Showing posts with label Kementerian Kesihatan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Kesihatan Malaysia. Show all posts

Wednesday, 25 March 2020

KPDNHEP PERLU KELUAR ARAHAN SEGERA PENGECUALIAN BAYARAN SEWAAN PREMIS SWASTA BANTU PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA DALAM HADAPI COVID-19

Akibat Kedegilan Patuhi Arahan, Ramai Jadi Mangsa Keadaan



Musibah Covid-19 yang melanda negara banyak memberi pengajaran buat semua. Sebalik arahan daripada Kerajaan yang meminta agar semua rakyat patuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nampaknya masih ramai yang berdegil dan terus engkar arahan.



Dalam usaha kerajaan menangani pandemik ini, banyak pihak terjejas sumber pendapatan. Bagi mereka yang mewah dan tidak perlu memikirkan samada dapur berasap atau tidak ia tidak menjadi masalah namun bagi rakyat pertengahan dan bawahan (miskin) mereka antara yang merasai keperitan apabila kehilangan sumber pendapatan.  Yang mempunyai pendapatan bulanan secara tetap masih boleh 'bernafas' tetapi apa nasib yang 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang'? Termasuk juga mereka yang bergantung pendapatan kepada perniagaan memandangkan arahan penutupan premis perniagaan, agak ramai yang mengeluh kehilangan sumber. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membayar sewa atau apa sahaja persetujuan antara penyewa dan pemilik. Walaupun kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan pengecualian bayaran balik pinjaman  bank kepada pihak tertentu dan rakyat mendapat pelepasan ada antara mereka yang masih terikat dengan perjanjian bulanan. Contoh penyewa bangunan, premis perniagaan swasta dan sebagainya. Apabila pemilik berkeras untuk terus mengutip bayaran tanpa ada tolak ansur, penyewa terpaksa membayar sedangkan mereka tiada sumber akbikat arahan PKP dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menutup perniagaan dalam masa negara dilanda Covid-19.






Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna perlu memandang serius permasalahan ini. Apa juga jalan penyelesaian perlu diarahkan kepada semua pihak yang terlibat dan menimbangkan beberapa perkara yang tidak akan membebankan mana-mana pihak. Inilah masa Menteri membantu rakyat yang agak terkesan dengan pandemik dan memberi sedikit kelegaan buat para penyewa premis swasta bagi membolehkan ekonomi dipulihkan selepas negara disahkan bebas wabak Covid-19.

Seruan kepada Seluruh Negara dan Rakyat agar semua patuh dan ikuti arahan Kerajaan dan  langkah kebersihan yang disarankan KKM. Kempen #StayAtHome dan Pematuhan arahan perlu disebarkan kepada seluruh negara agar semua kita selamat.

Friday, 20 March 2020

COVID-19, SARANAN BUAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DARI PANDANGAN SEORANG DOKTOR

Tangani Covid-19 Dengan Berkesan, Rahman Kadir Beri Saranan Kepada Kementerian Kesihatan


Dikenali sebagai 'DARK', sudah agak lama beliau tidak menulis di media sosial. Ada juga saranan daripada beliau untuk dikaji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan staf KKM yang merupakan barisan hadapan dalam menangani Covid19 ini.

Moga saranan beliau dapat membantu ramai staf KKM dalam memastikan bukan sahaja pesakit tidak menyebabkan virus merebak malah staf juga berperanan menghentikan kemaraan virus. Hargailah setiap nyawa rakyat Malaysia.
-----------------------------------------

By Dr Abdul Rahman Kadir.

Saya sudah lama tidak menulis. 
Dunia sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. 

Sebagai barisan paling hadapan Hospital, pada ketika ini kami sedang bertarung dengan wabak ini di Jabatan Kecemasan. 

Masyarakat kita kini semakin sedar akan betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan betapa mudahnya kuman merebak. 

Rakyat diminta mengekalkan jarak, menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan menghadkan pergerakan dalam tempoh ini disebabkan ancaman Covid-19. 

