Saturday, 23 February 2019

PRK SEMENYIH - KONSPIRASI, SURATAN ATAU KEBETULAN KARIER POLITIK PAKATAN HARAPAN KINI DI BUCU MEJA UTAMA?

Tangan 'Ghaib' Kocak Mangkuk Geluk 'Tilik Nasib' Pakatan Harapan


Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH. Tuding menuding atas kesilapan keputusan 'Siapa Meluluskan' sudah bermain di permukaan sejak penamaan calon Prk Semenyih. Bermula episod pertikaian dalaman yang enggan menerima calon dikemukakan PPBM hinggalah 'Ghaibnya' jentera komponen Pakatan Harapan dari medan perang Semenyih nampak semakin jelas.

Kerja keras PPBM mempromosi calon seperti tidak diendahkan DAP. Boleh dikatakan langsung tiada kenyataan daripada kepimpinan tertinggi DAP mengenai kredibiliti calon dan ini amat berbeza ketika calon DAP bertanding di Cameron Highlands. Malah kesanggupan Lim Kit Siang bermalam di Kg Simoi kerana mahu 'Menjual Produk DAP'  tidak terpamer di Semenyih dan dikatakan AMANAH selaku 'Sparring Partner' DAP juga lemau dalam kempen Semenyih. Hanya Azmin sebagai 'Orang Kanan' dalam Pakatan Harapan menampakkan kesungguhan siri kempen dan menyerang Najib (bukan calon) secara konsisten selain membawa 'umpan lama' PH sebelum ini sekadar menyedapkan ceramah. Kelangsungan Semenyih sebagai DUN tidak kedengaran kecuali 'Kerakusan' Aiman Zainali yang BERJANJI akan selesaikan masalah pada 3 Mac 2019 (Ahad) jika ditakdirkan menang pada 2 Mac 2019.

Mengapa berlaku semua ini dalam PH tatkala mahu mempertahankan 'EGO' di Semenyih bagi membuat rakyat percaya ikatan mereka utuh? Isu tajaan Da Ma Cai diikuti isu Bantuan Sara Hidup (BaSaH) Rm100 bagi golongan Bujang dan terbaru apabila harga bahan bakar (petrol) dinaikkan 10 sen seliter menampakkan sesuatu di luar jangkaan sedang berlaku dalam kem PH. Malah secara tiba tiba ada pemimpin tertinggi dalam tertentu dalam PH mula menuding apabila ada ura ura undi tidak percaya bakal terjadi dalam sidang Parlimen kelak. Ada juga kenyataan dari komponen PH menyatakan mereka sanggup keluar dari PH sekiranya pemimpin tertentu masih meneruskan rentak membawa masuk bekas Umno ke PH terutama bagi menguatkan PPBM. Secara terbuka Setiausaha DAP Selangor dan seorang Exco DAP Johor bersuara mengenai perkara tersebut dan ini telah menimbulkan 'Perang Dingin' dalam PH sendiri.


Kemelut ini seharusnya tidak membabitkan RAKYAT namun seperti semua maklum, kerajaan yang dibina atas sifat TAMAK KUASA tidak akan bertahan lama. Perebutan 'Status Quo' bagi mana mana parti dalam PH amat penting bagi memastikan survival parti terus bertahan hingga akhir penggal mandat pilihanraya. Bagaimanapun kepentingan RAKYAT tidak diumpamakan oleh PH yang saling 'Tikam Menikam' dalam perebutan menjadi 'DOMINAN' dalam kumpulan mereka. Lebih mementingkan jumlah kerusi selain 'Projek Kroni' sebagaimana permintaan Naib Presiden PPBM, kini menyusun rantaian 'Hayat' kelihatan jelas dalam pentadbiran PH. Jadi dimanakah kedudukan RAKYAT di mata mereka?

No comments:

Post a Comment