Tuesday 17 April 2018

UNDUR DIRI ATAU KELUAR BN - KEPUTUSAN KAYVEAS DINANTIKAN DENGAN DEBARAN

FOTO  MENYENTUH JIWA BAKAL JADI KENANGAN TERAKHIR KAYVEAS DI CAMERON HIGHLANDS?

Kejutan semasa pelancaran Manifesto myPPP di Cameron Highlands oleh Tan Sri Kayveas menjadi berita paling panas sepanjang minggu. Melepaskan kekecewaan beliau, Kayveas berubah nada apabila memperkatakan mengenai kesetiaan beliau dan myPPP selama ini seperti 'Melukut Di Tepi Gantang'.

Meneliti komen netizen di laman rasmi Kayveas, ramai yang bersimpati dan tidak kurang yang cuba menyakinkan beliau dan myPPP akan lebih bersinar di luar Barisan Nasional. Namun segala keputusan hanya akan diketahui seusai Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi myPPP di Ibu Pejabat myPPP Jalan Kg Attap hari ini.

Lihat sahaja foto yang diambil tanpa Kayveas sedari sudah cukup memberi makna betapa eratnya hubungan beliau dengan rakyat Cameron Highlands. Adakah foto itu akan menjadi 'Kenangan Terakhir' Kayveas? Adakah Kayveas akan masih kekal bersama BN atau beliau akan bawa myPPP keluar BN?

Nantikan sidang media khas myPPP petang ini.

No comments:

Post a Comment