Bukan Sahaja 'Tisu Koyak', Mentaliti Pun 'Tisu' Juga?
Hanya kerana menegur Had Umur Belia, Ketua Armada Johor digantung dari jawatannya sehingga satu tempoh yang akan diberitahu. Norul Haszarul dimaklumkan dalam sepucuk surat pemberitahuan dan salinan surat tersebut turut diserahkan kepada Syed Saddiq selaku Ketua Armada Pusat PPBM.
Baca - KONTROVERSI SYED SADDIQ DAN ISTANA JOHOR
Agak melucukan tindakan terhadap Ketua Armada Johor bukanlah disebabkan kaitan undang undang Malaysia tetapi kerana tidak sependapat dengan Syed Saddiq. Apa pula tindakan Armada Johor dalam hal ini? Hanya berdiam diri dan akur perintah atau BERANI MENENTANG KEPUTUSAN yang nampak tidak relevan ini?
Apa sudah jadi pada kebebasan bersuara yang dilaungkan PPBM selama ini? Had Usia Belia yang disarankan oleh Syed Saddiq menerima pelbagai reaksi belia seluruh negara yang rata rata terkejut dengan kriteria yang digariskan Menteri Belia dan Sukan di Parlimen. Nampaknya Syed bukan sahaja mudah 'Terkoyak Tisu' malah mudah 'Terguris Emosi' apabila ditegur dan cadangannya ditentang oleh ahli PPBM sendiri.
Mungkinkah 'Era Kuku Besi' sudah bermula dalam PPBM apabila ahli tidak boleh memberikan pendapat mahupun pandangan terhadap kepimpinan? Sikap begini terdapat dalam Democratic Action Party (DAP) dimana sesiapa sahaja ahli yang menegur atau mengkritik keputusan pimpinan tertinggi DAP terutama Setiausaha Agung DAP perlu berdepan dengan tindakan yang sama diambil oleh PPBM terhadap Norul. Evolusi DAP sudah mula menyerap dalam PPBM bukan sahaja bab kerjasama tetapi merangkum juga tindakan tatatertib sekiranya pemimpin tertinggi dikritik.
Sudah lama diperhatikan Presiden PPBM seperti tidak punyai apa apa kuasa dalam parti kerana peranan telah diambil alih Tun Mahathir. Apa sahaja keputusan berkaitan parti maka Tun akan menjadi orang pertama parti yang dirujuk. Mana hilang kuasa Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden PPBM? Kontroversi ini mungkin berlegar hanya dalam kalangan ahli PPBM dan mereka TIDAK BERANI memperkatakannya kerana TAKUT tindakan yang bakal dikenakan sekiranya bersuara.
Agak sadis melihat perkembangan tidak sihat dalam PPBM dengan pelbagai kontroversi dari bawahan hingga atasan. Inikah parti yang sering mendabik dada untuk membela Melayu? Suara PPBM sering dicantas oleh sekutu lain dalam Pakatan Harapan dan kini mereka sedang belajar bagaimana mahu menutup mulut ahli dari memperkatakan kelemahan parti dan kepimpinan.
Berapa lama PPBM mampu bertahan dalam tekanan yang datang dari Pakatan Harapan? Dengan bilangan kerusi yang tidak seberapa, 'nyawa' PPBM sebenarnya terletak ditangan sekutu dan jika tersilap langkah parti itu akan disingkirkan sekiranya tidak sehaluan dengan parti dominan dalam Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment