Wednesday, 5 April 2017

NAJIP ALI WAJAR DI HALANG MUNCUL DI MALAYSIA


UMPAMA BATUK KAHAK TAK LEPAS - NAJIP ALI DAN MEDIACORP MINTA MAAF SELEPAS HAMPIR SEMNGGU?

Bidalan Melayu mencatat 'kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa' bertepatan dengan apa yang terjadi terhadap 'BADUT' Singapura bernama Najip Ali.

Beliau yang menerima kecaman netizen Malaysia kerana keceluparannya dalam sebuah rancangan terbitan MediaCorp milik Singapura sebenarnya menutup periuk nasi sendiri di Malaysia. Selepas seminggu di kecam hebat, MediaCorp dan Najip Ali tampil memohon maaf kepada PM Najib Razak kerana merendahkan maruah seorang Perdana Menteri Malaysia. Agak terlambat untuk pihak media Singapura dan Najip Ali membetulkan keadaan kerana mereka hanya menunggu hingga 7 hari untuk meminta maaf.

MediaCorp selaku pihak penyiar yang mementingkan rating serta kredibiliti selaku penyiar kebanggaan Singapura sebenarnya boleh mengambil langkah lebih awal dan tidak membuat netizen dan rakyat Malaysia bertambah marah apabila tidak mengambil langkah segera. Mengapa MediaCorp hanya memohon maaf selepas seminggu isu ini panas? Adakah ada helah tertentu dari MediaCorp dan Najip Ali untuk terus merendahkan pemikiran netizen dan rakyat Malaysia?

Najip Ali yang kini menerima kecaman hingga ada suara suara yang mahu beliau di halang terus dari muncul di layar media Malaysia perlu sedar perkara ini lebih awal. Seandainya pihak Astro terus memberi tempat kepada Najip Ali untuk muncul di rancangan mereka, pastinya rakyat akan membuat persepsi pihak Astro juga sensitif dengan sentimen kemarahan rakyat. Memburukkan keadaan, mungkin Astro akan dikatakan sebagai sebahagian agen untuk menyebar kebencian terhadap kerajaan serta kepimpinan Malaysia.

Suka diingatkan Najip Ali perlu tampil secara persendirian memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan PM Najib dengan sukarela dan bukan berlindung di belakang MediaCorp Singapura.

No comments:

Post a Comment