Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Friday, 17 November 2017

'MINAH SAWAN' MAHU ANWAR MATI SEGERA - MAHU NAIKKAN SIAPA?

'RATU NAGA' ANCAM CARI PM JIKA ANWAR MATI?

Satu entri dalam facebook menggunakan nama 'Ratu Naga' telah mengecam tindakan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan di HKL petang tadi.

Dalam tulisan entri tersebut beliau menulis -
"Jibby dan kak mah cincin buat acah acah good pulak melawat ketua kami..ke ada agenda tersembunyi ha!"
"Kalau tiba tiba DSAI mati, aku tau dah siapa aku nak cari"

Adakah 'Ratu Naga' menuduh Najib akan membuat tindakan yang akan mengambil nyawa Anwar? Sebagaimana diketahui, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bukan pada zaman Najib tetapi bermula dari pemerintahan Mahathir yang telah menemubual dan mengumpul bukti sebelum memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sekali lagi apabila Mahakamah memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 2008. Beliau kini dalam rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

Entri 'Ratu Naga' juga menimbulkan pertanyaan adakah beliau dalam perancangan kartel kartel tertentu yang sedang 'membunuh karektor' Anwar selaku Ketua Umum PKR dan bersedia menerima seorang Ketua Umum baru selepas ketiadaan Anwar? Desas desus mencari pengganti Anwar bukan baru didengari malah ketidaksefahaman antara beberapa pemimpin dalam PKR sendiri seolah mengiyakan 'komplot' menaikkan seseorang bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Persoalan yang sangat menjadi perhatian mengapa 'Ratu Naga' menggunakan ayat "kalau Dsai mati, aku tahu dah siapa aku nak cari"? Tindakan beliau menulis seperti itu seperti mahu menuduh PM Najib menjadi individu bertanggungjawab sekiranya apa apa berlaku kepada Anwar. Lupakah beliau bagaimana Anwar pernah menyatakan beliau diracuni Arsenik? Siapa yang bertanggunjawab dalam hal tersebut? Sehingga kini, Mahathir sendiri masih tidak berani menyatakan tuduhan beliau terhadap Anwar dahulu salah.

Setelah melakukan carian di facebook 'Ratu Naga', didapati entri tersebut telah dipadamkan. Mungkin setelah menyedari 'KEBODOHAN' sendiri maka kelam kabut dipadamkan namun agak terlewat kerana entri tersebut telah di salin terlebih dahulu. Bagaimanapun 'Ratu Naga' mendakwa entri tersebut sebagai palsu.


Wednesday, 15 February 2017

LAMBAT BELI UBAT DI FARMASI - KAKAK 'BUNGA' TUDUH HOSPITAL TIADA BEKALAN UBAT





SELEPAS HAMIZURA, SEORANG LAGI KAKAK BUNGA BUAT TUDUHAN JAHAT TERHADAP KKM


Selepas Hamizura yang mendakwa Hospital Kerajaan membekalkan ubat tiruan kepada pesakit, seorang lagi individu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengeluarkan kenyataan yang hampir sama tetapi kali ini dengan dakwaan yang lebih berat.

Baca kisah Hamizura Klik SINI

Zuraini Kamal mendakwa seorang sahabatnya Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) meninggal dunia sewaktu dalam unit rawatan kecemasan tanpa sebarang rawatan kerana keluarga sedang membeli ubat di farmasi. Dakwaan berat serta tuduhan berat ini tidak masuk akal sama sekali kerana dalam ER (unit kecemasan) Doktor akan menggunakan segala kepakaran mereka untuk menyelamatkan pesakit dan belum pernah lagi keluarga di paksa membeli ubat dari farmasi sedangkan pesakit di rawat dalam hospital. Tidak dapat dipastikan hospital mana yang berbuat demikian kerana Zuraini Kamal engan memberitahu lokasi kejadian seperti di dakwanya.

Dalam satu lagi kenyataan, Zuraini Kamal membuat satu lagi fitnah jahat terhadap hospital kerajaan apabila mendakwa banyak pembedahah terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bekalan ubat. Tuduhan serius yang dilakukan Zuraini Kamal ini mengundang rasa tidak senang di kalangan netizen kerana mereka sering mendapat bekalan ubat yang berkualiti dari hospital kerajaan. Malah seorang Doktor Pakar turut menyelar kenyataan Zuraini berkenaan dakwaannya.

