Monday, 5 February 2018

PEMBANGKANG CAMERON HIGHLANDS SOKONG KAYVEAS CALON P078

BEKAS CALON DAP NYATAKAN SOKONGAN BUAT KAYVEAS JIKA JADI CALON DI PARLIMEN CAMERON HIGLANDS

Mengejutkan sekali apabila bekas calon 5 Pilihanraya mewakili DAP menyatakan akan memberi undi kepada Kayveas sekiranya beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen P078 dalam PRU14.

J.Appalasamy yang ditemui dalam program Bantuan Awal Persekolahan di SMK Kg Raja turut menyatakan mengapa beliau sanggup memberi undi kepada Tan Sri M Kayveas. Appalasamy yang pernah bertanding kerusi DUN sebanyak 3 kali dan kerusi Parlimen sebanyak 2 kali memberitahu penulis, Kayveas telah memenangi hati ramai apabila turun padang dan melakukan banyak kerja membantu rakyat selain menyelesaikan masalah berbangkit yang selama ini tidak dipedulikan oleh G. Palanivel yang mewakili MIC sebelum di pecat dari parti tersebut.

Dalam pertemuan itu, Appalasamy turut menyatakan mengapa beliau hadir dalam setiap program Kayveas dengan mengenakan pakaian rasmi DAP.

"Kayveas jemput saya, jadi saya berbesar hati menerima jemputan walau berlainan ideologi parti tetapi dia tak pandang itu semua..bagi dia (Kayveas) yang penting ialah penduduk Cameron Highlands."

"Dia (Kayveas) sering jemput saya duduk di sebelahnya dalam majlis, tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana saya tidak mahu di cop pengkhianat (DAP)".

"Saya hormat Kayveas dan saya telah berjanji akan undi dia(Kayveas) kalau dia jadi calon sini (Cameron Highlands".)

Appalasamy yang pernah menjadi orang nombor 2 DAP Pahang sebelum di cantas diktator DAP turut menyatakan Kayveas mampu menang besar dan jika MIC dicalonkan, beliau yakin BN akan kehilangan kerusi tersebut. Beliau menyatakan demikian berikutan rekod perkhidmatan MIC selepas Palanivel di pecat pada 2015, Cameron Highlands kehilangan tempat mengadu dan hanya sekitar Jun 2017 MIC telah menghantar seorang penyelaras mereka untuk Cameron Highlands. Perlu diingatkan Barisan Nasional tidak melantik sesiapa sebagai penyelaras Parlimen dan lantikan dilakukan oleh MIC sahaja.

Bagaimanapun tinjauan bebas yang dilakukan mendapati nama Kayveas menjadi sebutan hampir 60% penduduk Cameron Highlands berikutan kerja keras mendekati penduduk hampir setiap minggu. Tidak dilupakan Orang Asli turut didekati Kayveas menerusi pelbagai program dan bantuan yang diberikan. Malah mengejutkan sekali masyarakat Orang Asli Sg Ruil menyatakan mereka mahu Kayveas sebagai calon Parlimen dan akan memberi sokongan penuh kepadanya.

Klik :  http://watan-online.com/kaum-asli-cameron-highlands-tagih-kunjungan-pm/