Kami Diketepikan Oleh Pakatan Harapan Selama 8 Bulan, Datang Kembali Bila Ada Prk
Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia. Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam. Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar perihal bagaimana mereka diketepikan. Pakatan Harapan yang didakwanya hanya datang mencari mereka (Orang Asli) apabila berlaku Pilihanraya Kecil N24 Semenyih turut meninggalkan pesanan kepada pengundi Semenyih. Inikah cara PH melayan rakyat selama ini? Cari mereka bila diperlukan dan kemudian pinggirkan apabila sudah dapat apa yang dimahukan? Berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak meletakkan apa juga tembok penghalang terhadap rakyat selama ini. Fikirkan sebelum membuang undi. Kalau Batin Aleh boleh berfikir logik apabila menyatakan pendiriannya, apa pula pemikiran pengundi lain?
Pandangan Warga Emas Terhadap Calon Prk Semenyih - Zakaria Lebih Dikenali Berbanding Aiman
Seorang warga emas yang ditemui memberikan pandangan neutral terhadap isu pilihanraya kecil N24 Semenyih. Beliau secara spontan menyatakan Calon BN, Zakaria Hanafi lebih dikenali berbanding calon Pakatan Harapan Aiman Zainali. Menyifatkan calon berpengalaman dan matang menjadi pilihan beliau, Pn Sharifah juga menyentuh isu keGAGALAN Pakatan Harapan menangani isu berbangkit berkaitan manifesto PH. Apa yang penting, Pengundi Semenyih perlu membuat pilihan yang tepat dan berikan mesej jelas kepada PH jika mahu suara rakyat (Pengundi) didengari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Siapapun yang akan menjadi pilihan Semenyih perlu memastikan kebajikan Rakyat Semenyih disuarakan.
'Supermoon' Kelihatan Di Semenyih, Isyarat BN Boleh Menang Hasil Kerjasama Erat PAS
Kerjasama erat jentera BN dan Pas telah menimbulkan fenomena 'Supermoon' hingga Pakatan Harapan kehabisan modal kempen selain hanya mampu mengimbau kisah lama. Tidak kurang juga secara tiba tiba Menteri Kewangan mengumumkan BaSaH (Bantuan Sara Hidup) bagi golongan Bujang sebanyak RM100 akan diberikan.
Adakah Lim Guan Eng tertekan dengan pertanyaan Dato Sri Najib mengenai BaSaH yang tidak lagi memperuntukkan bantuan bagi golongan Bujang? Nampak gayanya Menteri Menteri Pakatan Harapan kini terperangkap dengan apa yang pernah mereka lemparkan terhadap BN ketika Najib masih memerintah. Amat memalukan taraf sebagai Menteri masih belum mampu berfikir mengenai KEBAJIKAN RAKYAT sebaliknya memilih bermain politik persepsi dan ini memualkan Rakyat.
Tatkala kempen PRK Semenyih rancak berjalan, ada desas desus tersebar Pakatan Harapan kini berada dalam fasa 'Bersalin' selepas 9 bulan 'Mengandung' namun masih belum mampu 'Melahirkan' lantaran terlalu banyak KAJIAN yang dilakukan tidak kurang pusingan U dilakukan para Menteri Kabinet. Apa nasib rakyat Semenyih jika mereka (Pakatan Harapan) tidak diberikan isyarat jelas oleh Rakyat yang mahukan semua JANJI DITUNAIKAN. Sudahlah calon PPBM berJANJI akan membina sebuah Hospital di Semenyih namun dinafikan oleh Menteri Kesihatan, apa lagi calon tersebut mampu JANJIKAN dalam kempen kali ini? Naikkan kadar BaSaH setaraf BR1M? Mampukah?