Wednesday, 29 January 2020
EJAKULASI KLIMAKS AWAL PKR - SIAPA LAGI AKAN TINGGALKAN PKR JIKA ZURAIDA DI PECAT?
Demonstrasi oleh ahli PKR dihadapan bangunan Ibu Pejabat PKR Tropicana menyaksikan pertembungan 2 kumpulan yang telah lama menyimpan 'dendam' memilih antara setia Presiden atau Reformasi Parti.
Badan Disiplin PKR yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida dipercayai ada kaitan dengan ucapannya dalam satu majlis bersama Azmin Ali ketika Kongres PKR berlangsung di Melaka. Mereka (Azmin dan Zuraida) tidak hadir ke Kongres tersebut sekaligus menimbulkan pertanyaan adakah tindakan itu petunjuk mereka akan keluar parti selepas usai Kongres. Bagaimanapun kedua-duanya masih kekal dalam PKR hingga hari ini.
Dikejutkan pula dengan surat saman SUA PKR terhadap Zuraida menguatkan lagi desas desus perpecahan dalam PKR sudah sampai klimaks. Adakah ini akan menjadi punca pemimpin utama PKR bertindak keluar parti beramai-ramai sekaligus melumpuhkan PKR dan paling utama menyekat Anwar Ibrahim dari terus bercerita tentang peralihan kuasa? Azmin Ali merupakan antara yang mahu Tun M terus kekal sebagai PM hingga habis penggal dan ini bertentangan dengan perjanjian sebagaimana didedahkan SUA PKR. Adakah Azmin akan beralih arah memandangkan ada foto beliau kelihatan bersama pemimpin Parti Gerakan dan ada gossip menyatakan kesediaan Gerakan menerima Azmin dalam parti itu.
Segalanya akan terjawap apabila sampai masanya. PKR yang ditubuhkan bagi menentang Dr M pada 1998 kini sujud di kaki Tun M. Anwar KALAH lagi sekali. Azmin? Dia tetap MENANG.
Tuesday, 28 January 2020
SIAPA 'TROJAN HORSE' 'EHEM - EHEM' YANG AKAN RUNTUHKAN PKR?
Kemelut dalaman PKR semakin membusung apabila Setiausaha Agung PKR bertindak menyaman Naib Presiden PKR sendiri. Dalam satu entri sebuah portal maya melaporkan Zuraida Kamaruddin disaman oleh Saifudin Nasution atas sebab peribadi.
PKR SAMAN PKR
Tindakan SUA PKR seperti memberi isyarat sesuatu sedang berlaku dalam PKR ibarat 'Retak Menanti Belah'. Apatah lagi apabila tular foto Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hadir ke rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan bersama Tun M menguatkan desas desus bakal berlaku kejutan dalam PKR. Sebagai rekod, Azmin pernah dikatakan akan berhijrah ke Gerakan (jika berlaku tsunami jawatan tertinggi PKR) namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dipastikan.
Azmin dalam pada itu menaikmuat beberapa foto menunjukkan beliau menunggang kuda dan bersantai tatkala kisah percutian keluarganya ke Jepun diperkatakan ramai. Pendedahan percutian mewah keluarga Azmin dipenuhi persoalan mengenai kos perbelanjaan mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia ketika masyarakat Felda terkedu dengan tindakan India memberhentikan import hasil sawit Malaysia. Azmin masih mampu berkuda ketika peneroka Felda gusar memikirkan kewangan mereka kerana kerajaan 'Terlalu Bijak' dalam hubungan diplomatik dengan negara asing hingga menjejaskan hasil usaha peneroka Felda yang kebanyakan bergantung hasil pada sawit.
Sukan berkuda sering dikaitkan dengan kemewahan menjadi pilihan Azmin di saat Malaysia diselubungi kegusaran rakyat berikutan penularan virus NCorona dari China. Secara tiba-tiba beliau beralih alih ke sukan tersebut? Adakah kerana pengaruh Tun M yang diketahui suka sukan berkuda atau ada sebab lain? Sebagaimana diketahui umum, Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video 'berkuda' namun pihak berkuasa telah menyatakan pihaknya sukar mengenal pasti siapa individu yang bersama seorang lagi dikenali sebagai Haziq Aziz. Turut menjadi persoalan mengapa Azmin tidak mengambil tindakan Saman terhadap dakwaan Haziq yang secara terang menaikmuat video pengakuannya?
Adakah Azmin sama seperti Anwar Ibrahim yang turut tidak mengambil tindakan saman terhadap Rawther seperti digembar-gemburkan sebelum ini? Banyak kemusykilan dan persoalan mengenai krisis dalaman PKR menjelang desakan peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini. Azmin merupakan salah seorang yang mahukan Tun M terus mentadbir hingga habis mandat dan pernah mencabar mana-mana pihak membuktikan kewujudan perjanjian peralihan kuasa tersebut.
