Saturday, 9 March 2019
DAP MAKIN LANCANG BICARA SOAL KERJASAMA UMNO-PAS, NGA KOR MING MAIN SENTIMEN PERKAUMAN
Ibarat cacing kepanasan, pemimpin DAP semakin gelisah apabila kerjasama antara Umno dan Pas semakin di terima dan diterjemahkan dalam 2 pilihanraya kecil sebelum ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam kenyataan beliau dan beranggapan kerjasama Umno,Pas merupakan pengisytiharan 'Perang' terhadap bukan Melayu namun kenyataan tersebut diolah semula selepaa menerima kecaman warganet.
Berang dengan kenyataan Guan Eng, laporan polis telah dibuat dari pelbagai peringkat rakyat demi keamanan rakyat Malaysia. Desakan turut ditekankan agar Guan Eng tampil memohon maaf atas KEBIADAPAN beliau namun pemimpin DAP itu masih dikuasai EGO.
Terbaru seorang lagi pemimpin DAP bersikap lancang terhadap kerjasama Umno-Pas. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pula menyifatkan kerjasama antara 2 parti terbesar Melayu hanya akan mewujudkan pemerintahan Taliban seperti di Afganistan. Beliau turut menyatakan jika Umno,Pas berjaya membentuk kerajaan maka rakyat akan menderita dan "tiada jalan berpatah balik". Kegusaran Kor Ming ini hanyalah mengundang kebencian kaum lain terhadap Umno,Pas sekaligus boleh mencetuskan perasaan tidak selesa kaum lain apabila bergaul dengan orang Melayu. Kebiadapan Kor Ming sememangnya diketahui apatah lagi beliau pernah mencarut "Melayu Pu**m**" dihadapan audiens dalam ceramahnya. Kor Ming yang 'LARI' dari Parlimen Taiping ke Teluk Intan pada PRU14 sebenarnya perlu memandang kelemahan Pakatan Harapan sendirj sebelum menuding jari kekuatan kerjasama Umno,Pas. Dap selaku parti dominan dalam PH sebenarnya lebih takut kehilangan pengaruh dan kini terdesak agar rakyat menjauhi Umno dan Pas.
Baca - JADI TALIBAN JIKA UMNO,PAS JADI KERAJAAN
Apa sebenarnya yang DAP mahu lakukan kepada Rakyat? Adakah kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP akan membantu keadaan rakyat untuk menjadi lebih baik? Tidakkah Kor Ming sedar beliau sebenarnya mencurah 'minyak dalam api' apabila membuat kenyataan demikian? Semakin jelas pimpinan DAP dibayangi ketakutan kehilangan kuasa. Adakah kerana Pakatan Harapan berkuasa maka beliau (Kor Ming) kini kebal dari sebarang undang-undang apabila mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menakut-nakutkan rakyat? Perlukah kenyataan membakar api perkauman terus-terusan dikeluarkan DAP hanya untuk memastikan survival politik parti untuk kelihatan 'Gagah' dan diyakini kaum TiongHua sebagai 'Pembela' mereka sepanjang masa?
Rakyat sekarang tidak mudah diperbodohkan dengan kematangan berfikir soal politik Malaysia. Nga Kor Ming perlu berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengguris hati ramai dan perlu menghormati sikap toleransi pelbagai kaum selain BELAJAR MENGHORMATI PERLEMBAGAAN NEGARA YANG TERMAKTUB.
Saturday, 16 February 2019
PRK SEMENYIH - KETUA ARMADA PPBM KANTOI, KHALID ISMATH BIDAS 'DRAMA CE-REKA' SYED SADDIQ
Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq mendakwa beliau di serang penyokong Barisan Nasional semasa pencalonan PRK N24 Semenyih selesai pagi tadi. Beliau yang telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut turut mendakwa di serang 'Dengan Ganas' salah seorang Exco Pemuda Umno ketika kejadian berlaku. Difahamkan kejadian tersebut terjadi apabila Menteri berkenaan berjalan kaki melintasi laluan yang dipenuhi penyokong BN.
![]() |
| Laporan Polis oleh Syed Saddiq. |
Apa MOTIF Syed Saddiq memilih laluan tersebut sedangkan beliau tahu pihak berkuasa telah mengkhaskan laluan itu untuk penyokong BN dan PAS berkumpul? Adakah beliau cuba 'Test Market' bagi melihat sokongan Anak Muda yang dikatakan semakin menolak Pakatan Harapan atau beliau sengaja mencari publisiti bagi memburukkan pihak lawan?
