Showing posts with label Sembur*t. Show all posts
Showing posts with label Sembur*t. Show all posts

Friday, 10 January 2020

RESOLUSI RENDAH SELAMATKAN 'MIRIP MENTERI' DARI DAKWAAN SEMBURIT, KREDIBILITI JADI TARUHAN?

Siapa Sebenarnya 'Blur'?


Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan terhadap mana mana pihak dalam isu klip video aksi seks songsang melibatkan seorang 'Mirip Menteri' dan seorang pemuda dikenali sebagai Haziq Aziz. Alasan yang diberikan AG (Peguam Negara) resolusi video tersebut rendah hingga menyukarkan pihak tertentu mengenalpasti siapakah pelaku terkutuk dalam klip tersebut.


Bagaimanapun seorang Peguam, Haniff Khatri mempersoalkan tindakan AG dalam hal ini. Beliau turut menyenaraikan akta tertentu dalam perundangan yang boleh mempertikaikan tindakan AG yang dilihat seperti mahu melindungi kesalahan individu tertentu demi kepentingan politik pihak tertentu.

Baca - PERSOALAN PANAS

Agak pelik tindakan AG kerana Haziq Aziz pernah tampil dengan pengakuan siapa pasangannya dan ia tular ke seluruh negara malah turut menarik perhatian negara luar berkaitan skandal seks songsang kerana membabitkan seorang 'Mirip Menteri'. Bagaimanapun Haziq dalam video tersebut telah menamakan individu yang disetubuhi beliau dalam bilik sebuah Hotel di Sandakan, Sabah.

PENGAKUAN HAZIQ AZIZ


Kredibiliti AG kini dipertikaikan oleh rakyat yang melihat keputusan dibuat untuk kepentingan politik pihak tertentu hingga menimbulkan persoalan adakah keputusan ini dipengaruhi 'Tangan Ghaib'? Secara tiba-tiba seorang Setiausaha Politik yang bukan sahaja mengecam Azmin malah menjerit "Azmin Semburit" selepas keluar dari tahanan Polis membuat pusingan U apabila AG mengumumkan keputusan tiada mana mana pihak akan didakwa kerana kesalahan bersetubuh luar tabi'e. Adakah pengakuan seorang Naib Presiden PKR mengenai perbualannya bersama Presiden parti adalah pembohongan?  Apakah Haziq benar-benar menipu dalam pengakuannya? Ini semua adalah rantaian persoalan yang perlu jawapan tepat dari AG.

HAZIQ AZIZ PERLU DIDAKWA BERSETUBUH LUAR TABI'E

Tulisan Haniff Khatri

Agak pelik apabila semalam Azmin Ali menaikmuat 'status' dalam siaran facebook beliau berulangkali dan menyatakan kesyukuran kerana terlepas dari fitnah. AG sendiri tidak menamakan siapa individu terlibat tetapi tindakan Azmin dilihat berlebihan hingga mengundang persoalan netizen 'Mengapa menggelupur' apabila tiada nama disebut oleh AG dalam kenyataan rasmi?



Thursday, 25 July 2019

MB SELANGOR TERIMA SURAT DISIPLIN - BERTUKAR LAGI MB PKR?

Selangor Bakal Bergegar Lagi?



Parti Keadilan Rakyat masih bergelumang dengan kontroversi video intim namun kali ini bukan sahaja tertumpu pada Azmin. 

Lembaga Disiplin Keadilan telah mengeluarkan surat kepada beberapa individu atas kenyataan mereka terhadap kepimpinan PKR. Turut menerima surat tersebut ialah Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan yang agak bertentangan dengan Presiden PKR sendiri. 

Baca - SURAT 'TUNJUK SEBAB'

Turut menerima surat tersebut ialah Farhash yang baru dibebaskan dari reman PDRM bagi siasatan video intim melibatkan Azmin Ali. Malah lebih mengejutkan rakyat ialah keberanian Farhash melaungkan "Azmin Semburit" selepas melaungkan "Reformasi" dan "Anwar for PM" dihadapan penyokongnya sejurus dibebaskan.