Apa yang akan berlaku seterusnya dalam episod 'Drama' PKR? Adakah Azmin akan memihak kepada Zuraida yang dikatakan masih belum menjawap surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin PKR dan mengambil langkah drastik bagi memberitahu Anwar dia (Anwar) bukan siapa-siapa tanpa Azmin Ali? Siapa boleh ramal percaturan politik antara PKR yang berpecah dua? Jika 'Nujum Pak Belalang' masih ada mungkin beliau akan terlungkupkan saja mangkuk ajaib kerana politik dalaman Pakatan Harapan memeningkan akibat perebutan kuasa.
Tuesday, 21 January 2020
ZURAIDA SUDAH, AZMIN BILA PULA MAHU DIKENAKAN TINDAKAN SURAT TUNJUK SEBAB ATAU ADA 'EHEM EHEM' KAH?
Seperti ada 'Double Standard' dalam PKR apabila Zuraida Kamaruddin diminta menjawap surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari. Mengapa hanya Zuraida? Azmin Ali yang turut terlibat dalam konflik dalaman PKR seakan kebal dari tindakan tatatertib parti itu walau mengeluarkan perkataan "Kepala Bapak Engkau" yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR ketika sepentas dengan Zuraida di sebuah hotel.
Mungkinkah ini penyebab tersebar borang palsu Zuraida memohon menyertai PPBM semalam? Segalanya seakan tidak mustahil dalam zaman Pakatan Harapan apabila perebutan kuasa menjadi agenda paling penting dalam memastikan kelangsungan karier politik mereka.
Azmin Ali yang kini boleh menarik nafas lega selepas siasatan PDRM tidak dapat mengenal pasti siapa pasangan Haziq dalam video kontroversi adegan seks luar tabi'e.
Bagaimanapun selaku Menteri Ekonomi yang juga memegang portfolio menjaga kepentingan Felda dan Peneroka Felda, Azmin terlepas satu perkara besar yang kini menjadikan Malaysia dalam dilemma.
Baca - INDIA KURANGKAN IMPORT HASIL SAWIT MALAYSIA
Satu tamparan besar terhadap Azmin jika rakan sejawat dalam kabinet GAGAL membuat rundingan dengan antara negara pengimport terbesar komoditi yang juga punca pendapatan Felda dan Peneroka Felda. Malah ada SURAT TERBUKA kepada Kerajaan khususnya Menteri Ekonomi berkaitan kekhuatiran berlaku BOIKOT oleh India. Secara jelas Azmin Ali GAGAL menjaga kebajikan serta kepentingan Felda dan Peneroka sekiranya perkara ini berlanjutan dalam tempoh panjang. Mungkinkah KEGAGALAN ini akan digunakan bagi menggugurkan nama Azmin dari Kabinet apabila Anwar mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun M dan dijadikan pembalasan 'Infiniti' oleh Presiden PKR kepada Azmin agar tahu meletak kepentingan, taat setia kepada Presiden dan parti ditempat sepatutnya?
Azmin Ali boleh memilih 'Keluar Baris' dari PKR jika berasakan kedudukannya sudah tidak selamat lagi tetapi kemana beliau boleh pergi? Alternatifnya hanya PPBM yang ada untuk jadi dahan berpaut namun apa pula kata 'Supremo' PPBM yang lain? Sudahlah Presiden PPBM seperti tidak berkuasa langsung kerana segala keputusan parti perlu mendapat 'Perkenan' Dr M?
Kini Azmin juga dalam keadaan tersepit membawa haluan sekiranya mahu terus kembangkan kerjaya dan laluan politiknya. Memang nampak tenang di permukaan namun di dasar siapa tahu? Bagai teratai di tasik akar tak jejak ke tanah jadinya Azmin Ali kini apabila Zuraida yang menerima tempias awal.
Monday, 20 January 2020
BORANG ZURAIDA MOHON MASUK PPBM TERSEBAR - BAU PEMBUBARAN PARLIMEN SEMAKIN KUAT?
![]() |
| Foto Borang Yang Berlegar Di Media Sosial |
Benarkah Ahli Parlimen Ampang akan menyeberang parti selepas menerima surat tunjuk sebab dari PKR?
Tular beberapa foto di media sosial borang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan nama Menteri KPKT itu.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjutt diperolehi mengenai perkara tersebut.
Jika benar perkara ini terjadi, tidak mustahil akan ada lagi Ahli Parlimen PKR mengikut jejak meninggalkan PKR dalam masa terdekat. Adakah mereka secara sukarela meninggalkan parti dan hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR atau ada 'Sesuatu' atas meja yang menyebabkan tindakan keluar parti dilakukan?
Apa reaksi Anwar Ibrahim jika beliau kehilangan sokongan PKR lebih-lebih lagi menjelang tempoh Peralihan Kuasa yang dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan?
Baca - PPBM NAFI ZURAIDA MOHON SERTAI PPBM
Bagaimanapun ada penafian telah dikeluarkan pihak tertentu dalam media sosial bagi menangkis kebenaran foto tersebut.
![]() |
| Penafian Dalam Media Sosia |
Gayanya Anwar kena patuk dengan 'Ular' sama untuk kali kedua dan tidak mustahil akan kekal menjadi 'Bakal PM' paling lama memegang gelaran dalam sejarah politik Tanahair.