Difahamkan juga PPBM kini semakin tertekan apabila sokongan pengundi muda di Semenyih mula menunjukkan trend menyokong kerjasama antara BN dan PAS pada PRK ini. Selaku Ketua Armada sudah pasti Syed antara yang akan diberikan tanggungjawab memikat kembali anak muda Semenyih di sebalik KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN menunaikan JANJI MANIFESTO terutama membabitkan Pinjaman PTPTN dan beberapa isu lain di Semenyih.
Saturday, 24 November 2018
SURAT TERBUKA UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN - JANGAN PEPAT DILUAR,RUNCING DIDALAM
Perlukah KJ Terus Berlaku Seperti 'Pepat Di Luar, Runcing Di Dalam'?
Saudara Khairy Jamaluddin
Sejak BN kalah dalam PRU14 tanggal 9 Mei 2018, saudara kekal bersama Umno dan kepimpinan dalam Barisan Nasional. Prinsip itu saya hormati kerana saudara tidak lari dari kekalahan parti kita dan terus bersama walau kini duduk dalam barisan pembangkang di Parlimen.
Bagaimanapun polemik politik saudara bermula apabila saudara menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno 2018-2021. Saudara mula menuding jari kekalahan BN kepada individu tertentu tanpa melihat kekurangan serta kelemahan Sayap Umno yang saudara terajui. Betapa kami ahli akar umbi kebingungan dengan tindakan saudara secara tiba tiba bertukar nada selepas mahu merebut jawatan Presiden Umno. Saudara mungkin terlupa foto saudara bersama Bekas Presiden dimana saudara turut menjulang beliau selain memberi tabik hormat dalam foto yang lain. Mengapa tatkala mahu jawatan, saudara sanggup 'melacurkan' apa yang kononnya Kesetiaan dan Solidariti kepada Najib Razak semasa beliau masih di tampuk? Adakah saudara 'desperado' untuk memenangi jawatan tersebut walau rekod saudara mengepalai Sayap Pemuda tidak begitu memberangsangkan? Kegagalan saudara memikat Anak Muda sebagai pengundi BN merupakan kegagalan total Pemuda Umno. Ya, saudara ramai pengikut tetapi pengikut hanya pengikut di media sosial dan tidak di lapangan malah Himpunan Sejuta Belia adalah salah satu KEGAGALAN yang saudara tidak nampak. Benar saudara nampak mesra dengan Anak Muda namun itu hanyalah dihadapan lensa dengan senyuman seperti di paksa.
Saya masih ingat apabila kempen PRK Kuala Kangsar di mana jadual sepatutnya saudara dan rombongan Pemuda bertemu dan beramah mesra dengan orang kampung dijadualkan jam 4.30 petang. Namun demikian hanya pada jam 5.45 petang barulah saudara bersama rombongan yang orang kampung gelar sebagai 'Artis' tiba dan ketika itu orang kampung sudah hampir tiada di kawasan program. Agak memalukan apabila terdengar keluhan orang kampung dan Anak Muda mengenai tatacara saudara dan mereka menyebut - "inilah orang Umno".
Saudara KJ,
Kini dengan hanya dikenali sebagai Ahli Parlimen Rembau, saudara seperti tidak sehaluan dengan suara majoriti Umno. Benar saudara ada pandangan serta pengamatan berbeza serta perspektif berlainan dalam politik di blok pembangkang tetapi janganlah suka menempelak pimpinan lain jika tidak bersetuju dengan kenyataan. Saudara saya pasti masih punya nombor telefon dan saudara juga punyai akses bertemu mereka yang tidak sependapat maka lakukan pertemuan untuk mencari solusi. Bukannya menuding serta mencari populariti 'One Man Show'. Apa motif sebenarnya? Adakah untuk memikat pihak sebelah agar nampak bakat saudara dan menawarkan saudara kedudukan selesa? Saya yakin saudara punyai matlamat lebih jauh dalam politik sebagaimana saudara nukilkan- "Jika saya Presiden, awak orang pertama saya buang"
Saudara KJ,
Saya berpendapat saudara terlalu lembut umpama tauhu apabila dalam isu ICERD saudara seolah tidak merestui penyatuan Orang Melayu/Islam dalam menolak sebarang cubaan merealisasikan apa yang dikhuatiri akan menghapuskan Hak Melayu/Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara. Saudara sungguh kontra dalam isu tersebut tetapi saya faham saudara mahu mengikut arus pihak sebelah agar tidak dilihat ketinggalan dan kelihatan kuno. Lupakah saudara juga pernah terlibat hingga 'BASAH' dimandikan walau dikatakan itu lakonan aktor setaraf Hollywood? Rakyat sekarang merasa terpedaya dengan apa yang dijanjikan pihak sebelah dan rakyat mahu menyuarakan isihati mereka. Adakah itu salah? Adakah rakyat mahu menyuarakan bahawa mereka menentang sebarang provokasi melibatkan kepentingan Melayu, Islam, Bumiputera itu salah? Saya tidak mahu menulis panjang kerana terlalu banyak yang boleh disenaraikan kelemahan saudara ketika menjadi Ketua Pemuda Umno demi hormatkan saudara yang masih merupakan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cukup dahulu sekadar ini dan saudara boleh memilih menjawap atau berdiam diri.
