Sunday, 18 February 2018

"SAYA AKAN BERITAHU PM IKUT KEPUTUSAN SAYA" - PRESIDEN MIC

SUBRAMANIAM DAKWA PM KENA IKUT CAKAP MIC?

Pilihanraya 13 pada 2013 menyaksikan MIC selaku komponen Barisan Nasional telah bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di seluruh negara. Atas kapasiti komponen Barisan Nasional, Mic diberikan keistimewaan untuk bertanding di kerusi yang dirasakan boleh dimenangi.

Bagaimanapun dari 9 kerusi Parlimen, MIC hanya berjaya mendapatkan 4 kerusi sahaja dan daripada 18 kerusi DUN diperuntukkan hanya 5 sahaja yang berjaya MIC menangi. Senario kekalahan ini turut hampir meragut kedudukan Presiden MIC ketika itu G. Palanivel yang bertanding di kerusi Cameron Highlands. Memenangi hanya 462 undi, Palanivel secara tidak langsung menampakkan kelemahan MIC yang disorokkan selama ini. Krisis dalaman pada 2015  MIC pula menyaksikan Palanivel disingkirkan dari MIC sekaligus beliau kehilangan kerusi sebagai Presiden MIC dan hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas (Menyokong Barisan Nasional).

Kerusi 'panas' yang dikatakan sebagai kerusi tradisi sudah tidak lagi menjadi kubu kuat MIC sejak pemecatan Palanivel. Pengundi di P078 terutama kaum India kehilangan arah selepas itu dan mereka seperti sudah kepercayaan kepada parti komponen BN terbesar Kaum India.

Menjelang PRU14 kerusi P078 telah menarik perhatian pelbagai pihak terutama MIC yang mahu mempertahankan kerusi tersebut. Hanya pada Jun 2017, MIC telah menghantar seorang penyelaras bagi memantau perkembangan pengundi Cameron Highlands dan ura ura Palanivel masih berminat mengekalkan kerusi tersebut semakin kedengaran walau masih samar atas tiket mana beliau mahu bertanding.

Dalam satu temubual bersama Malaysiakini, Presiden MIC Datuk Subramaniam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerusi P078 milik MIC walau Perdana Menteri merupakan kuasa eksekutif yang menentukan calon. Jelas sekali Subramaniam seolah meninggi diri apabila menjawap persoalan wartawan apabila menyatakan PM MESTI mengikut kehendak beliau.

Pautan : https://youtu.be/rhPaZQGI0E8

"Its a Mic seat, i make the decision...i will tell him (PM) to make the same decision"

- Itu kerusi MIC, saya buat keputusan dan saya AKAN BERITAHU DIA (PM) buat keputusan yang sama - Subramaniam

Adakah ini bermakna Subramaniam berkuasa menentukan siapa yang akan jadi calon dan kerusi mana yang MIC akan peroleh? Sejak bila Presiden MIC boleh mengarahkan Perdana Menteri?

Perlu diingatkan senarai nama dan penentuan calon adalah di bawah kuasa Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Subramaniam sewajarnya tidak memberi komen demikian kepada soalan wartawan terutama melibatkan kerusi panas yang menjadi rebutan seolah hanya itu sahaja kerusi penentu kekuatan MIC.

Kemenangan setial kerusi bagi Barisan Nasional amat penting dalam PRU14 dan sewajarnya MIC bersama sama komponen lain bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN dan bukannya memikirkan percaturan kerusi. Biarlah PM menentukan pihak mana yang memenuhi kriteria membolehkan BN meraih kembali majoriti 2/3 dalam Parlimen. Sebagai sebuah parti yang berpengalaman, MIC perlu memandang usaha kerajaan membela nasib Kaum India sebagai kejayaan mereka bersama dan fokus kepada gerak kerja menarik pengundi agar kembali kepada BN.