Showing posts with label Prk Kimanis. Show all posts
Showing posts with label Prk Kimanis. Show all posts

Saturday, 18 January 2020

PARLIMEN BAKAL BUBAR SELEPAS KALAH KIMANIS?

Mahu Tuding Siapa Pula Kalah Di Kimanis



Kekalahan Warisan dalam Pilihanraya Kecil P176 Kimanis dengan majoriti 2029 memihak kepada Datuk Mohamad Alamin dijangka akan memberi tekanan terhadap Presiden Pakatan Harapan, Tun M selepas kekalahan Tanjung Piai tahun lepas. Biarpun Warisan yang menerima sokongan padu Pakatan Harapan,  amarah Anak Muda Sabah terlalu kuat untuk PH bertahan walau ramai 'Big Gun' turun berkempen untuk Warisan. Selain sokongan padu tempatan, Ketua Menteri merangkap Presiden Warisan, Shafie Apdal telah GAGAL dalam ujian pertama menggepalai jentera Warisan selepas PRU14. 

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang cuba dijelaskan oleh sebahagian pemimpin Warisan tidak mampu menolak amarah Rakyat Sabah yang enggan negeri Sabah menerima kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) atau diistilahkan sebagai 'Pilak' oleh rakyat tempatan. Ternyata pelaksanaan PSS memang ditolak total Rakyat Sabah selain isu kos sara hidup selama PH memerintah selama 20 bulan turut menjadi sebahagian faktor penolakan terhadap kempen kerajaan.


Kehadiran Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa impak terhadap pengundi Kimanis malah kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut mengundang sinis kerana kisah video 'Mirip Menteri' di Sandakan. Kempen yang turut dihadiri barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) seakan tidak membawa apa makna malah jika diteliti sambutan diberikan pengundi hanyalah kerana rasa hormat mereka.  Tun M pula dilihat bersikap 'Play Safe' apabila langsung tidak turun ke Kimanis namun barisan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hadir dilihat sekadar 'Melepas Batuk Di Tangga'. Manakala DAP hanya diwakili pemimpin tempatan sama sekali tidak berfungsi dengan baik hingga isu PSS dilihat hanya dijuarai Warisan sepanjang tempoh kempen.

Kelalahan 2029 ini sebenarnya seperti memberi isyarat akan ada 'Kambing Hitam' bakal dijadikan korban. Sedia maklum berlaku 'Ribut' dalam PH apabila ada pihak mahu peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan sudah pasti ada yang mempertahankan kedudukan Tun M selaku PM hingga habis mandat Pru14. Adakah kekalahan Kimanis akan merubah struktur ikatan PH atau tindakan drastik akan dilakukan dan 'Kambing Hitam' akan dijadikan alasan mengekalkan kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri? Siapa tahu kemungkinan yang boleh berlaku jika Tun enggan menurut desakan peralihan kuasa walau ada kenyataan beliau untuk berbuat demikian sekiranya Majlis Presiden PH mahukan peralihan kuasa berlaku secepat Mei 2020?

Walau apa pun biarlah Warisan dan Pakatan Harapan bertenang dan mencari sebab musabab kekalahan berturut mereka selepas Tg Piai. Siapa mangsa untuk dituding dan memikul kekalahan juga akan diketahui kelak.

Friday, 17 January 2020

PRK KIMANIS - WARISAN PERLU JAWAP PERTANYAAN JOHNNY MOSITUN BERKAITAN ISU PSS

Isu PSS - Kenyataan Timbalan Menteri Warisan Undang Persoalan Kepada Rakyat Sabah



Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Johnny Mositun mempersoalkan kenyataan Azis Jaman yang menyatakan pemegang Pas Sementara Sabah (PSS) dibolehkan masuk ke Semenanjung dengan syarat tidak melebihi tempoh sebulan.

Berikut adalah antara kandungan kenyataan Datuk Johnny Mositun - 


Kenyataan Datuk Johnny Mositun








Warisan perlu menjawap persoalan yang dikemukakan ini untuk kepentingan Rakyat Sabah keseluruhannya. Malah pelaksanaan PSS kini menjadi tanda tanya apabila Kerajaan Filipina telah membuka pintu bagi menerima kembali kehadiran rakyatnya dan apa relevannya PSS lagi? Beranikah Warisan menjawap Johnny Mositun? 


