Monday, 3 July 2017

LATHEEFA KOYA DEDAH PEMIMPIN PAN CUTI 'RAYA' BERSAMA KELUARGA DI LUAR NEGARA?

'WAL HALALKU, WAL HARAMMU'

Aidilfitri yang di sambut meriah di Malaysia bukan jaminan untuk diraikan bersama keluarga dan ini dibuktikan oleh Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membuat keputusan untuk meraikannya di London dengan alasan keluarga di sana tidak boleh pulang ke Malaysia. Tidakkah ini pelik kerana alasan beliau itu seakan tidak selari dengan apa yang sering beliau lemparkan terhadap Najib selama ini?

Mahathir sering mengakui beliau sangat berjimat tetapi dengan beraya di London beliau menunjukkan kemampuannya yang boleh dikatakan mewah dengan kadar tukaran matawang Pound (£) ke Ringgit Malaysia (RM) yang tinggi. Jadi tidak benarlah tohamahan yang Malaysia sudah mahu bangkrap yang sering digunapakai bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Bayangkan kos keseluruhan Mahathir membawa keluarga ke London yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit hanya untuk tambang kelas pertama dalam penerbangan selama hampir 13 jam dari Malaysia ke London.

Amat mengejutkan apabila didapati bukan Mahathir sahaja yang mampu ke luar negara malah ada pemimpin pembangkang lain turut membawa keluarga bercuti Raya ke luar negara.  Pendedahan mengejutkan yang dilakukan Latheefa Koya sememangnya sukar di terima oleh penyokong parti tersebut. Siapa pula yang menaja perbelanjaan Ketua Parti tersebut seperti yang didedahkan Latheefa? Adakah beliau menerima keistimewaan dari pihak tertentu sebagai balasan kesetiaan serta usahanya memecahkan sebuah parti lain sebelum ini? Jika benar perkara ini maka Ketua Parti itu pastinya menerima sejumlah lumayan sebagai balasan hingga mampu ke luar negara bersama rombongan keluarga.

Rakyat serta penyokong parti pembangkang pastinya berminat untuk mengetahui siapa individu yang dimaksudkan Latheefa Koya. Beliau seharusnya berani mendedahkan siapakah individu tersebut memandangkan kerjayanya sebagai peguam amat memudahkan kerjanya 'memutarbelit' segalanya bagi menimbulkan persepsi terhadap pihak yang tidak senada dengannya bukan?

Beranikah Latheefa Koya? Inilah nilai sebenar Pakatan Harapan, apa sahaja yang mereka lakukan tidak akan jadi kesalahan serta 'dihalalkan' perlakuan itu. Tidak percaya? Lihat sahaja kes membabitkan Lim Guan Eng di mana beliau langsung tidak di desak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri P. Pinang walau sudah wujud kes di Mahkamah.


No comments:

Post a Comment