Monday, 9 December 2019
ANWAR SAHKAN AZMIN KENA 'DOGGIE' DALAM VIDEO SKANDAL SANDAKAN - ZURAIDA DEDAHKAN KEBENARAN AKHIRNYA?
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin secara terbuka menyatakan video 'FOUR POINTS WITH LOVE' adalah tulen dan pelakunya ialah Azmin Ali. Beliau menyatakan demikian dalam satu majlis yang dibuat di sebuah hotel malam semalam. Majlis Makan Malam tersebut yang tidak diketahui siapa pembiayanya telah menelanjangkan banyak perkara dan pengakuan Zuraida merupakan antara paling 'fantastik'.
Azmin sebelum ini berdiam diri apabila ditanya berkenaan perkara tersebut manakala Farhash Wafa Salvador selepas dibebaskan dari lokap telah melaungkan 'Azmin Semburit' dihadapan penyokongnya. Malah seorang lagi pelaku dalam video berkenaan bernama Haziq sendiri telah mengakui beliau dan Azmin merupakan individu dalam video seks songsang berkenaan. Tentu kita semua masih ingat bagaimana Dr Mahathir ketika menjadi PM Ke-4 secara total menolak individu berkelakuan songsang diangkat sebagai pemimpin. Pada 1998 Dr Mahathir mendedahkan perlakuan seks songsang Anwar Ibrahim kepada media dan mengambil tindakan memecat Anwar dari Umno serta kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Adakah Azmin juga akan menerima nasib sama seperti Anwar jika Tun M masih berpegang pada prinsip intergriti dan perilaku moral seseorang yang mahu diangkat sebagai pemimpin?
Setiausaha Agung PKR sendiri telah mengesahkan Anwar tidak fokus untuk menggantikan Mahatjir sebagai PM Ke-8 dan semestinya kenyataan ini dibuktikan oleh PKR sendiri. Ini merupakan peluang terbaik buat Tun M untuk memastikan penggantinya adalah seorang yang boleh mengikut 'Kehendak serta Perintah' jika diarahkan dari luar dan Anwar bukanlah individu yang mampu di'pegang' Mahathir. Ada desas desus menyatakan Azmin merupakan calon terbaik untuk Tun M fikirkan sebagai pengganti namun sokongan dari DAP lebih banyak tertumpu kepada Anwar yang lebih liberal sebagaimana aspirasi DAP mahukan. Ada kemungkinan apabila Tun memikirkan percaturan maka prinsip 'Kill Two Birds With One Stone' boleh digunapakai dan nampaknya ia semakin berjaya dilaksanakan. Rosakkan PKR dari dalam dan tunjuk isyarat kemampuan politik Mahathir kepada DAP agar kembali menyokong Tun M supaya mereka (DAP) tidak jadi seperti PKR.
Apa lagi sinetron yang bakal rakyat saksikan kelak? Pergaduhan dan percakaran merebut kuasa dalam kalangan Pakatan Harapan membuatkan Rakyat berfikir apa nasib mereka selagi Pakatan Harapan memerintah.
Kesihatan Tun M turut menarik perhatian apabila dikatakan perlu menjalani prosedur kesihatan dan sebaiknya Tun memikirkan untuk pembubaran parlimen sebelum keadaan politik Malaysia menjadi lebih buruk apabila PKR bermasalah. Sejarah Reformasi sudah cukup untuk dijadikan teladan bagaimana kerosakan imej negara mampu dibuat Anwar bagi mencapai cita-citanya sejak 1998.
Sunday, 1 December 2019
'PERIUK API' BAKAL MELETUP, AZMIN ADALAH 'TANGAN GHAIB' MAHATHIR DALAM PERCAKARAN PKR?
Suasana semakin keruh dalam PKR apabila serangan antara sesama mereka sudah tidak mampu diselindungkan lagi. Segalanya hanya kerana seorang individu bernama Azmin Ali. Dikatakan kini beliau sudah semakin jauh menumpahkan 'Taat Setia' kepada Parti Keadilan Rakyat, Azmin dilihat sebagai Pro- Mahathir dalam jangka panjang bagi mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Kabinet dan merasakan masa depan beliau bersama PKR sudah semakin kelam.
Ketegangan ini dihidu sejak tersebarnya klip video 'Semburit' dimana seorang individu mirip Menteri sedang 'menikmati' hubungan intim bersama seorang individu bernama Haziq. Siapa yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video tersebut tidak dapat dipastikan dan hingga hari ini PDRM masih belum mengenalpasti siapa individu bersama Haziq di atas ranjang dalam klip tersebut. Disebabkan video itu, Setiausaha Politik Anwar Ibrahim telah ditahan polis dan proses soal siasat telah dilakukan terhadapnya. Sebaik dibebaskan Farhash telah melaungkan 'Azmin Semburit' dihadapan penyokongnya.