Doktor Abdul Rahman Kadir mengkritik dakwaan Zuraini kerana menuduh hospital kerajaan dengan tuduhan serius yang boleh mempengaruhi rakyat yang membaca tanpa pertimbangan waras fikiran. Zuraini yang juga merupakan penyokong kuat PPBM dipercayai membuat tuduhan tersebut bagi membela Hamizura Osman yang menerima kecaman netizen kerana dakwaan hospital kerajaan sudah tidak mempunyai bajet dan membekalkan ubat tiruan. Bagaimanapun kenyataan Hamizura di sangkal oleh seorang lagi doktor iaitu Doktor Aznil Hisham melalui penerangannya di media sosial.


Sewajarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja menjatuhkan maruah kerajaan apabila membuat tuduhan tuduhan berniat jahat seperti ini. Rakyat perlu disedarkan mengenai usaha kerajaan memberi perkhidmatan berkualiti untuk kesihatan rakyat Malaysia dan mereka yang berkepentingan poltik cuba memutar belit segala usaha dan menyampaikan dakyah memburukkan KKM seolah kerajaan tidak bertangungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika dibiarkan komen komen serta kenyataan negatif seperti ini berlaku kemungkinan besar rakyat akan hilang kepercayaan terhadap KKM.

Sunday, 29 January 2017

"MAHU BAGI DUIT DIA TAK MAU" - KOMEN JELIK PESALAH LALULINTAS TERHADAP PENJAWAT AWAM




MENGAKU MAHU MEMBERI RASUAH KERANA KESALAHAN LALULINTAS - KOMEN BIADAP TERHADAP PEGAWAI JPJ MENYENTUH SENSITIVITI PERKAUMAN

Sambutan Tahun Baru Cina seakan tidak memberi keseronokan kepada seorang pengguna jalanraya yang menyalahkan pegawai JPJ (Jabatan Pengankutan Jalanraya) yang mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan untuk pulang 'Makan Besar'.

Komen yang agak biadap dinaikmuat oleh pesalah berkenaan dan beliau secara terus terang mengakui cuba memberi rasuah kepada pegawai bertugas bagi melepaskannya dari tindakan undang undang. Turut menyumpah dengan kata kata kesat, pemandu tersebut tanpa rasa bersalah menyalahkan pegawai JPJ berkenaan atas saman terhadapnya. Seperti lazim apabila tiba hari perayaan, Ops Sikap akan dilaksanakan di seluruh negara dan penggunaan lorong kecemasan merupakan kesalahan mandatori dan sebagai pengguna jalanraya, pemandu tersebut tidak cakna terhadap kesalahan yang dilakukan serta menganggap tindakan yang dikenakan tidak adil baginya.

"kami guna jalan kat lorong kecemasan ma, rush nak balik makan cny..bagi duit dia(pegawai JPJ) tak mau, takan nak isap but* kurap dia sana"

Komen tersebut tular dalam laman media sosial dan netizen yang membacanya turut menyatakan kemarahan kerana sikap biadap pemandu tersebut dalam komen beliau. Apakah sikap ini menjadi 'Trend' pemandu sekarang yang mahu kebebasan bersuara? Tidakkah pemandu tersebut sedar beliau sebenarnya yang melakukan kesalahan dan boleh menyukarkan keadaan jalanraya sekiranya berlaku kecemasan?

Mungkin pihak berkuasa boleh memberi perhatian terhadap apa yang telah dinaikmuat oleh pemandu tersebut yang secara jelas mempunyai niat untuk merasuah penjawat awam kerajaan. Bayangkan jika pegawai tersebut menerima pemberian rasuah dari pemandu itu lantas ditularkan oleh pemandu dan menyalahkan kerajaan kerana penjawat awam menerima rasuah maka akan bertempiklah segala genap suara pembangkang mengambil kesempatan untuk mempengaruhi rakyat bahawa penjawat awam 'kaki rasuah'. 

