Showing posts with label Kongres Maruah Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kongres Maruah Melayu. Show all posts

Friday, 4 October 2019

TITIK PERPECAHAN PAKATAN HARAPAN SEMAKIN JELAS

Kongres Maruah Melayu - Terbelakah Maruah Melayu?


Kongres Maruah Melayu akan diadakan selepas pertukaran lokasi dari Stadium Axiata Bukit Jalil ke Stadium Malawati terus menimbulkan polemik persoalan. Dibalik jemputan kepada 2 parti iaitu Pas dan Umno dimana telah dipersetujui akan menghantar delegasi, amat mengejutkan apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menerima jemputan. 

Disebalik jawapan Professor Zainal Kling timbul persoalan mengapa ada jurang kepartian antara jemputan? Walau menurut penganjur program ini tiada kaitan dengan mana mana parti politik, jelas semasa mesyuarat pelarasan program ada penglibatan individu daripada PPBM (Pakatan Harapan). Benarkah program ini langsung tidak 'Berbau' Politik sepetti didakwa? Apa penjelasan mengenai individu yang terlibat dalam politik parti tertentu disebalik penganjuran? Prof Zainal Kling sebenarnya terperangkap dalam polemik yang dikatakan 'Bebas Politik' dan beliau kelihatan cuba memberi jawapan 'Politik' bagi menutup kelemahannya sendiri sekaligus kelemahan sebenar penganjuran program.


Timbul persoalan mengapa Anwar Ibrahim tidak dijemput sedangkan beliau seorang Melayu dan Presiden PKR sedangkan Pas dan Umno dijemput? Jawapan Zainal ternyata melucukan sekali apabila LUPA bahawa PAS sendiri ada ahli dari kaum bukan Melayu manakala PPBM ada ahli bersekutu yang jelas bukan Melayu, tidak seperti Umno yang ada kaum Bumiputera selain Melayu. Jadi logika apa yang digunakan Prof. Zainal Kling dalam memberi jawapan mengapa Anwar tidak dijemput? 


Dibalik persoalan membeza-bezakan jemputan, ternyata DAP sebagai sekutu kuat dalam Pakatan Harapan tidak senang dengan penganjuran Kongres ini. Lim Kit Siang menempelak penganjur apabila menggunakan Universiti sebagai penganjur dibalik dakwaan penganjuran Kongres ini hanyalah refleks dan cubaan meraih sokongan untuk Tun Mahathir selepas melihat kejayaan 'Himpunan Perpaduan Ummah' anjuran Umno dan Pas sekaligus bersama bersetuju dalam Piagam Muafakat. Dimanakah intergriti Universiti sekiranya benar mereka dipergunakan bagi kepentingan politik Tun M yang kian terhimpit dengan desakan peralihan kuasa? Sekali imbas program ini saling tidak tumpah sebagai Program 'Semarak' yang pernah diadakan bagi menguatkan sokongan politik dan rakyat kepada seorang Perdana Menteri pada tahun 80an dan 90an. 


Menghampiri 24 jam terakhir sebelum kemuncak program berlangsung, penganjur menerima tekanan bukan sahaja dari persoalan melibatkan Maruah Universiti malah persoalan samada Universiti yang sama sanggup atau tidak menganjurkan program untuk kaum lain. Jelas sekali matlamat penganjuran meletakkan dinding pemisah antara pemahaman diversiti pelbagai kaum dan politik. Jika benar pihak Unversiti mahu MARUAH sebagai pusat intelektual kekal maka lebih baik mereka (Unversiti) samada menarik diri atau membatalkan penganjuran. 



Friday, 20 September 2019

KONGRES MARUAH MELAYU - SIAPA AKAN JADI "BALACI" DAP?

Lim Kit Siang Serang Umno-Pas Bagi Gagalkan Kongres Maruah Melayu?



Serangan demi serangan mula dihalakan terhadap Umno dan Pas sejak usai Majlis Piagam Muafakat Nasional ditandatangan kedua-dua Presiden Parti. Disebalik kenyataan berbau ego Pakatan Harapan, ternyata mereka terutama DAP semakin tertekan dengan kerjasama Umno-Pas. Terbaru veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dilaman blog beliau mengenai perkara tersebut dan menggambarkan kerjasama tersebut hanyalah helah politik. 



Membaca tulisan Kit Siang, ada beberapa persoalan yang boleh dipertikaikan mengenainya. Apa maksud LKS dengan ayat yang diterjemahkan - "bagi mencapai matlamat tersebut Umno-Pas perlu mewujudkan unsur ketakutan tanpa asas dikalangan Melayu dan Muslim mewakili Senanjung Malaysia bahawa buat pertama kali mereka (Melayu&Muslim) berdepan dengan ancaman yang tidak wujud"? Kenyataan LKS ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana beliau tidak melihat konteks Muafakat Nasional secara keseluruhan. Mari memahami apa yang terkandung dalam Piagam Muafakat Nasional.

Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.

Jelas amat bertentangan sekali kandungan PMN dengan kenyataan LKS yang cuba memanipulasi isu untuk kepentingan politikal DAP itu sendiri. Malah dalam tulisan LKS beliau turut menggariskan mengenai serangan terhadap DAP yang menggunakan unsur ucapan kebencian, berita palsu dan sebagainya namun LKS terlupa bahawa selama ini DAP adalah pelopor kepada kebencian terhadap kaum lain. Mungkin LKS juga dijangkiti penyakit 'Skizo' kerana terlalu banyak rakaman ucapan DAP yang menerapkan unsur kebencian dan berita tidak benar selama ini. 

Tidak percaya? 

Klik dipautan berikut bagi mengesahkan KEJAHILAN DAP 

PROPAGANDA DAP
HASUTAN DAP
DAP SKREW MELAYU

Cadangan yang dijangkakan dalam Kongres Maruah Melayu

Timbul pula persoalan mengapa LKS berdiam diri mengenai Kongres Maruah Melayu yang bakal diadakan pada 6 Oktober 2019? Adakah beliau bersetuju dengan cadangan yang akan dibentangkan Tun M dalam Kongres tersebut? Secara sinis kita dapat melihat cadangan kandungan yang akan dibentangkan dalam KONGRES MARUAH MELAYU bertentangan dengan 'Kitab Deklarasi Setapak' yang masih jadi pegangan DAP selama ini. Beranikah LKS mempersoalkan hal tersebut dihadapan Tun M? Jelas sekali serangan LKS terhadap PMN adalah satu sikap 'Double Standard' yang sering digunapakai DAP bagi 'Menghalalkan Matlamat Politik' yang boleh memberi 'Politic Mileage' buat mereka.


Deklarasi Setapak DAP

Mengapa LKS perlu risau akan kerjasama Umno-Pas jika mereka benar yakin mampu kekal berkuasa di Putrajaya walau tanpa Mahathir? Tanpa sedar LKS sendiri mendedahkan ketakutan PH yang kini masih GAGAL memenangi Rakyat dengan pelbagai isu yang belum ditangani malah bertambah melarat apabila segalanya tidak menjadi seperti diharapkan walau meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua. Mungkin ada kebenaran mereka (DAP) akan beralih sokongan dari Mahathir kepada Anwar sekiranya Tun bertegas mahu meletakkan asas Kongres Maruah Melayu sebagai penanda aras menarik kembali sokongan orang Melayu dan Muslim. Hingga hari ini LKS masih tidak membuka mulut dan dipercayai akan berlaku penentangan saat akhir terhadap Tun M. Kit Siang nampak impak sebenar PMN dan mahu menggagalkan matlamat tersebut namun kini TERPAKSA berdepan dengan sekutu sendiri dan cara paling mudah mengalih sambil menyerang Tun M ialah memindahkan serangan terhadap Umno-Pas.

Bagaimanapun disebalik segalanya hanya satu persoalan bermain - Beranikah Lim Kit Siang mendesak Mahathir membubarkan Parlimen bagi menguji kekuatan sebenar Pakatan Harapan TANPA Mahathir. Ini cabaran sebenar buat Lks dan DAP sekiranya mereka yakin Amanah dan PKR akan bersama membentuk kerajaan tanpa PPBM yang kini "Bertudungkan Hak Melayu".

Thursday, 19 September 2019

KONGRES MARUAH MELAYU BAGI MENYAINGI MUAFAKAT NASIONAL - AGENDA POLITIK 'KUDAKAN' AHLI AKADEMIK?

Kongres Maruah Melayu - Parti Politik Guna Ahli Akademik Pengaruhi Melayu?



Gegaran Piagam Muafakat Nasional terus dirasakan rakyat seluruh negara apabila 2 buah parti terbesar Melayu bersefahaman dalam menongkah arus politik Malaysia. Pakatan Harapan yang menggabungkan pelbagai fahaman amat terkesan dengannya dan sudah merasakan hayat politik mereka bakal ditamatkan pada PRU15. Juteru itu langkah segera bagi 'Menawan Hati' Orang Melayu perlu diadakan mereka untuk memastikan PH terus 'Bernyawa' dan bagi memastikan tidak 'dikuburkan tanpa nisan', sesuatu perlu dilakukan mereka. 



