Tuesday 20 February 2018

"BIAR PM TENTUKAN CALON PALING SESUAI DI P078 CAMERON HIGHLANDS" - KAYVEAS


Kenyataan Rasmi Tan Sri Kayveas Berkaitan Dakwaan Dato S.Subramaniam Atas Kerusi P078 Cameron Highlands.

Saya telah menggerakkan gerak kerja bagi mendekati warga Cameron Highlands sejak September 2015 lagi. Semua gerak kerja yang saya lakukan adalah dengan menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari BN pusat semata-mata.

Semua ini dilakukan atas rasa kesetiaan saya kepada BN dan keinginan kuat saya untuk membantu di samping mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum, agama dan idealogi politik.

Bagi saya, Cameron Highlands amat dekat dihati saya kerana saya adalah anak jati Cameron Highlands dan boleh dikatakan, semua kaum dan bangsa termasuk kira-kira hampir 7,500 orang pengundi Orang Asal, turut tahu dan mengenali hasil kerja saya.

Bagi saya, kemenangan BN untuk kerusi ini harus dikekalkan dan saya berpendapat, terpulang kepada Yang Amat Berhormat, Pengerusi BN, Dato Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak menentukan siapa yang paling layak menjadi calon untuk kerusi P078 Cameron Highlands dalam PRU ke-14.

Seperti yang umum sedia maklum, Cameron Highlands merupakan satu kerusi yg cukup unik dari sudut sosio politik dan pendekatan yang telah saya lakukan boleh dinilai melalui sokongan terbuka yang telah dinyatakan oleh banyak pihak.

Bagi saya, saya yakin, seandainya saya dicalonkan untuk kerusi ini, dengan sokongan terbuka yg telah saya terima dan saya yakin mampu mempertahankan kerusi ini dan akan menambah jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU ke 13 yang lalu.

Dalam satu klip video Dato Subra menyatakan beliau akan memberitahu PM supaya mengikut keputusan beliau dan saya tidak mahu ulas selain menuggu keputusan PM sendiri. Samada PM akan ikut 'Arahan' Subra atau sebaliknya maka biarlah PM sendiri yang tentukan.

Tan Sri Datuk Seri M.Kayveas

No comments:

Post a Comment