Inikah nilai mrni rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Komen sensitif yang berbau perkauman ini pasti mengundang perasaan kurang senang antara masyarakat majmuk Malaysia apatah lagi dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Seharusnya pemandu tersebut bersemuka dengan pegawai berkenaan dan meminta maaf atas kebiadapan beliau yang menyentuh isu perkauman dalam komennya dan meminta maaf kepada seluruh kaum yang telah beliau cemuh,

Wednesday, 14 December 2016

DAESH PENGARUHI RAKYAT MALAYSIA? - AFANDI BAHARUDDIN MAHU BOM PUSAT HIBURAN






DAESH PENGARUHI FACEBOOKER UNTUK BOM PUAT HIBURAN

Belum reda kisah seorang pengawal keselamatan yang menikmuat status di facebook beliau mendakwa menerima upah untuk membunuh Najib, ada seorang lagi pemain facebook menaikmuat entri mengenai keingingannya mengebom beberapa pusat hiburan. Dalam entri itu, Afandi Baharuddin menulis di laman facebooknya " Kalau aku pasang bom kat tempat ni ok tak?Target minimun 100 nyawa setiap satu bar".

Entri tersebut di tulis pada 16 Oktober 2016 dan telah di kesan oleh Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang merupakan seorang doktor pakar di Melaka. Beliau yang gusar akan ugutan oleh Afandi Baharuddin telah menaikmuat entri di facebook beliau dan berharap tindakan daripada Polis DiRaja Malaysia atas ugutan serius ini.


Dengan kewujudan militan pengganas Daesh serta Isis yang banyak membuat siri serangan di negara lain, perbuatan Afandi ini menimbulkan ketidakselesaan kalangan rakyat yang membaca tulisan Afandi. Timbalan Perdana Menteri yang pernah mengeluarkan amaran kehadiran militan Daesh di Malaysia menguatkan lagi tanggapan bahawa Afandi sememangnya dipengaruhi oleh pihak pelampau.

Jika di lihat kepada kecenderongan Afandi menulis, beliau memilih Bar sebagai sasaran pengboman dan ini merupakan salah satu strategi pihak Daesh menyerang sesebuah negara. Siapa sebenarnya Afandi Baharuddin ini? Adakah beliau memang terlibat dalam pihak pengganas secara 'underground' dan memberi amaran kepada PDRM supaya memburu beliau?

Adakah Afandi sengaja membuat status berkenaan kerana ada pengaruh daripada pihak tertentu yang menghasut beliau berbuat demikian? Pihak PDRM dan SKMM perlu memandang serius perkara ini kerana akan menyebabkan 'Panik' kepada rakyat yang selama ini hidup dalam keadaan selamat dan aman damai.

Pautan ke facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir : SINI



Monday, 12 December 2016

PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA MELAYU - PENTAKSUB MAHATHIR TUDUH RAJA TERIMA RASUAH

Medium media sosial sering digunakan dalam penyampaian maklumat paling pantas dan tular. Namun demikian berita yang disampaikan melalui media sosial adakala di lihat sebagai agen memecah belah serta penghinaan terhadap Institusi DiRaja Malaysia.

Selepas Marina Mahathir yang mengeluarkan surat pembatalan jemputan Istana Negara dalam Majlis Pertabalan Seri Paduka Yang DiPertuan Agung dengan menggunakan tanda #howlowucango serta mengaitkan Najib dan kerajaan persekutuan sebagai dalang yang menghalang bapanya menghadiri Majlis tersebut, akibatnya ada pemain media sosial mula berpandangan serong terhadap Institusi DiRaja.

Terbaru satu akaun facebook menggunakan nama Maizatul Amirah ll mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Kelantan yang bakal mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertuan Agung esok. Beliau mendakwa Tuanku Sultan Kelantan telah 'dibeli' oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Penghinaan ini dipercayai kerana kaitan surat pembatalan jemputan kepada Mahathir dari Istana Negara. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi MultiMedia perlu memandang serius terhadap dakwaan Maizatul kerana secara sedar telah menghina Tuanku sebagai penerima rasuah. Fenomena menghina Institusi DiRaja ini semakin menjadi jadi kerana tiada tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang boleh memberi pengajaran secukupnya.

Status ini juga seperti menghasut rakyat membenci kerajaan dan Institusi DiRaja selain memberi gambaran Raja Raja Melayu mudah di beli dengan duit. Apakah penghinaan ini akan diteruskan selagi tiada tindakan dilaksanakan kepada pelampau media sosial?

Adakah ini hasil dari status Marina Mahathir dalam twitter selain desakan Khairuddin Abu Hassan yang mahu Mahathir diberikan tempat dalam Majlis Pertabalan YDPA? Jika kerana disebabkan status Marina maka kita boleh melabelkan Marina sebagai pencetus hasutan kepada pentaksub 'sang dewataraya' terhadap Raja Raja Melayu dan Istana.