Apa yang mungkin masyarakat dan pembuat polisi kerajaan tidak tahu adalah betapa situasi mudah dijangkiti kuman ini telahpun para petugas kesihatan hadapi sejak sekian lama. 

Kami bekerja di dalam persekitaran yang terdedah kepada pelbagai pathogen (bakteria, virus, parasite, fungal, prions) yang mungkin dibawa oleh pesakit. 

Juga di hospital sendiri terdapat pelbagai jenis kuman ‘super bugs’ yang kalis antibiotik atau lebih dikenali sebagai Multi Resistant Organism. 

Etika pakaian sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dinilai semula. 

Pemakaian baju kemeja, tali leher, baju kurung, uniform, kasut kulit dan pakaian-pakaian lain yang dicadangkan adalah tidak sesuai bagi petugas kesihatan khususnya yang bekerja di zon kritikal seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma, di ICU dan di wad-wad. 

Pakaian yang berjurai dan tidak sesuai ini boleh bersentuhan dengan pesakit dan menjadi punca merebaknya kuman dengan mudah kepada orang lain termasuk pesakit-pesakit lain. Ini jelas dapat dilihat kini apabila kita menyaksikan bagaimana Covid merebak. 

Sudah tiba masanya KKM mewajibkan staf kesihatan memakai scrub ketika bekerja. Ia ringkas, tidak berjurai dan mudah dijaga. Ia amat memudahkan pergerakan staf kesihatan bagi membolehkan mereka lebih efektif ketika bertugas. 

Penggunaan white coat juga perlu dihentikan kerana ia tidak sesuai dan terbukti melalui banyak kajian bahawa ia merupakan sumber pelbagai jenis kuman bersarang. 

Kasut kulit perlu digantikan dengan kasut snickers yang lebih sesuai dengan pergerakan staf kesihatan yang memerlukan banyak pergerakan dan kelincahan ketika bekerja. Baru-baru ini Nike ada memperkenalkan produk baru kasut sukan khas untuk petugas kesihatan yang tahan lasak dan lembut. 
Namun hasrat memakainya terpaksa dilupakan kerana kami termaktub kepada etika pemakaian penjawat awam. 

Sudah tiba masanya kita berani untuk keluar dari amalan-amalan tradisional yang sebenarnya tidak membawa manfaat malah boleh membawa mudarat. 

Saya berharap cadangan saya ini dipertimbangkan oleh kerajaan. 

#StopTheVirusSpread 

-DARK-

Thursday, 14 March 2019

"AWAK SEMUA YANG VOTE FOR THIS..UP TO YOU" - TENGKU MAHKOTA JOHOR KOMEN ISU PASIR GUDANG

TMJ Kecewa Dengan Kelewatan Tangani Krisis Pasir Gudang


Tengku Mahkota Johor meluahkan kekesalan Baginda dalam laman twitter berkaitan krisis yang melanda rakyat di Pasir Gudang. Baginda juga menaikmuat komen yang sinis dan dipercayai ditujukan kepada pihak tertentu.

Baca -UP TO YOU

TMJ juga mempersoalkan mengapa tiada arahan atau perintah Darurat dikeluarkan kerajaan apabila melihatkan angka mangsa semakin meningkat. Dilaporkan seramai 2,775 mangsa menerima rawatan kerana krisis toksik yang berlaku.


"Kalau cakap banyak sangat orang tuduh berpolitik" - TMJ

Menteri Kesihatan menerusi kenyataan pada media menyatakan krisis tersebut tidak sampai membawa maut. Apakah kenyataan begini wajar dikeluarkan oleh seorang Menteri tatkala Istana Johor sendiri dalam kegusaran melihat apa yang terjadi. Baginda Sultan Johor telah memberikan peruntukan khas sebanyak RM1 juta bagi menangani krisis tersebut.




Marilah kita sama sama berdoa agar mangsa yang terlibat selamat dan kembali pulih dari kesan krisis tersebut.

