Showing posts with label Kemoen Prk Rantau. Show all posts
Showing posts with label Kemoen Prk Rantau. Show all posts

Monday, 1 April 2019

PRK RANTAU - "BAWA POLITIK MATANG YANG BERI KEBAIKAN UNTUK RAKYAT, BEST MAN WIN" - TOK MAT HASAN

Usah Susahkan Rakyat Dengan Politik 'Purba'

Sidang Media di Command Centre

Calon Barisan Nasional bagi Prk Rantau mahu semua pihak membawa dimensi baru dalam politik Malaysia dan melupakan gaya politik 'Algojo' semata untuk kepentingan parti. Dalam sidang media di Command Centre beliau turut menyentuh beberapa isu berkaitan kerajaan negeri dan nasional.

Ditebak soalan mengenai kenaikan tarif air yang bakal dikenakan kepada rakyat, Dato Seri Mohamad Hasan kesal kerana kerajaan tidak memikirkan kepentingan rakyat sebelum bertindak menaikkan kadar bayaran air.

"kenapa perlu bebankan rakyat lagi? sudahlah kini rakyat tidak senang..saya mohon kaji dulu kepentingan rakyat sebelum tarif air dinaikkan" - Tok Mat Hasan

Beliau sebelum itu menyatakan pembentukan blok pembangkang yang kuat amat perlu bagi memastikan Pakatan Harapan menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat sebelum membuat apa apa polisi negara. Kewujudan blok pembangkang yang efisien akan direalisasikan BN bersama komponen serta kerjasama PAS dan NGO bagi 'check & balance' dan memberi tekanan seandainya ada tindakan yang merugikan rakyat.

Ketika menjawap penguasaan bahan kempen BN yang mengatasi PH, Mohamad menjelaskan semua bahan adalah simpanan dari Pru14 yang tidak digunakan kerana beliau menang tanpa bertanding ketika itu dan tidak timbul perbelanjaan baru atau besar dikeluarkan BN bagi kempen Prk Rantau. Beliau juga menjawap persoalan mengenai kemusykilan yang cuba ditimbulkan calon PKR mengenai klinik kesihatan di Rantau. Tok Mat menjelaskan ketiadaan kawasan (tanah negeri) antara faktor mengapa klinik yang lebih besar diwujudkan di Rantau. Menurutnya lagi permohonan telah diluluskan ketika beliau masih Menteri Besar namun faktor tanah mengekang pembinaan klinik baru yang lebih selesa.

Prk Rantau yang disifatkan Tok Mat sebagai 'Ibu Segala Plihanraya Kecil'  bakal menjadi medan tempur yang terbaik bagi rakyat menilai kebaikan yang telah BN bawa selama ini. Pastinya PH mahu kemenangan namun kematangan pengundi yang menilai KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN akan menentukan siapa bakal menang.

"Best Man Win" - Mohamad Hasan


Sunday, 31 March 2019

PRK RANTAU - PKR SUDAH MULA TABUR JANJI, KLINIK AKAN DINAIKTARAF SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN MENANG

Selepas Aiman Mahu Bina Hospital, Kini Giliran Streram Pula Palu 'Tin Kosong' Naik Taraf Klinik Rantau


Benarlah pepatah menyebut 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'. Calon PKR hari ini dilaporkan telah berjanji akan menaiktaraf klinik di Rantau sekiranya beliau menang PRK Rantau pada 13 April 2019. Kenyataan ini seakan mengulang episod 'Aiman Tak Kisah' yang berjanji mahu memperjuangkan pembinaan sebuah Hospital di Semenyih.


Calon PKR perlu sedar kerajaan Malaysia kini ditadbir oleh Pakatan Harapan jadi mengapa perlu beliau berjanji sedangkan Menteri Besar N.Sembilan sendiri boleh memohon peruntukan dari Pusat untuk menaiktaraf klinik di Rantau malah di seluruh Negeri Sembilan. Adakah kemenangan PKR sahaja akan membolehkan sesebuah klinik menerima peruntukan untuk menaiktaraf atau beliau mahu menyatakan Pakatan Harapan tidak ambil kisah kebajikan rakyat selama hampir setahun memerintah? Streram perlu diingatkan jika sekalipun beliau menang, beliau perlu memohon di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum permohonan dipanjangkan ke kerajaan Pusat. Itupun belum tentu peruntukan diluluskan jika kerajaan Pakatan Harapan kini sering menggunakan alasan kewangan Malaysia kritikal.

Patutlah seorang calon bebas enggan memberi apa apa kenyataan kepada media. Beliau tahu padahnya bila tersalah memberi kenyataan seperti apa yang dilakukan calon PKR. Nampaknya PKR telah tersalah memilih calon dan amat wajar sekali apabila beliau tidak dibenarkan 'membuka mulut' kepada media kerana jelas sekali calon PKR belum cukup 'Haul' dalam memberi kenyataan berfakta.

