ANINA PEGANG RAHSIA SIAPA DALAM 'BUNGA' HINGGA MAMPU TEKAN BUTANG KUNCI DAN GEGARKAN NEGARA?
Seperti jangkaan krisis perebutan kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia belum berakhir walau Anina Saadudin bukan lagi Ketua Srikandi PPBM yang sah selepas SUA PPBM menerangkan status yang sebenar. Pergelutan antara kuasa dan kedudukan dalam parti yang baru seumpamanya pasti akan memakan masa untuk samada pulih atau lumpuh terus.
"saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun"
Itu adalah antara petikan 'AMARAN' Anina dalam skandal salah laku seks yang dikaitkan dengan beliau selama ini. Mengejutkan apabila seorang yang mengaku berjuang untuk rakyat sudah mula pandai menggugut demi mengekalkan penguasaan dalam parti yang belum sampai 6 bulan umurnya. Adakah amaran ini sebenarnya beliau tujukan kepada Mukhriz kerana 'KUNCI' berada dalam genggamannya dan bila bila masa pendedahan boleh dilakukan? Atau Muhyiddin sendiri mempunyai rahsia hingga Anina mampu mengawal Presiden untuk tunduk kepada kemahuannya agar terus dikekalkan dalam AMT PPBM sekaligus berkuasa terhadap jawatan Ketua Srikandi?
Netizen tertanya adakah Anina memang memegang 'RAHSIA BESAR' kepimpinan PPBM dan akan melancarkan serangan balas jika apa yang dikehendaki tidak ditunaikan pemimpin tertentu? Adakah Mukhriz akan jadi mangsanya atau ada individu lain turut berada dalam radar serangan Anina? Tidak mungkin Muhyiddin kerana Anina perlukan sokongan beliau untuk terus berada dalam kelompok kepimpinan kerana kedudukan Muhyiddin selaku Presiden parti cukup baginya untuk menyelamatkan kerusi yang kini di dududki Anina. Jika Mukriz orang yang Anina maksudkan bermakna beliau akan mengenepikan 'BOBOI' yang selama ini berselindung di sebalik bayang bayang Mahathir untuk kekal dalam arus politik dan menunjukkan bahawa 'BOBOI' tidak berkemampuan jika bukan menumpang nama 'Bapak Boboi' sebagai platform politik kendiri.
Jika inilah watak sebenar seorang yang pernah mahu menyaman Perdana Menteri dan membacakan 'Talkin' kepada Najib di Langkawi satu ketika, apakah beliau seorang yang benar benar ikhlas berjuang untuk rakyat? Asal tidak menurut kehendaknya maka ugutan akan digunakan bagi menundukkan sesiapa sahaja sepertimana Mahathir lakukan ketika berkuasa selama 22 tahun. Siapa lupa bagaimana Timbalan Mahathir dikuburkan karier politik apabila tidak bersetuju dengan polisi beliau? Sesiapa sahaja yang tidak tunduk pada kehendaknya maka bersedialah untuk hilang jawatan dan kedudukan hingga satu tahap memaksa Tun Ghaffar Baba menyerah kalah sebelum bertarung dengan Anwar Ibrahim malah Musa Hitam membawa diri ke London kerana 'merajuk' dengan Mahthir dan bersara terus dari arena politik negara walau pernah menerima jolokan 2M kerana keakrabannya bersama Mahathir namun kerana kuasa dan nafsu politik Mahathir beliau di'kubur'kan. Inilah kaedah yang sedang digunapakai Anina dalam karier politiknya di PPBM kerana beliau hanya mencotohi mentornya iaitu Mahathir.
Siapa dalam PPBM yang mampu melawan 'Medusa Langkawi' ini atau beliau akan terus bebas berbuat apa sahaja dan menconteng arang ke muka keseluruhan PPBM? Adakah skandal ini mampu membantu mereka memenangi PRU kelak? Seperkara yang perlu diingatkan Dato Hamidah Osman merupakan individu yang berpengalaman dalam politik dan mungkin beliau mampu menyekat kemaraan Anina dari terus melakukan kebejatan politik dalam PPBM tetapi persoalannya BERANIKAH Hamidah bertindak? Jika Hamidah tidak berani menyekat 'KUNCI' Anina PPBM pasti akan bergelodak lagi bila butang kunci di tekan dan ketika itu semuanya telah terlambat bagi sesiapa sahaja dalam parti itu berbuat apa apa.
No comments:
Post a Comment