Apa yang selama ini cuba diselindungkan sudah menjadi bualan ramai. Pertelingkahan dalaman PKR bukan lagi rahsia dan AMK sendiri membuka pekung mereka kepada rakyat apabila memilih untuk 'berperang' apabila nama Azmin digugurkan dari senarai perasmi kongres AMK minggu depan. Terbahagi 2 kumpulan, AMK kini saling menyerang dan menegak benang basah. Bukan sahaja kalangan AMK, malah kalangan pemimpin tertinggi PKR juga sudah mula mengorek 'Jubur' sesama mereka. Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin antara nama besar PKR yang kini melempar 'najis' sekaligus memberi isyarat jelas perang PKR sudah berlangsung.
Tuesday, 26 November 2019
PLOT 'DRAMA' BARU BAKAL DITAYANGKAN UNTUK SEKAT ANWAR IBRAHIM, SIAPA AKAN 'MENYERAH KALAH'?
![]() |
| Azmin Kelihatan 'Suci' |
Kejadian disyaki berlaku ada kaitan dengan keengganan AMK membenarkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali merasmikan Kongres Sayap PKR walau dibantah oleh sekumpulan lagi AMK diketuai individu dikenali sebagai Hillman. 'Drama' ini dipercayai kerana lanjutan keengganan Azmin menghadiri mesyuarat parti selepas menduduki kerusi Timbalan Presiden. Sebelum itu Azmin yang telah menjemput beberapa orang Ahli Parlimen BN untuk makan malam di kediamannya dilaporkan telah memberitahu Presiden Pakatan Harapan MP BN sudah hilang kepercayaan terhadap parti mereka. Bagaimanapun MP BN telah membidas kenyataan Azmin dan Tun M serta menyifatkannya sebagai 'BIADAP' kerana tidak menghormati tetamu yang beliau sendiri jemput ke rumahnya.
Lanjutan krisis dalaman PKR yang kelihatan tidak mampu diselamatkan lagi, Azmin dikatakan akan meninggalkan PKR bersama penyokongnya namun parti mana yang beliau akan pergi belum diketahui. Ada desas desus mengatakan beliau akan menyertai Tun M dan PPBM sekiranya Anwar bertindak diluar jangkaan selepas Mac 2020 atau selewatnya Mei 2020 selaras dengan 'Perjanjian Peralihan Kuasa' yang dipersetujui sebaik merampas Putrajaya pada Mei 2018. Apakah akan berlaku satu lagi Reformasi sekiranya peralihan kuasa tidak berlaku seperti jangkaan? Dikhabarkan gerakan Reformasi 2.0 telah dihidupkan semula apabila satu klip video mengenainya tersebar. Dalam perkiraan seandainya berlaku maka Azmin dan 'Konconya' akan dinyahkan dari PKR atas alasan TIDAK SETIA kepada Presiden dan jika berlaku itu sudah terlambat bagi Azmin menyelamatkan karier politiknya. Sebagai plan tuntas maka Azmin perlu berfikir pantas dan membuat keputusan drastik bagi menjamin keuntungan politik beliau sendiri.
Berbalik kisah AMK yang diserang timbul persoalan mengapa modus operandi Cat dan Ayam dipilih? Adakah serangan ada kaitan dengan 'arahan ghaib' atau semenangnya dirancang untuk memberi amaran kepada pihak tertentu yang ada kaitan dengan Kongres PKR? Kongres PKR kali ini penuh kontroversi sehingga di Sarawak menyaksikan PENGERUSI PKR SARAWAK sendiri (Baru Bian) tidak hadir ke program tersebut. Memburukkan lagi Naib Presiden PKR, ZURAIDA KAMARUDDIN juga tidak kelihatan dan status beliau sebagai Naib Presiden PKR masih 'Laku' atau tidak. Pelbagai persoalan pasti tidak mampu merungkai perihal serangan ini namun ia akan membuka lembaran baru 'Perang Sabil' dalam PKR sendiri.
Sehingga Anwar di'tabal'kan sebagai PM Ke-8 baru konflik ini akan berakhir agaknya. Anwar secara jelas telah menolak sebarang 'Rundingan Pintu Belakang' bagi mencapai impiannya sekaligus menutup sebarang peluang yang diusahakan individu tertentu dalam PKR bagi mengekalkan kedudukan Mahathir sehingga habis penggal.
Siapa akan rugi kerana perebutan kuasa antara Kem Anwar vs Kem Azmin vs Kem Mahathir vs Kem Pintu Belakang? Rakyat akan dimangsakan kerana ketamakan mereka dan sewajarnya Rakyat menghukum Pakatan Harapan pada PRU 15 kelak.
Friday, 30 August 2019
'TALKIN UNTUK PKR' MENJELANG BAJET 2020?
Pergeseran dalaman PKR semakin menarik perhatian pemerhati politik Pakatan Harapan apabila Naib Presiden, Zuraida Kamarudin mendedahkan mengenai sikap Anwar yang tidak melayan 3 'Surat Damai'. Beliau mendedahkan demikian dalam satu kenyataan.
