Akibat Kedegilan Patuhi Arahan, Ramai Jadi Mangsa Keadaan
Musibah Covid-19 yang melanda negara banyak memberi pengajaran buat semua. Sebalik arahan daripada Kerajaan yang meminta agar semua rakyat patuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nampaknya masih ramai yang berdegil dan terus engkar arahan.
Dalam usaha kerajaan menangani pandemik ini, banyak pihak terjejas sumber pendapatan. Bagi mereka yang mewah dan tidak perlu memikirkan samada dapur berasap atau tidak ia tidak menjadi masalah namun bagi rakyat pertengahan dan bawahan (miskin) mereka antara yang merasai keperitan apabila kehilangan sumber pendapatan. Yang mempunyai pendapatan bulanan secara tetap masih boleh 'bernafas' tetapi apa nasib yang 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang'? Termasuk juga mereka yang bergantung pendapatan kepada perniagaan memandangkan arahan penutupan premis perniagaan, agak ramai yang mengeluh kehilangan sumber. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membayar sewa atau apa sahaja persetujuan antara penyewa dan pemilik. Walaupun kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan pengecualian bayaran balik pinjaman bank kepada pihak tertentu dan rakyat mendapat pelepasan ada antara mereka yang masih terikat dengan perjanjian bulanan. Contoh penyewa bangunan, premis perniagaan swasta dan sebagainya. Apabila pemilik berkeras untuk terus mengutip bayaran tanpa ada tolak ansur, penyewa terpaksa membayar sedangkan mereka tiada sumber akbikat arahan PKP dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menutup perniagaan dalam masa negara dilanda Covid-19.
Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna perlu memandang serius permasalahan ini. Apa juga jalan penyelesaian perlu diarahkan kepada semua pihak yang terlibat dan menimbangkan beberapa perkara yang tidak akan membebankan mana-mana pihak. Inilah masa Menteri membantu rakyat yang agak terkesan dengan pandemik dan memberi sedikit kelegaan buat para penyewa premis swasta bagi membolehkan ekonomi dipulihkan selepas negara disahkan bebas wabak Covid-19.
Seruan kepada Seluruh Negara dan Rakyat agar semua patuh dan ikuti arahan Kerajaan dan langkah kebersihan yang disarankan KKM. Kempen #StayAtHome dan Pematuhan arahan perlu disebarkan kepada seluruh negara agar semua kita selamat.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856