Showing posts with label Aiman Zanali. Show all posts
Showing posts with label Aiman Zanali. Show all posts

Tuesday, 26 February 2019

PRK SEMENYIH - "CUKUPLAH SEKALI KITA KENA TIPU, JANGAN KENA TIPU LAGI" - BATIN ALEH MINTA ORANG ASLI SEMENYIH UNDI BN

Kami Diketepikan Oleh Pakatan Harapan Selama 8 Bulan, Datang Kembali Bila Ada Prk



Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia. Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam.

Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar perihal bagaimana mereka diketepikan. Pakatan Harapan yang didakwanya hanya datang mencari mereka (Orang Asli) apabila berlaku Pilihanraya Kecil N24 Semenyih turut meninggalkan pesanan kepada pengundi Semenyih.

Inikah cara PH melayan rakyat selama ini? Cari mereka bila diperlukan dan kemudian pinggirkan apabila sudah dapat apa yang dimahukan? Berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak meletakkan apa juga tembok penghalang terhadap rakyat selama ini. Fikirkan sebelum membuang undi. Kalau Batin Aleh boleh berfikir logik apabila menyatakan pendiriannya, apa pula pemikiran pengundi lain?

Friday, 22 February 2019

PRK SEMENYIH - ZAKARIA HANAFI LEBIH DIKENALI PENGUNDI SEMENYIH, SIAPA 'AIMAN'?

Pandangan Warga Emas Terhadap Calon Prk Semenyih - Zakaria Lebih Dikenali Berbanding Aiman



Seorang warga emas yang ditemui memberikan pandangan neutral terhadap isu pilihanraya kecil N24 Semenyih. Beliau secara spontan menyatakan Calon BN, Zakaria Hanafi lebih dikenali berbanding calon Pakatan Harapan Aiman Zainali.

Menyifatkan calon berpengalaman dan matang menjadi pilihan beliau, Pn Sharifah juga menyentuh isu keGAGALAN Pakatan Harapan menangani isu berbangkit berkaitan manifesto PH.

Apa yang penting, Pengundi Semenyih perlu membuat pilihan yang tepat dan berikan mesej jelas kepada PH jika mahu suara rakyat (Pengundi) didengari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Siapapun yang akan menjadi pilihan Semenyih perlu memastikan kebajikan Rakyat Semenyih disuarakan.

PRK SEMENYIH - CALON PAKATAN HARAPAN BERJANJI SELESAI SEMUA MASALAH SEMENYIH, BAU 'HANCING' MANIFESTO MAKIN KUAT

Bila Calon Pakatan Harapan Ikut Cara Pemimpin PH BerJANJI, Bersedialah Pengundi Kena 'Kencing' Lagi



Calon Pakatan Harapan  dari PPBM, Aiman Zainali sekali lagi mengulangi Manifesto PH pada PRU14 apabila berJANJI akan menunaikan semua aduan yang dikemukakan kepada beliau sepanjang 6 hari berkempen. Penuh yakin Aiman bercakap depan audien di samping Presiden PPBM bahawa semua masalah akan diselesaikan pada 3 Mac 2019 jika beliau menang PRK pada 2 Mac 2019.

Beliau yang kemudiannya ditegur Setiausaha dan Presiden PPBM kelihatan 'Malu Kucing' kerana kurang BIJAK dalam berucap. Mungkin Aiman LUPA, Selangor selama 3 penggal telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat kemudiannya bertukar kepada Pakatan Harapan dan masalah tidak juga diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Inikah calon yang dikehendaki Pengundi Semenyih? BERJANJI BULAN dan BINTANG akhirnya akan jadi seperti kerajaan sekarang, menuding salah orang sampai lupa kain sendiri berlubang. Pengundi Semenyih bukan 'Bodoh' untuk terima JANJI apatah lagi KEGAGALAN PH selama 9 bulan diperhatikan dan diperkatakan Rakyat.

Wednesday, 20 February 2019

PRK SEMENYIH - FENOMENA 'SUPERMOON' KELIHATAN DI SEMENYIH?

'Supermoon' Kelihatan Di Semenyih, Isyarat BN Boleh Menang Hasil Kerjasama Erat PAS



Kerjasama erat jentera BN dan Pas telah menimbulkan fenomena 'Supermoon' hingga Pakatan Harapan kehabisan modal kempen selain hanya mampu mengimbau kisah lama. Tidak kurang juga secara tiba tiba Menteri Kewangan mengumumkan BaSaH (Bantuan Sara Hidup) bagi golongan Bujang sebanyak RM100 akan diberikan. 


Adakah Lim Guan Eng tertekan dengan pertanyaan Dato Sri Najib mengenai BaSaH yang tidak lagi memperuntukkan bantuan bagi golongan Bujang? Nampak gayanya Menteri Menteri Pakatan Harapan kini terperangkap dengan apa yang pernah mereka lemparkan terhadap BN ketika Najib masih memerintah. Amat memalukan taraf sebagai Menteri masih belum mampu berfikir mengenai KEBAJIKAN RAKYAT sebaliknya memilih bermain politik persepsi dan ini memualkan Rakyat.



