Showing posts with label Ratu Naga. Show all posts
Showing posts with label Ratu Naga. Show all posts

Friday, 17 November 2017

'MINAH SAWAN' MAHU ANWAR MATI SEGERA - MAHU NAIKKAN SIAPA?

'RATU NAGA' ANCAM CARI PM JIKA ANWAR MATI?

Satu entri dalam facebook menggunakan nama 'Ratu Naga' telah mengecam tindakan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan di HKL petang tadi.

Dalam tulisan entri tersebut beliau menulis -
"Jibby dan kak mah cincin buat acah acah good pulak melawat ketua kami..ke ada agenda tersembunyi ha!"
"Kalau tiba tiba DSAI mati, aku tau dah siapa aku nak cari"

Adakah 'Ratu Naga' menuduh Najib akan membuat tindakan yang akan mengambil nyawa Anwar? Sebagaimana diketahui, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bukan pada zaman Najib tetapi bermula dari pemerintahan Mahathir yang telah menemubual dan mengumpul bukti sebelum memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sekali lagi apabila Mahakamah memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 2008. Beliau kini dalam rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

Entri 'Ratu Naga' juga menimbulkan pertanyaan adakah beliau dalam perancangan kartel kartel tertentu yang sedang 'membunuh karektor' Anwar selaku Ketua Umum PKR dan bersedia menerima seorang Ketua Umum baru selepas ketiadaan Anwar? Desas desus mencari pengganti Anwar bukan baru didengari malah ketidaksefahaman antara beberapa pemimpin dalam PKR sendiri seolah mengiyakan 'komplot' menaikkan seseorang bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Persoalan yang sangat menjadi perhatian mengapa 'Ratu Naga' menggunakan ayat "kalau Dsai mati, aku tahu dah siapa aku nak cari"? Tindakan beliau menulis seperti itu seperti mahu menuduh PM Najib menjadi individu bertanggungjawab sekiranya apa apa berlaku kepada Anwar. Lupakah beliau bagaimana Anwar pernah menyatakan beliau diracuni Arsenik? Siapa yang bertanggunjawab dalam hal tersebut? Sehingga kini, Mahathir sendiri masih tidak berani menyatakan tuduhan beliau terhadap Anwar dahulu salah.

Setelah melakukan carian di facebook 'Ratu Naga', didapati entri tersebut telah dipadamkan. Mungkin setelah menyedari 'KEBODOHAN' sendiri maka kelam kabut dipadamkan namun agak terlewat kerana entri tersebut telah di salin terlebih dahulu. Bagaimanapun 'Ratu Naga' mendakwa entri tersebut sebagai palsu.


Monday, 6 March 2017

'LEMBU SIBER PKR' PULA FITNAH BR1M

Seorang pemain siber dari Parti Keadilan Rakyat dikenali sebagai 'Ratu Naga' telah menaik muat satu posting memfitnah penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

Dalam kenyataan tersebut, 'Lembu Siber Pkr' ini menyatakan penerima BR1M secara manual (baucar yang diagihkan) perlu bersumpah untuk menyokong Barisan Nasional serta mengundi BN dalam PRU akan datang.

'Lembu Siber PKR ' ini tidak berani menyatakan dengan tepat lokasi foto berkenaan dan hanya membuat kenyataan menghasut rakyat selain mengajak rakyat mengundi Pakatan Harapan.

Jika ini cara 'Lembu' tersebut berkempen bagi menarik perhatian 'PayMaster' serta mencari simpati maka tidak hairanlah taraf beliau hanyalah 'Binatang Politik' yang hidup atas fitnah serta tohmahan.

Beliau perlu dedahkan lokasi serta menamakan siapa pemberi baucer berkenaan ketika acara 'angkat sumpah' tersebut dijalankan bagi membuktikan tuduhan tersebut tetapi seperti biasa pemain media sosial memahami bahawa 'Lembu' ini tidak akan berbuat demikian.

Wednesday, 11 January 2017

'BADAK' KURANG AJAR - PKR LUPA AJAR PEMAIN SIBER MEREKA ADAB PEKERTI

BIADAP!!! Itu perkataan yang sesuai buat 'Ratu Naga' kerana mengguris perasaan seluruh rakyat Sarawak di saat mereka bersedih atas pemergian Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem tengahari tadi.

