Friday, 15 February 2019

PRK SEMENYIH - GARA GARA PROTES KREDIBILITI CALON, SABOTAJ SESAMA SENDIRI BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN?

Belum Bertarung Sudah Berlaku Sabotaj Dalam Pakatan Harapan, Apa Nasib Rakyat Semenyih?


Belum 24 jam pengenalan calon Pakatan Harapan menghadapi Pilihanraya N24 Semenyih sabotaj dalamam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah disuarakan dalam media sosial. Seorang 'facebooker' yang juga merupakan penyokong kuat PH telah menaikmuat kenyataan mempertikaikan pemilihan calon oleh PPBM sendiri. Menyoal intergriti calon yang ada kaitan legasi dengan penyandang kerusi N24 sebelum ini, populariti calon turut diperkatakan kerana di dakwa tidak dikenali penduduk dalam Dun Semenyih.


Walau Presiden PPBM cuba bermain saikologi dengan mengeluarkan kenyataan keyakinan PH bahawa calon BN-PAS tidak akan berjaya merampas kerusi Semenyih, perkara sebaliknya berlaku. Tular dalam media sosial beberapa (dikatakan hingga 13) Bilik Gerakan PPBM ditutup gara gara tidak puashati dengan pemilihan calon. Beberapa keping foto tular secara jelas menampakkan Bilik Gerakan PH gelap dan tidak berlaku sebarang aktiviti langsung. Malah ada dakwaan mengatakan bendera PPBM telah dicabut dari kawasan tertentu oleh penyokong PPBM sendiri namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Jika benar berlaku sampai cabut bendera maka PPBM perlu bersedia untuk kehilangan kerusi Semenyih pada 2 Mac nanti.


Sabotaj ini diburukkan lagi dengan tindakan Tun M yang secara 'Sengaja' melanggar 'perjanjian' dalam PH sendiri apabila bertindak menerima kehadiran 7 orang ahli Parlimen yang MELOMPAT dari Umno sekaligus menimbulkan kritikan terbuka dari sekutu PH sendiri. Malah ada desas desus penyokong PPBM sendiri tidak berpuashati dengan apa yang Mahathir lakukan kerana merasakan telah 'dikhianati' apabila yang MELOMPAT  Parti dilihat sebagai 'Penyelamat' Tun M dan bukannya memperkasakan parti. Bagi mereka kehadiran 'KATAK KATAK' ini seperti disintuk-limaukan supaya kelihatan 'SUCI' dan pimpinan PPBM mahu ahli menerima kehadiran mereka dengan 'REDHA' walau dalam hati berbuku.


Ada juga khabar angin berlaku pertikaian dalaman PH mengenai calon PH yang tidak enak. Benarkah calon PPBM ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari DAP, PAN dan PKR kerana hanya bersandarkan legasi? Jika dibaca profil calon beliau mempunyai kelayakan akademik tetapi sekutu dalam PH tidak mahu mengambil risiko kerana calon masih lagi dalam pengajian dan dikhuatiri akan menjejaskan fokus kempen dan jika menang  akan berlaku konflik pembahagian masa antara karier dan pengajian namun perkara ini terpaksa dipendamkan bagi mengelakkan spekulasi liar terhadap ikatan parti parti dalam Pakatan Harapan yang kini bergolak.



 Apakah pengundi Semenyih tidak nampak apa nasib yang bakal menimpa mereka jika terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan? Dengan sabotaj dalaman dan pergolakan yang terjadi tidak mustahil Pengundi Semenyih akan terus ditaburkan 'GULA GULA PILIHANRAYA' dan akan diabaikan kerana PH terlalu 'SIBUK' menyelesaikan konflik sesama sendiri. 



No comments:

Post a Comment