Perang Kuasa Dalam PPBM, Siapa Lebih Berkuasa?
Dalam keadaan negara yang menghadapi pandemik Covid-19, masih ada pihak berpolitik tanpa batasan. Situasi menggegarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin menampakkan keretakan apabila tular surat pemecatan Setiausaha Agung PPBM yang ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti.
Bagaimanapun keputusan Muhyiddin memecat Marzuki tidak diterima oleh Tun Mahathir yang masih mengganggap dirinya Pengerusi PPBM yang berkuasa. Perselisihan kuasa antara Presiden dan Pengerusi parti semakin memuncak sejak TSMY dilantik sebagai PM Ke-8 apabila Tun M meletakkan jawatan dalam kekalutan perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan sendiri.
Tekanan yang dikenakan sekutu PH menyaksikan jawatan Pengerusi PH disandang Anwar Ibrahim dan kemudian dicalonkan sebagai PM menggantikan Tun M. Kemelut perebutan kuasa dalam PH sendiri telah meruntuhkan kerjasama mereka dan sebagai Presiden PPBM, TSMY enggan mengambil risiko dan mengisytiharkan PPBM keluar dari PH. Drama tersebut berlanjutan hinggalah Yang DiPertuan Agong membuat keputusan selepas Mesyuarat Raja-Raja Melayu dan menemubual semua Ahli Parlimen berkaitan sokongan mereka. Walau ada cubaan saat akhir dari PH untuk memastikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM, keputusan telah dibuat dan semua pihak perlu akur dengan apa yang diputuskan YDPA.
BANTAHAN PEMECATAN MARZUKI
Mengejutkan sekali apabila satu pendedahan dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun M. Anwar mendedahkan beliau kini TIDAK LAGI MEMPERCAYAI TUN M dalam satu wawancara dengan media luar negara.
Bagaimanapun beberapa pemerhatian dalam kumpulan 'Whatsapp' mendapati ramai yang mahu menggulingkan TSMY sebagai Presiden menjelang pemilihan PPBM yang akan diadakan kelak sebagai 'Membalas Dendam' apa yang mereka anggap sebagai 'Pengkhianatan Terhadap Tun M'. Apakah Muhyiddin hanya akan berdiam diri apabila telah diumumkan Mukhriz Mahathir akan menentangnya bagi jawatan Presiden PPBM? Sejarah mungkin bakal berulang dalam PPBM dengan pengaruh Tun M, apa yang terjadi kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba akan berlaku pula kepada TSMY jika pengaruh serta hasutan tidak dikawal oleh TSMY.
Apa langkah seterusnya akan dilakukan Muhyiddin bagi memastikan beliau tidak memegang rekod sebagai PM paling singkat dalam sejarah Malaysia? Setiap hari pelbagai hasutan serta gerak kerja dilakukan pihak tertentu dalam PPBM sendiri bagi menumbangkan beliau.
Siapa tahu apa pula muslihat digunakan oleh pihak tertentu bagi mengaburi mata TSMY untuk terus mempercayai beliau ada sokongan kuat kekal sebagai Presiden PPBM? 'Kuda dan Keldai' akan digerakkan dalam diam bagi memastikan Muhyiddin tumbang dan legasi Tun M diteruskan dalam PPBM?
Sebaiknya TSMY isytihar keluar parti bersama AP bersatu yg lain dan masuk menyertai UMNO.
ReplyDeleteTSMY boleh menyertai UMNO bersama AP bersatu yg menyokongnya.keluar aje dari bersatu tu.
ReplyDeleteSaya setuju pandangan saudara Kutukndewata bertarihk 21 March 2020 menyatakan ahli AP bolih keluar dari AP dan masuk menjadi UMNO untok menguatkan lagi barisan kursus nye UMNO...HIDUP UMNO...
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856