Pilihanraya Kecil P176 Kimanis membuka persoalan berjayakah Warisan menjaga kebajikan rakyat Sabah selama hampir 20 bulan memerintah. Biarpun nampak seperti air yang tenang dipermukaan apabila dikuak barulah cerita sebaliknya diketahui. Bukan sahaja berhadapan dengan isu Pas Sementara Sabah (PSS), kempen Prk Kimanis turut diwarnai dengan persoalan mengapa karenah birokrasi masih wujud walau Sabah kini ditadbir secara total oleh orang Sabah sendiri.
Seorang pengundi yang ditemui menceritakan bagaimana beliau menghadapi kesukaran dan berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan Kerajaan Warisan. Jika beginilah layanan Warisan kepada warga Sabah jangan terkejut apabila keputusan Prk tidak memihak kepada mereka walau berkempen berhabis-habisan. Surirumah tersebut turut berkongsi pengalamannya membandingkan kerajaan terdahulu dan kerajaan semasa. Turut menyebut bantuan BR1M yang diperkenalkan Dato Sri Najib Razak (Bekas PM Ke-6), beliau memberitahu kini tiada lagi bantuan sepertinya untuk rakyat yang turut menerima tempias kenaikan kos sara hidup sepanjang Pakatan Harapan memerintah. Malah untuk memohon bantuan juga perlu naik turun pejabat jadi bagaimana Warisan boleh bermegah mereka menjaga kebajikan rakyat Sabah?
Pengundi Kimanis perlu memberi isyarat jelas kepada Warisan bahawa kuasa rakyat mampu membuat mereka menjadi sebahagian daripada Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan. Dengan calon Warisan sendiri yang dikatakan GAGAL membela rakyat selama 5 penggal, apa lagi yang Warisan mampu jamin bahawa Kimanis serta pengundi akan diberikan khidmat terbaik?
Calon Warisan turut mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan pengundi Kimanis apabila menyifatkan mereka yang berteriak "Bossku" bagi menyambut kehadiran Najib berkempen sebagai Penyakit Gila Ke-41. Wajarkah seorang calon berkata demikian sedangkan Pengundi Kimanis menzahirkan kegembiraan mereka terhadap Najib yang masih ingat kepada Rakyat Sabah walau bukan lagi Perdana Menteri? Sepanjang menjawat jawatan PM, Najib memberi tumpuan yang jauh lebih baik kepada pembangunan Sabah dan perkara tersebut telah menyentuh hati ramai Rakyat Sabah. Mungkin pada 18 Januari 2020 Karim Bujang akan diajar oleh pengundi Kimanis apa itu erti kuasa rakyat.
No comments:
Post a Comment