Monday, 23 April 2018

SENTIMEN 'ANAK TEMPATAN' BAKAL BUAT MIC 'BUNGKUS BAJU' DI P078?

BERHADAPAN DENGAN CALON ANAK TEMPATAN BAKAL UNDANG MASALAH BUAT SIVARAJH?

Dengan prestasi yang tidak memberangsangkan ketika bertarung di Buntong pada Pru13, Sivarajh Chandran dari MIC dikatakan akan berdepan dengan krisis undi. Beliau yang dicalonkan oleh MIC sebagai calon 'Kerusi Tradisi' P078 boleh dikatakan tidak dikenali pengundi kerana kehadirannya pada Jun 2017 terlalu singkat buat pengundi kenal.

Menambah masalah Sivarajh, PAS yang belum pernah meletakkan calon di P078 kini mampu tersenyum lebar apabila mengetahui MIC akan bertanding di kerusi tersebut. Reputasi MIC yang sudah tercalar kerana sikap Presiden MIC (Palanivel) yang tidak turun padang malah ada yang tidak mengenali siapa Palanivel sama sekali menjadi tembok untuk MIC tembusi. Setelah Palanivel di pecat oleh MIC pada 2015, kebajikan pengundi India yang meletakkan harapan kepada MIC bagi membela nasib mereka terus pudar hingga memaksa Umno Cameron Highlands mengambil alih tugas tersebut sementara. Kemunculan myPPP pula banyak mengubati 'Luka' pengundi di Tanah Rata namun kerja mereka hanya dipandang sebelah mata malah MIC memandang enteng perkara tersebut dan hanya menghantar seorang penyelaras sekitar Jun 2017.

Prestasi MIC yang tidak bagus di P078 berserta kemelut 'Perang Saudara' antara MIC dan myPPP pula 'Membuka Mata' pembangkang terutama PAS. Opurtunis dalam menanti masa sesuai, PAS berjaya menghidu kemenangan 'Mudah' apabila nama Sivarajh diuar-uarkan sebagai calon P078 kerana prestasi buruk di Buntong. Dengan angka 8629 yang Sivarajh kalah, PAS melihat beliau sebagai satu karektor paling lemah yang boleh ditumbangkan dengan sentimen 'Anak Tempatan' apabila PAS meletakkan seorang anak Felda Sg Koyan sebagai lawan Sivarajh.

Melihat suasana dan 'Mood' pengundi P078 yang seperti serik dengan 'Report Card' MIC yang sangat mengecewakan, PAS memperkenalkan 'Cikgu Bulan' bagi meraih simpati bukan sahaja peneroka Felda malah Generasi Kedua Felda serta pengundi luar Dun Jelai. Belum lagi mengambilkira faktor kawan kawan yang pernah bersama Cikgu Bulan ketika masih berkhidmat sebagai guru sudah menampakkan Sivarajh bakal menghadapi masalah untuk menangkis sentimen 'Anak Tempatan'. Tinjauan penulis ke Dun Jelai menemui pengundi pula menerima kejutan apabila ada Peneroka sudah bermain sentimen berdasarkan Kaum. Terpana sebentar penulis apabila Peneroka mula menyatakan mengapa masih diberikan kepercayaan kepada MIC walau mereka terbukti hanya hadir 'Tunjuk Muka' bila mahu mengundi dan bila menang hilang begitu sahaja. Pengundi Cameron sudah serik dengan apa yang jadi pada penggal lepas dan mereka enggan 'Pisang Berbuah Dua Kali'.

Apakah Sivarajh dan MIC sudah bersedia bermain dalam 'Gelanggang' selepas penamaan calon? Semua yang terjadi di Dun Jelai adalah hasil daripada apa yang mereka tinggalkan selama 5 tahun dan MIC tidak boleh menuding jari kepada pengundi kerana kesilapan mereka sendiri. Bersediakah MIC 'Bungkus Baju' seandainya Sivarajh kalah? Dengan majoriti 462 yang dimenangi Palanivel mampukah MIC hasilkan keajaiban dengan meletakkan 'Orang Luar' menghadapi 'Anak Tempatan'?

No comments:

Post a Comment