Showing posts with label Umno Pahang. Show all posts
Showing posts with label Umno Pahang. Show all posts

Friday, 29 March 2019

SELESAIKAN ISU TEROWONG DULU, JANGAN SIBUK URUSAN PAHANG - DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP TIMB.KETUA MENTERI P.PINANG

"Jangan Campur Urusan Pahang, Kami Sokong Tindakan MB Pahang" - Rakyat Cameron Highlands



Satu demonstrasi bantahan oleh penduduk Cameron Highlands berkaitan campur tangan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang berlangsung dihadapan Balai Polis Brinchang sekitar jam 2.45 petang. Pelbagai kain rentang dan placad turut dipamerkan mengecam tindakan BIADAP Dr Ramasamy yang mendesak agar Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan kerana bertindak tegas terhadap peneroka haram yang mengusahakan kebun sayur di sepanjang Sg Ichat dan Sg Terla.

Tindakan keras kerajaan negeri dilakukan kerana laporan pencemaran akibat penerokaan tanah dan penggunaan racun berjadual telah mencemari sungai yang menjadi sumber air untuk Cameron Highlands disamping kesalahan lain lain yang didapati melanggar undang undang.

Bagaimanapun Ramasamy yang konon mahu menjadi Juara Pekebun ini bertindak secara tidak profesional dan bersifat mahu 'membalas dendam' kerana kekalahan calon DAP pada Prk lepas.


Menurut Saudara Azizi Ahmad yang ditemubual menyatakan demonstrasi ini adalah untuk memberitahu Ramasamy supaya tidak mencampuri urusan Kerajaan Pahang dan lebih baik bagi Ramasamy menjaga kebajikan rakyat P.Pinang terlebih dahulu.




Thursday, 28 March 2019

RAMASAMY PATUT CERMIN ISU TEROWONG DI P.PINANG DAN BUKAN JADI 'ATUK BAWANG'

Jangan Jadi 'Atuk Bawang' - Selesaikan Isu Terowong Dulu Sebelum Sibuk Hal Negeri Lain


Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak munasabah. Hanya kerana Kerajaan Negeri bertindak terhadap pengusaha kebun sayur (Haram) Dr Ramasamy berpendapat Dato Sri Wan Rosdy telah gagal mentadbir Pahang. 

Baca penjelasan isu CH - ISU TANAH CAMERON HIGHLANDS

TKM P.P ini perlu diingatkan supaya tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri lain apabila P.Pinang sendiri tidak lekang dengan kontroversi pentadbiran sejak zaman Lim Guan Eng hingga hari ini. Terbaru krisis penduduk PPR telah membuka pekung pentadbiran negeri P.Pinang apabila penyewa bertindak berlindung di Kompleks Tun Razak apabila mereka diusir dari kediaman atas pelbagai alasan. Paling menyayat hati ada seorang penyewa yang berkerusi roda turut menjadi mangsa pentadbiran P.Pinang. Bagaimana Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri menjaga rakyat P.Pinang? Inikah imej seorang Yang Berhormat untuk mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan?

Juga baca - ISU CAMERON HIGHLANDS

Memerhati tindakan Ramasamy ini seperti ada alasan beliau bagi mengalih perhatian dalam beberapa isu panas membabitkan Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Bagi meredakan suhu maka beliau terpaksa menyerang negeri lain agar isu sebenar P.Pinang tidak diperkatakan rakyat sekaligus menutup kebobrokan kerajaan P.P di bawah DAP.

Tonton juga laporan - TONTON VIDEO

Ramasamy seharusnya sedar beliau tidak layak mencampuri pentadbiran Pahang apatah lagi negeri ini ditadbirurus Barisan Nasional. Hanya dengan satu lawatan, Ramasamy secara dangkal merumuskan kerajaan negeri Pahang bertindak salah terhadap isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands sedangkan beliau tidak faham kisah sebenar yang berlaku. Bagi rakyat Pahang, kenyataan Ramasamy dianggap sebagai BIADAP dan mereka mengecam TKM P.P itu dengan pelbagai cara menggunakan platform maya.

Apakata Ramasamy jelaskan isu sebenar yang semakin diperkatakan mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dimana kos kajian sahaja dikatakan mencecah RM300 juta. Bukankah ini pembaziran WANG RAKYAT? Adalah lebih baik wang sebanyak itu digunakan bagi membaikpulih infrastruktur negeri menghadapi musibah seperti banjiir yang pernah berlaku. Setidaknya dengan harga sedemikian banyak kerajaan negeri mampu menyediakan kediaman MAMPU MILIK untuk rakyat P.Pinang yang berada di kelas pertengahan dan bawah. Mengapa hanya dibazirkan kepada projek yang terlalu besar skala perbelanjaan?