Bagi pemerhati politik, surat yang dikeluarkan kepada Amirudin Shari merupakan 'amaran' agar beringat jawatan beliau ditentukan oleh kepimpinan dan Presiden PKR. Mungkinkah akan berlaku pertukaran MB Selangor jika Amirudin masih bertegas mengeluarkan kenyataan 'keras' terhadap Parti dan Presiden? Sejarah PKR mentadbir Selangor sendiri telah menyaksikan MB Selangor boleh ditukarkan bila bila masa sekiranya sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi PKR. Masih ingat 'Langkah Kajang' yang menyaksikan Wan Azizah turut tersenarai sebagai calon MB Selangor satu ketika dahulu? Jika mengambilkira 'Langkah Kajang' maka Amirudin perlu berdiri atas pendirian politiknya bagi menegaskan siapa yang beliau sokong antara Anwar dan Azmin. Bersediakah beliau kehilangan jawatan sekiranya enggan 'bersama' Anwar dan memilih menyokong Azmin?

Azmin yang mengeluarkan kenyataan agak berbisa dalam Majlis Kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dan beliau masih terlepas dari menjelaskan apa maksud ucapannya? Anwar dan Badan Disiplin Keadilan 'TAKUT' kepada Azmin kerana tidak mengeluarkan apa apa surat kepada Azmin? Seperti nampak penguasaan Azmin dalam PKR melebihi Anwar dan jika benar perkara ini apa pilihan yang tinggal pada Anwar selain berdiam diri?


Antara komen penyokong PKR
Apa pula alasan Farhash bila menerima surat tersebut? Apakah akan ada pendedahan atau beliau hanya 'Berani Berkokok' laksana ayam jantan dalam sangkar? Jika beliau (Farhash) merasakan apa yang disebutnya dihadapan penyokong maka beliau perlu mendedahkan siapakah 'Jalang' dan 'Dalang' video intim tersebut. 

Cukup beranikah PKR mengambil tindakan lebih keras terhadap mereka yang terlibat mencemarkan imej parti tersebut atau semua ini sekadar 'Drama Bersiri' bagi menyedapkan hati penyokong PKR?

Tuesday, 23 July 2019

FARHASH BAKAL DEDAHKAN SIAPA 'DALANG' DAN 'JALANG' VIDEO INTIM?

'Semburit, Reformasi Dan Anwar For PM' 


Pembebasan Farhash yang ditahan pihak berkuasa bagi menyiasat video intim agak 'Panas' dengan laungan 'Azmin Semburit'. Bukan itu sahaja malah laungan 'Reformasi' juga dilaungkan pegawai Anwar Ibrahim yang dibebaskan pada hari yang sama dengan Haziq.

Baca - 'AZMIN SEMBUR*T'

Tonton - AZMIN SEMBURIT

Farhash turut mencabar Ketua Polis Negara menahan Azmin Ali bagi siasatan video intim yang dikaitkan dengannya. Mempertikaikan tindakan PDRM yang menahan beliau selama 8 hari, Farhash berterimakasih kerana diberikan 'Cuti' dari menjalankan tugasnya.



Adakah pembebasan Farhash akan membuka satu lagi episod percakaran antara Anwar-Azmin? Baru baru ini Azmin membuat kenyataan dengan nada penuh persoalan apabila menyatakan 'Kesetiaannya ada batasan'. Beliau menyatakan demikian semasa majlis kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Baca - TAHAN AZMIN JIKA ADA INTERGRITI

Pergeseran Anwar-Azmin menjadi perbualan politik apabila mereka saling berbalas kenyataan dan ketidakhadiran Azmin bersama Zuraida serta Haniza Talha semasa program 'Retreat PKR' di Port Dickson memberi gambaran sememangnya berlaku perpecahan dalam PKR.

Adakah Reformasi akan kembali bergema jika Anwar dinafikan dari jawatan Perdana Menteri seandainya Azmin bertindak keluar parti dan turut mengheret sebahagian sokongan PKR? Jangan hanya kerana perebutan kuasa ini kelak rakyat jadi mangsa apabila politik negara tidak stabil. Percakaran ini diperhatikan negara asing malah Bloomberg turut berminat dengan kisah video intim yang dikatakan melibatkan seorang Menteri.