Saturday, 18 February 2017

'MINAH BUNGA' BERANI TUDUH HOSPITAL SEBABKAN KEMATIAN TKSU KERANA ADA 'KABEL BESAR'?


PPBM JADI TEMPAT 'BUANGAN' DAN 'PENGUMPULAN' MINAH DAN MAT BUNGA  CERDIK 'BODOH'

Akibat hasutan 'kakak putu bambu' yang menyatakan ubat bekalan dari hospital kerajaan merupakan ubat tiruan, seorang lagi 'minah bunga' semakin sawan mempertahankan kenyataannya mengenai bekalan ubat ubatan hospital kerajaan. Mempertahankan kenyataan awal tuduhan terhadap hospital yang menyebabkan kematian seorang TKSU kerana keluarga lambat membeli ubat di farmasi akibat hospital tidak mempunyai bekalan ubat membuatkan rakyat berprasangka hospital kerajaan tidak memberikan khidmat terbaik untuk menyelamatkan pesakit kritikal merupakan tuduhan yang menjatuhkan kredibiliti Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Zuraini Kamal menuduh semua itu demi membela kenyataan awal Hamizura Osman yang turut menuduh ubat hospital adalah tiruan. Walau telah diterangkan oleh mereka yang mempunyai kelayakan doktor, demi menegakkan 'benang basah' Zuraini membuat pula kenyataan yang jelas boleh mengelirukan rakyat.

Tidak menghairankan apabila mengenali latar belakang sebenar Zuraini Kamal dari Kedah ini. Pernah menjadi sebahagian dari keluarga Umno namun kerana kalah bertanding jaatan segalanya berubah. Mungkin kecewa tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan di Kedah, Zuraini mengambil keputusan menjadi sebahagian dari PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan mula menghentam dasar dasar kerajaan yang pernah beliau nikmati hingga sekarang. Malang sungguh nasib PPBM yang menjadi tempat pengumpulan manusia manusia ' tolol' serta 'taksub' kepada Mahathir yang di sangka sebagai 'Penyelamat' Malaysia apabila bekerjasama dengan parti yang pernah menjadi musuh Mahathir sendiri satu masa dahulu. Jelas sekali PPBM mengumpul manusia manusia kecewa yang hanya mahu mengejar jawatan dan bukannya ikhlas berjuan untuk rakyat.

Ternyata Zuraini yang masih 'hidung tinggi' cuba memperlekehkan kredibiliti KKM apabila seorang lagi yang berkelayakan doktor cuba menrangkan kepada beliau mengenai 'Bajet KKM' berkaitan bekalan ubat kepada pesakit Hospital Kerajaan. Aznil Hisham seorang doktor pakar menerangkan kepada Zuraini namun seperti ahli PPBM yang lain, sikap menolak kebenaran memang wujud dalam jiwa PPBM. Malah lebih teruk, Zuraini cuba membuat 'ugutan saman' terhadap Aznil apabila cuba mengaitkan dirinya mempunyai kenalan dalam heraki tertinggi pemerintahan negara malah dalam KKM sendiri. Inikah mentaliti ahli PPBM yang masih hidup dalam 'denial sindrome' serta budaya ugutan?

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memandang serius dakwaan Zuraini yang secara terang terangan menjatuhkan imej KKM serta mengelaurkan kenyataan yang mampu mengelirukan rakyat dengan kenyataan kenyataan yang kurang cerdik. Hanya kerana berlaianan ideologi politik maka beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk memalukan kerajaan.

Wednesday, 15 February 2017

LAMBAT BELI UBAT DI FARMASI - KAKAK 'BUNGA' TUDUH HOSPITAL TIADA BEKALAN UBAT





SELEPAS HAMIZURA, SEORANG LAGI KAKAK BUNGA BUAT TUDUHAN JAHAT TERHADAP KKM


Selepas Hamizura yang mendakwa Hospital Kerajaan membekalkan ubat tiruan kepada pesakit, seorang lagi individu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengeluarkan kenyataan yang hampir sama tetapi kali ini dengan dakwaan yang lebih berat.