Wednesday, 7 December 2016

CUBA BAKAR API PERKAUMAN - PEMAIN MEDIA SOSIAL MELAMPAU

Seorang pemain media sosial facebook pro-Mahathir yang menggunakan nama Amar Mohd Jiwa hari ini telah menaikmuat sekeping foto Perdana Menteri menyerupai seorang sami.

Foto tersebut dipercayai digunakan untuk menunjukkan Najib selaku Perdana Menteri berlaku kejam terhadap rakyat dan pakaian sami itu pula dipercayai menggambarkan Najib sama kejam dengan sami di Myanmar yang terlibat dalam pembunuhan beramai ramai etnik Rohingya.

Amar Mohd Jiwa telah dikenali sebagai seorang pentaksub Mahathir yang kini menyanjung tinggi parti DAP. Status ini menimbulkan rasa marah netizen maya yang lain dan berpendapat perbuatan ini melampau serta mendatangkan kemarahan kerana beliau cuba menyamakan Najib dengan isu Myanmar.

Perbuatan mengubahsuai gambar Perdana Menteri dan menimbulkan hasutan seolah Najib kejam terhadap rakyat adalah satu penghinaan yang dikesali. Menyamakan beliau dengan sami Buddha pula lebih kepada mahu menjatuhkan maruah seorang Perdana Menteri dan tindakan ini tidak boleh di terima sama sekali.

Tindakan Amar Mohd Jiwa seperti mahu membakar api perkauman di Malaysia kerana kini isu etnik Rohingya panas diperkatakan. Beliau yang menyamakan Najib dengan sami hanya menghina persefahaman antara agama di Malaysia yang salng menghormati kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia walau Islam diletakkan sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Adakah pihak berkuasa yang terbabit seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media akan memandang sepi perbuatan biadap ini?

CUBA BAKAR API PERKAUMAN - PEMAIN MEDIA SOSIAL MELAMPAU

Seorang pemain media sosial facebook pro-Mahathir yang menggunakan nama Amar Mohd Jiwa hari ini telah menaikmuat sekeping foto yang Perdana Menteri menyerupai seorang sami.

Foto tersebut dipercayai digunakan untuk menunjukkan Najib selaku Perdana Menteri berlaku kejam terhadap rakyat dan pakaian sami itu pula dipercayai menggambarkan Najib sama kejam dengan sami di Myanmar yang terlibat dalam pembunuhan beramai ramai etnik Rohingya.

Amar Mohd Jiwa telah dikenali sebagai seorang pentaksub Mahathir yang kini menyanjung tinggi parti DAP. Status ini menimbulkan rasa marah netizen maya yang lain dan berpendapat perbuatan ini melampau serta mendatangkan kemarahan kerana beliau cuba menyamakan Najib dengan isu Myanmar.

Perbuatan mengubahsuai gambar Perdana Menteri dan menimbulkan hasutan seolah Najib kejam terhadap rakyat adalah satu penghinaan yang dikesali. Menyamakan beliau dengan sami Buddha pula lebih kepada mahu menjatuhkan maruah seorang Perdana Menteri dan tindakan ini tidak boleh di terima sama sekali.

Adakah pihak berkuasa yang terbabit seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media akan memandang sepi perbuatan biadap ini?

Saturday, 22 October 2016

ZAHARIN KATA TIADA PIHAK BERANI BERTINDAK TERHADAP BELIAU?