Melalui satu entri di facebooknya, Syarul Ema atau di label pembencinya sebagai ' Badak' menaikmuat komen yang menjelikkan mengenai kematian seorang yang di hormati di Sarawak bukan sahaja kawan tetapi pihak lawan.

Inikah mentaliti seorang pemain siber belaan PKR yang di sanjung ramai penyokong pembangkang? Adakah kenyataan 'Badak' mewakili PKR untuk menghina Allahyarham Adenan?

Seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sarawak kerana tidak sensitif dengan keceluparannya menaikmuat status ini. Siapa 'Badak' untuk memperolehi 'lesen' berkata demikian?

Secara jelas pemikirannya tidak stabil dan apabila PKR mengambilnya untuk menjadi 'Macai' maka segala kebebasan menjadi 'Halal' baginya untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak sealiran? Adalah PKR tidak mengajar pemain siber mereka erti kemanusiaan?

Thursday, 22 December 2016

'BADAK' KENA MANDI AIR LONGKANG - CUBAAN PROVOKASI TERHADAP JAMAL YUNUS GAGAL

Tindakan Dato Seri Jamal Yunus yang hanya berpakaian mandi di hadapan bangunan SUK Selangor semalam menceritakan keperitan rakyat menghadapi masalah bekalan air di Selangor membuka mata banyak pihak. Netizen memandang menifestasi Jamal semalam sebagai kemuncak protes rakyat Selangor yang sering putus bekalan air kerana kegagalan Azmin Ali menangani krisis air Selangor.

Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar melakukan protes tersebut kerana memahami penderitaan rakyat Selangor selepas PKR Selangor gagal menunaikan janji mereka dalam menifesto PRU dan selepas pentadbiran di ambil alih oleh Azmin.

Bagaimanapun seorang pemain siber 'belaan' PKR cuba meremehkan usaha Jamal apabila menyindir akan menghantar 'bantuan' bekalan air ke rumah Jamal pagi ini. Kehadiran 'Badak' yang disertai beberapa ahli PKR dan suaminya menerima kejutan istimewa dari Jamal.

'Dimandikan' dengan bahan campuran tepung,kicap,telur dan air longkang, 'Badak'  menerima 'hadiah' istimewa kerana melakukan provokasi murahan di rumah Jamal. Difahamkan ' Badak' yang mahu menjadi 'Hero' PKR dalam isu air Selangor membuat provokasi kerana tidak tahan dengan sindiran seorang yang dikenali sebagai Ashikin Yunos di facebook.

Jelas sekali metaliti 'Badak' amat rendah dan tindakan beliau membuat onar menerima nasib yang kurang elok. Bukan sahaja 'Badak' dimalukan malah PKR turut terpalit kerana tidak mahu mengakui kelemahan mereka mengurustadbir bekalan air di Selangor hingga menyebabkan rakyat menderita sehingga berhari hari kerana ketiadaan bekalan air bersih.

PKR Selangor lebih rela menghabiskan jutaan ringgit untuk mengecat gerbang daripada menyelesaikan masalah air yang melanda dan ini merupakan pengajaran kepada pengundi Selangor agar tidak lagi silap memilih parti yang hanya berpolitik dari menjaga kebajikan rakyat negeri.

Foto menunjukkan 'Badak' menerima hadiah dari Jamal Yunus.

Sunday, 18 December 2016

SKANDAL SALAH LAKU SEKS ANINA - CYTRO PKR BALAS DENDAM AJAR PPBM MAIN POLITIK






SKANDAL SALAH LAKU SEKS SRIKANDI PPBM - RATU NAGA MAIN DUA KOLAM?


Kekalutan yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah tidak dapat di kawal lagi dari menarik perhatian rakyat. Dalam laman maya, perang antara dua puak sudah tidak mampu di bendung apabila serangan dari sebelah pihak yang masih mempercayai Anina menyerang Dato Hamidah dan kuncu kuncunya. Perperangan ini turut menarik perhatian seorang penggiat facebook tajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syarul Ema atau nama samarannya Ratu Naga.

