Senario politik Parti Keadilan Rakyat semakin menggamit pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati politik tempatan. Pergeseran antara Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang mewujudkan 2 kem dalam PKR kelihatan sudah tidak boleh disorokkan lagi. Semuanya kerana satu klip video intim melibatkan individu 'mirip' seorang Menteri Kanan dari PKR melibatkan seorang lagi individu bernama Haziq.
Pertembungan Anwar vs Azmin menghampiri klimaks apabila 'Team Azmin' tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR baru-baru ini. Zuraida Kamaruddin, Haniza Talha dan Menteri Besar Selangor antara yang dikatakan tidak hadir ke mesyuarat tersebut. Adakah ini protes selepas 'Surat Amaran' dikeluarkan kepada 'mereka' yang mengeluarkan kenyataan agak pedas selepas Anwar meminta Azmin meletakkan jawatan SEKIRANYA TERBUKTI terbabit dalam video intim yang tular? Seperti ada 'pakatan' lain dalam PKR bagi menumbangkan Anwar sekaligus melenyapkan legasi reformasi yang diwujudkan pada 1998? Baca - PROTES DALAMAN PKR Mungkinkah akan berlaku rombakan besar-besaran dalam PKR sekiranya Anwar tidak lagi mendapat sokongan penuh dari ahli parti? Bagaimana dengan impian beliau menjadi PM Ke-8 sekiranya Azmin dan beberapa lagi 'Anchor' PKR mengambil tindakan keluar parti? Selangor mungkin akan mengulang sejarah 'Langkah Kajang' sekiranya MB Selangor dikenakan tindakan tatatertib dan sebagai jalan selamat mungkinkah beliau juga akan meninggalkan parti? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil PKR akan jadi sejarah paling epik dalam politik Malaysia. Ditubuhkan Anwar untuk melawan Mahathir yang memecatnya pada 1998 namun berkerjasama atas dasar kuasa pada 2018 namun akhirnya berkubur kerana 'permainan politik' Mahathir pada 2019? Apa agenda sebenar-benarnya Pakatan Harapan buat Rakyat Malaysia apabila mereka lebih sibuk mencatur kedudukan dan penguasaan parti dalam mengukuhkan cengkaman memerintah Malaysia? Rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai isu tetapi ahli politik gusar akan kuasa mereka yang semakin luntur lantaran 'PENIPUAN MANIFESTO' Pakatan Harapan.
Pembebasan Farhash yang ditahan pihak berkuasa bagi menyiasat video intim agak 'Panas' dengan laungan 'Azmin Semburit'. Bukan itu sahaja malah laungan 'Reformasi' juga dilaungkan pegawai Anwar Ibrahim yang dibebaskan pada hari yang sama dengan Haziq. Baca - 'AZMIN SEMBUR*T' Tonton - AZMIN SEMBURIT Farhash turut mencabar Ketua Polis Negara menahan Azmin Ali bagi siasatan video intim yang dikaitkan dengannya. Mempertikaikan tindakan PDRM yang menahan beliau selama 8 hari, Farhash berterimakasih kerana diberikan 'Cuti' dari menjalankan tugasnya.
Adakah pembebasan Farhash akan membuka satu lagi episod percakaran antara Anwar-Azmin? Baru baru ini Azmin membuat kenyataan dengan nada penuh persoalan apabila menyatakan 'Kesetiaannya ada batasan'. Beliau menyatakan demikian semasa majlis kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. Baca - TAHAN AZMIN JIKA ADA INTERGRITI Pergeseran Anwar-Azmin menjadi perbualan politik apabila mereka saling berbalas kenyataan dan ketidakhadiran Azmin bersama Zuraida serta Haniza Talha semasa program 'Retreat PKR' di Port Dickson memberi gambaran sememangnya berlaku perpecahan dalam PKR. Adakah Reformasi akan kembali bergema jika Anwar dinafikan dari jawatan Perdana Menteri seandainya Azmin bertindak keluar parti dan turut mengheret sebahagian sokongan PKR? Jangan hanya kerana perebutan kuasa ini kelak rakyat jadi mangsa apabila politik negara tidak stabil. Percakaran ini diperhatikan negara asing malah Bloomberg turut berminat dengan kisah video intim yang dikatakan melibatkan seorang Menteri.