Baca - SURAT DAMAI KENA 'IKAT MATI'
Untuk memahami mengapa Anwar enggan melayan 'Team Kartel' ia bermula dari Prk Rantau. Calon yang dikehendaki oleh akar umbi PKR tidak terpilih dan Anwar meletakkan calon luar sekaligus menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak turun padang berkempen. Keadaan semakin buruk apabila seorang 'mirip' pemimpin tertinggi PKR dikaitkan dalam video intim songsang. Mengeruhkan lagi apabila beberapa orang kalangan pemimpin PKR yang dikatakan berada dalam 'Team Kartel' tidak hadir ke Program Retreat PKR di Port Dickson dan ada antara mereka mengeluarkan kenyataan 'mengkritik' Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Mereka juga sudah beberapa kali tidak hadir ke mesyuarat parti dengan pelbagai alasan.
JANGAN CARI ALASAN TIDAK HADIR MESYUARAT
Bagaimanapun ada yang lebih menggemparkan apabila Perdana Menteri semalam mengeluarkan kenyataan 'TIADA RUANG KABINET' untuk Anwar Ibrahim. Adakah ini isyarat PKR tidak boleh diselamatkan lagi? Ada desas desus menyatakan seorang pemimpin tertinggi PKR bersedia meninggalkan parti berkenaan dengan membawa bersama hampir 20 orang Ahli Parlimen PKR bagi menyelamatkan kedudukan dan memastikan kemaraan Anwar disekat sebelum tempoh 2 tahun yang dijanjikan bagi peralihan kuasa. Sejauh mana kebenaran khabar itu tidak dapat disahkan namun melihat gerak geri dan penolakan 'Surat Damai' ianya seakan memberi isyarat PKR bakal berdepan krisis kepercayaan terhadap Presiden.
TAFSIR SENDIRI KENYATAAN MAHATHIR
ANWAR JAWAP MAHATHIR
Adakah kini Pakatan Harapan berhadapan krisis? Menurut cerita 'Kedai Kopi Parlimen', Tun M enggan Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Bajet 2020 dan dikatakan seorang Ahli Parlimen PKR bakal diamanahkan bagi pembentangan Bajet 2020 namun identiti pemimpin tersebut masih kabur. Adakah itu benar? Jika benar maka sahlah Presiden PKR akan diketepikan dari apa juga keputusan Kabinet sekaligus menutup ruang peralihan kuasa sepertimana dijanjikan sebelum Pakatan Harapan bergabung bawah satu bendera. Jika bukan dari PKR, siapa paling layak membentangkan Bajet 2020 selain Lim Guan Eng?
Inikah pengakhiran Pakatan Harapan? PKR sudah tentu parti yang menjadi 'Lebai Malang' apabila Presiden Parti tidak berjawatan dalam Kabinet manakala bekas Presiden masih dikerusi Timbalan Perdana Menteri. Sebagai ahli politik, Anwar semestinya ada perancangan tersendiri memandangkan beliau sudah sekian lama menyandang jawatan 'Bakal Perdana Menteri' paling lama dalam sejarah Malaysia. Reformasi yang diilhamkan Anwar selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah dan akan menjadi KEGAGALAN PKR sepanjang zaman.
Rest In Peace Parti Keadilan Rakyat.
Monday, 29 July 2019
'LANGKAH SEMPUT' GANTI 'LANGKAH KAJANG'- MASIH INGAT BILLIYUN BILLIYUN?
Senario politik Parti Keadilan Rakyat semakin menggamit pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati politik tempatan. Pergeseran antara Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang mewujudkan 2 kem dalam PKR kelihatan sudah tidak boleh disorokkan lagi. Semuanya kerana satu klip video intim melibatkan individu 'mirip' seorang Menteri Kanan dari PKR melibatkan seorang lagi individu bernama Haziq.
Pertembungan Anwar vs Azmin menghampiri klimaks apabila 'Team Azmin' tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR baru-baru ini. Zuraida Kamaruddin, Haniza Talha dan Menteri Besar Selangor antara yang dikatakan tidak hadir ke mesyuarat tersebut. Adakah ini protes selepas 'Surat Amaran' dikeluarkan kepada 'mereka' yang mengeluarkan kenyataan agak pedas selepas Anwar meminta Azmin meletakkan jawatan SEKIRANYA TERBUKTI terbabit dalam video intim yang tular? Seperti ada 'pakatan' lain dalam PKR bagi menumbangkan Anwar sekaligus melenyapkan legasi reformasi yang diwujudkan pada 1998?
Baca - PROTES DALAMAN PKR
Mungkinkah akan berlaku rombakan besar-besaran dalam PKR sekiranya Anwar tidak lagi mendapat sokongan penuh dari ahli parti? Bagaimana dengan impian beliau menjadi PM Ke-8 sekiranya Azmin dan beberapa lagi 'Anchor' PKR mengambil tindakan keluar parti? Selangor mungkin akan mengulang sejarah 'Langkah Kajang' sekiranya MB Selangor dikenakan tindakan tatatertib dan sebagai jalan selamat mungkinkah beliau juga akan meninggalkan parti?