Poster mengenai kritikan Ratu Naga terhadap peperangan dalaman PPBM melibatkan Srikandi PPBM sudah mula berlegar di facebook dipercayai di buat oleh satu kumpulan yang tidak senang dengan Anina. Hubungan baik antara Dato Hamidah serta adiknya Hamizura dikatakan menjadi sebab mengapa Ratu Naga melibatkan diri dalam peperangan ini. Beliau sebelum ini memang diketahui mempunyai hubungan yang baik kerana sealiran dengan mantan Exco Perak apabila terlibat dalam mengumpul tandatangan bagi projek Deklarasi Rakyat namun 'kantoi' apabila seorang pemuda tampil mengaku berlaku penipuan dalam pembelian data penandatangan petisyen Deklarasi Rakyat oleh Ratu Naga.

Perubahan politik Ratu Naga dari PPBM bagaimanapun mengejutkan rata rata penyokongnya kerana sebelum ini beliau sangat aktif mempromosi parti 'Mahathir' itu. Benarkah dakwaan Syarul Ema berubah kerana kecewa apabila Mahathir enggan meluluskan permintaan Ratu Naga berkenaan 'bayaran upah kerja' yang di minta? Ada dakwaan menyatakan Ratu Naga meminta sejumlah bayaran namun Mahathir enggan melayan lantas mengeluarkan namanya dari kumpulan elit siber PPBM? Mungkin Anina ada terlibat dengan keputusan tersebut dan Ratu Naga menyimpan dendam dan melihat kisah skandal Anina sebagai ruang terbaik buatnya membalas perlakuan Anina terhadapnya?

Kisah 'Skandal 4 kali' Anina merupakan satu kejutan kerana individu yang mendedahkan perkara tersebut adalah bekas pembantu peribadinya sendiri. Benarkah dakwaan mengatakan bekas pembantu peribadi Anina itu adalah 'Trojan Horse' yang di hantar oleh Hamizura dan Dato Hamidah bagi mencari maklumat pergerakan Ketua Srikandi PPBM? Semua ini bakal terjawap jika Anina mengambil langkah berani membuat laporan polis terhadap bekas pembantu peribadinya itu namun hingga artikel ini di tulis tiada sebarang meklumat mengenai tindakan berdasarkan Undang Undang.

Dalam kekalutan seluruh pemain siber PPBM 'menegak benang basah', Ratu Naga mengambil ruang tersebut apabila menaikmuat status menyindir skandal yang berlaku dalam PPBM. 

Berikut adalah beberapa petikan sindiran Ratu Naga terhadap Anina yang di naikmuat menggunakan akaun Ema Lee.

"ramai yang masih mentah lagi dalam politik bila dapat jawatan, dan macam beruk kena belacan. Tak tahu benda langsung mula lah tunjuk ego konon dia hebat, dia terbaik, dia ada pengaruh, pengaruh yang hanya di janjikan sesuatu untuk menyokong"

"ni mana ko belajar cara berpolitik? Perjuang rakyat bukan macam ni perangainya"

"Shamsul Iskandar ahli parlimen PKR yang ada banyak jawatan pun tak pakai banyak orang jadi pegawai khas dari kasut sampai ke rambut tapi kerja dia jalan, rakyat terbela"

Jelas sekali Ratu Naga menyindir PPBM dengan sindiran tajam dan mahu menonjolkan karektor pemimpin PKR sebagai contoh kepimpinan terbaik dan perlu diikuti PPBM jika hendak berpolitik. Siapa Ratu Naga untuk mencampuri urusan dalaman PPBM? Adakah beliau di jemput oleh individu tertentu untuk menyibuk atau beliau bermain dua kolam?

Mengapa Ratu Naga sebagai seorang pemain siber PKR menyindir Anina jika bukan kerana hubungan baik beliau dengan Hamizura dan Dato Hamidah? Ratu Naga merupakan antara individu yang turut membantu Dato Hamidah mengumpul dana bagi membayar saman setelah beliau kalah dalam perbicaraan di Mahkamah. Adakah Ratu Naga di bayar untuk menyerang pemain siber Pro Anina apabila mereka mula menyerang Hamidah dan Hamizura di facebook? Jika tidak mengapa Ratu Naga sangat berminat mencampuri urusan PPBM hingga berani mencampuri urusan parti yang beliau tidak terlibat? Adakah Ratu Naga menerima arahan dari PKR untuk berbuat demikian sebagai 'amaran' dari pimpinan PKR bahawa PPBM tidak layak untuk bersama Pakatan Harapan?