Tatkala kempen PRK Semenyih rancak berjalan, ada desas desus tersebar Pakatan Harapan kini berada dalam fasa 'Bersalin' selepas 9 bulan 'Mengandung' namun masih belum mampu 'Melahirkan' lantaran terlalu banyak KAJIAN yang dilakukan tidak kurang pusingan U dilakukan para Menteri Kabinet. 

Apa nasib rakyat Semenyih jika mereka (Pakatan Harapan) tidak diberikan isyarat jelas oleh Rakyat yang mahukan semua JANJI DITUNAIKAN. Sudahlah calon PPBM berJANJI akan membina sebuah Hospital di Semenyih namun dinafikan oleh Menteri Kesihatan, apa lagi calon tersebut mampu JANJIKAN dalam kempen kali ini? Naikkan kadar BaSaH setaraf BR1M? Mampukah?

Tuesday, 19 February 2019

PRK SEMENYIH - 'AIMAN TAK MALU', MENTERI KKM NAFI CADANG BINA HOSPITAL SEMENYIH

Aiman Cuba 'TIPU' Pengundi? Tiada Cadangan Bina Hospital Semenyih - Menteri Kesihatan


Aiman Zainali 'KANTOI' apabila hasrat beliau mahu membina sebuah Hospital di Semenyih dinafikan oleh Menteri Kesihatan. Terbukti calon PPBM ini bercakap seperti Manifesto PH tanpa berfikir panjang hanya kerana mengejar populariti dikalangan pengundi.


Jika inilah calon PPBM yang dikemukakan bayangkan apa lagi alasan yang akan ditebarkan bila Hospital yang Aiman JANJIKAN TIDAK DIBINA, siapa akan dipersalahkan? Tidak cukup dengan keraguan kelulusan akademik, 'Aiman Tak Malu' sanggup menabur janji yang belum pasti. Secara tidak langsung, calon PPBM menampakkan betapa terdesaknya beliau memenangi PRK ini. Apakah ada 'Udang Sebalik Batu' kegigihan Aiman menabur JANJI? 


Sepatutnya jika Aiman benar-benar mahu berjuang untuk Rakyat Semenyih, beliau perlu menegur Kerajaan Pakatan Harapan mengenai JANJI JANJI YANG MASIH TIDAK DITUNAIKAN dan bukannya MEMBUAT JANJI BARU.

Monday, 18 February 2019

PRK SEMENYIH - 'AIMAN TAK KISAH' TOL TIDAK DIHAPUSKAN, SIBUK JANJIKAN HOSPITAL

'Aiman Tak Kisah' Pasal Tol Tetapi Sibuk Bina Hospital



Calon Pakatan Harapan, Aiman Zainali mahu fokus pembinaan sebuah Hospital di Semenyih sedangkan jalan masuk ke tempat berkenaan dilingkari TOL. Mengapa beliau tidak mahu memperjuangkan penghapusan TOL di Semenyih sebaliknya mahu Hospital? Adakah beliau tahu carian di internet ada 10 buah Hospital termasuk Hospital Kajang yang diberikan penarafan 4 bintang. Beliau (Aiman) nampaknya memang tidak peka dengan perkembangan tersebut jadi bagaimanakah beliau mahu menjadi ADUN Semenyih selain mengeluarkan kenyataan 'DANGKAL'?


Carian Hospital Di Semenyih menerusi Internet

Jarak 7.3 kilometer ke Hospital Kajang dari Dataran Dato Ahmad Said (jarak yang diletakkan dalam carian) boleh dikatakan agak dekat dan ini amatlah tidak ekonomik bagi kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan peruntukan besar hanya untuk menang PRK Semenyih apatah lagi Pakatan Harapan sering mendakwa keadaan kewangan Malaysia amat buruk. Mana pemikiran LOGIK Aiman? Isu TOL yang melingkari Semenyih sepatutnya beliau perjuangkan selain Isu Penangguhan bayaran balik Pinjaman PTPTN seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam Manifesto mereka. Mungkinkah bila beliau (Aiman) tamat pengajian Doktor Falsafah baru boleh difikirkan masalah ini?


Mengapa kempen PH bersama calon tidak berani menyentuh isu PTPTN dan TOL?  Selaku calon sepatutnya beliau berbuat sesuatu bagi menyuarakan aspirasi Anak Muda yang kini semakin terkesan dengan keadaan ekonomi yang merudum serta keluhan rakyat Semenyih berkaitan kos sara hidup yang semakin menghimpit. Belum lagi sentuh bab BaSaH yang menggantikan BR1M. Sebagai Anak Muda, Aiman perlu berjuang bagi golongan Bujang (dikeluarkan dari kategori penerima) supaya mereka turut terima Bantuan Sara Hidup sepertimana ketika BR1M dilaksanakan.


Adakah 'Aiman Tak Kisah' keluhan sebenar pengundi Semenyih? Mampukah Aiman bersuara jika beliau menang? Persoalan ini perlu difikirkan pengundi Semenyih apabila tiba hari pengundian pada 2 Mac 2019.