KELUHAN NETIZEN DEDAH NIAT JAHAT PRESIDEN RUM (KTMB)
Dunia maya media sosial diakui oleh Perdana Menteri sebagai medium yang berkesan dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan tular. Namun demikian penyalahgunaan media sosial juga merupakan satu masalah apabila banyak berita serta tohmahan tidak benar lebih mendapat perhatian netizen yang suka berkongsi menularkan bahan bacaan tanpa mengkaji kesahihan sesuatu bahan.
Semalam seorang pengguna pengangkutan awam meluahkan rasa tidak puashati beliau terhadap perkhidmatan KTMB menggunakan media sosial. Beliau yang menaikmuat rungutan berkaitan kafe KTMB yang lambat beroperasi menerima komen komen positif tidak kurang juga negatif. Namun memgejutkan sekali apabila beberapa komen yang mengaku mewakili Kesatuan Pekerja KTMB mula melakukan provokasi dalam status tersebut.
Individu yang menaikmuat rungutan telah menerangkan mengapa beliau meluahkan disertakan alasan logik bagi mengapa beliau mengeluh tentang perkhidmatan di stesen KTMB. Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak baru baru ini turut menegur KTMB untuk menambahbaik struktur perkhidmatan kerana prihatin dengan pengangkutan awam yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun begitu kesatuan KTMB yang dikenali dengan panggilan RUM agak tidak berpuashati dengan keluhan pengguna perkhidmatan awam tersebut mula menyerang individu dengan komen komen negatif serta menyalahkan status tersebut sebagau menjatuhkan kredibiliti KTMB. Apa yang menjadi kejutan antara komen komen dalam status tersebut terselit ugutan dari satu akaun yang menggunakan nama Presiden Rum.
Ugutan jelas dari akaun Presiden Rum ditujukan kepada Menteri Pengangkutan dan kerajaan Malaysia mengenai perancangan RUM menggunakan pengaruh mereka untuk menjatuhkan kerajaan serta ahli parlimen tertentu.
"iya benar, sri gading juga dalam perhatian untuk barisan RUM kerahkan jentera RUM membantu pihak lawan ketika PRU 14"
Jika hanya kerana keluhan netizen mengenai perkhidmatan KTMB, Presiden RUM boleh mengeluarkan kenyataan sebegini tidak mustahil mereka sebenarnya memang mahu menjatuhkan kerajaan hanya kerana tidak berpuashati dengan Menteri Pengangkutan. Apakah Presiden RUM mahu bertanggungjawap dengan komen beliau?
KTMB mendapat perhatian secara terus dari PM tetapi mengapa seorang presiden kesatuan KTMB mempunyai niat untuk menjatuhkan kerajaan? Barisan pemimpin RUM perlu tampil menjelaskan perkara sebenar dan pihak yang mempunyai kaitan dengan RUM perlu menyiasat ugutan ini dengan kadar segera.
Sikap tidak profesional RUM yang menggugut mengerahkan barisan jentera RUM membantu pihak lawan dalam PRU14 amat melucukan.
'KERANA SECANGKIR KOPI'
No comments:
Post a Comment