Thursday 19 April 2018

MAMPUKAH MIC TAWAN P078 DENGAN CALON BUKAN 'ANAK TEMPATAN'?

Majoriti 462 Jadi Taruhan MIC Bila Letak 'Orang Luar' Di Cameron Highlands.

Bukan sahaja tidak dikenali di Dun Jelai, ada pengundi di Tanah Rata juga tidak mengenali siapa Sivarajh. Malah mereka mencebik bila tahu Sivarajh mewakili MIC kerana serik ditinggalkan 'tidak bertali' sejak Palanivel di pecat dari MIC pada 2015.

Mula di hantar ke Cameron Highlands pada Jun 2017, Sivarajh seorang bekas calon Pru13 di Buntong (kalah tempat sendiri) terkapai mahu memulakan langkah hingga terbit kontroversi beliau merampas (hijack) satu program Dato SK Devamany di Pos Betau. Belum masuk kisah kontroversi beliau membekalkan barang lusuh kepada Orang Asli di Kg Gelnas Pos Menson konon atas sebab orang kampung mahu menggunakan peralatan (khemah, kerusi, meja) dengan segera hingga pihak lawan (pembangkang) mendapat perkhabaran tersebut.

Baca - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1513259768790272&id=792264390889817

Perkara ini memberi gambaran MIC tidak tahu adab apabila berdepan dengan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands. Malah Sivarajh sendiri yang menandatangani 'Buku Pelawat' serta memberi peralatan tersebut. Ini sangat memalukan Barisan Nasional kerana sebelum ini Presiden MIC (Palanivel) yang mewakili BN pernah membuat perbuatan yang agak menghina Orang Asli. Adakah mereka memandang rendah komuniti ini dan hanya akan mencari apabila mahu undi sahaja?

Baru baru ini negara dikejutkan dengan dakwaan bahawa Sivarajh masih ahli sebuah parti lain dan beliau telah tampil menafikannya namun apabila wartawan bertanya mengapa tiada tindakan di ambil jika perkara itu palsu, Sivarajh baru perasan myPPP adalah komponen BN apabila menyebut perkara ini boleh diselesaikan dalam Barisan Nasional.

Sebagai 'Orang Luar' dan KALAH, Sivarajh sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon Parlimen P078. Adakah kerana kedudukan beliau selaku Ketua Pemuda MIC maka diberikan keistimewaan dan laluan begitu mudah setelah MIC tidak mengambil peduli hal ehwal rakyat sejak 2015 hingga 2017? Kemanakah mereka ketika itu? Dalam gua mana mereka menyorok? MIC sendiri mengisytiharkan kerusi tersebut sebagai kerusi bebas selepas memecat Palanivel tetapi pada 2017 mereka dakwa itu kerusi tradisi? Lupakah mereka bahawa jika di ikut populasi pengundi, kaum Melayu menguasai pola undian dan Umno Cameron Highlands pernah mengusulkan menolak Devamany (MIC) dari mendapat kembali kerusi berkenaan.

Melihat situasi hari ini, PAS yang selama 3 penggal tidak pernah meletakkan calon di Parlimen Cameron Highlands sudah menamakan seorang calon bagi mewakili PAS dalam pertarungan merebut kerusi CH. Mengapa ini boleh terjadi? Jangan terkejut calon PAS merupakan Anak Jati Felda Sg Koyan dan Sivarajh bakal hadapi satu situasi berlainan ketika KALAH di Buntong. Sentimen 'Orang Luar' pasti memberi Sivarajh masalah malah Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga CH tidak pernah menyatakan sokongan buat MIC kerana kegagalan MIC menangani isu di CH selama 3 penggal.

Mengejutkan sekali mood pengundi di Jelai dan Cameron Highlands berkisar kepada 'Siapa Calon' dan bukan lagi parti. Pastinya Sivarajh akan mengarahkan jentera Pemuda MIC seluruh negara membantu beliau jika dicalonkan tetapi harus diingatkan, MIC tidak turun padang dan jangan terkejut jika mereka diboikot di sesetengah tempat apatah lagi calon lawan dari PAS merupakan Anak Koyan!

No comments:

Post a Comment