Baca - SKANDAL TEROWONG P.PINANG

Apa penjelasan Ramasamy mengenai hal terowong? Sibuk sangat mahu mencatur kedudukan Menteri Besar Pahang tetapi LUPA akan kisah dalam kain di P.Pinang. Terlalu banyak kisah kepincangan DAP selaku kerajaan negeri selepas mereka memerintah dan Ramasamy pula berdiri sebagai boneka? Mengapa serang Pahang?

Baca lagi - KANTOI KISAH TEROWONG DASAR LAUT

Sebagaimana diketahui umum, Pahang antara 2 buah negeri yang masih ditadbir Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri dan ini sudah tentu menyakitkan hati mereka (DAP) kerana GAGAL menawan Cameron Highlands pada Prk baru-baru ini. Sebagai 'Menebus Malu' apakah Ramasamy sengaja dihantar oleh DAP untuk memberi imej buruk terhadap MB Pahang selepas Adun Tanah Rata yang juga wakil DAP tidak berani mengangkat muka kerana Manogaran (Calon DAP) kalah teruk di tangan Ramli Mohd Nor?

Ramasamy mungkin perlu CERMIN BESAR didalam pejabat TKM P.P untuk melihat KEGAGALAN DAP sendiri mentadbir P.Pinang sebelum bertukar menjadi 'Atuk Bawang' dan cuba menjuarai isu Cameron Highlands.


Friday, 8 March 2019

BARISAN NASIONAL TETAP JAGA KEPENTINGAN ORANG ASLI, MB UMUM TANAH BERKELOMPOK UNTUK ORANG ASLI SELURUH PAHANG

Video - Barisan Nasional Terbukti Tepati Janji Jaga Kepentingan Orang Asli Pahang


Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan tanah berkelompok untuk Orang Asli seluruh Pahang akan diwujudkan. Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1,000 Orang Asli di Pos Telanuk dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang ke Cameron Highlands pada 8 Mac 2019. 

Turut hadir bersama bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak. Kehadiran Najib sememangnya ditunggu masyarakat Orang Asli di tambah fenomena 'Bossku' yang melanda negara. Najib sempat memberitahu bahawa Rakyat adalah Boss kepada kepimpinan BN kerana merekalah yang menaikkan pemimpin. 

MB Pahang turut memberi penghargaan kepada masyarakat Orang Asli kerana mempercayai BN selama ini. Sebelum Pos Telanuk, Wan Rosdy dan Najib menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sg Koyan 1 dan diikuti kenduri rakyat.

Monday, 7 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP GENTAR HADAPI PRK, LIM KIT SIANG CUBA MANIPULASI KERJASAMA DALAM BARISAN NASIONAL

Dap Tekan 'Butang Panik', Cuba Campuri Urusan BN Dalam Menamakan Calon PRK P078 CH




Ciapan (twitter) terbaru dari Lim Kit Siang mengenai calon BN dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands jelas menunjukkan DAP hilang kepercayaan kepada calon mereka sendiri bagi menghadapi calon BN yang masih belum diumumkan lagi. Dalam status beliau Lim Kit Siang cuba mempengaruhi MIC untuk keluar daripada Barisan Nasional atas alasan tidak dibenarkan bertanding sedangkan BN masih belum memutuskan siapa yang akan dicalonkan mewakili BN.

Pautan Twitter Lim Kit Siang - https://twitter.com/limkitsiang/status/1082096382901514240?s=19

Siapa Lim Kit Siang untuk mencampuri urusan dalaman BN? Beliau wajar memikirkan tentangan yang bakal Manogaran hadapi dengan pengumuman Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas untuk bertanding di Cameron Highlands atas tiket MyPPP sendiri. DAP sendiri kelihatan tidak bermaya walau sudah mulakan kempen (tidak rasmi) apabila kehadiran nama nama besar dari sekutu dalam Pakatan Harapan termasuk DAP masih belum mampu menarik perhatian pengundi. Kebanyakan pengundi masih trauma dengan pelbagai janji terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 termasuk janji untuk merendahkan kos sara hidup rakyat masih belum dapat ditunaikan sebaliknya PH terlalu banyak bermain 'Politiking' untuk memastikan pengundi berada dalam cengkaman mereka.