Sunday, 12 January 2020

PRK KIMANIS - "WARISAN GAGAL TUNAI JANJI MANIFESTO" - BEKAS AHLI WARISAN BONGKAR REALITI SEBENAR POLITIK SABAH

"Dia Ketua Menteri Bukan Ketua Mony*t" - Bekas Ahli Warisan



Pengundi Kimanis semakin berani menyuarakan isi hati mereka atas KEGAGALAN Parti Warisan Sabah yang tidak membela nasib rakyat sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto PRU14 lepas. Dengan isu kehidupan yang semakin sukar selain kepayahan peluang pekerjaan, pengundi Kimanis semakin sedar sekiranya mereka tidak memberi isyarat jelas pada 18 Januari 2020 maka terpaksalah menanti hingga Parlimen dibubarkan baru akan ada pembelaan sewajarnya untuk mereka.


Dalam satu klip video Pemuda Umno Batu Sapi, tidak boleh dinafikan apa yang diluahkan oleh seorang pengundi adalah realiti sebenar keadaan Sabah di bawah pentadbiran Warisan. 



Apa yang disampaikan dalam video berkenaan dirakam tanpa sebarang dorongan atau skrip. Hakikat ini perlu direnung dan didalami oleh pengundi Kimanis sebelum mereka membuang undi bagi memilih siapa wakil rakyat Kimanis di Parlimen kelak. 



Beranikah Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan menangkis dakwaan pengundi tersebut? Beliau (pengundi) turut memperli Datuk Seri Shapie Apdal sebagai "Munyet" kerana GAGAL membela Rakyat Sabah malah lebih mengutamakan PTI dengan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS). Ini merupakan tamparan terhadap seluruh kepimpinan Warisan Sabah kerana tanpa menyorokkan identiti, veteran politik yang juga bekas ahli Warisan tersebut mempertikaikan segala tindakan Warisan selama berkuasa di Sabah.

Siapa pilihan Pengundi Kimanis nanti? Samada 'Radu Tatap Radu' atau 'Sabah Kita Punya' akan berjaya memenangi hati pengundi P176 Kimanis?

Saturday, 11 January 2020

PRK KIMANIS - PENYAKIT GILA KE-41 HANYA KERANA TERIAK BOSSKU, KARIM BUJANG HINA SIAPA?

Calon Warisan Hina Pengundi Kimanis?



Pilihanraya Kecil P176 Kimanis membuka persoalan berjayakah Warisan menjaga kebajikan rakyat Sabah selama hampir 20 bulan memerintah. Biarpun nampak seperti air yang tenang dipermukaan apabila dikuak barulah cerita sebaliknya diketahui. Bukan sahaja berhadapan dengan isu Pas Sementara Sabah (PSS), kempen Prk Kimanis turut diwarnai dengan persoalan mengapa karenah birokrasi masih wujud walau Sabah kini ditadbir secara total oleh orang Sabah sendiri.



Seorang pengundi yang ditemui menceritakan bagaimana beliau menghadapi kesukaran dan berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan Kerajaan Warisan. Jika beginilah layanan Warisan kepada warga Sabah jangan terkejut apabila keputusan Prk tidak memihak kepada mereka walau berkempen berhabis-habisan. Surirumah tersebut turut berkongsi pengalamannya membandingkan kerajaan terdahulu dan kerajaan semasa. Turut menyebut bantuan BR1M yang diperkenalkan Dato Sri Najib Razak (Bekas PM Ke-6), beliau memberitahu kini tiada lagi bantuan sepertinya untuk rakyat yang turut menerima tempias kenaikan kos sara hidup sepanjang Pakatan Harapan memerintah. Malah untuk memohon bantuan juga perlu naik turun pejabat jadi bagaimana Warisan boleh bermegah mereka menjaga kebajikan rakyat Sabah?

Pengundi Kimanis perlu memberi isyarat jelas kepada Warisan bahawa kuasa rakyat mampu membuat mereka menjadi sebahagian daripada Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan. Dengan calon Warisan sendiri yang dikatakan GAGAL membela rakyat selama 5 penggal, apa lagi yang Warisan mampu jamin bahawa Kimanis serta pengundi akan diberikan khidmat terbaik? 



Calon Warisan turut mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan pengundi Kimanis apabila menyifatkan mereka yang berteriak "Bossku" bagi menyambut kehadiran Najib berkempen sebagai Penyakit Gila Ke-41. Wajarkah seorang calon berkata demikian sedangkan Pengundi Kimanis menzahirkan kegembiraan mereka terhadap Najib yang masih ingat kepada Rakyat Sabah walau bukan lagi Perdana Menteri? Sepanjang menjawat jawatan PM, Najib memberi tumpuan yang jauh lebih baik kepada pembangunan Sabah dan perkara tersebut telah menyentuh hati ramai Rakyat Sabah. Mungkin pada 18 Januari 2020 Karim Bujang akan diajar oleh pengundi Kimanis apa itu erti kuasa rakyat.