Sudah 6 hari tampuk pemerintahan Malaysia telah bertukar dari Tun M kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM. Kemelut yang luarbiasa dalam tempoh seminggu benar-benar mendebarkan ramai rakyat Malaysia hingga melupakan seketika virus Covid19 yang rancak melanda seluruh dunia. Tumpuan yang diberikan rakyat sangat hebat hinggakan menjadi topik 'Top 3' di Coffee House hinggalah ke pasar ikan, tidak kurang turut menjadi hangat kalangan 'Makcik Bawang dan Pakcik Halia' sampaikan ada yang berteka teki siapa yang akan menjadi PM Ke-8 samada Anwar atau Tun M akan mencipta sejarah 3 kali dilantik sebagai PM. Semua telah terjawap apabila TsMY mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (tanpa kabinet) yang disokong Umno, Pas, GPS.
Bagaimanapun kisah tersebut tidak habis disitu sahaja. Sebaliknya kini bekas Menteri Pakatan Harapan bersama mereka yang tertewas mulai menyerang TsMY yang dilihat tidak kukuh dikerusi PM. Serangan bertali-arus dari mereka yang kecewa mengaitkan pengkhianatan sebagai intipati serangan bagi melumpuhkan keyakinan rakyat akan pilihan YDPA. Tun M sendiri turut serta melabelkan Muhyiddin sebagai pengkhianat kerana sanggup bekerjasama dengan mereka yang beliau gelarkan sebagai 'Penyamun, Perompak dan Pembunuh'. Siapa yang Tun M gelarkan begitu?
Baca - MUHYIDDIN KHIANAT - TUN M
Kini bermulalah era Pakatan Harapan sebagai pembangkang semula dan seperti lazim apa yang dilakukan sebelum ini sudah dimulakan. Sessi Rapat Umum dan ceramah bermodalkan slogan 'Rakyat' didendangkan kembali. Mengapa baru sekarang mahu kembali kepada rakyat? Selama 22 bulan kuasa diberikan mereka yang kini pembangkang tidak mendekati rakyat sebagaimana sekarang dan hanya bila sudah tiada kuasa baru ingat rakyat? Di ketika rakyat memerlukan kemanakah mereka ini? Khayal dalam pelukan kuasa dan hanya tahu mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten (berbelah bahagi) hingga menimbulkan keresahan rakyat apabila terlalu banyak retorik politik dimainkan. Intipati setiap sessi rapat umum, ceramah yang telah ditulia skripnya ialah 'Pengkhianatan'. Sampai bila mahu bergendang hingga enggan mengakui kesilapan sendiri?
Baca - PAKATAN HARAPAN TUMBANG - MAHATHIR SALAHKAN MUHYIDDIN
Perubahan drastik dan ketegasan Muhyiddin diperhatikan rakyat. Malah perbalahan dalaman Parti Pribumi Bersatu MALAYSIA turut jadi tumpuan apakah Muhyiddin akan bertegas dalam menangani perpecahan dan menyingkirkan mereka yang tidak mengiktiraf beliau selaku Presiden parti yang tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Ujian ini bakal menentukan sokongan buat TsMY sebagai PM selain menjadi platform keyakinan pelabur asing kembali ke Malaysia.
Baca - WEE KA SIONG BERJAYA PUJUK INDIA
Siapa sangka dalam diam Presiden MCA, Wee Ka Siong telah berjaya memujuk Kerajaan India menarik balik tuntutan untuk terus mengimport minyak sawit Malaysia. Ini antara contoh yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional bagi membantu keyakinan negara asing terhadap Malaysia. Seharusnya TsMY melihat keikhlasan BN, PAS dan GPS yang menghormati keputusan menyokong beliau dan mengambil tindakan perlu bagi menepis segala persepsi terhadap kepimpinannya menerajui Malaysia. Inilah semangat yang perlu dalam sebuah kerajaan dan sudah sampai masanya Muhyiddin perlu hargai sokongan yang diberikan samada langsung atau tidak langsung terhadapnya.
Bayangan Pakatan Harapan perlu dihilangkan dari pemerintahan Muhyiddin jika mahu menerajui Malaysia dengan baik. Skrip khianat perlu dipadamkan dengan tegas dan beliau wajib keluar dari kepompong Pakatan Harapan. Manifesto PH juga tidak perlu dibawa ke era pemerintahan kerana ianya bersifat retorik dan sebagai bekas PH, Muhyiddin tahu JANJI PH hanyalah 'Gula-Gula' buat rakyat. Perlu juga memandang kredibiliti serta moral mereka yang akan beliau lantik dalam barisan kabinet timbul pula persoalan.
Adakah Azmin Ali berada dalam radar atau direhatkan sementara? Semua rakyat tahu Azmin terpalit dengan kisah moral dan diperkatakan hingga ke luar negara. Azmin perlu membuktikan dirinya bebas dari sebarang dakwaan skandal dengan mengheret mereka yang mendakwanya ke Mahkamah. Ini antara ujian buat TsMY bagi memenuhi aspirasi ucapan sulungnya sebagai PM.
Segalanya kini tertumpu kepada kemampuan TsMY dan beliau memerlukan sokongan semua pihak yang mengangkatnya sebagai PM namun dalam masa sama beliau perlu juga memastikan laluannya tidak terlalu berduri dan seharusnya media juga perlu memberi imej positif terhadapnya namun demikian bagaimana mahu positif jika ada media masih dikuasai Pro-Mahathir? Pastinya laporan media tidak menyebelahi Muhyiddin selagi duri tidak dicabut selumbar tidak dibuang.
Izin promo ya Admin^^
ReplyDeleteBosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)