Saturday, 23 February 2019
PRK SEMENYIH - PAKATAN HARAPAN KINI DALAM DILEMMA 'CELARU IDENTITI', PETANDA KONSPIRASI 'ENAU' SEMAKIN BERJAYA?
Enau Semakin Membelit Pakatan Harapan, 'Cah Keting' Sudah Pasti Berlaku
Bekas Presiden PKR Wan Azizah kini 'terpaksa' merayu pengundi Semenyih supaya memberi 'talian hayat' kepada Pakatan Harapan berikutan gelombang penolakan rakyat terhadap PH semakin ketara. Nada sama turut disuarakan Gobind Deo sambil meminta rakyat memberi peluang kepada mereka (PH) untuk menunaikan JANJI PRU yang dikemukakan. Apa alasan PH masih tidak menunaikan JANJI PRU14? Dalam pemikiran sudah pasti ada 'Kambing Hitam' akan dipersalahkan dengan alasan Hutang Negara membebankan dan segalanya akan diletakkan pada bahu BN sedangkan mereka (PH) banyak melaksanakan perkara yang bertentangan dengan dakwaan 'Hutang Negara'.
Rakyat semakin keliru dengan apa yang berlaku dalam PH sekarang apabila terlalu banyak percanggahan kenyataan serta tindakan yang dilakukan Menteri Kabinet. Bagaimana mereka mampu jadi kerajaan yang kuat jika setiap kali mulut di buka pasti akan berlaku kekeliruan. Perlukah rakyat Semenyih memberikan kepercayaan lagi kepada mereka (PH)? Cukuplah sejak berlaku 'Tsunami' pada PRU12, Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PH) masih GAGAL melakukan perubahan selaras dengan JANJI MANIFESTO yang dibentangkan malah alasan belum menguasai Putrajaya (ketika itu) sepatutnya tidak wujud lagi selepas PRU14.
Pengundi DUN N24 Semenyih boleh dikategorikan sebagai penduduk Sub-Bandar dan ada kalangan mereka merupakan penjawat awam. Kenyataan Perdana Menteri baru baru ini memberi 'Tamparan' hebat kepada golongan ini yang masih bergelut dengan kos sara hidup yang sepatutnya turun jika mengikut FORMULA PH namun berlaku sebaliknya. Andaikan mereka (Penjawat Awam) bertugas di Bandar selain Semenyih. Dengan TOL yang melingkari Semenyih beban kos membayar TOL akan terus menghantui penjawat awam di Semenyih. Apa yang MAMPU dilakukan PH selain hanya membuat kajian berkaitan TOL? Presiden PPBM telah mengeluarkan kenyataan akan ada pengumuman berkaitan TOL namun hingga hari ini masih belum diumumkan. Kenyataan Mahathir pula memberi igauan ngeri terhadap penjawat awam yang mempunyai komitmen dan bergantung pada pendapatan penjawat awam. Inikah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan Rakyat? Masih mahu akur dengan 'Cengkaman' PH atau memberi isyarat kepada Pakatan Harapan agar tidak terus meminggirkan rakyat dengan keputusan yang membelakangkan kepentingan semua?
Suasana kempen PRK Semenyih yang agak suram dikalangan komponen Pakatan Harapan agak pelik jika diteliti dengan baik. Jentera kempen yang didominasi PPBM pula kelihatan lebih menonjol daripada yang lain sekaligus menimbulkan tandatanya apakah yang sedang berlaku. Selain longgar dalam acara 'Turun Padang' siri ceramah PH pula tidak banyak menekankan perkembangan ekonomi yang akan dibawakan ke Semenyih. Malah jentera mahupun pemimpin komponen PH sendiri seperti tidak kelihatan berikutan kurang promosi dari PPBM sendiri. Ada kedengaran juga rungutan dari komponen menyatakan kerjasama jentera PPBM seperti 'Acuh Tak Acuh' dengan kehadiran jentera parti lain dan memandang sinis bantuan yang dihulurkan namun sejauh mana dakwaan tidak disahihkan. Adakah ini juga membawa pengertian bahawa PH kini dalam fasa 'Berkecamuk' dan sudah hampir pasti suara PPBM akan diketepikan pada PRK akan datang? Pastinya akan ada kenyataan menyanggah namun jika 'Enau' tetap 'Enau', ia pasti akan membelit dan membenamkan cengkaman pada pohon lain bagi membolehkan 'Pucuk Enau' dapat menjulur keluar dari rimbunan. Persoalannya dalam PAKATAN HARAPAN SIAPAKAH SEKARANG INI MENJADI ENAU?
Ada juga pendapat menyatakan Pakatan Harapan kini berdepan dengan konspirasi dalaman yang enggan melihat mana mana parti melebihi mana mana parti dan semuanya perlulah setara. Ini semuanya tidak memberi petanda yang bagus kepada pengundi Semenyih kerana sudah tentu kebaijikan serta perkembangan ekonomi Semenyih tiada dalam perancangan PH sebaliknya mereka (PH) lebih mementingkan kedudukan serta ego parti masing masing. Jadk dimanakah nilai Pengundi Semenyih di mata Pakatan Harapan? Adakah hanya berbekalkan GULA GULA dan JANJI maka pengundi Semenyih akan terpesona sekali lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment