Showing posts with label Mukhriz. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz. Show all posts

Friday, 15 February 2019

PRK SEMENYIH - CALON PH TIDAK DISENANGI, ADAKAH CALON AKAN DITUKARKAN MENJELANG PENAMAAN ESOK?

Protes Terhadap Calon, Mungkinkah Berlaku Kejutan Dalam Kem Pakatan Harapan Esok?



Semalam calon mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil N24 Semenyih diperkenalkan. Bagaimanapun kurang 24 jam calon diperkenalkan suara suara tidak puashati Ahli dan Penyokong PH sudah bertebaran termasuk di media sosial. Menyentuh mengenai rasa tidak puas hati, sudah tentu ada foto yang berbicara tanpa suara namun memberi pengertian yang sinis. Lihat sahaja foto (atas) di mana wakil parti sekutu (berbaju kemeja putih) yang seperti tidak merestui calon PPBM. Mungkin pandangan berbeza namun 'Bahasa Badan' seolah menampakkan ada protes senyap berlaku. Diburukkan lagi sehari sebelum pengenalan calon, tindakan Tun M telah menyebabkan pertelagahan antara DAP, PKR dan PPBM berlaku.



Apa yang agak menarik untuk difikirkan ialah calon yang dikemukakan PPBM dipersoalkan ahli PH sendiri. Agenda 'Kronisme dan Nepotisme' dalam menentukan calon PPBM  dikatakan telah banyak merobek hati Ahli PPBM itu sendiri, namun demi menjaga EGO mereka hanya berdiam diri tetapi serangan terhadap calon dan kepimpinan atasan PPBM menggunakan medium maya dilancarkan menggunakan akaun palsu. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga serangan di media sosial dilakukan sekutu dalam Pakatan Harapan sendiri tetapi mereka cuba menuding pihak lawan. Modus operandi sebegini merupakan senjata ampuh Pakatan Harapan dalam strategi menyalahkan pihak lain sedangkan perkara tersebut dilakukan pihak mereka sendiri. Lihat sahaja pentadbiran PH hari ini, bagi mengelakkan kritikan RAKYAT maka dengan mudah mereka menuding pihak lain. Bak kata pepatah 'Bapa Borek, Anak Rintik' jadi tidak menghairankan jika penyokong mereka (PH) melakukan perkara sama sedangkan mereka sedar serangan itu datangnya dari pihak mereka sendiri.



Hari ini tular pula sekeping foto seorang ahli politik veteran di Semenyih yang telah 'MELOMPAT KATAK' dan menyertai PPBM sebagai ahli seumur hidup. Beliau yang dikenali dengan sikap 'Cah Keting' mungkin cuba meluahkan kekecewaan apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon PRK Semenyih. Bayangkan jika berlaku sesuatu yang 'Luarbiasa' dalam PRK ini sedangkan semalam dikatakan hingga 13 bilik gerakan PPBM ditutup sebagai tanda protes ahli terhadap kepimpinan PPBM sendiri.



Berikutan protes yang sedang terjadi dalam kem PPBM, mungkinkah akan berlaku kejutan pada hari penamaan calon? Tidak mustahil pertukaran calon boleh dilakukan kerana jika dibiarkan protes dalaman dan dari sekutu PH berlaku, kebarangkalian Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan Dato Seri Mukhriz Mahathir akan menanggung malu apabila calon pilihan PPBM kalah teruk pada 2 Mac 2019. Sudah pasti Mukhriz tidak mahu ini terjadi sekaligus mencalarkan reputasi beliau yang kini dibebani persoalan mengenai kewujudan sijil palsu akademik para pemimpin Pakatan Harapan. Apakah tindakan terbaik PH esok? Kekalkan calon dan ambil risiko sabotaj dalaman atau akur dengan kehendak penyokong serta sekutu PH? 

Saturday, 9 February 2019

PRK SEMENYIH - 'RIBUT' MELANDA PAKATAN HARAPAN, SIAPA PENGARAH PRK N24?

Siapa Pengarah Pilihanraya N24 Semenyih Bagi Pakatan Harapan?

Menjelang penamaan calon Pilihanraya Kecil N 24 Semenyih, Pakatan Harapan masih belum memutuskan siapa akan diangakt menjadi Pengarah Pilihanraya tersebut. 'Badi' kekalahan semasa PRK Cameron Highlands masih menghantui PH berikutan kerjasama politik ditunjukkan BN dan PAS sekaligus menumbangkan EGO PH dengan majoriti yang tidak disangka.


Antara nama yang disebut ialah Menteri Besar Kedah merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia namun perlu diingatkan Parti Keadilan Rakyat merupakan parti majoriti di Selangor. Kebetulan pula kerusi Semenyih dimenangi PKR sebelum ini dan sudah tentu PKR mahu memastikan kelebihan kerusi DUN memihak kepada mereka. Nama Mantan MB Selangor, Azmin Ali turut disebut akan mengepalai jentera PRK PH namun sejauh mana khabar tersebut tidak dapat dipastikan.



Melihat fenomena penolakan Rakyat terhadap Pakatan Harapan yang memerintah selama 9 bulan sebenarnya memberi tekanan besar buat sesiapa sahaja dari kalangan PH mengemudi jentera mereka. Apatah lagi kerjasama dan janji PAS membekalkan sejumlah undi kepada BN turut menambah tekanan buat PH. Ini menyebabkan sehingga hari ini mereka (PH) masih belum memutuskan siapa paling layak mengetuai jentera PH menentang BN. 


Rakyat Semenyih sudah pasti akan menagih JANJI MANIFESTO PH yang dibentangkan pada Mei 2018 dan mereka kini bukan lagi boleh dikotak-katikkan dengan hanya janji air liur. Menilai KEGAGALAN PH di tambah pembongkaran beberapa siri 'Penipuan Sijil Akademik' turut menarik perhatian pengundi Semenyih. Tekanan paling dirasai PKR kerana mereka kini merupakan kerajaan memerintah dan sudah pasti banyak perkara yang belum dilunaskan sebagaimana dijanjikan kepada N24 akan menjadi perhitungan pengundi pada 2 Mac 2019.





Sunday, 8 January 2017

PPBM TERUS ALAMI KONTROVERSI - 'BUTANG KUNCI' SUDAH DI TEKAN ANINA?

.




ANINA SAH TIDAK LAGI BERGELAR KETUA SRIKANDI PPBM - MUNGKINKAH 'BUTANG KUNCI' AKAN DI TEKAN?


Pergeseran dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan semakin melarat hingga memaksa Penasihat PPBM, Mahathir  Mohamad mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan bekas Ketua Srikandi mereka Anina Saadudin yang terpalit dengan skandal salah laku seks seperti yang tersebar dalam media sosial.

Mahathir terpaksa meminta Anina 'menutup mulut' mengenai pergelutan parti itu yang di lihat semakin menggusarkan ahli mereka sendiri kerana menghadapi pelbagai masalah sejak awal penubuhan hingga hari ini. Beliau yang mahu Anina melupakan perselisihan dalaman berkaitan kedudukannya selaku bekas ketua sayap pari itu sebaliknya mahu mencotohi dirinya sendiri yang pernah di pecat dari Umno ketika zaman Tunku Abdul Rahman tetapi jelas Mahathir tidak berani mengakui sebab mengapa beliau di usir dari Umno ketika itu.


Walau Mahathir mahu Anina mencontohi dirinya yang tetap menjadi Presiden Umno dari 1981 hingga 2003 walau pernah di pecat tetapi kes Anina sangat berbeza dengan dirinya. Sejarah apabila Dato Harun Idris membawa Mahathir bertemu semula Tun Abdul Razak serta memujuk supaya Mahathir di terima semula menyertai Umno kemas tersimpan dalam lipatan sejarah Umno sendiri. Selepas di pecat dari Umno, Mahathir menyerang kepimpinan Tunku dan beliau sebenarnya khuatir Anina akan melakukan perkara yang sama serta membongkar rahsia 'besar' dalam PPBM kepada umum hingga merosakkan reputasinya sebagai penasihat parti hingga menjejaskan perancangannya selama ini.

Anina yang turut menyatakan tidak takut kepada sesiapa dalam PPBM serta memberi amaran sanggup menyerang Mukhriz jika beliau cuba menghalang kemahuannya. Audio kenyataan Anina turut tersebar dalam media sosial dan ini sebenarnya 'kunci' kepada beberapa perkara rahsia yang tidak diketahui umum mengenai perancangan sebenar PPBM.


Cuba menutup kisah salah laku seks Anina, Mahathir sebaliknya menyatakan Anina di 'pecat' kerana tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan sejak penubuhan parti tersebut. Adakah PPBM cuba mengalih perhatian kisah Anina dengan mengatakan beliau tidak mencapai kemahuan Mahathir atau sebenarnya telah merasakan kerugian pelaburan yang diberikan kepada Srikandi selama berada di bawah penguasaan Anina? Anina yang pernah menyatakan akan menekan 'Butang Kunci' jika terus di asak kepimpinan PPBM bagaimanapun masih belum berbuat demikian walau ada kekecohan mengenai penyebaran foto mirip Ketua Armada Syed Saddiq yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah pusat hiburan. Secara kebetulan penyebaran foto mirip Syed Saddiq berlaku sehari selepas Anina memberi 'amaran' kepada pimpinan PPBM. Adakah ini bermakna Mahathir selaku penasihat PPBM telah tunduk kepada kehendak Anina dan Muhyiddin pula selaku Presiden PPBM hanya menurut apa sahaja kata kata Mahathir?

Muhyiddin yang baru pulang dari percutian bagaimanapun menafikan wujud konflik serius dalam parti tersebut tetapi perlakuan sebenar yang rakyat nampak sangat bertentangan dengan apa yang cuba diselindungkan PPBM. Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan semua kisah Anina merupakan salah faham yang telah di anggap selesai kerana Anina masih lagi Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan mahu Anina memutuskan samada mahu terus berjuang bersama mereka atau meninggalkan parti demi kebaikan bersama.


“When we started the party, we asked her to lead and put Srikandi into motion. But there was no official decision when it comes to the post of Srikandi chief.

“What happened was, maybe for some reason, Anina didn’t achieve the target. So the party decided not to appoint her to that post.


Benarkah khabar yang mengatakan Mahathir memberi sejumlah amaun kepada Anina bagi tidak terus menekan 'kunci' demi menyelamatkan kedudukan Mukhriz setelah dikhabarkan ada ura ura akan berlaku penentangan terhadap Mukhriz dari penyokong tegar Anina? 


Mengapa Muhyiddin kelihatan menunggu Mahthir bersuara terlebih dahulu sebelum beliau selaku Presiden PPBM menyelasaikan isu ini? Adakah Muhyiddin hanya sebagai 'batu loncatan' kepada perancangan Mahathir yang mahu meletakkan Mukhriz pada kedudukan yang selesa dan bersedia menjadi 'Perdana Menteri' jika gabungan PPBM dan Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya? Harus di ingat PPBM masih baru dalam arus politik perdana dan Pakatan masih belum memberi bayangan pengagihan kerusi yang membolehkan Mukhriz layak menjadi 'Perdana Menteri' dan ini pastinya menggusarkan Mahathir serta seluruh parti jika Anina tidak segera dimatikan karier serta pengaruhnya dalam PPBM.


Adakah Anina akan terus menjadi ancaman kepada PPBM seandainya beliau meneruskan hajatnya menekan 'butang kunci' yang berada di tangannya jika memilih untuk menentang arus? Konflik dalaman PPBM ini semakin menarik apabila tersebar pula foto anak lelaki Mahathir yang berkelakuan 'luar tabie' apabila mempunyai 'teman wanita' berfizikal lelaki. Adakah ini salah satu 'kunci' yang dimaksudkan oleh mantan Ketua Srikandi dari Langkawi itu?

PPBM BERI 'RASUAH' KEPADA ORANG RAMAI SEBAGAI TARIKAN MENDAFTAR JADI AHLI?







PIMPINAN TERTINGGI PPBM RESTUI PEMBERIAN RASUAH UNTUK AHLI BARU DAFTAR?

Sekeping foto mampu berbicara seribu pengertian dan membawa banyak persoalan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering melaungkan mahu menjatuhkan kerajaan yang korup (kononnya) di bawah pentadbiran Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pasti akan terpukul dengan 'kebodohan' ahli mereka sendiri yang menaikmuat satu foto usaha mereka ketika mendaftarkan ahli baru yang berminat menyertai parti tersebut.

Dalam foto tersebut terpampang seikat wang yang dipercayai bernilai RM100 di atas meja di anggarkan mencecah hampir RM50,000. Untuk apa wang tersebut dalam sessi pendaftaran keahlian baru PPBM? Adakah wang tersebut diberikan kepada ahli baru sebagai habuan untuk menyokong PPBM? Jelas sekali PPBM mengamalkan RASUAH semata mata mencari sokongan serta menambah keahlian baru.

Beranikah pimpinan tertinggi PPBM membuat penafian atau penjelasan mengenai wang tersebut? Dari mana datangnya wang sebanyak itu jika program hanyalah untuk menambah keahlian parti? Siapa yang memberi dana sebanyak itu kepada PPBM bagi merasuah ahli baru setiap kali pendaftaran sebagai ahli baru dilakukan? 

Jelas sekali Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz adalah mereka yang merestui perbuatan RASUAH ini jika kapsyen yang dinaikmuat itu benar. Beranikah mereka menamakan siapa pemberi dana untuk pergerakan PPBM mencari ahli baru?

Thursday, 29 December 2016

"ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA SAYA TEKAN BUTANG KUNCI" - ANINA PEGANG RAHSIA BESAR PIMPINAN PPBM?





ANINA PEGANG RAHSIA SIAPA DALAM 'BUNGA' HINGGA MAMPU TEKAN BUTANG KUNCI DAN GEGARKAN NEGARA?

Seperti jangkaan krisis perebutan kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia belum berakhir walau Anina Saadudin bukan lagi Ketua Srikandi PPBM yang sah selepas SUA PPBM menerangkan status yang sebenar. Pergelutan antara kuasa dan kedudukan dalam parti yang baru seumpamanya pasti akan memakan masa untuk samada pulih atau lumpuh terus.

"saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun"

Itu adalah antara petikan 'AMARAN' Anina dalam skandal salah laku seks yang dikaitkan dengan beliau selama ini. Mengejutkan apabila seorang yang mengaku berjuang untuk rakyat sudah mula pandai menggugut demi mengekalkan penguasaan dalam parti yang belum sampai 6 bulan umurnya. Adakah amaran ini sebenarnya beliau tujukan kepada Mukhriz kerana 'KUNCI' berada dalam genggamannya dan bila bila masa pendedahan boleh dilakukan? Atau Muhyiddin sendiri mempunyai rahsia hingga Anina mampu mengawal Presiden untuk tunduk kepada kemahuannya agar terus dikekalkan dalam AMT PPBM sekaligus berkuasa terhadap jawatan Ketua Srikandi? 

Netizen tertanya adakah Anina memang memegang 'RAHSIA BESAR' kepimpinan PPBM dan akan melancarkan serangan balas jika apa yang dikehendaki tidak ditunaikan pemimpin tertentu? Adakah Mukhriz akan jadi mangsanya atau ada individu lain turut berada dalam radar serangan Anina? Tidak mungkin Muhyiddin kerana Anina perlukan sokongan beliau untuk terus berada dalam kelompok kepimpinan kerana kedudukan Muhyiddin selaku Presiden parti cukup baginya untuk menyelamatkan kerusi yang kini di dududki Anina. Jika Mukriz orang yang Anina maksudkan bermakna beliau akan mengenepikan 'BOBOI' yang selama ini berselindung di sebalik bayang bayang Mahathir untuk kekal dalam arus politik dan menunjukkan bahawa 'BOBOI' tidak berkemampuan jika bukan menumpang nama 'Bapak Boboi' sebagai platform politik kendiri.

Jika inilah watak sebenar seorang yang pernah mahu menyaman Perdana Menteri dan membacakan 'Talkin' kepada Najib di Langkawi satu ketika, apakah beliau seorang yang benar benar ikhlas berjuang untuk rakyat? Asal tidak menurut kehendaknya maka ugutan akan digunakan bagi menundukkan sesiapa sahaja sepertimana Mahathir lakukan ketika berkuasa selama 22 tahun. Siapa lupa bagaimana Timbalan Mahathir dikuburkan karier politik apabila tidak bersetuju dengan polisi beliau? Sesiapa sahaja yang tidak tunduk pada kehendaknya maka bersedialah untuk hilang jawatan dan kedudukan hingga satu tahap memaksa Tun Ghaffar Baba menyerah kalah sebelum bertarung dengan Anwar Ibrahim malah Musa Hitam membawa diri ke London kerana 'merajuk' dengan Mahthir dan bersara terus dari arena politik negara walau pernah menerima jolokan 2M kerana keakrabannya bersama Mahathir namun kerana kuasa dan nafsu politik Mahathir beliau di'kubur'kan. Inilah kaedah yang sedang digunapakai Anina dalam karier politiknya di PPBM kerana beliau hanya mencotohi mentornya iaitu Mahathir.

Siapa dalam PPBM yang mampu melawan 'Medusa Langkawi' ini atau beliau akan terus bebas berbuat apa sahaja dan menconteng arang ke muka keseluruhan PPBM? Adakah skandal ini mampu membantu mereka memenangi PRU kelak? Seperkara yang perlu diingatkan Dato Hamidah Osman merupakan individu yang berpengalaman dalam politik dan mungkin beliau mampu menyekat kemaraan Anina dari terus melakukan kebejatan politik dalam PPBM tetapi persoalannya BERANIKAH Hamidah bertindak? Jika Hamidah tidak berani menyekat 'KUNCI' Anina PPBM pasti akan bergelodak lagi bila butang kunci di tekan dan ketika itu semuanya telah terlambat bagi sesiapa sahaja dalam parti itu berbuat apa apa.


Monday, 26 December 2016

SKANDAL PPBM MASUK ERA 'PERANG DUNIA' - MUHYIDDIN JADI 'TEKUKUR' TAKUT HILANG JAWATAN?






'PERANG DUNIA KE-5' BAKAL TENGGELAMKAN ARMADA PPBM 

Perang besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kian panas dengan penyingkiran Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang disifatkan sebagai permulaan 'kehancuran' parti tersebut. Anina yang dikaitkan dengan skandal salah laku seks selepas transkrip mesej berbaur lucah tersebar dan beliau dikatakan sebagai salah seorang yang terlibat kerana hingga kini tiada sebarang laporan polis di buat untuk menafikan pembabitannya.

"tetapi hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh" memetik kenyataan Anina kepada FMT.

Kekeliruan mengenai status jawatan Anina dalam PPBM turut membuat penyokong dan ahli parti mula berasa hairan dengan perlembagaan parti yang baru 3 bulan ditubuhkan itu. Menurut sumber, penyokong kuat Anina mula berasakan mereka tertipu dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut kerana tidak konsisten dalam mengambil tindakan serta menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi 'pilih kasih' kerana mereka tidak berbuat apa apa dalam isu melibatkan Presiden PPBM sendiri tetapi dengan pantas mengambil keputusan menghukum Anina kerana desakan pihak tertentu.


Anina mendakwa beliau telah mengangkat sumpah pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadi Ketua Srikandi PPBM namun menurut Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh kedudukan Anina hanyalah sebagai penaja sahaja. Ini menimbulkan lagi keraguan mengenai kemampuan parti tersebut yang bercita cita tinggi untuk menyingkirkan PM Najib pada PRU14 sedangkan susunan kepimpinan porak poranda malah lebih memeningkan mereka Muhyiddin Yassin selaku Presiden seperti 'Boneka' yang hanya berdiam diri dan mengikut apa juga keputusan yang Mukhriz dan Mahathir mahukan. Kredibiliti Muhyiddin sebagai Presiden sudah mula kedengaran apabila Mahathir di lihat lebih mendominasi program yang PPBM aturkan dalam siri jelajah mereka.

Pakatan Harapan yang masih belum menerima kemasukan PPBM secara sah dalam gabungan pasti akan menarik nafas lega dengan 'Perang Besar' yang berlaku kerana jika mereka salah percaturan segala impian untuk menawan Putrajaya akan berkecai akibat perebutan 4 parti dalam Pakatan Harapan. Walau ada antara gabungan Pakatan menawarkan kerusi untuk PPBM tandingi dalam PRU14 kelak pastinya PPBM masih belum boleh diberikan keistimewaan memilih mana mana kerusi yang dikehendaki dan berapa jumlah yang mereka mahukan. Bukan mudah bagi DAP selaku parti dominan dalam Pakatan mahu melepaskan kedudukan mereka kepada PPBM kerana Mahathir punyai rekod yang agak tidak baik bagi mereka semasa masih berkuasa. Hubungan baik sesama mereka dikatakan hanya sebagai propaganda mengelirukan rakyat dan mencari simpati semata-mata. PAN selaku sekutu gabungan Pakatan pasti tidak mahu memberi laluan mudah memandangkan mereka mahu bertarung dengan PAS manakala PKR pula mahu mempertahankan Selangor daripada di rampas BN. DAP sudah tentu mahu memecah tembok Johor dan Pahang serta mempertahankan P.Pinang dan cuba merampas Melaka jadi di mana sebenarnya kerusi untuk PPBM?


Kemelut 'Di Muara' yang melanda PPBM merupakan tanda aras sebenar niat Mahathir bersama konco-konconya yang hanya berlandaskan dendam dan nafsu kuasa. Agenda untuk rakyat hanyalah retorik yang mereka taburkan sepanjang jelajah dan segala tuduhan terhadap kepimpinan Najib masih belum mampu mereka buktikan dan ini turut diakui sendiri oleh Mahathir. Muhyiddin yang mendakwa bermacam perkara tetapi hingga kini belum berani mengheret Najib ke Mahkamah dan Mukhriz yang satu ketika dahulu agak sombong dengan rakyat Kedah kini sudah mula berlakon 'Suci' mendekati rakyat walau rakyat Kedah tahu semasa beliau menjadi MB Kedah masanya banyak diluangkan di Kuala Lumpur.

Kini semua mata pemerhati tertumpu kepada PPBM bagi melihat bagaimana kepimpinan PPBM menyelasikan masalah yang melanda mereka sebelum melangkah lebih jauh dalam arus politik perdana. Jika masalah Anina pun tidak mampu diselesaikan bagaimana mereka mahu membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan? Sudah tentu kekacauan akan timbul bukan sahaja perebutan bagi jawatan utama pentadbiran negara malah perbalahan mungkin akan terjadi hingga melibatkan ahli serta penyokong Pakatan Harapan. Ternyata dengan gabungan mereka masih belum mampu menandingi rekod cemerlang Barisan Nasional sejak 1957. Rakyat sendiri memerhati semua ini dan pastinya golongan atas pagar tidak mahu satu pakatan yang kucar kacir memerintah negara sekaligus merosakkan semua perancangan yang direncanakan bagi membangunkan Malaysia.



Sunday, 18 December 2016

HAIYAN ADA BUKTI ANINA MAHU JATUHKAN MUKHRIZ? - SIAPA DALANG 'BLOCKBUSTER' 2016


SIAPA DALANG SEBENAR SKANDAL SALAH LAKU SEKS SRIKANDI PPBM


Pendedahan bekas pembantu peribadi Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai rancangan membenam karier poltik Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir menambah kehangatan skandal salah laku seks Anina Saaduddin. Haiyan Uqba yang menaikmuat status di garismasa facebook beliau pada 14 November 2016 cukup memberi signifikasi bahawa memang terdapat perancangan untuk memastikan Mukhriz tidak boleh pergi jauh dalam parti.



"Ketua Srikencing nak langgar DSMM? Mesti korang cakap fitnah kan? Meh jumpa aku..aku bagi dengar sendiri..suara tu kalau korang kenal lah ye"



Haiyan pasti menyimpan rakaman perbualan tersebut dan dijadikan peluru untuk menyerang Anina bersama pendedahan 196 mukasurat yang beliau dakwa sebagai bukti salah laku Anina. Jika rakaman perbualan mampu di simpan oleh Haiyan apakah beliau turut menyimpan rakaman lain berkaitan Anina seperti yang dihebohkan? Bekas pembantu peribadi Anina itu turut mendedahkan beliau mempunyai rakaman perbualan Anina bersama 'anak ikan' atau toy boy dan hingga kini Haiyan masih belum mendedahkannya. 



Perang besar yang tercetus dalam PPBM bagaimanapun telah menarik minat seorang pemain siber belaan PKR, Ratu Naga atau dikenali sebagai 'Badak'. Beliau yang menaikmuat status memerli kepimpinan PPBM serta merendah rendahkan kebolehan cytro PPBM apabila membandingkan 'kegilaan' Anina yang mempunyai beberapa pembantu khas walhal beliau bukan seorang Menteri mahupun Ahli Parlimen. Namun keterujaan Badak mencampuri urusan dalaman PPBM dipercayai ada kaitan dengan kem pro Dato Hamidah dan Hamizura yang dikatakan sebagai dalang utama merancang skandal salah laku seks Anina. Tidak konsisten dalam pendirian politik, Badak dikenali sebagai 'mata duitan' dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat bayaran lumayan dan faktor hubungan baik beliau dengan Hamidah tidak boleh dinafikan.



Cubaan Badak menyerang beberapa akaun facebook dengan melemparkan tuduhan bahawa Umno merupakan dalang kepada beberapa akaun yang turut menyerang Anina, modus operandi ini terlalu mudah untuk di baca pemain siber kerana ianya sering digunakan Badak dalam mengalih isu. Adakah Badak menerima imbuhan dari kem Hamizura bagi mengalihkan tumpuan serangan dan menyalahkan Umno dalam perang 'Sabil' Srikandi PPBM? Beliau yang turut dikenali sebagai 'pemuja' Mukhriz sebelum menyertai PKR sudah tentu tidak mahu karier politik Mukhriz berakhir sekiranya rancangan yang Haiyan katakan berjaya.



Siapa dalang sebenar dalam rancangan serangan salah laku seks Anina? Tidakkah isu ini melemahkan imej PPBM di mata rakyat dan tidak menolak kemungkinan ada parti pembangkang yang terlibat dalam rancangan menjatuhkan Anina. Adakah Badak dihantar oleh PKR untuk merosakkan lagi imej PPBM atau beliau di minta oleh PPBM bagi membantu serangan terhadap Anina?


Drama ini semakin menarik untuk menjadi salah satu 'Blockbuster' terhebat keruntuhan parti yang tidak sampai setahun umurnya sebagai penutup tahun 2016. Jika Anina yang satu ketika begitu berani mahu menyaman PM Najib serta membacakan talkin untuk Umno, mengapa kali ini beliau menikus apabila skandal salah laku seks beliai menjadi perhatian netizen? Adakah beliai memang terlibat dalam semua ini termasuk mahu menjatuhkan Mukhriz? Kita tunggu apa kesudahan 'melodrama' PPBM.