Perdana Menteri Tun M pula dilihat mengambil jalan selamat dalam hal ini. Beliau yang menyatakan video intim tersebut adalah masalah politik perlu memandang kembali sejarah apabila beliau memecat Anwar Ibrahim kerana salah laku moral. Lupakah Mahathir bagaimana beliau menemuramah 'Mangsa' Anwar Ibrahim dan kemudian mengambil tindakan memecat atas alasan MORAL? Mengapa ada tindakan 'Double Standard' Mahathir dalam kes melibatkan Azmin? Beliau selaku PM sudah tentu dimaklumkan pihak berkuasa samada video tersebut tulen atau tidak dan apa tindakan yang perlu dilakukan. KPN sendiri telah mengesahkan ketulenan video berkenaan namun pelaku selain Haziq masih tidak dapat ditentukan. Rakyat di zaman sekarang tidak 'Bodoh' kerana maklumat serta aplikasi pengecaman wajah mudah dimuat turun dari internet, malah Facebook juga ada teknologi pengecaman wajah pemilik akaun facebook. Kini terpulang kepada Anwar Ibrahim dan Mahathir bagi menentukan haluan politik negara dan rakyat Malaysia. Adakah mereka akan pentingkan soal Rakyat, Moral atau Kuasa? Hanya mereka yang ada jawapan.
Azmin Beri Gambaran Jangan Himpit 'Tel*r' Sampai Bucu?
Majlis kesyukuran yang diadakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 'diserikan' lagi dengan kontroversi kenyataan Menteri Ekonomi tersebut.
Beliau tampil dengan kenyataan seolah memberi amaran kepada pihak tertentu mengenai kesetiaannya kepada PKR. Mengapa Azmin tidak berterus terang kepada siapa ucapannya ditujukan tetapi mengambil jalan selamat dengan berkias kata hingga menimbulkan persoalan adakah ucapan tersebut untuk Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim?
Tonton ucapan - KONTROVERSI Ucapan Azmin jika diamati tepat menuju kearah individu yang meminta beliau berundur sekiranya terlibat dalam video intim 'Sandakan'. Adakah Azmin tidak cukup berani menyebut SIAPA INDIVIDU yang mempersoalkan kesetiaan beliau kepada parti selama ini? Pergeseran antara dua pemimpin PKR bermula apabila klip video intim perlakuan seks songsang melibatkan seorang individu bernama Haziq tersebar dan menggemparkan negara. Memburukkan keadaan semasa 'Retreat' PKR, Azmin bersama Naib Presiden PKR dan Ketua Wanita PKR tidak muncul langsung dan ini mencetuskan tandatanya adakah PKR sedang bergolak dengan krisis sokongan yang terbahagi kepada 2 kem - satu penyokong Presiden dan satu lagi yang menyokong Timbalan Presiden PKR. Malah apabila 27 pemimpin tinggi dalam PKR mempersoalkan kenyataan Anwar yang dibuat dilobi Parlimen, ramai beranggapan pertembungan ini bakal meranapkan PKR sekaligus memadam impian Anwar daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Selama manakah perselisihan antara Anwar dan Azmin akan berlaku hanya mereka sahaja yang tahu. Tun M selaku Perdana Menteri pula memberi kebebasan kepada Azmin samada mahu bercuti atau terus menjalankan tugas selaku Menteri disebalik kontroversi video intim. Perlu diingat ketika Anwar dipecat oleh Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, tiada video yang tersebar sebaliknya 'Mangsa' telah ditemuramah sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu. Mengambil kira keterangan 'Mangsa' maka Anwar disingkirkan dan ini membawa kepada demonstrasi jalanan dan laungan Reformasi. Jika ditakdirkan individu pelaku seks songsang adalah seperti yang Haziq akui adakah kita akan melihat sekali lagi demonstrasi jalanan? Hanya PKR ada jawapan itu.