Sunday, 21 July 2019

MAJLIS PENASIHAT 'ORANG TUA' TUNJUK JALAN KELUAR KEPADA ANWAR?

Politik Anwar Menuju Hujung Nyawa?


Sengketa dalaman PKR cuba dinafikan oleh Anwar Ibrahim yang 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku walau Timbalan Presiden PKR menempelak Anwar agar melihat cermin dan muhasabah diri ekoran kenyataan berkaitan video intim mengaitkan Azmin Ali. Masakan 'Bangkai Gajah Ditutup Dengan Nyiru' tidak berbau? Ramai yang memerhati pergolakan Anwar-Azmin sebagai 'Malapetaka' bagi PKR sendiri apabila Azmin tidak hadir semasa Rapat Umum PKR diadakan walau Pengerusi Pakatan Harapan hadir. Adakah rasional jika Timbalan Presiden tidak hadir tanpa sebarang alasan konkrit kalau bukan kerana perselisihan?


Melihat perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR, tidak mustahil rumusan awal yang boleh didapati ialah karier politik Anwar semakin menuju jalan penamat. Ditambah teguran 'keras' kepimpinan PKR sendiri terhadap Anwar dan penambahan sokongan kepada Azmin, apa lagi yang mampu Anwar buktikan walau menyatakan mempunyai sokongan kuat dikalangan ahli parlimen bagi mengambilalih tempat Tun M seperti dijanjikan. Pemerhati politik kini senang membuat konklusi kerana situasi tidak menyebelahi Anwar dan beliau akur untuk menutup mulut dari memperkatakan hal berkaitan video intim yang mengaitkan Azmin. Apatah lagi apabila Ketua Polis Negara telah mengesahkan imej selain Haziq tidak dapat dikenal pasti. 


Kenyataan Tun Daim yang menggesa Pakatan Harapan dan kepimpinan tidak membuang masa melayan Anwar Ibrahim yang masih berkeras mahu peralihan kuasa dilaksanakan sebagaimana dijanjikan sebelum ini agak kritis. Tanpa sedar kenyataan Daim adalah ingatan kepada Anwar untuk tidak menyimpan angan-angan lagi melainkan menang dalam PRU15 dan membuktikan kemampuan beliau selaku Presiden PKR. Perlu diingatkan pada PRU14, PKR masih diterajui Wan Azizah selaku Presiden dan Anwar hanya mengambil alih kedudukan selepas kemenangan Pakatan Harapan.

Majlis 'Bersih Nama'? Kenapa Tarikh Sama?



Menariknya pertembungan Anwar-Azmin dalam cara 'membersihkan' diri amat sinikal. Mereka sama sama membuat majlis kenduri pada tarikh dan waktu yang hampir sama bagi menyakinkan penyokong bahawa antara kedua-duanya, mereka tidak bersalah dalam apa jua masalah yang timbul ketika ini. Cara begini sudah lama dilakukan dalam PKR sejak zaman Reformasi dan terbawa hingga hari ini.

Apalagi Anwar mampu lakukan bagi merealisasikan impian 'Bakal PM' yang tertangguh hampir 21 tahun?

No comments:

Post a Comment