Baca kisah Hamizura Klik SINI

Zuraini Kamal mendakwa seorang sahabatnya Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) meninggal dunia sewaktu dalam unit rawatan kecemasan tanpa sebarang rawatan kerana keluarga sedang membeli ubat di farmasi. Dakwaan berat serta tuduhan berat ini tidak masuk akal sama sekali kerana dalam ER (unit kecemasan) Doktor akan menggunakan segala kepakaran mereka untuk menyelamatkan pesakit dan belum pernah lagi keluarga di paksa membeli ubat dari farmasi sedangkan pesakit di rawat dalam hospital. Tidak dapat dipastikan hospital mana yang berbuat demikian kerana Zuraini Kamal engan memberitahu lokasi kejadian seperti di dakwanya.

Dalam satu lagi kenyataan, Zuraini Kamal membuat satu lagi fitnah jahat terhadap hospital kerajaan apabila mendakwa banyak pembedahah terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bekalan ubat. Tuduhan serius yang dilakukan Zuraini Kamal ini mengundang rasa tidak senang di kalangan netizen kerana mereka sering mendapat bekalan ubat yang berkualiti dari hospital kerajaan. Malah seorang Doktor Pakar turut menyelar kenyataan Zuraini berkenaan dakwaannya.

Doktor Abdul Rahman Kadir mengkritik dakwaan Zuraini kerana menuduh hospital kerajaan dengan tuduhan serius yang boleh mempengaruhi rakyat yang membaca tanpa pertimbangan waras fikiran. Zuraini yang juga merupakan penyokong kuat PPBM dipercayai membuat tuduhan tersebut bagi membela Hamizura Osman yang menerima kecaman netizen kerana dakwaan hospital kerajaan sudah tidak mempunyai bajet dan membekalkan ubat tiruan. Bagaimanapun kenyataan Hamizura di sangkal oleh seorang lagi doktor iaitu Doktor Aznil Hisham melalui penerangannya di media sosial.


Sewajarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja menjatuhkan maruah kerajaan apabila membuat tuduhan tuduhan berniat jahat seperti ini. Rakyat perlu disedarkan mengenai usaha kerajaan memberi perkhidmatan berkualiti untuk kesihatan rakyat Malaysia dan mereka yang berkepentingan poltik cuba memutar belit segala usaha dan menyampaikan dakyah memburukkan KKM seolah kerajaan tidak bertangungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika dibiarkan komen komen serta kenyataan negatif seperti ini berlaku kemungkinan besar rakyat akan hilang kepercayaan terhadap KKM.

PENIPUAN PINJAMAN TEKUN WAJAR DI SIASAT SPRM - ADIK BEKAS EXCO PERAK TERBABIT?





DAKWAAN PENIPUAN HAMIZURA BERKAITAN TEKUN PATUT DI SIASAT SPRM, KKM JUGA PATUT SAMAN KERANA FITNAH JAHAT MENGENAI UBAT TIRUAN YANG DIBEKALKAN KKM KEPADA PESAKIT


Semalam heboh dalam media sosial seorang adik bekas Exco Perak dikatakan memeras peniaga yang meminjam dana dari TEKUN. Satu komen dari seorang yang menggunakan nama Kassim Masdor menggambarkan penipuan serta kaedah 'kuku besi' wujud terhadap peserta yang membuat pinjaman melalui individu bernama Hamizura Osman yang merupakan adik kepada Dato Hamidah Osman (Ahli Majlis Tertinggi PPBM).

Kassim mendakwa penipuan oleh Hamizura Osman berlaku kepada ramai peserta TEKUN yang mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan putu bambu milik syarikat Putu McBamboo kepunyaan Hamizura. Dalam dakwaan tersebut secara jelas Kassim menamakan Hamizura adalah individu yang memotong pinjaman sebanyak RM3,000.00 dari nilai penuh pinjaman RM6,000.00 yang di pohon peserta.