Ramai tahu pendirian Ratu Naga yang tidak konsisten selama ini dan sebagai ' belaan' PKR, beliau hanya menurut arahan yang telah ditetapkan oleh 'tokey'. Mungkinkah wujud perjanjian 'sulit' antara Ratu Naga dan Team Hamizura bagi memburukkan imej Anina dan beliau dijanjikan dengan imbuhan tertentu? 

Skandal Anina kini semakin panas apabila Presiden PPBM sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan penasihat parti itu, Mahathir masih menutup mulut dan tidak memberi sebarang komen berkaitan isu ini. Pasti rakyat ingin tahu apa isi kandungan yang Haiyan Uqba telah sediakan berkaitan salah laku seks Anina.Hingga hari ini Haiyan masih tidak mendedahkannya dan ini menimbulkan tandatanya adakah ini sekadar helah mencari populariti yang sengaja dilakukan PPBM atau adakah dakwaan Haiyan benar benar wujud.

Haiyan Uqba perlu menepati slogan yang sering mereka laungkan iaitu 'Berani Kerana Benar' jika mempunyai asas kukuh serta bukti salah laku seks Anina namun demikian besar kemungkinan perkara tersebut tidak akan didedahkan kerana Haiyan tidak mempunyai keberanian berbuat demikian. Satu perkara yang menarik ialah jika beliau tidak mempunyai sokongan masakan Haiyan berani membuat pendedahan hangat yang menjatuhkan kredibiliti Anina. Siapa sebenarnya di belakang Haiyan dan siapa pula di belakang Ratu Naga?


Saturday, 22 October 2016

RATU BADAK MASUK PKR KERANA DI TOLAK PARTI MAHATHIR?








RATU BADAK PILIH PKR KERANA MAHATHIR TIDAK BERI 'DEDAK' YANG CUKUP?

Seorang aktivis facebook dikenai sebagai Ratu Naga atau lebih lebih mesra di sebut sebagai Ratu Badak oleh 'haters' di facebook mengumumkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Dalam kariernya selaku 'facebooker' yang tidak mempunyai prinsip teguh menyokong parti walau mendakwa sebagai ahli Umno satu masa dahulu dan antara penyokong BN, beliau kini mengambil jalan untuk menongkah arus.

Bermula dengan ketaksubannya kepada Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), nada Ratu Naga mula ke arah menyerang Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isteri apabila Tun Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB serta isu dana RM2.6 billion. Ternyata tuduhan Mahathir itu merupakan satu tuduhan tanpa bukti malah Mahathir sendiri mengakui beliau hanya bersandarkan persoalan yang dibangkitkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal. Hingga kini mantan PM itu tidak mampu memberi apa apa bukti kukuh berkaitan tuduhan yang beliau lemparkan.


Kisah Ratu Naga yang kini beralih kepada kem pembangkang tidak mengejutkan langsung kerana beliau dikenali sebagai seorang yang tidak mempunyai prinsip. Menjadi sebagaian dari jentera menghimpun sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat, Ratu Naga dimalukan apabila seorang individu telah tampil mendakwa 'data base' individu yang menurunkan tandatangan telah dipalsukan. Individu tersebut tampil bersama seorang aktivis dan ahli seumur hidup PKR dikenali sebagai Che'gu Bard mendedahkan Ratu Naga telah berurusan dengannya bagi pembelian data base melibatkan jumlah yang dikehendaki dan dijanjikan dengan bayaran tertentu. Ternyata Ratu Naga terdesak dengan keperluan Mahathir untuk mengumpul sejuta tanda tangan bagi mendesak Yang DiPertuan Agong memecat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia bagaimanapun usaha Mahathir telah gagal dan di tolak oleh Yang DiPertuan Agong baru baru ini.


Ratu Naga yang berhadapan dengan dakwaan di Mahkamah semakin terdesak mencari peguam untuk mewakili beliau dalam perbicaraan dan dikatakan Lateefa Koya, orang kuat PKR bersetuju untuk mewakili Ratu Naga melawan kes di Mahkamah. Beliau juga dikaitkan dengan laporan polis berkakitan satu entri facebooknya cuba memalukan KDYM Sultan Pahang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. 

Semakin terhimpit dengan kes yang masih belum selesai, Ratu Naga dikatakan cuba meminta bantuan daripada Mahathir sebagai imbuhan membantu mengumpul tandatangan yang diperlukan Deklarasi Rakyat. Ada khabar menyatakan Ratu Naga cuba meminta hingga RM700,000.00 dari Mahathir sebagai upahnya membuat propaganda di media sosial bagi membantu gerakan Mahathir tetapi di tolak.