Satu klip video 'kepala butoh kau najib razak' yang dinaikmuat oleh aktivis facebook, Zaharin Yasin telah mendapat reaksi buruk dari netizen maya. Menurut mereka Zaharin yang sering mendakwa mempunyai 45 ribu pengikut facebook tidak sepatutnya menaikmuat video tersebut yang turut menghamburkan amaran bahawa Barisan Nasional dan Umno akan kalah pada PRU14 jika masih menggunakan JASA( Jabatan Hal Ehwal Khas) bagi menerangkan isu isu semasa berkaitan kerajaan.
Video tersebut bagaimanapun telah dipadam dari entri facebook Zaharin namun tanpa beliau sedar video tersebut telah menjadi viral dalam laman media sosial. Dipercayai video tersebut di rakam di Jakarta, Zaharin secara langsung mencabar Umno supaya memecatnya.
Dalam satu 'printscreen' perbualan dengan Dato Seri Salleh Said Keruak dalam aplikasi whatsapp yang diviralkan dalam facebook dikatakan Zaharin akan diuruskan oleh PDRM sebaik kembali dari Jakarta namun demikian tidak dapat dipastikan kesahihan mesej tersebut.
Namun demikian Zaharin Yasin telah membidas perbualan whatsapp tersebut dengan menaikmuat satu status kepulangannya tanpa di apa apakan dan tidak di tahan oleh pihak berkuasa di KLIA.
Netizen yang marah dengan video Zaharin mula tertanya mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) terhadap kebiadapan Zaharin yang semakin melampau dalam media sosial. Benarkah SKMM tidak berani mengambil tindakan terhadap Zaharin Yasin? Adakah Zaharin berada di atas dari sebarang akta SKMM seperti disangkakan netizen?
Sebagai aktivis facebook, Zaharin perlu bertanggungjawab atas setiap status yang beliau naikmuat serta klip videonya yang jelas memaki hamun Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, 8 October 2016

PUTERI UMNO GRO -Zaharin Yasin


Seorang pemain media sosial telah membuat tuduhan serta fitnah dalam komen dan status yang dinaikmuat di laman facebook miliknya. Zaharin Yasin, seorang ahli Umno Bahagian Bandar Tun Razak turut membuat tuduhan ke atas seorang Exco Puteri Umno sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) yang boleh di langgan berdasarkan bayaran harian.

Sekeping foto Exco Puteri turut diletak di ruangan komen bagi meyakinkan pembaca yang melayari garismasa di facebook beliau. Tuduhan berat ini sebenarnya menghina kedudukan Exco tersebut yang telah bersuami dan sewajarnya tindakan oleh Umno Bahagian beliau memikirkan tindakan sesuai dengan keceluparannya.

Benarkah semua Exco Puteri Umno bekerja sebagai GRO sebagaimana dakwaan Zaharin Yasin? Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM) sewajarnya memandang berat tuduhan serta pelbagai fitnah yang telah Zaharin lemparkan bukan sahaja kepada individu tertentu malah Perdana Menteri serta isteri juga turut tidak terlepas dari fitnah beliau.

Dalam masa sama Zaharin Yasin turut menuduh seorang lagi wanita yang mempunyai suami sebagai GRO yang boleh di hubungi melalui individu yang beliau tuduh sebagai 'Boss' kepada wanita tersebut.

Dipercayai tindakan Zaharin Yasin menyerang pemain media sosial adalah untuk mencari 'dana' bagi membiayai satu kes saman di Mahkamah yang beliau hadapi.

Pergerakan Puteri Umno Malaysia seharusnya memandang serius fitnah oleh Zaharin Yasin terhadap salah seorang Exco kerana tuduhan beliau menggambarkan keseluruhan Puteri Umno boleh di bayar bagi mendapat khidmat seks. Ketua Puteri Umno juga perlu mendesak Zaharin Yasin untuk membuktikan tuduhan beliau yang secara tidak langsung menghina seluruh ahli Puteri Umno Malaysia.

Apakah SKMM akan membiarkan Zaharin Yasin terus menerus menghina sesiapa sahaja melalui laman facebook?

Wednesday, 18 May 2016

Ugut Bom PM Najib - Facebookers Masih Tidak Insaf




Laman media sosial Facebook  kian diminati oleh netizen untuk menaikmuat pelbagai status berkaitan diri,keluarga,aktiviti serta program yang bermanfaat. Namun bukan semua pelayar facebook bijak bila memuatnaik status mereka di laman media.

Ada yang telah menyalahgunakan teknologi dengan berkongsi cerita fitnah serta mengarut yang mempengaruhi rakyat. Mereka seolah olah kebal dari sebarang tindakan Polis DiRaja Malaysia apabila cuba menghasut rakyat serta mencerca pemimpin negara melalui status mereka.

Satu akaun facebook menggunakan nama Zaiful Nazril telah menaikmuat status yang berniat mengancam keselamatan Perdana Menteri, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila menyatakan mahu mengebom Najib.

Pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan Perdana Menteri Malaysia. Individu tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian keran jelas sekali ugutan itu merupakan satu bentuk ancaman dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Mutlimedia patut mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.

Berikut adalah salinan dari akaun facebook Zaiful Nazril.