Penipuan tersebut berlaku kerana waktu itu Hamidah Osman merupakan Pengerusi TEKUN yang bertanggungjawab dan kesempatan ini di ambil oleh Hamizura untuk kepentingan peribadinya. Bukan beliau sahaja yang di dakwa Kassim malah suami Hamizura turut dikaitkan sebagai menipu peserta yang memperolehi pinjaman TEKUN. Adakah benar dakwaan Kassim Masdor ini? Adakah Hamizura secara terang terang menggunakan kedudukan kakaknya yang mempunyai pengaruh untuk membuat keuntungan peribadi? Mungkin jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat kebenaran dakwaan Kassim Masdor akan membuka lembaran baru mengenai 'penggelapan wang dana' TEKUN yang berlaku ketika Hamidah Osman memegang kuasa sebagai Pengerusi.

Hamizura Osman seharusnya tampil untuk menjelaskan dakwaan Kassim Masdor beserta bukti penafian dakwaan bagi membersihkan nama dan intergriti kakaknya. Tetapi adakah Hamizura cukup berani berbuat demikian selepas Dato Hamidah menerima padah apabila kalah dalam kes saman di Mahkamah? Benarkah wujud 'komplot' terancang Hamizura untuk mengenakan peserta TEKUN yang memohon pinjaman melalui beliau? Jika di lihat dari komen Kassim Masdor, beliau turut menyatakan sikap 'kuku besi' Hamizura yang mengarahkan peserta TEKUN di bawah kendaliannya mendapat bekalan bahan mentah dari beliau sahaja dan tidak boleh membelinya dari orang lain. 

Hamizura sebelum itu secara sengaja mencipta kontroversi dalam komennya mengenai bekalan ubat dari Hospital Kerajaan yang didakwanya sebagai ubat tiruan. Kenyataan Hamizura di kecam netizen yang rata rata marah dengan kenyataan berbaur hasutan serta menjatuhkan intergriti Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) demi kepentingan politik PPBM. Mungkin bagi Hamizura, semua yang dilakukannya 'benar' tetapi harus di ingat bahawa dia tidak mempunyai kelulusan perubatan bagi membolehkannya mengulas mengenai ubatan KKM yang dibekalkan kepada rakyat yang memerlukan rawatan dari hospital kerajaan.




Berikut adalah tulisan dari DoktorAbdul Rahman Kadir mengenai dakwaan Hamizura Osman.

#KKM_GUNA_UBAT_TIRUAN_KERANA......



Habis la...

Ada minah kata Malaysia takde duit dan pakai ubat tiruan. Dah nak bangkrap katanya. 

Ubat generic kononnya ubat tiruan. 

Ubat original bagus sebab mahal, ubat generic tak bagus sebab murah kononnya. 

Ubat generic ni bukan barang tiruan macam jam tangan Petaling Street hoccay. Juga bukan macam gelang Zhulian atau bag tangan LV atau Gucci tiruan yang hanpa eksyen pakai pi kenduri kawin tu. 😂

Ia adalah ubat yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan ubat asal dan telah terbukti mempunyai kesan bioequivalent yang sama, selamat dan berkesan. Barulah ia boleh memasuki pasaran. 

Jadi kenapa ubat original mahal dan ubat generic murah? Mesti ada yg special kan? 

Salah! Ubat original atau inovator product ini adalah ubat yang mula2 dihasilkan oleh syarikat farmasi gergasi. 

Mencipta satu ubat baru bukan kerja mudah dan murah. Mereka perlu melakukan R&D berbelas tahun lamanya (biasanya hingga 15 tahun), melakukan pelbagai ujikaji kecil hingga bertaraf raksasa hingga akhirnya terbukti ia selamat utk dipasarkan dan digunakan oleh manusia. 