Benarkah dakwaan ini? Jika di lihat dari sudut promosi parti yang meletakkan Muhyiddin Yasin selaku Presiden, tidak kurang hebat kerja kerja Ratu Naga lakukan tetapi mengapa beliau tidak menyertai PPBM dan memilih PKR? Wujud persoalan prinsip perjuangan Ratu Naga apabila memilih PKR sebagai wadah baru dan tidak mengikut parti Mahathir. Adakah ada satu bentuk perjanjian Ratu Naga dengan PKR apabila Lateefa Koya berjanji mewakilinya di Mahkamah? Atau Mahathir sendiri tahu permainan licik Ratu Naga yang hanya mahu 'dedak' sebagai upah melakukan tugasan tertentu?

Benarkah perkhabaran Ratu Naga pernah mengambil wang dalam jumlah banyak daripada seorang pemimpin Umno untuk melakukan tugas tertentu bagi pemimpin tersebut namun tugasan tidak dilaksanakan? Beliau sering mengatakan orang lain makan 'dedak' rupanya beliau sendiri makan 'dedak'? Adakah ini sebabnya Ratu Naga tidak konsisten dengan apa yang beliau perjuangkan? Adakah ini mengapa beliau tidak menyertai PPBM dan memilih PKR? Sebab 'DEDAK'?


Saturday, 24 September 2016

Suami 'Naga' Muncul - Beranikah Pasangan Melakukan Ujian DNA Buktikan Kesahihan Anak?

Akhirnya persoalan siapa sebenar suami kepada 'Ratu Naga' telah terjawap. Seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Ezad Zainal tampil dan membuat pengakuan berkenaan.

Siri pengakuan beliau tercatat dalam status yang dinaikmuat oleh Ezad sendiri. Pengakuan ini pastinya menimbulkan persoalan hangat dalam media sosial kerana Ratu Naga sebelum ini menyorokkan identiti suaminya dan telah mengaku berkahwin dengan 'Maharaja Naga'. Beliau juga mengaku memperolehi seorang cahayamata dari perkahwinan tersebut dan kini dalam proses 'berpantang'.

Apa yang dimusykilkan ialah pengakuan berani Ezad berkenaan perkahwinannya dengan Ratu Naga atau Syarul Ema Rina Abu Samah. Dikatakan sebelum berkahwin dengan Ratu Naga, Ezad pernah mempunyai isteri dari Singapura dan beberapa orang lagi yang tidak di ketahui. Status perkahwinan Ezad dan isteri isterinya menjadi persoalan adakah mereka telah diceraikan Ezad kerana mahu mengahwini Ratu Naga?

Ezad yang dikatakan agak popular di Kuantan pernah mempunyai hubungan baik dengan seorang individu dikenali sebagai Awang Suffian namun tidak kekal kerana dikatakan Awang tidak tahan dengan sikap Ezad.

Mengapa baru kini Ezad berani mengaku beliau suami kepada Ratu Naga? Malah Ezad juga mengaku beroleh seorang anak tetapi dalam masa sama tidak berani menaikmuat gambar anak mereka seolah tidak beroleh kegembiraan sebagaimana ibubapa lain. Benar gambar anak merupakan hak ibubapa namun persoalan demi persoalan timbul membuatkan teka teki semakin panas. Malah ada suara suara dalam laman sosial mengatakan Ratu Naga tidak bersalin pun dan hanya berhelah untuk meraih simpati rakyat. Beranikah mereka membuat ujian DNA bagi membuktikan kesahihan anak itu? Ratu Naga yang dikenali sebagai 'cybertrooper sosial' giat memperlekehkan dasar kerajaan serta lantang meminta bukti dan kali ini beliau pula perlu membuktikan 'kelantangan' memberi bukti kepada pelayar media sosial.

Perlu diingatkan Ratu Naga sedang menanti perbicaraan di Mahkamah atas satu kes dan langkah Ezad ini seperti 'drama' bagi mencari simpati netizen dan membolehkan Ratu Naga terus memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri serta kabinetnya. Banyak persoalan timbul apabila pendedahan ino dilakukan menjelang tarikh perbicaraan Ratu Naga dan Ezad sendiri merupakan seorang pemain media yang anti-dasar kerajaan serta PM selama ini.

