Calon PKR Tidak Dibenarkan Interaksi Dengan Media, Siapa Akan Jadi Jurucakap Streram?
Hari pertama kempen Pilihanraya Kecil N27 Rantau bermula selepas 4 calon disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas tamat tempoh bantahan. Situasi yang menarik di apabila penyokong BN bertukar menjadi lautan biru menguasai pemandangan sebelum penamaan calon turut diwarnakan penyokong PAS yang hadir dengan pelbagai slogan dan pemakaian menggambarkan penyatuan Ummah. Komponen BN (MCA,MIC dan lain lain) turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan penyokong PAS memberi warna yang digeruni Pakatan Harapan.
Bagaimanapun ada beberapa kisah dramatik yang menyelubungi Pakatan Harapan dan Calon Bebas. Seorang calon bebas yang bertanding, Malar Rajaram bertindak melakukan 'Protes Senyap' selama 2 hari kerana calon PKR tidak dibenarkan bercakap kepada media. Menurut Malar tindakan protes senyap (tidak berkempen) yang dilakukannya kerana membantah tindakan kepimpinan PPBM yang tidak membenarkan Aiman bercakap kepada media di Prk Semenyih. Aiman yang telah mengeluarkan kenyataan "Hari ini saya menang, esok kita (PH) selesai masalah" mengingatkan ceramah Anwar Ibrahim yang pernah berjanji kepada audien dengan nada sama, malah Pakatan Harapan turut melakukan perkara tersebut dalam Manifesto PRU lepas. Malar turut cuba mengaitkan tindakan sama di Prk Cameron Highlands di mana calon ketika itu kurang berinteraksi dengan pihak media.
Baca - Protes Senyap
PKR sudah tentu enggan melakukan kesilapan calon PPBM di Prk Semenyih kerana di Rantau rata-rata melihat pertarungan ini bukanlah gelanggang Streram sebaliknya menjadi medan Anwar menentang Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan. Pertembungan BN vs PH ini diibaratkan sebagai berat sebelah kerana calon PKR tidak mempunyai kekuatan akar umbi malah komunikasi dua hala turut menjadi penghalang beliau berinteraksi. Dalam cubaan mempromosi dirinya yang divideokan, Streram kelihatan tidak menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik hingga apa yang diperkatakannya hampir tidak difahami. Ini adalah berbahaya buat PKR kerana kemungkinan berlaku salah faham maklumat serta isu bakal meranapkan impian Anwar Ibrahim yang disebut sebut sebagai 'Bakal PM Ke-8' selepas Tun Mahathir.
Kegusaran PKR dalam Prk ini berasas kerana rakyat melihat KEGAGALAN Pakatan Harapan secara keseluruhan selepas berjanji 'Bulan dan Bintang' hanya untuk menumbangkan BN. Selepas hampir 11 bulan Pakatan Harapan memerintah, rakyat semakin mempersoalkan kemampuan PH mengurustadbir Malaysia dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan pihak PH sendiri. Dari dapur hingga ke perniagaan global, Malaysia kini semakin merudum dibawah Pakatan Harapan dan Anwar sudah pasti enggan mengambil alih pentadbiran yang lemah daripada Tun Mahathir. Kini semua mata tertumpu kepada Anwar untuk memastikan Streram menang dan sebagai langkah berjaga jaga calon PKR tidak akan diberikan peluang bercakap visi dan misi beliau untuk pengundi Dun N27 Rantau.
No comments:
Post a Comment