Sadis sekali jika PKR diberikan peluang mewakili Dun Rantau kerana calon tidak jelas dengan tindakannya sendiri. Sudahkah beliau lupa bagaimana Pakatan Harapan menutup Klinik 1Malaysia yang diusahakan Najib untuk kemudahan rakyat mendapat rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital? Ternyata calon PKR ini hanyalah sekadar menjadi 'Badut Sarkis' untuk menyelamatkan imej Presiden PKR sendiri yang dikatakan akan mencipta sejarah memegang rekod sebagai 'Bakal PM' paling lama di Malaysia.

Pkr perlu mempersiapkan mental mereka berdepan kekalahan ditangan Tok Mat Hasan pada hari pengundian kelak. Anwar pula perlu menerima hakikat, karier politik beliau kini sudah berada dihujung terowong. Beliau semakin hilang 'Aura' dan perlu melepaskan kedudukannya selaku Presiden kepada Timbalan selepas 13 April 2019.

Saturday, 30 March 2019

PRK RANTAU - POTENSI PAKATAN HARAPAN BAKAL RANAP JIKA CALON PKR DIBENARKAN BERCAKAP KEPADA MEDIA, PROTES DILANCARKAN CALON BEBAS.

Calon PKR Tidak Dibenarkan Interaksi Dengan Media, Siapa Akan Jadi Jurucakap Streram?



Hari pertama kempen Pilihanraya Kecil N27 Rantau bermula selepas 4 calon disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas tamat tempoh bantahan. Situasi yang menarik di apabila penyokong BN bertukar menjadi lautan biru menguasai pemandangan sebelum penamaan calon turut diwarnakan penyokong PAS yang hadir dengan pelbagai slogan dan pemakaian menggambarkan penyatuan Ummah. Komponen BN (MCA,MIC dan lain lain) turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan penyokong PAS memberi warna yang digeruni Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ada beberapa kisah dramatik yang menyelubungi Pakatan Harapan dan Calon Bebas. Seorang calon bebas yang bertanding, Malar Rajaram bertindak melakukan 'Protes Senyap' selama 2 hari kerana calon PKR tidak dibenarkan bercakap kepada media. Menurut Malar tindakan protes senyap (tidak berkempen) yang dilakukannya kerana membantah tindakan kepimpinan PPBM yang tidak membenarkan Aiman bercakap kepada media di Prk Semenyih. Aiman yang telah mengeluarkan kenyataan "Hari ini saya menang, esok kita (PH) selesai masalah" mengingatkan ceramah Anwar Ibrahim yang pernah berjanji kepada audien dengan nada sama, malah Pakatan Harapan turut melakukan perkara tersebut dalam Manifesto PRU lepas. Malar turut cuba mengaitkan tindakan sama di Prk Cameron Highlands di mana calon ketika itu kurang berinteraksi dengan pihak media.



Baca - Protes Senyap

PKR sudah tentu enggan melakukan kesilapan calon PPBM di Prk Semenyih kerana di Rantau rata-rata melihat pertarungan ini bukanlah gelanggang Streram sebaliknya menjadi medan Anwar menentang Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan. Pertembungan BN vs PH ini diibaratkan sebagai berat sebelah kerana calon PKR tidak mempunyai kekuatan akar umbi malah komunikasi dua hala turut menjadi penghalang beliau berinteraksi. Dalam cubaan mempromosi dirinya yang divideokan, Streram kelihatan tidak menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik hingga apa yang diperkatakannya hampir tidak difahami. Ini adalah berbahaya buat PKR kerana kemungkinan berlaku salah faham maklumat serta isu bakal meranapkan impian Anwar Ibrahim yang disebut sebut sebagai 'Bakal PM Ke-8' selepas Tun Mahathir.

Kegusaran PKR dalam Prk ini berasas kerana rakyat melihat KEGAGALAN Pakatan Harapan secara keseluruhan selepas berjanji 'Bulan dan Bintang' hanya untuk menumbangkan BN. Selepas hampir 11 bulan Pakatan Harapan memerintah, rakyat semakin mempersoalkan kemampuan PH mengurustadbir Malaysia dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan pihak PH sendiri. Dari dapur hingga ke perniagaan global, Malaysia kini semakin merudum dibawah Pakatan Harapan dan Anwar sudah pasti enggan mengambil alih pentadbiran yang lemah daripada Tun Mahathir.  Kini semua mata tertumpu kepada Anwar untuk memastikan Streram menang dan sebagai langkah berjaga jaga calon PKR tidak akan diberikan peluang bercakap visi dan misi beliau untuk pengundi Dun N27 Rantau.