Perdana Menteri Tun M pula dilihat mengambil jalan selamat dalam hal ini. Beliau yang menyatakan video intim tersebut adalah masalah politik perlu memandang kembali sejarah apabila beliau memecat Anwar Ibrahim kerana salah laku moral. Lupakah Mahathir bagaimana beliau menemuramah 'Mangsa' Anwar Ibrahim dan kemudian mengambil tindakan memecat atas alasan MORAL?  Mengapa ada tindakan 'Double Standard' Mahathir dalam kes melibatkan Azmin? Beliau selaku PM sudah tentu dimaklumkan pihak berkuasa samada video tersebut tulen atau tidak dan apa tindakan yang perlu dilakukan. KPN sendiri telah mengesahkan ketulenan video berkenaan namun pelaku selain Haziq masih tidak dapat ditentukan. Rakyat di zaman sekarang tidak 'Bodoh' kerana maklumat serta aplikasi pengecaman wajah mudah dimuat turun dari internet, malah Facebook juga ada teknologi pengecaman wajah pemilik akaun facebook.

Kini terpulang kepada Anwar Ibrahim dan Mahathir bagi menentukan haluan politik negara dan rakyat Malaysia. Adakah mereka akan pentingkan soal Rakyat, Moral atau Kuasa? Hanya mereka yang ada jawapan.

Sunday, 21 July 2019

MAJLIS PENASIHAT 'ORANG TUA' TUNJUK JALAN KELUAR KEPADA ANWAR?

Politik Anwar Menuju Hujung Nyawa?


Sengketa dalaman PKR cuba dinafikan oleh Anwar Ibrahim yang 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku walau Timbalan Presiden PKR menempelak Anwar agar melihat cermin dan muhasabah diri ekoran kenyataan berkaitan video intim mengaitkan Azmin Ali. Masakan 'Bangkai Gajah Ditutup Dengan Nyiru' tidak berbau? Ramai yang memerhati pergolakan Anwar-Azmin sebagai 'Malapetaka' bagi PKR sendiri apabila Azmin tidak hadir semasa Rapat Umum PKR diadakan walau Pengerusi Pakatan Harapan hadir. Adakah rasional jika Timbalan Presiden tidak hadir tanpa sebarang alasan konkrit kalau bukan kerana perselisihan?


Melihat perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR, tidak mustahil rumusan awal yang boleh didapati ialah karier politik Anwar semakin menuju jalan penamat. Ditambah teguran 'keras' kepimpinan PKR sendiri terhadap Anwar dan penambahan sokongan kepada Azmin, apa lagi yang mampu Anwar buktikan walau menyatakan mempunyai sokongan kuat dikalangan ahli parlimen bagi mengambilalih tempat Tun M seperti dijanjikan. Pemerhati politik kini senang membuat konklusi kerana situasi tidak menyebelahi Anwar dan beliau akur untuk menutup mulut dari memperkatakan hal berkaitan video intim yang mengaitkan Azmin. Apatah lagi apabila Ketua Polis Negara telah mengesahkan imej selain Haziq tidak dapat dikenal pasti. 


Kenyataan Tun Daim yang menggesa Pakatan Harapan dan kepimpinan tidak membuang masa melayan Anwar Ibrahim yang masih berkeras mahu peralihan kuasa dilaksanakan sebagaimana dijanjikan sebelum ini agak kritis. Tanpa sedar kenyataan Daim adalah ingatan kepada Anwar untuk tidak menyimpan angan-angan lagi melainkan menang dalam PRU15 dan membuktikan kemampuan beliau selaku Presiden PKR. Perlu diingatkan pada PRU14, PKR masih diterajui Wan Azizah selaku Presiden dan Anwar hanya mengambil alih kedudukan selepas kemenangan Pakatan Harapan.

Majlis 'Bersih Nama'? Kenapa Tarikh Sama?



Menariknya pertembungan Anwar-Azmin dalam cara 'membersihkan' diri amat sinikal. Mereka sama sama membuat majlis kenduri pada tarikh dan waktu yang hampir sama bagi menyakinkan penyokong bahawa antara kedua-duanya, mereka tidak bersalah dalam apa jua masalah yang timbul ketika ini. Cara begini sudah lama dilakukan dalam PKR sejak zaman Reformasi dan terbawa hingga hari ini.

Apalagi Anwar mampu lakukan bagi merealisasikan impian 'Bakal PM' yang tertangguh hampir 21 tahun?