Terimakasih
Yusman Zahari Zakaria
Sabtu 24/11/2018 jam14.38
Thursday, 21 June 2018
UMNO PERLU TERUS BELA HAK ISTIMEWA ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA
UMNO SENTIASA LINDUNGI KEPENTINGAN ISLAM DI MALAYSIA MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN NEGARA - TAJUDDIN RAHMAN
Umno sebagai sebuah parti yang ditubuhkan di Istana Johor sudah pasti mempunyai sejarah panjang melalui perjuangan menggerakkan Kemerdekaan Tanah Melayu dan melindungi kepentingan Melayu serta Agama Islam. Klausa melindungi kepentingan Agama, Kaum Melayu dan Pribumi termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak 31 Ogos 1957 hingga sekarang.
Bagaimanapun selepas pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan dalam PRU14 seperti membuka lembaran baru. Kemenangan Pakatan Harapan tidak sahaja membawa era kebebasan bersuara tetapi turut membawa desakan kebebasan beragama secara total hingga budaya hidup songsang turut di tuntut pihak tertentu. Malah keberanian tersebut telah diterjemahkan secara lisan oleh beberapa individu yang mempertikaikan Jakim, kebebasan beragama dan peruntukan untuk kepentingan Islam di Malaysia.
Calon Naib Presiden Umno, Dato Sri Tajuddin Rahman meluahkan kebimbangan tersebut semasa di temui dalam satu majlis.
"Tuduhan Ibadah Haji tajaan 1MDB dari unsur tidak halal menimbulkan polemik apabila tiada bukti kukuh diberikan. Jika mereka (Pakatan Harapan) mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut maka kemukakanlah kerana ini melibatkan kepentingan Islam serta jemaah yang saban tahun di taja oleh 1MDB bagi mengerjakan fardu Islam ke-5" - Tajuddin Rahman
Beliau yang turut mengingatkan bahawa agenda yang di bawa oleh sebuah parti dalam sekutu Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan Ajaran Islam turut mempertikaikan tujuan peruntukan samarata kepada semua pergerakan Agama sedangkan Perlembagaan Negara menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan ini merupakan intipati perjuangan Umno itu sendiri.
" Adakah kita akan melihat rumah ibadat agama lain tumbuh bagai cendawan sedangkan tidak ramai penganut di tempat tersebut? Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka sengaja mahu mencemarkan kesucian Islam yang diletakkan di tempat tinggi dalam peelembagaan negara?" - Tajuddin.
Tajuddin Rahman yang bertanding sebagai Calon Naib Presiden Umno sememangnya dikenali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu, malah beliau pernah di landa kontroversi apabila bertikam lidah semasa sidang parlimen semata mata mempertahankan Islam. Oleh kerana ketegasan Tajuddin dalam parlimen, beliau sering digambarkan sebagai 'Samseng' namun beliau menafikan dakwaan tersebut.
Menyatakan ketegasannya lagi - "Saya mempertahankan Islam dan Melayu dari terus di hina. Salahkah saya mempertahankan kepentingan tersebut? Umno sendiri meruoakan wadah bagi mengangkat martabat Islam dan Melayu dari terus dipandang serong pihak tertentu"
"Umno akan sentiasa menjaga apa yang termaktub dalam perlembagaan termasuk kepentingan Islam, Raja dan Melayu agar tidak menjadi mangsa agenda pihak tertentu"
Ketua Bahagian Pasir Salak itu menyeru semua pihak terutama Umno terus menentang sebarang desakan pihak luar yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.







