Friday, 20 April 2018

MIC BAKAL SERAHKAN KERUSI P078 KEPADA PEMBANGKANG JIKA KEKALKAN SIVARAJH?

4 PENJURU BAKAL SAKSIKAN MIC SERAH KERUSI CAMERON KEPADA PEMBANGKANG?

Kali pertama dalam sejarah kewujudan Parlimen P078 Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dengan kehadiran PAS selaku pencabar selain DAP (Pakatan), PSM dan MIC selaku penyandang kerusi tradisi.

Hasil pemantauan penulis selama 7 bulan di Cameron Highlands menampakkan penolakan pengundi terhadap MIC yang telah mengabaikan pengundi sejak 2015 selain beberapa isu berkaitan Cameron yang tidak diselesaikan oleh MIC walau wakil mereka menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut selama 3penggal (2 setengah penggal - kiraan tepat). Bukan sahaja Ahli Parlimen MIC (Palanivel) tidak endahkan pengundi Tanah Rata, pengundi Jelai turut terasa diabaikan selama ini sekaligus mewujudkan isu menolak calon MIC dalam PRU14. Malah pada satu ketika wujud satu kempen dengan menggunakan 'HashTag' menolak bekas wakil MIC yang pernah menjadi Ahli Parlimen CH selama 2 penggal.

Pertemuan spontan antara penulis dan pengundi di P078 telah membawa satu perspektif baru dalam pola pengundian dalam PRU14. Mereka kini sudah tidak memandang pada lambang parti tetapi usaha kerja keras bakal calon dan sikap calon kepada rakyat sebelum dan selepas pengundian. Apabila di soal mengenai MIC, kebanyakan mereka secara jelas menolak calon MIC kerana SERIK dengan pengalaman wakil MIC yang langsung tidak 'nampak muka' selepas menang dengan majoriti 462 undi.

Apabila MIC mula menghantar seorang penyelaras parlimen MIC ke Cameron Highlands, pengundi boleh dikatakan tidak mengenali langsung siapa beliau walau kedudukannya sebagai Ketua Pemuda MIC Pusat. Pernah kalah dengan calon DAP ketika bertanding di Buntong dengan marjin 8629 undi, MIC dengan lantang mendakwa kerusi P078 sebagai kerusi tradisi MIC dan hanya MIC layak bertanding di tempat tersebut. Tanyalah kepada pengundi Jelai samada mereka kenal Sivarajh atau tidak dan pastinya jawapan mereka akan mengecewakan. Bagaimana mahu kekalkan kerusi tradisi bila pengundi tidak kenal anda?

Kehadiran PAS yang diwakili seorang Guru dikenali sebagai Cikgu Bulan menjadikan suasana kali ini lebih panas. MIC akan menghadapi seorang calon yang sememangnya Anak Tempatan dari Felda Sg Koyan dan mendapat sokongan kuat dari PAS Jelai malah ada pengundi luar telah menyampaikan sokongan buat Cikgu Bulan. Jangkaan pertarungan kali ini lebih menjadi medan 'Siapa Anak Tempatan' dan 'Anak Tempatan Lebih Tau', MIC perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal memandangakan PAS dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai jentera kuat. Bagaimana MIC mahu pertahankan Kerusi Tradisi mereka dengan penolakan pengundi di Jelai dan Cameron Highlands?

Cabaran daripada DAP (Pakatan) dan PSM tidaklah sekuat PAS kerana DAP mengemukakan 'Calon Luar' apabila DAP Cameron telah menghantar surat kepada Pusat bagi menukar calon di CH namun dipercayai tidak dilayan. PSM pula hanya berkisar sekitar kaum India dan tidak mampu mengatasi masalah Cameron Highlands malah mengejutkan mereka masih menyokong PKR walau mahu bertanding sebagai sebuah parti lain (tidak guna lambang PKR).

Pengundi Cameron Highalnds akan memilih wakil mereka pada 9 Mei 2018. Adakah KERUSI TRADISI MIC akan kekal atau mereka akan serahkan kepada pembangkang kerana faktor penolakan calon MIC itu sendiri?

No comments:

Post a Comment