Ekoran gesaan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mahu Azmin Ali 'bercuti' kalau benar beliau terbabit dalam skandal 'Sembu**t', Menteri Ekonomi itu tampil menempelak Anwar dalam satu kenyataan di lobi Parlimen.
"CERMIN DIRI SENDIRI
Dengan kenyataan balas Azmin adakah ianya akan membuka kembali 'Sejarah Tivolli Villa' semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998? Adakah Azmin selama ini memendam 'Rahsia' Anwar dan menggambarkan Anwar merupakan 'Mangsa Politik' Mahathir selama berada dalam penjara walau tahu apa sebenarnya yang berlaku? Hebatlah Azmin menyimpan 'Rahsia' selama 31 tahun sehinggalah Haziq berjaya membongkar skandal seks terulung sebelum 2020.
Dalam pada itu seorang lagi Ahli Parlimen PKR turut menggesa Azmin supaya bercuti. Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar membuat kenyataan tersebut di lobi Parlimen.
“Kalau diberitahu kepada saya, itu jalan yang baik walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan dia patut teruskan. Namun begitu, pada saya ia lebih sempurna bahawa dia perlu lihat dirinya sebagai orang yang disiasat,” - Abdullah Sani
Ternyata apa yang selama ini disorokkan bawah nyiru sudah tidak dapat ditutup lagi oleh PKR. Pekung mereka kini sudah merebak ke seluruh negara. Mana maruah Anwar sebagai Presiden PKR sekiranya Azmin berdegil dan enggan mengikut arahan beliau selaku Presiden? Apakah tindakan Anwar kepada Azmin sekiranya siasatan pihak berkuasa mendapati beliau merupakan pasangan Haziq dalam klip video tersebut? Apakah Azmin akan 'Membuka' segala pekung Anwar sekiranya beliau dipecat dari PKR?
Gendang Perang pimpinan PKR telah bergema dan kini Anwar akan melihat siapakah yang setia dengan PKR dan dirinya. Kesetiaan setiap ahli PKR dan kepimpinan PKR akan teruji seandainya apa yang Azmin katakan sebagai "Sila Cermin Diri" terbongkar. Apa pula tindakan Perdana Menteri sekiranya Azmin disingkirkan dari PKR? Adakah konsensus perjanjian 'Serah Kuasa' akan diteruskan atau untuk memastikan Anwar tidak mara dan mengancam kestabilan politik maka Parlimen dibubarkan?
Rakyat menanti apa jalan cerita dan pengakhiran Drama 'Sembu**t' ini dan bolehlah pihak Pakatan Harapan berasa lega sedikit kerana isu ini berjaya mengalihkan tekanan tuntutan rakyat terhadap Janji Manifesto PH pada Pru14.
No comments:
Post a Comment