling gagal membela mana mana nasib pengundi di Raub, malah beliau tidak pernah menjengukkan muka dalam beberapa kawasan tanah rancangan Felda di kawasannya sendiri.


Ariff yang mewakili DAP di Raub sebenarnya tidak mempunyai kerdibiliti langsung bagi masyarakat Felda kerana kawasannya sendiri tidak terjaga dan beliau tidak pernah memberi komitmen kepada pengundinya di Raub hingga penduduk setempat sudah hilang keyakinan kepadanya. Nama sahaja Ahli Parlimen, mahu melihat beliau di Raub merupakan keajaiban kerana tidak pernah berada dalam kawasan apabila diperlukan pengundi dan pusat khidmat DAP di Raub tidak memberi khidmat yang memuaskan hati pengundi. Rata rata pengundi Raub sendiri sudah lupa bahawa Ariff adalah wakil mereka kerana masyarakat setempat lebih mengenali Umno sebagai tempat mengadu jika mereka di timpa masalah. Inikah individu yang kononnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal peneroka Felda? Sungguh memalukan bagi DAP mempunyai seorang wakil rakyat yang hanya akan menampilkan diri apabila hampir pilihanraya dan hanya akan melawat tempat tempat 'tertentu' bagi meraih sokongan.

Turut tersenarai dalam jawatankuasa tersebut ialah Tengku Zulpuri Raja Puji, seorang ahli politik yang mahu menyaman Mufti Pahang satu ketika. Beliau yang juga merupakan Adun Mentakab tewas dalam pemilihan Pengerusi DAP Pahang sebenarnya tidak layak mewakili mana mana peneroka Felda kerana tidak mempunyai kredibilti berbuat demikian. Beberapa nama lain yang tersenarai juga bukan mereka yang benar benar arif dalam isu Felda tetapi langkah DAP ini dipercayai bertujuan menabur tohmahan kerana tidak yakin dengan kemampuan sekutu dalam Pakatan Harapan yang sehingga kini gagal mempengaruhi pengundi Felda yang terus mengundi BN selama ini.

Lim Kit Siang memberi alasan kontroversi yang melanda Felda merupakan sebab utama mengapa biro ini ditubuhkan. Beliau tidak langsung menyatakan apa yang boleh parti tersebut beri kepada peneroka sebagai 'janji' untuk menaikkan taraf ekonomi peneroka. Lebih berminat untuk memburukkan pengurusan Felda, DAP sebenarnya sudah ketandusan isu bagi diketengahkan kepada peneroka untuk memancing undi dalam PRU14 akan datang berikutan pengaruh kuat Umno di penempatan yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak. Lebih mengejutkan DAP turut menyenaraikan Dyana Sofya sebagai Setiausaha biro tersebut dan pelantikan Dyana boleh diumpamakan sebagai 'umpan' bagi menarik golongan anak muda dalam Felda mendekati parti sekular sosialis tersebut. Dyana memang dikenali sebagai bahan tarikan DAP sendiri tidak mempunyai rekod yang baik dari segi moral kerana dibabitkan dengan kontroversi sebaran foto intim bersama Zairil Khir Johari.

Selama ini apa sahaja berkaitan peneroka menjadi tanggungjawab kerajaan menyelesaikan dari semua sudut samada harga komoditi hinggalah bantuan kepada peneroka bagi menaik taraf kehidupan mereka. Tidak pernah DAP membantu masyarakat Felda dalam apa apa isu yang berkaitan dengan kepentingan Felda malah DAP sendiri agak cemburu dengan keakraban peneroka dan kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat terutama Felda yang merupakan sebahagian dari penyumbang ekonomi negara dengan hasil tuaian terbaik ladang mereka. Semua itu merupakan hasil usaha kerajaan dan masyarakat Felda yang saling berganding bahu dan DAP tidak boleh berbangga kononnya mereka turut 'berjasa' kepada Felda.

Bak kata peneroka Felda jika tidak pernah merasai pengalaman menyabit tandan sawit, tidak pernah tahu bisanya duri sawit, tidak pernah membaja sawit, tidak pernah memikul baja, tidak tahu mana ladang Felda mana ladang peneroka usah bicara mahu jaga Felda. Biarlah kerajaan yang selama ini mengambil berat tentang Felda menguruskan Felda serta pelaburan yang di buat demi kepentingan dan pulangan kepada Felda sendiri.

Sebenarnya tujuan DAP menubuhkan biro tersebut hanyalah sebagai 'gula gula' sedangkan Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad yang baru di lantik menggantikan Tan Sri Isa Samad sedang menstruktur semula Felda dan ini sudah tentu mengambil beberapa ketika bagi dilaksanakan. DAP yang terlalu berminat dalam isu Felda tidak pernah membantu mana mana peneroka dan generasi ke-2 Felda kerana mereka berpendapat Felda adalah kawasan 'Melayu' tetapi kini dengan penyingkiran PAS dari gabungan dan penambahan PAN serta PPBM dalam Pakatan Harapan sebenarnya mengecilkan lagi pengaruh DAP di kalangan peneroka Felda. Sebagai langkah awal keyakinan merampas Putrajaya maka DAP perlu menunjukkan bahawa merekalah 'jaguh' sebenar masyarakat Felda dan bukannya sekutu yang lain serta berharap gabungan Pakatan akan memberi laluan bagi parti tersebut memngembangkan pengaruh mereka di kawasan 'Melayu'.

No comments:

Post a Comment