Kenyataan Kit Siang dalam twitter tersebut menampakkan kelemahan DAP Cameron Highlands sendiri dalam menangani masalah di Dun Tanah Rata walaupun wakil rakyat Tanah Rata merupakan wakil parti mereka. Pengundi masih memerhatikan gelagat PH yang masih belum memfokuskan bagaimana untuk membangunkan Malaysia tetapi sebaliknya hanya menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan urustadbir Pakatan Harapan yang rakyat melabelkan mereka sebagai 'Kerajaan GAGAL'.

Apabila Kit Siang mula menampakkan kegusaran beliau maka fahamlah bahawa kini DAP sudah menekan 'Butang Panik' dan sudah pasti mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas kerusi CH termasuk menukar calon di saat akhir. Pemimpin lain dari DAP sudah tentu tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan dibimbangi akan memjejaskan calon namun dari apa yang boleh dinilaikan, kini DAP mungkin menerima tekanan dari sekutu Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada pihak lain dalam PH. Tidak mustahil ada krisis dalaman PH yang masih belum diselesaikan hanya walau Tun M sendiri menamakan Manogaran sebagai calon tetapi apa kata akar umbi sekutu dalam PH?

Mungkin kenyataan Kit Siang kelihatan 'Anti Klimaks' namun BN perlu berwaspada dengan taktikal licik DAP dan Pakatan Harapan yang mahu melekakan jentera BN. Perlu diingatkan untuk menjadi 'Status Quo' dalam Parlimen, DAP perlu menambah kerusi mereka sekaligus menjadi suara majoriti dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan mereka mengawal semua parti yang bernaung di bawah PH.

Monday, 31 December 2018

PRK CAMERON HIGHLANDS - PENGARAH PRK BN YAKIN PENGUNDI MENILAI POLITIK CAKNA DI BAWAH BARISAN NASIONAL

Pengarah Piliharaya Kecil P078 Yakin Pengundi Menilai Aspek Cakna Rakyat Yang Diamalkan Barisan Nasional

Berbaki 12 hari menghampiri tarikh penamaan calon pada PRK Cameron Highlands, kempen awal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan tidak menjejaskan keyakinan Pengundi terhadap BN. Berdasarkan kepada pengamatan sambutan yang diberikan kepada pimpinan DAP, ternyata pengundi sudah mula nampak retorik Manifesto PH pada PRU14 lepas.

Bagi Barisan Nasional Pahang, pendekatan lebih praktikal dilakukan oleh kepimpinan BN tampak lebih menyakinkan pengundi. Mendekati rakyat tanpa sempadan politik yang diterapkan di bawah pimpinan Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail di terima baik segenap lapisan rakyat Pahang terutama di Cameron Highlands. Menjadi keutamaan Menteri Besar Pahang untuk mendengar sendiri keluhan rakyat malah barisan Exco Kerajaan Negeri turut tidak ketinggalan berbuat demikian.

Sempat bergurau menggambarkan pendekatan Cakna Rakyat semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani & Biologi Pahang di Ladang Rock Melon Kuala Medang  -  "Kalau tuan tuan dapat baca whatsapp kami (exco) umpama 'Ninja Turtle' dalam menjalankan amanah kepada rakyat Pahang demi kesejahteraan semua" Wan Rosdy.

Diajukan soalan berkaitan PRK yang bakal dihadapi, beliau menjelaskan nama calon BN masih belum diputuskan dan akan dilakukan setelah mengambil kira semua aspek termasuk kategori 'Winable Candidate' bagi menghadapi Pakatan Harapan.

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 - ADAKAH KECEWA JADI ALASAN DR RASHID MENENTANG BN ATAU ADA TAWARAN LUMAYAN MENANTI?

BILA HATI BICARA BERTENTANGAN DENGAN JIWA -  KERANA TERASA DI CABAR MAKA BERALIH ARAH?

Sebagai seorang Ketua Umno Cawangan sudah tentu kisah perjuangan parti bermain di bibir setiapkali bertutur di hadapan ahli Umno. Bagaimanapun berbeza dengan mereka yang kononnya berjuang tetapi mempunyai cita cita melampaui kemampuan.

Itulah yang terjadi kepada seorang calon dari Pakatan Harapan yang dinamakan sebagai lawan di N02 Jelai menentang bekas Boss sendiri. Dato Sri Wan Rosdy Ismail akan di tentang oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kuala Medang.