Antara parti yang menerima tamparan hebat agenda Muafakat Nasional adalah Parti Pribumi Melayu Malaysia (PPBM) yang kononnya memperjuangkan nasib Orang Melayu. Bagaimanapun Rakyat melihat segala kebejatan yang berlaku kini adalah kerana kelemahan PPBM itu sendiri hingga menyaksikan Orang Melayu kini umpama 'Melukut Di Tepi Gantang' dibawah pemerintahan Pakatan Harapan. Segalanya yang berkaitan 'MELAYU' semakin dikikis keistumewaan dan ini amat mengguris hati Orang Melayu itu sendiri. Bermula dari ICERD kepada pembahagian peruntukan Sekolah hinggalah kenaikan yuran IPTA segala yang berkaitan dengan Melayu terus digodak oleh sekutu dalam PH sendiri. Belum lagi menyentuh beberapa konglomerat berkaitan Melayu dan Islam yang sudah dirobek, penjualan aset aset syarikat serta kemasukan individu bukan Melayu kedalam syarikat berkepentingan Melayu turut menarik perhatian Rakyat. Sikap menunduk PPBM kepada pihak lain terus jadi perhatian dan kini rakyat sudah nampak parti (PPBM) yang mendabik dada mengatakan mereka akan membela nasib Melayu sebenarnya BACUL. Merujuk kepada foto mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan mengenai Kongres ini dilalukan di Gerbang Perdana dan dihadiri oleh ahli Parlimen yang melompat parti selepas menang kerusi Parlimen atas tiket Umno dan Gerbang Perdana adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pembuatan Jambatan Bengkok Malaysia - Singapura. Umum tahu projek jambatan bengkok dilihamkan oleh PM Ke-4 dimana kemudiannya dibatalkan kerana tidak memberi kesan baik dari ekonomi atau kos. Pembatalan projek berkenaan bukan percuma kerana difahamkan Kerajaan terpaksa membayar sejumlah gantirugi apabila projek tersebut dibatalkan.

Tidakkah ini semua menampakkan penglibatan parti politik namun dikaburkan dengan menggunakan nama satu Pusat Kajian IPTA semata untuk mencari pengaruh Orang Melayu? Perlu juga ditanya kepada Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu UM, ada atau tidak mereka kaji kesan kenaikan yuran IPTA terhadap pelajar Melayu diseluruh negara? Jika tiada kajian kesan tersebut mengapa secara tiba tiba berminat bekerjasama untuk melaksanakan Kongres Melayu? Apa pula kajian mereka (UM) kepada kesan Meritokrasi dan dasar yang meminggirkan Melayu? Agak pelik bagi sebuah Pusat Kajian IPTA yang berprestij begitu mudah dipergunakan jika benar parti politik terlibat sebagai 'Back Bone' program tersebut. Adakah ini satu bentuk doktrinisasi yang sedang dilakukan oleh parti politik dengan menggunakan ahli  akademik bagi 'Menghalalkan Matlamat' untuk mengimbangi Piagam Muafakat Nasional?

Mengapa perlu ada penglibatan politik jika ia benar-bemar bebas dari sebarang pengaruh pihak tertentu? Adakah ini bagi memastikan sokongan Melayu kekal kepada parti politik tersebut sekaligus menampilkan imej bahawa mereka (Parti Politik) merupakan 'Juara' bagi Orang Melayu? Memahami percaturan, berselindung disebalik nama akademik adalah cara paling mudah bagi mengelakkan kecaman sekutu politik Pakatan Harapan. Mendepani label Rasisme yang digunapakai terhadap Muafakat Nasional, PPBM menampakkan seolah mereka tidak terlibat dalam isu Melayu tetapi dalam masa sama 'Mengkudakan' Pusat Kajian IPTA dan seperti biasa seandainya 'Kantoi' mereka akan 'Cuci Tangan' dan menyalahkan pihak lain.

Timbul juga persoalan mengapa hanya selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangan Umno-Pas pada 14 September 2019, barulah mahu diadakan Kongres Maruah Melayu sedangkan sudah hampir 16 bulan PH berkuasa dan PPBM menggepalai pemerintahan. Masih mahu menafikan kegusaran PH terhadap PMN atau mahu menutup kelemahan PPBM dalam hal kepentingan Melayu dan Islam? Menyedari sokongan terhadap PH semakin merudum lantaran terlalu banyak kebejatan berlaku, maka langkah terdesak memulihkan imej Tun M perlu dibuat dan tidak mustahil Kongres Maruah Melayu akan dijadikan medan mengagungkan Tun M sebagai pejuang Melayu. Inilah cara politik kuno yang digunapakai semasa zaman PM Ke-4. Segalanya drama airmata dan skrip meletakkan kisah 'Melayu Mudah Lupa' akan didendangkan bagi mengangkat kembali apa yang dikatakan sebagai Maruah Melayu. Memalukan nama Pusat Kajian IPTA jika perkara ini berlaku.