KRISIS DALAMAN PAKATAN SAMPAI KEMUNCAK
Perebutan kuasa dalam kem pembangkang semakin jelas terdedah apabila sindir menyindir dalam kalangan mereka tular dalam media sosial. apa yang dimusykilkan, mereka tetap menuding jari kepada Umno sebagai dalang keretakan kem Pakatan Harapan bagi mengelakkan segalanya di hidu oleh penyokong masing masing. Kisah terbaru yang terjadi dalam parti 'Bunga' melibatkan 'Kakak Putu' mendapat perhatian netizen namun 'caitro' PPBM cuba mengalih perhatian netizen dari terus memperkatakannya demi menjaga air muka 'Wali PPBM'.
Cubaan itu bagaimanapun menemui kegagalan apabila rakyat tahu krisis serta adegan ala 'GUSTI' benar benar terjadi manakala Ketua Armada PPBM pula sudah mula goyang dengan kemahsyuran seorang individu yang dikatakan bakal berentap bagi merampas kedudukannya dalam PPBM. Beliau yang belum tumbuh 'Bulu Pahat' dikatakan cuba mengajar seorang senior dalam PPBM apa itu politik dan tindakan ini dijangkakan akan memakan dirinya sendiri.
Belum lagi kisah kekecewaan ahli PPBM yang bertindak keluar parti dan mempertikaikan kekayaan keluarga 'Wali' PPBM. Tiada sebarang tindakan tatatertib di;alsanakan kerana 'kebaculan' Ketua Armada sendiri malah Presiden PPBM turut tidak berani bertindak selagi 'Wahyu Wali' tidak turun.
Bukan sahaja PPBM bermasalah, PKR turut dikatakan sedang dalam krisis dalaman. 'Perang Saraf' antara kem tertentu bagi menjatuhkan sebuah legasi tetapi untuk terus melenyapkan pengaruh serta kedudukan tertinggi yang diwariskan kepada individu tertentu. Seorang Ahli Parlimen PKR turut dikatakan telah membentuk pasukan dengan individu berpengaruh dalam PKR bagi melaksanakan misi tersebut.
Mungkinkah ini sebahagian dari strategi PKR mempertahankan pengaruh mereka di Selangor bagi mengelakkan segala skandal yang pernah didedahkan oleh ahli mereka sendiri tidak terbongkar seandainya PKR gagal mempertahankan Selangor dalam PRU14?
Suasana panas dalam Pakatan Harapan turut terkesan dengan desakan terhadap DAP selaku 'Tekong Utama' pembangkang. Kegagalan mereka mengisytiharkan pemilihan CEC DAP berlarutan dari Mendiang Karpal Singh hidup hingga kini. Teraju utama DAP, Lim Kit Siang pula nampak cuba bermain tarik tali dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 2012.
Konflik yang terjadi dalam pemilihan CEC DAP juga membawa kepada pemecatan beberapa ahli DAP yang bersuara mempertikaikan keputusan yang pelik selepas DAP menyedari TIADA wakil dari Orang Melayu dalam CEC DAP hingga terpaksa 'memasukkan' nama Zairil Khir bagi 'mengambil hati' penyokong mereka dari kalangan kaum Melayu (walau Zairil bukan Melayu tulen).
Memalukan lagi kem Pakatan Harapan, menifesto yang dijanjikan semasa PRU13 masih banyak yang belum ditunaikan dan kini mereka sudah merangka pelbagai janji baru sebagai 'Gula Gula' untuk rakyat. Gabungan dalam Pakatan yang bermasalah ini ternyata belum mampu memberikan keyakinan kepada rakyat walau pelbagai cara telah dimainkan pembangkang untuk memburukkan kerajaan di bawah teraju Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Apa yang penting, kini rakyat sudah mula mempertikaikan kekuatan sebenar Pakatan untuk menggantkan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan sedangkan baru memerintah 2 negeri mereka masih belum mampu memberi 100% tumpuan membangunkan negeri tersebut. Mungkin secara tidak langsung kehadiran PPBM dalam kem PH sebenarnya tidak membawa apa apa keuntungan dari kelangsungan politik DAP,PKR dan PAN apabila mengusir PAS yang selama ini menjadi tunjang kekuatan PH.
Walau menyandarkan harapan kepada Mahathir selaku 'Wali' (penyokong PPBM gelarkan) bagi memecah undi simpati rakyat, DAP sedar mereka tidak boleh mempercayai PPBM apatah lagi dengan rekod Mahathir selama 22 tahun 'menindas' pembangkang dengan pelbagai cara. Terkini sokongan Mahathir kepada Anwar mula diperkatakan oleh reformis asal 98 yang masih terkesan dengan tindakan Mahathir ketika itu.
Jadi kepada siapa sebenarnya Pakatan (DAP) harapkan? PAN tidak boleh diharapkan langsung dengan prestasi buruk ketika PRN Sarawak apabila tewas semua kerusi yang ditandingi. Malah tindakan DAP menamakan Husam Musa sebagai 'Bakal menteri Besar' turut memakan diri apabila membangkitkan kemarahan rakyat Kelantan yang 'selesa' dengan kemunduran di bawah pemerintahan PAS.
Bagaimanapun segalanya hanya akan terjawap usai pengiraan undi PRU14 dan seandainya pembangkang gagal bertahan seharusnya mereka menuding jari kepada diri mereka sendiri kerana telah GAGAL memberikan keyakinan terhadap rakyat bagi mengekalkan Pakatan Harapan di tempat mereka bertanding.
Usah menuding kepada Umno atau Barisan Nasional kerana setiap janji yang diberikan oleh BN kepada rakyat sejak PRU13 sudah atau sedang dilaksanakan dengan jayanya manakala Pakatan masih terus beretorik dengan impian 'PALSU' yang mereka sendiri ciptakan. Pembangkang kini sudah mula berebut 'NAJIS' tetapi mahu menyalahkan Umno tetapi mereka lupa mereka sesama mereka saling memalitkan 'NAJIS' dalam kalangan mereka hingga dari jauh rakyat sudah boleh menghidu bau 'BUSUK' Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment