Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Thursday, 20 February 2020

'KUDA TROJAN' GAGAL LAKSANA TUGAS - TUN M AKAN LETAK JAWATAN DAN SERAH KEPADA ANWAR IBRAHIM ESOK?

Tun M Letak Jawatan Esok, Serah Kuasa Kepada Anwar?


Tekanan peralihan kuasa semakin menghampiri apabila seorang pemimpin PKR Melaka mengeluarkan kenyataan mengelirukan serta berbeza dengan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai 'Pakatan Nasional'. Kecoh diperkatakan Tun M akan membuat kejutan pada 21/2/2020 samada merombak hampir 90% kabinet atau berundur secara mengejut dengan nasihat Majlis Presiden Pakatan Harapan namun segalanya masih menjadi tanda tanya.

Baca - TIADA PAKATAN NASIONAL - TUN M



kenyataan G.Rajendran

Baca - KETUA MENTERI MELAKA BERTUKAR?

Agak memeranjatkan kenyataan G.Rajendran turut menyentuh kedudukan Ketua Menteri Melaka dan seluruh struktur kerajaan negeri Melaka. Beliau memberi gambaran 'Pakatan Nasional' yang digembar-gemburkan akan benar-benar berlaku dan semestinya PKR akan berpecah kepada 2 kumpulan - Pro Anwar/ Pro Tun M. Desas desus dalam PKR menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengetuai kumpulan serpihan PKR dalam usaha menyokong Tun M sekiranya berlaku sebarang Undi Tidak Percaya terhadap PM manakala Amanah pula akan diketuai oleh Presiden AMANAH sendiri. Sementara itu DAP masih berdiam diri mengenai rancangan mereka namun sudah tersebar 'cakap cakap' ada pemimpin dalam DAP sendiri akan memberi sokongan kepada PM dan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan PM seperti dijanjikan sebelum PRU14.

kenyataan G.Rajendran


Benarkah dakwaan G.Rajendran ini sedangkan Tun M telah menafikan wujud sebarang cadangan bagi merealisasikan 'Pakatan Nasional.'? Bagaimana pula sekiranya perkara ini sememangnya dirancang namun disorokkan daripada pengetahuan Anwar Ibrahim? G.Rajendran selaku pemimpin PKR sudah tentu maklum apa yang berlaku dalam konflik dalaman PKR sendiri. Adalah beliau sendiri tidak menyokong Presiden PKR dalam usaha peralihan kuasa? 

Baca - PLAN AZMIN ALI MENENTANG ANWAR?

Bagaimana dengan DAP sekiranya berlaku juga Undi Tidak Percaya terhadap PM di Parlimen pada sessi Mac depan? Apakah DAP akan sokong Anwar Ibrahim atau Tun M? Apa yang bakal berlaku sekiranya Anwar kalah dalam usaha menjadi PM Ke-8 sepertimana impian 20 tahun beliau? Apakah akan berlaku Reformasi 2.0 sebagaimana cerita 'Plan B' dimainkan dalam media sosial? Apa itu 'Plan B'? Hanya mereka dalam PKR sahaja yang tahu. Jadi eloklah sekiranya pemimpin PKR tampil memberi penjelasan bagi merungkai kenyataan beliau sendiri. Dimana kedudukan Ketua Menteri Melaka sekarang sekiranya dakwaan G.Rajendran berlaku? Adakah akan kekal atau bertukar?

Apa akan berlaku pada 21/2/2020? Rombakan atau perpecahan? Apakah fokus Pakatan Harapan hanya kuasa memerintah sahaja dan kebajikan rakyat, ekonomi negara dan kemampuan negara hanya mainan pemimpin PH dan 'Gula-gula' akan ditaburkan bagi menutup mulut rakyat setiap kali mereka bertanya mengenai soal negara? Mana JANJI kepada Anak Muda?' Penjawat Awam? Rakyat pertengahan? Rakyat miskin?



Sunday, 21 April 2019

PEMERINTAHAN 'KUKU BESI' PAKATAN HARAPAN BERMULA, PENJAWAT AWAM MENJADI MANGSA KEPENTINGAN POLITIK

Hanya Kerana Kepentingan, Penjawat Awam Dimangsakan?



Kekalutan politik Pakatan Harapan yang bakal jejak setahun tidak lama lagi semakin mengelirukan rakyat. Selepas kegagalan manifesto PRU14 yang masih tidak memberi keyakinan kepada rakyat kini penjawat awam yang memberikan sokongan kepada PH sebelum ini bakal menjadi 'kambing hitam' untuk menggertak supaya kekal menyokong PH.

Baca - Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Terbaru seorang individu berpangkat dalam perjawatan awam akan ditukarkan berikutan kekalahan PH dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands diikuti Semenyih dan terbaru Rantau. Seorang pemimpin dalam sebuah parti dalam PH telah mengeluarkan kenyataan mendesak 'Pembersihan' dalam Perkhidmatan Awam dilakukan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kekalahan PH pada PRU15. Bukankah ini cara 'KUKU BESI' disebalik laungan amalan Demokrasi menjadi pegangan Pakatan Harapan?


Jika beginilah cara pemerintahan PH maka tidak hairanlah mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja daripada Penjawat Awam malah Rakyat akan memberi pengajaran kepada mereka (PH). Kerakusan parti politik menghukum sesiapa yang tidak menyokong atau memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan PH telah menyedarkan ramai pengundi termasuk Anak Muda bahawa mereka telah melakukan KESILAPAN BESAR dengan membuka peluang doktrin ala 'Gestapo' dilaksanakan. Rakyat dan penjawat awam kini seolah dipaksa menyokong ideologi politik walau sebelum ini merekalah (PH) yang terbukti menghasut agar elemen kebencian disebarkan seluasnya terhadap Barisan Nasional menerusi tohmahan yang diulang setiap kali berucap menerusi pelbagai medium.

Adakah kini Pakatan Harapan semakin gusar dengan gelombang penolakan rakyat terhadap mereka hingga membuat keputusan membabitkan masa depan penjawat awam? Ada juga kesalan Kakitangan Kontrak yang tular di media sosial berkaitan tindakan Kerajaan PH membuat tindakan menukarkan mereka tanpa mengambil kira kesukaran yang bakal dihadapi.

Kekalahan dalam 3 PRK Pakatan Harapan turut menjadi indeks ketidakpuasan rakyat terhadap PH. Rakyat semakin muak dengan gaya pemerintah dan ramai penjawat awam semakin nampak masa depan yang kelam dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Friday, 15 February 2019

PRK SEMENYIH - GARA GARA PROTES KREDIBILITI CALON, SABOTAJ SESAMA SENDIRI BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN?

Belum Bertarung Sudah Berlaku Sabotaj Dalam Pakatan Harapan, Apa Nasib Rakyat Semenyih?


Belum 24 jam pengenalan calon Pakatan Harapan menghadapi Pilihanraya N24 Semenyih sabotaj dalamam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah disuarakan dalam media sosial. Seorang 'facebooker' yang juga merupakan penyokong kuat PH telah menaikmuat kenyataan mempertikaikan pemilihan calon oleh PPBM sendiri. Menyoal intergriti calon yang ada kaitan legasi dengan penyandang kerusi N24 sebelum ini, populariti calon turut diperkatakan kerana di dakwa tidak dikenali penduduk dalam Dun Semenyih.


Walau Presiden PPBM cuba bermain saikologi dengan mengeluarkan kenyataan keyakinan PH bahawa calon BN-PAS tidak akan berjaya merampas kerusi Semenyih, perkara sebaliknya berlaku. Tular dalam media sosial beberapa (dikatakan hingga 13) Bilik Gerakan PPBM ditutup gara gara tidak puashati dengan pemilihan calon. Beberapa keping foto tular secara jelas menampakkan Bilik Gerakan PH gelap dan tidak berlaku sebarang aktiviti langsung. Malah ada dakwaan mengatakan bendera PPBM telah dicabut dari kawasan tertentu oleh penyokong PPBM sendiri namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Jika benar berlaku sampai cabut bendera maka PPBM perlu bersedia untuk kehilangan kerusi Semenyih pada 2 Mac nanti.


Sabotaj ini diburukkan lagi dengan tindakan Tun M yang secara 'Sengaja' melanggar 'perjanjian' dalam PH sendiri apabila bertindak menerima kehadiran 7 orang ahli Parlimen yang MELOMPAT dari Umno sekaligus menimbulkan kritikan terbuka dari sekutu PH sendiri. Malah ada desas desus penyokong PPBM sendiri tidak berpuashati dengan apa yang Mahathir lakukan kerana merasakan telah 'dikhianati' apabila yang MELOMPAT  Parti dilihat sebagai 'Penyelamat' Tun M dan bukannya memperkasakan parti. Bagi mereka kehadiran 'KATAK KATAK' ini seperti disintuk-limaukan supaya kelihatan 'SUCI' dan pimpinan PPBM mahu ahli menerima kehadiran mereka dengan 'REDHA' walau dalam hati berbuku.


Ada juga khabar angin berlaku pertikaian dalaman PH mengenai calon PH yang tidak enak. Benarkah calon PPBM ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari DAP, PAN dan PKR kerana hanya bersandarkan legasi? Jika dibaca profil calon beliau mempunyai kelayakan akademik tetapi sekutu dalam PH tidak mahu mengambil risiko kerana calon masih lagi dalam pengajian dan dikhuatiri akan menjejaskan fokus kempen dan jika menang  akan berlaku konflik pembahagian masa antara karier dan pengajian namun perkara ini terpaksa dipendamkan bagi mengelakkan spekulasi liar terhadap ikatan parti parti dalam Pakatan Harapan yang kini bergolak.



