ZURAIDA BAKAL GUGUR KERANA 'DISNEYLAND'?
Kontroversi yang melanda PKR selepas Ketua Umno Sg Besar melakukan pendedahan di Parlimen Ampang bakal beri kesan kepada penyandangnya Zuraida Kamaruddin. 'Disneyland' Ampang milik pembantu Zuraida menjadi tular kerana kekayaan Adam Rosly menjadi tandatanya bagaimana dengan gaji sebagai Pegawai Khas mampu memiliki hartanah yang bernilai tinggi di celah celah perumahan RAKYAT.
Berdepan dengan siasatan SPRM, ternyata memecat Adam menjadi perkara pertama yang dilakukan PKR bagi mengelak sebarang kaitan dengan parti milik Anwar Ibrahim & keluarga ini. Zuraida yang turut dikenali dengan jolokan 'Mak Lampir' terpaksa berdiam diri apabila diarahkan oleh pimpinan PKR untuk tidak mengulas mengenai kekayaan Adam.
Dalam satu laporan oleh Roketkini.com, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor enggan mengulas apabila di tanya oleh wartawan mengenai kedudukan Zuraida di kerusi Ampang. Ternyata desas desus pergolakan dalaman PKR sudah tidak dapat disorokkan lagi apabila dikatakan nama Zuraida tiada dalam senarai calon PKR bagi menghadapi PRU14.
Malah menurut satu sumber yang enggan dikenali, kerusi Pandan juga akan turut menerima tempias apabila pergeseran antara dua kem dalam PKR sampai ke kemuncak umpama retak menanti belah. Difahamkan segala percaturan ini dilakukan oleh kem yang mahu melenyapkan legasi Ketua Umum parti tersebut sekaligus menjamin pengukuhan kedudukan ketua kem tersebut.
Mungkin kini PKR sedang melihat percaturan yang lebih besar selepas PAS Selangor hanya menunggu masa sesuai bagi mengakhiri kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor selepas PKR tidak menyokong pembentangan Ruu355 oleh Presiden Pas di Parlimen tempohari. Berkongsi kuasa bersama parti yang baru menyertai Pakatan Harapan masih belum mampu memberi keyakinan pembahagian samarata kerusi Parlimen dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengekang kemaraan serta pengaruh PPBM dalam PH.
Ternyata PKR kini semakin terdesak meraih sokongan RAKYAT selepas kebobrokkan serta gaya hidup mewah pemimpin serta kroni mereka terbongkar dan tidak selari dengan matlamat perjuangan asal parti itu. Memburukkan situasi, PKR kini berhadapan dengan pembongkaran DANA Politik oleh Che'gu Bard bernilai jutaan ringgit disebalik kononnya mereka terpaksa membuat jualan meja makan amal serta mengutip derma dari RAKYAT.
Apakah PKR mampu memberi impak yang lebih baik dalam PRU14 selepas segalanya terbongkar? Adakah Zuraida merupakan antara 'Mangsa' bagi menenangkan keadaan yang bergelora dalam PKR? Hanya Azmin ada jawapan dan Wan Azizah sendiri belum mampu menjamin kedudukan Zuraida.
No comments:
Post a Comment