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil PKR akan jadi sejarah paling epik dalam politik Malaysia. Ditubuhkan Anwar untuk melawan Mahathir yang memecatnya pada 1998 namun berkerjasama atas dasar kuasa pada 2018 namun akhirnya berkubur kerana 'permainan politik' Mahathir pada 2019?
Apa agenda sebenar-benarnya Pakatan Harapan buat Rakyat Malaysia apabila mereka lebih sibuk mencatur kedudukan dan penguasaan parti dalam mengukuhkan cengkaman memerintah Malaysia? Rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai isu tetapi ahli politik gusar akan kuasa mereka yang semakin luntur lantaran 'PENIPUAN MANIFESTO' Pakatan Harapan.
Thursday, 13 April 2017
SAMUN DUIT RAKYAT?- PKR BAKAL 'TELANJANG'
SPRM SIASAT ADAM 'DISNEYLAND' - ZURAIDA BAKAL TERIMA PADAH?
Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Ampang hari ini telah di panggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan siri pendedahan kekayaan melampau yanv dimilikinya selepas menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang. Zuraida Kamaruddin pastinya menjadi individu paling gelisah di saat Adam Rosly di siasat oleh SPRM kerana beliau merupakan 'batu loncatan' Adam dalam politik PKR Selangor.
PKR yang selama ini mendakwa sebuah parti yang bersih dan telus rupanya menyimpan pelbagai 'rahsia' serta 'mistik' yang mula terurai. Rakyat selama ini dikaburi oleh 'lakonan' hebat pemimpin PKR sudah mula nampak kerakusan sebenar pihak atasan PKR serta 'kroni kroni belaan' yang mengumpul kemewahan dan kekayaan tembolok sendiri. Ungkapan Berkhidmat Untuk RAKYAT sudah tidak lagi kedengaran dari pemimpin PKR dan nasib rakyat juga semakin kurang mendapat perhatian sebaliknya pemimpin parti tersebut terus terusan menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai tidak pandai menjaga kebajikan serta kehendak rakyat.
Pastinya dengan siasatan SPRM ini perubahan topo politik PKR di Selangor akan berlaku. Zuraida yang sudah mula merasai 'bahang' apabila dikatakan tidak akan dicalonkan lagi dalam PRU14 sudah pasti tidak akan berdiam diri jika terheret dengan soalsiasat SPRM. Samada beliau akan turut di panggil membantu siasatan kekayaan 'luar biasa' Adam atau beliau sendiri akan menerima nasib yang sama dengan bekas pembantunya? Adakah Zuraida akan berdiam diri jika beliau turut terlibat dalam 'skandal' kemewahan PKR Selangor?
Azmin selaku orang nombor 1 di Selangor tentunya sudah mempunyai perancangan bagi menidakkan 'kewujudan' Adam sekaligus mengelakkan sebarang kaitan dengan PKR. Bagi menstabilkan keadaan 'gempar' ini sudah tentu ada korban yang perlu dimangsakan. Persoalannya siapakah bakal mangsa itu? PKR yang kini berhadapan dengan pendedahan penerimaan DANA POLITIK bernilai jutaan ringgit oleh Che'gu Bard semakin tertekan dengan kes Adam Rosly ini.
Semakin jelas perbalahan dalaman PKR akan mencetuskan polemik dan mungkin akan meletup dengan perpecahan parti yang diasaskan Anwar Ibrahim. Sebagai rekod Anwar kini masih menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan MELIWAT bekas pembantunya. Apakah sebaik keluar penjara Anwar akan menerima kejutan perpecahan PKR hanya bermula dengan kes Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin.
Pemerhati politik kini membuat spekulasi seandainya isu Adam akan jadi titik pembongkaran ketirisan serta cara PKR 'menyamun dan mencuri' DUIT RAKYAT maka Azmin Ali akan melompat parti dan menyertai PPBM tetapi jika kes berjaya diselesaikan Rafizi pula akan membuat kejutan. Isu Adam 'Disneyland' ini menimbulkan pelbagai reaksi RAKYAT dan ternyata mereka tidak senang dengan alasan Zuraida yang menyatakan Adam sudah KAYA sebelum menjadi pegawainya.
ZURAIDA GUGUR DARI SENARAI CALON PKR - TUTUP KISAH DANA POLITIK PKR?
ZURAIDA BAKAL GUGUR KERANA 'DISNEYLAND'?
Kontroversi yang melanda PKR selepas Ketua Umno Sg Besar melakukan pendedahan di Parlimen Ampang bakal beri kesan kepada penyandangnya Zuraida Kamaruddin. 'Disneyland' Ampang milik pembantu Zuraida menjadi tular kerana kekayaan Adam Rosly menjadi tandatanya bagaimana dengan gaji sebagai Pegawai Khas mampu memiliki hartanah yang bernilai tinggi di celah celah perumahan RAKYAT.