 Apakah pengundi Semenyih tidak nampak apa nasib yang bakal menimpa mereka jika terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan? Dengan sabotaj dalaman dan pergolakan yang terjadi tidak mustahil Pengundi Semenyih akan terus ditaburkan 'GULA GULA PILIHANRAYA' dan akan diabaikan kerana PH terlalu 'SIBUK' menyelesaikan konflik sesama sendiri. 



Tuesday, 8 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BENARKAH PERJUMPAAN MENTERI PAKATAN HARAPAN DIBATALKAN KERANA TIADA SAMBUTAN?

Perjumpaan Dibatalkan Saat Akhir Kerana Tiada Sambutan? 



Menteri Pertahanan yang dijangkakan akan membuat pertemuan dengan veteran tentera di Felda Sungai Koyan menerima 'Penampar Jepun' apabila pertemuan tersebut dikatakan dibatalkan.

Sebab musabab mengenai pembatalan tersebut tidak dapat dipastikan namun dipercayai kerana khuatir tidak mendapat sambutan. Presiden AMANAH yang dikenali sebagai turut memperjuangkan bagi mengangkat imej komunis sebagai pejuang turut dikatakan mempengaruhi penolakan veteran tentera Sg Koyan yang pernah berada dalam zaman darurat dan menentang komunis.



Kehadiran YB Mohammad Sabu yang dipercayai ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil P078  dan secara tidak langsung ini akan dilihat sebagai 'kempen awal' Pakatan Harapan. Bukankah selama ini Pakatan Harapan paling lantang menentang kempen awal semasa mereka berada di blok pembangkang sebelum memenangi PRU14 pada Mei 2018.

Monday, 3 July 2017

LATHEEFA KOYA DEDAH PEMIMPIN PAN CUTI 'RAYA' BERSAMA KELUARGA DI LUAR NEGARA?

'WAL HALALKU, WAL HARAMMU'

Aidilfitri yang di sambut meriah di Malaysia bukan jaminan untuk diraikan bersama keluarga dan ini dibuktikan oleh Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membuat keputusan untuk meraikannya di London dengan alasan keluarga di sana tidak boleh pulang ke Malaysia. Tidakkah ini pelik kerana alasan beliau itu seakan tidak selari dengan apa yang sering beliau lemparkan terhadap Najib selama ini?

Mahathir sering mengakui beliau sangat berjimat tetapi dengan beraya di London beliau menunjukkan kemampuannya yang boleh dikatakan mewah dengan kadar tukaran matawang Pound (£) ke Ringgit Malaysia (RM) yang tinggi. Jadi tidak benarlah tohamahan yang Malaysia sudah mahu bangkrap yang sering digunapakai bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Bayangkan kos keseluruhan Mahathir membawa keluarga ke London yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit hanya untuk tambang kelas pertama dalam penerbangan selama hampir 13 jam dari Malaysia ke London.

Amat mengejutkan apabila didapati bukan Mahathir sahaja yang mampu ke luar negara malah ada pemimpin pembangkang lain turut membawa keluarga bercuti Raya ke luar negara.  Pendedahan mengejutkan yang dilakukan Latheefa Koya sememangnya sukar di terima oleh penyokong parti tersebut. Siapa pula yang menaja perbelanjaan Ketua Parti tersebut seperti yang didedahkan Latheefa? Adakah beliau menerima keistimewaan dari pihak tertentu sebagai balasan kesetiaan serta usahanya memecahkan sebuah parti lain sebelum ini? Jika benar perkara ini maka Ketua Parti itu pastinya menerima sejumlah lumayan sebagai balasan hingga mampu ke luar negara bersama rombongan keluarga.

Rakyat serta penyokong parti pembangkang pastinya berminat untuk mengetahui siapa individu yang dimaksudkan Latheefa Koya. Beliau seharusnya berani mendedahkan siapakah individu tersebut memandangkan kerjayanya sebagai peguam amat memudahkan kerjanya 'memutarbelit' segalanya bagi menimbulkan persepsi terhadap pihak yang tidak senada dengannya bukan?

Beranikah Latheefa Koya? Inilah nilai sebenar Pakatan Harapan, apa sahaja yang mereka lakukan tidak akan jadi kesalahan serta 'dihalalkan' perlakuan itu. Tidak percaya? Lihat sahaja kes membabitkan Lim Guan Eng di mana beliau langsung tidak di desak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri P. Pinang walau sudah wujud kes di Mahkamah.