Populariti sememangnya sesuatu yang di buru Syarul Ema dan pengakuan Ezad merupakan publisiti yang beliau mahukan. Beranikah kedua duanya mengemukakan gambar 'anak' serta bukti DNA bagi menepis persoalan mengenai skrip 'drama' keluarga 'Naga' ini? Latar belakang Ezad dan Ratu Naga tidak banyak memihak kepada mereka berikutan banyak kisah 'hitam' mereka sepanjang bergelar 'cybertooper'. Malah Syarul Ema yang kini giat melakukan provokasi terhadap MO1 serta barisan kabinet PM tidak berani memberi sebarang bukti kukuh kepada setiap persoalan yang beliau timbulkan malah untuk melaporkan kepada pihak berkuasa pun Ratu Naga tidak berani.

Inikah manusia yang kononnya menjadi pejuang rakyat tetapi dalam masa sama tidak berkutik apabila diminta kemukakan bukti berkaitan dirinya? Memalukan sungguh apabila pejuang rakyat sendiri menyorokkan kebenaran hingga terpaksa menunggu Ezad membuat pengakuan bagi menyelamatkan imej 'isteri'nya yang akan berhadapan dengan kes Mahkamah. Perlu juga diingatkan Ratu Naga juga telah mengundang kemarahan rakyat Pahang apabila provokasi beliau melibatkan beberapa keping foto Sultan Pahang.

Jika Ezad dan Syarul merasakan mereka di pihak yang benar maka mereka perlu tampil membuktikan kesahihan dakwaan mereka dan kesahihan DNA anak mereka bagi meleyapkan semua persoalan. Beranikah pasangan ' Naga' ini?

Wednesday, 21 September 2016

Halang Rampas Telefon Untuk Siasatan - Polis Takut Dengan 'Ratu Naga'?

Kelmarin seorang pemain media sosial dikenali sebagai 'Ratu Naga' dipercayai telah ditahan sepasukan polis di rumahnya berikutan laporan polis ke atas beliau.

Dalam laporan Malaysiakini, Syarul Ema Rena Abu Samah menyatakan pihak polis menyerbu ke rumahnya jam 12.30 malam dan meminta beliau mengikut mereka bagi membantu siasatan. Dalam dakwaan Syarul kepada portal tersebut menyatakan pihak berkuasa mahu membawanya ke balai polis Klang Selatan namun tidak memberitahu atas tujuan apa.

'Ratu Naga' mendakwa pihak polis telah masuk ke dalam rumahnya untuk melihat anak yang baru sebulan dilahirkan namun suaminya tiada di rumah sewaktu serbuan dilakukan atas alasan bekerja di negeri lain.
'Ratu Naga' sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah malam semalam, kira-kira sebulan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

Syarul memberitahu kepada Malaysiakini, pihak polis mahu merampas telefon beliau bagi membantu siasatan namun perkara tersebut telah dibantah kerana ini akan menjadi kali ketiga gajetnya di rampas setelah dua kali menyerahkan telefon bimbitnya bagi kes yang di siasat dan beliau berjaya untuk tidak menyerahkan telefon bimbitnya.

Bagi setiap kes yang disiasat, kebiasaannya gajet orang yang di siasat akan diambil untuk tujuan forensik namun perkara tersebut tidak berlaku dalam kes 'Ratu Naga' walaupun kes berdasarkan laporan polis mengenai posting beliau menghina Sultan Pahang dan Datin Sri Rosmah Mansur ketika majlis sambutam Aidilfitri di Pekan. Mengapa dalam kes ini telefon orang yang di siasat tidak boleh di ambil untuk membantu siasatan? Adakah nama 'Ratu Naga' terlalu besar bagi PDRM hingga boleh menidakkan rampasan di buat?

Posting 'Ratu Naga' telah menimbulkan kemarahan rakyat Pahang berikutan beberapa foto Sultan Pahang dan Rosmah yang beliaukatakan 'sangat mesra'. Foto berkenaan menjadi viral dilaman sosial dan apabila diteliti kesemua foto berkenaan merupakan teknik fotografi yang di ambil dari pelbagai sudut.

Bagi rekod 'Ratu Naga' masih mempunyai kes di Mahkamah dan masih belum selesai.

Link : http://www.malaysiakini.com/news/356358