Berdepan dengan siasatan SPRM, ternyata memecat Adam menjadi perkara pertama yang dilakukan PKR bagi mengelak sebarang kaitan dengan parti milik Anwar Ibrahim & keluarga ini. Zuraida yang turut dikenali dengan jolokan 'Mak Lampir' terpaksa berdiam diri apabila diarahkan oleh pimpinan PKR untuk tidak mengulas mengenai kekayaan Adam.
Dalam satu laporan oleh Roketkini.com, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor enggan mengulas apabila di tanya oleh wartawan mengenai kedudukan Zuraida di kerusi Ampang. Ternyata desas desus pergolakan dalaman PKR sudah tidak dapat disorokkan lagi apabila dikatakan nama Zuraida tiada dalam senarai calon PKR bagi menghadapi PRU14.
Malah menurut satu sumber yang enggan dikenali, kerusi Pandan juga akan turut menerima tempias apabila pergeseran antara dua kem dalam PKR sampai ke kemuncak umpama retak menanti belah. Difahamkan segala percaturan ini dilakukan oleh kem yang mahu melenyapkan legasi Ketua Umum parti tersebut sekaligus menjamin pengukuhan kedudukan ketua kem tersebut.
Mungkin kini PKR sedang melihat percaturan yang lebih besar selepas PAS Selangor hanya menunggu masa sesuai bagi mengakhiri kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor selepas PKR tidak menyokong pembentangan Ruu355 oleh Presiden Pas di Parlimen tempohari. Berkongsi kuasa bersama parti yang baru menyertai Pakatan Harapan masih belum mampu memberi keyakinan pembahagian samarata kerusi Parlimen dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengekang kemaraan serta pengaruh PPBM dalam PH.
Ternyata PKR kini semakin terdesak meraih sokongan RAKYAT selepas kebobrokkan serta gaya hidup mewah pemimpin serta kroni mereka terbongkar dan tidak selari dengan matlamat perjuangan asal parti itu. Memburukkan situasi, PKR kini berhadapan dengan pembongkaran DANA Politik oleh Che'gu Bard bernilai jutaan ringgit disebalik kononnya mereka terpaksa membuat jualan meja makan amal serta mengutip derma dari RAKYAT.
Apakah PKR mampu memberi impak yang lebih baik dalam PRU14 selepas segalanya terbongkar? Adakah Zuraida merupakan antara 'Mangsa' bagi menenangkan keadaan yang bergelora dalam PKR? Hanya Azmin ada jawapan dan Wan Azizah sendiri belum mampu menjamin kedudukan Zuraida.
Wednesday, 16 November 2016
PISAU DAN PARANG TERBANG DALAM PKR - SIAPA MENIKAM DAN SIAPA KENA TIKAM?
KRISIS DALAMAN PKR MERUNCING - PISAU,PARANG TERBANG DALAM PARTI
Viral dalam laman media sosial sepucuk surat 'terbuka' dari seorang ahli PKR meluahkan kekecewaannya terhadap pimpinan tertinggi parti 'anak beranak Anwar'.
Shafiq bin Abdullah yang mengaku sebagai ahli PKR Cabang Ampang ternyata terlalu kecewa dengan permainan politik 'kronisme' yang selama ini berkembang dalam PKR walau 'Ketum' (ketua umum) menentang perkara ini dari terjadi dalam parti tersebut.
Ternyata krisis perebutan 'takhta' dalam PKR sudah tidak dapat disorokkan di bawah tudung saji dan ia menjadi 'barah' yang semakin merebak dalam parti yang sering mendakwa mereka mengamalkan ketelusan. Berapa lama lagi parti ini mampu bertahan dengan pergelutan dalaman di tambah dengan isu melibatkan ahli parlimen Ampang yang dikatakan menggaji seorang pembantu yang memiliki harta "Ahmat Albab"?
Rakyat Selangor khususnya perlu sedar bahawa PKR hanya berjuang untuk kepentingan mereka dan rakyat hanyalah sebagai retorik penyedap cerita dongeng. Mereka harus sedar dari lamunan panjang yang selama ini didendangkan PKR bagi mengaburi mata rakyat.
Berikut adalah isi kandungan surat terbuka yang viral dalam media sosial.
16 NOVEMBER 2016
ISU DI AMPANG : SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN PKR
Kehadapan Kak Wan,
Saya Mohd Shafiq Bin Abdullah ahli PKR dalam Cabang Ampang dan juga penduduk serta pengundi dalam Parlimen Ampang. Tujuan saya menulis surat ini kepada Kak Wan untuk menjelaskan situasi yang berlaku di Ampang agar ianya sampai ke pengetahuan Kak Wan. Jika bukan dengan cara begini saya yakin suara saya dan rakan-rakan di Cabang Ampang tidak akan sampai atau jadi perhatian kepada Kak Wan. Selaku Presiden Kak Wan perlu bertindak segera mengatasi kemelut yang timbul demi untuk mempertahankan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
Kak Wan, kemelut yang timbul hari ini bukanlah perkara baru.Sebelum-sebelum ini telah banyak kali perkara ini disuarakan kepada pihak atasan parti , tetapi seolah-olah tiada tindakan dari parti. Cerita tentang kerakusan YB Zuraidah yang ‘menyamun’ kontraktor-kontraktor dan pemaju-pemaju perumahan telah menjadi buah mulut di Ampang sejak beberapa tahun lepas lagi. Tetapi parti mengambil sikap membuta dan membisu.Adakah orang-orang diatas dalam parti turut disuap oleh YB Zuraidah ? Atau Kak Wan juga turut menerima kondo-kondo kuota percuma YB Zuraidah yang diberikan oleh para pemaju perumahan untuk setiap projek yang dimajukan di kawasan Ampang ?
