Sunday 1 April 2018

SERANGAN 'CILOK' SIAPA - SABOTAJ DALAMAN TERHADAP BN BERMULA?

Tajaan Baju Sukan Sekolah Dijadikan Isu Serang Komponen BN - Siapa Sebenarnya Cuba Sabotaj ?

Tular dalam satu portal mengenai tajaan baju sukan sekolah yang kebetulan dirasmikan Presiden myPPP Tan Sri Kayveas dan ia diperkatakan tanpa mengetahui kisah sebenar perkara tersebut dan cuba dimanipulasi oleh pembangkang.

Pautan : https://www.mytimes.com.my/ppd-arah-murid-pakai-baju-terbalik/

Apa yang tidak diketahui umum serta penulis portal berkenaan ialah tajaan dari Kayveas bukan sahaja kepada sebuah sekolah tetapi merangkumi pelbagai sekolah di Cameron Highlands. Dari apa.yang portal berkenaan naikmuat seolah menuduh pihak myPPP mengarahkan logo parti diletakkan di baju sukan berkenaan namun hakikat sebenar itu adalah Tidak Benar sama sekali. Selaku Presiden sebuah parti politik dan orang lama dalam politik Kayveas cukup memahami etika.

Benar beliau menaja pakaian sukan tetapi beliau ataupun myPPP tidak mengarahkan supaya logo parti diletakkan di baju berkenaan. Tuduhan Kayveas mensyaratkan logo diletakkan di baju berkenaan juga tidak benar kerana peruntukan diberikan dan pihak myPPP tidak ada kena mengena dengan tempahan baju berkenaan.

Persoalannya mengapa portal tersebut seolah menuding Kayveas yang menempah baju tersebut seterusnya mahu murid murid mengenakan pakaian itu pada hari sukan dilangsungkan. Tindakan Pej Pendidikan Daerah (PPD) Cameron Highlands mengarahkan agar pakaian diterbalikkan tidak menimbulkan konflik antara Kayveas dan pihak sekolah namun portal berkenaan cuba membesarkan perkara ini demi kepentingan sebuah lagi parti dalam komponen Barisan Nasional.

Apa niat portal berkenaan? Adakah ini serangan yang disengajakan untuk menjatuhkan kredibiliti parti komponen Barisan Nasional? Serangan seumpama ini telah dijangkakan dan apa juga isu walau berkaitan 'Semut Kena Langgar' juga akan dikaitkan dengan Kayveas hanya untuk menjatuhkan kredibiliti beliau di mata rakyat. Adakah ini sesuatu yang wajar dalam penulisan portal berkenaan?

No comments:

Post a Comment