Mencipta ubat baru seperti ini boleh menelan kos hingga berbillion2 dollar sebelum ia boleh mula dijual di pasaran utk kegunaan manusia. 

Jadi, usaha syarikat farmasi ini dihargai dengan mereka diberika hak patent selama beberapa tahun. Mereka saja boleh menjual ubat tersebut tanpa persaingan lain bagi membolehkan mereka balik modal dan mendapat keuntungan. 

Hak ini dipelihara dan dijaga oleh World Trade Organization bagi memastikan syarikat2 farmasi gergasi ini terus melakukan R&D bagi mencipta ubat2 baru. 

Bayangkan berbelanja hingga berbillion dollar dan akhirnya tidak untung dan tidak balik modal. Saintis gila mana yang akan mencipta ubat2an baru? Modal tarak. 

Jadi semua akan menunggu hingga hak patent ini habis. Dalam tempoh ini syarikat2 penghasil ubat generik akan mengkaji habis2an komposisi ubat asal ini dan akan replicate ubat ini. 

Habis saja patent, mereka dibenarkan jual ubat generik ini yang harganya jauh lebih murah namun ia sama dari segi efektif dan tahap keselamatan. 

Kenapa boleh jual murah? Sebab mereka tak terlibat dalam membuat R&D besar2an MENCIPTA UBAT seperti proses yg perlu dilalui ubat asal. 

Jadi amat kelakar apabila ada yang kata negara nak bangkrap dan oleh itu, kita pakai ubat generik. 

US yang merupakan negara pencipta ubat2 original dengan syarikat2 farmasi gergasi bersemadi di sana juga mempunyai hampir 89% ubat generik di dalam pasaran mereka. 

US nak melingkup juga la tu. 🤣

Penggunaan ubat generik di Malaysia bukanlah baru. Ia telah berlaku sejak zaman Tun memerintah lagi. Ia adalah amalan biasa dan sah di seluruh dunia. 

Kalau tak percaya, cuba check ubat2 yang Atok ambil dari IJN. Banyak ubat yang generik dah tu...

Atok masih sihat dan umur panjang. 

IJN ni bukan hospital kucing kurap. 

IJN ni adalah salah sebuah JCI accredited hospital di negara kita. Kira taraf dunia la.



By the way...akreditasi JCI ini diperolehi pada zaman DS Najib. Kena sebut sebab takut ada orang lain claim kredit.

Tuesday, 14 February 2017

AMT PPBM DAKWA KKM BEKAL UBAT PALSU - FITNAH JAHAT TERHADAP KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin terdesak mencari sokongan rakyat menjelang PRU14 apabila masalah dalaman sekutu politik mereka semakin meruncing. Selepas seorang bekas wartawan mendoakan agar Umno ' Mampus' terbaru ahli majlis tertinggi  PPBM, Hamizura Osman membuat kontroversi terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hamizura telah mengeluarkan kenyataan bekalan ubatan yang disediakan kepada rakyat di hospital kerajaan sebagai ubat tiruan. Kenyataan mengelirukan ini di buat oleh Hamizura dalam komen beliau di facebook. Beliau turut mendakwa rakyat terpaksa menerima ubatan tiruan kerana tiada pilihan lain apabila menerima rawatan di hospital kerajaan dengan caj pesakit luar sebanyak RM 1.

Cara fitnah serta tohmahan palsu dari PPBM ini sebenarnya hanyalah untuk menimbulkan kebencian serta panik di kalangan pesakit. Tuduhan Hamizura mengenai ubatan tiruan ini amat serius kerana ramai boleh terkeliru apabila apa sahaja yang keluar dari mulut ahli PPBM akan di anggap sebagai ' Fatwa'.

Inilah mentaliti PPBM yang sanggup memfitnah apa sahaja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengambil tindakan menyaman Hamizura kerana kenyataannya berniat jahat serta menjatuhkan kredibiliti kualiti ubat yang dibekalkan KKM kepada rakyat Malaysia.