Apa yang berlaku sehari dua ini sungguh memalukan. Jika dari dulu parti bertindak, tiadalah episod menikam sesama sendiri yang berlaku hari ini sehingga melondehkan habis segalanya. Tahukah Kak Wan dari mana bermulanya episod tikam menikam sendiri hari ini ?
Ianya bermula dari orang yang sering berada disebelah Kak Wan. Iaitu setiausaha agung parti kesayangan Kak Wan yang juga Ahli Parlimen Pandan yang bersebelahan dengan Parlimen Ampang. Beliaulah yang menggunakan pihak keempat atau kelima untuk menyampaikan maklumat kepada Jamal. Beliau cukup pandai baling batu sembunyi tangan. Ya selama ini hubungan mereka berdua amat rapat ketika bersama membelasah Shahrizat Jalil dalam isu NFC. Ketika itu YB Pandan hari ini belum bergelar YB lagi.
YB Pandan memanggil YB Ampang dengan gelaran Kak Zu. Manakala YB Ampang memanggil YB Pandan dengan gelaran Adinda Rafizi. Namun segalanya berubah selepas Langkah Kajang dan YB Azmin dilantik MB Selangor. Mereka berdua bersama dalam isu NFC. Apabila disaman hanya YB Pandan seorang sahaja yang diheret ke mahkamah. YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Janji-janji manis untuk menolong yuran guaman hanya tinggal janji. Selepas tewas di mahkamah dalam isu NFC minggu lepas, YB Pandan telah menghubungi YB Ampang meminta bantuan kos yuran guaman dan kos mahkamah termasuk kos untuk memfailkan rayuan. YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Berang dengan tindakan YB Ampang membuatkan YB Pandan telah menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu untuk disampaikan kepada Jamal. Pihak-pihak tertentu pula menggunakan pihak keempat atau kelima untuk sampaikan maklumat itu kepada Jamal. Itulah kelicikan setiausaha agung kesayangan Kak Wan mewujudkan beberapa lapisan agar tidak nampak maklumat itu datang daripadanya. Kecekapan beliau membunuh karektor seseorang tidak boleh dinafikan.
Kak Wan, mereka-mereka semua ini bukan sahaja telah mencalarkan parti. Tetapi turut membebankan parti. Jika Kak Wan betul-betul ada keberanian sebagaimana beraninya Kak Wan melawan UMNO dan BN, maka Kak Wan kena tunjukkan ketegasan mengambil tindakan keatas mereka sekarang sebelum keadaan menjadi parah dan merebak kepada ahli-ahli lain. Kak Wan kena tunjukkan kepada rakyat bahawa parti kita tiada kompromi dalam isu-isu yang melibatkan rasuah. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak terpalit dengan sesen rasuah dan hanya kerana enggan melepaskan jawatan MB, boleh dipecat dari parti atas alasan tidak mengikut arahan parti, kenapa mereka-mereka yang terlibat dengan skandal yang memalukan dan mensabotaj parti tidak boleh diambil tindakan ?
Kak Wan, dalam setiap kursus yang kita hadiri kita diminta supaya memainkan isu dan menyerang Rosmah supaya rakyat membencinya dan seterusnya akan membenci Najib dan UMNO. Rosmah tidak bertudung, Rosmah rakus, Rosmah jahat, Rosmah rasuah dan macam-macam lagi. Tiba-tiba orang kita sendiri, YB Ampang yang berhijab penuh, pakaian menutup aurat dari kepala hingga ke tapak kaki yang haloba dan rakus. Sebagai wanita islam dan mempunyai kuasa apakah Kak Wan tidak merasa bersalah terhadap Allah jika Kak Wan tidak bertindak ? Apakah Kak Wan tidak merasa bersalah membenarkan ahli-ahli parti menyerang dan memfitnah seorang wanita lain kerana beliau tidak menutup aurat tetapi menyorok kesalahan wanita sendiri di dalam hijabnya ?
Sebagai penutup, saya mengulangi sekali lagi agar Kak Wan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini dan perlu bertindak dengan segera mengambil tindakan terhadap mereka. Kak Wan perlu adil kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakyat Selangor yang menyokongnya. Jika tiada tindakan segera maka kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada gunanya kita menghabiskan peluru menentang musuh jika di dalam rumah kita pisau dan parang berterbangan menikam dan mencincang sesama sendiri.
Sekian
Yang Benar
Shafiq Bin Abdullah

