Menentang Ketua Umno Bahagian Cameron Highalnds yang mempunyai rekod baik sepanjang 3 penggal perkhidmatan merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan kerana tiada jiwa pejuang dan perjuangan. Dr Rashid sepatutnya sedar BN mengemukakan calon yang berwibawa bagi membawa inspirasi BN untuk rakyat yang selama 6 dekad mendapat pembelaan sewajarnya di samping perancangan terbaik yang ditawarkan oleh Dato Sri Najib Razak kepada rakyat menerusi Manifesto PRU14.

Adakah Dr Rashid dipengaruhi unsur lain atau beliau ada ditawarkan sesuatu oleh Pakatan Harapan sebagai imbuhan? Beliau harus tampil menjelaskan tawaran Pakatan Harapan kepada beliau jika benar benar telus. Perbuatan beliau yang membelakangkan parti serta cawangan Kuala Medang amat mengecewakan hingga Ketua Pemuda Cawangan turut terheret seolah menyokong apa yang beliau lakukan. Bagaimanapun Ketua Pemuda Cawangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut semalam.

Menyusuri kejayaan BN di Jelai, sejak 2004 Wan Rosdy telah berjaya merubah lanskap Jelai mengikut peredaran masa dan peruntukan. Walau menerima kritikan pembangunan yang sering lewat dari tempat lain Wan Rosdy tetap membawa bukti pembelaan Barisan Nasional kepada rakyat. 3 penggal berkhidmat bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan dengan mudah oleh pihak lawan dan kawan. Membawa Manifsto yang dibentangakan PM, Wan Rosdy merupakan calon terbaik yang ditampilkan buat pengundi N02 Jelai.

Jangkaan penulis pada 9 Mei 2018, Wan Rosdy akan kekal sebagai pemenang di N02 sekaligus membuktikan BN tidak silap menilai calon.

Monday, 24 July 2017

BERUBAH UNTUK LEBIH GAH - UMNO DIINGATKAN OLEH PERWAKILAN MUDA

Mesyuarat Umno Bahagian semakin rancak dan menjadi medan mengatur strategi memenangi PRU14. Dalam keghairahan mesyuarat beberapa aspek teguran dari ahli Umno perlu juga dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri.

Berikut adalah ucapan seorang perwakilan dalam Persidangan Umno Cameron Highlands yang boleh dikatakan merangkumi kehendak anak muda yang keliru mengenai parti politik.
Pru 14 - sebuah perjalanan yang berliku.

Kembalikan konsep asal semangat pejuang2 UMNO.

1. Berjuang kerana Allah bukan bersifat peribadi.
2. Berjuang untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan TanahAir.
3. Tidak riak, tidak sombong, bongkak.
4. Sanggup menerima teguran dan pandangan daripada ahli2nya.

Apa yang perlu dielakkan apabila menjadi seorang pemimpin?

1. Tidak mudah lupa diri, ego. Pemimpin lahir daripada kepercayaan rakyat melalui proses pilihanraya atau pemilihan. Jangan sesekali membuat pengundi hilang rasa hormat atau hilang kepercayaan yang diberikan oleh mereka kepada pemimpin.

2. Pemimpin lain lebih sudu dari kuah. Maksudnya seseorang pemimpin disukai, menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tetapi, semua itu musnah kerana adanya liabiliti dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Mood pengundi akan lari akibat sikap lebih dari kuah. Keputusan yang perlu dilakukan seorang ketua pemimpin perlu meletakkan kepntingan parti daripada individu tersebut. Atau liabiliti kepada parti ini perlu mengundurkan diri untuk menyelamatkan organisasi.

3. Pemimpin lalang / loklak dalam perjuangan. Tidak konsisten dalam perjuangan. Dalam erti kata lain pemimpin ini akan melompat kemana2 jika berlaku sesuatu kepada beliau.

Anak Muda undi BN?

Ya, mereka akan memberi undi kepada BN jika prinsip urus tadbir diurus dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Dan plan perancangan untuk pembangunan anak muda dititik beratkan.

Pengundi luar. Pendedahan maklumat luar kawalan melalui media sosial menyebabkan kerajaan sukar mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Persepsi negatif yang dilemparkan kepada kepimpinan, kerajaan, kos sara hidup yang tinggi serta ketidaktelusan segelintir ahli politik kerajaan hari ini menyukarkan mendapat kepercayaan anak muda.

Apa yang perlu dilakukan? Buat program bersama mereka. Berjumpa mereka. Bukan kita suruh jumpa mereka atau datang ke prog kita. Kita yang perlu ada inisiatif untuk berjumpa mereka. Adakah UMNO CH sudah mengadakannnya?

Berani Berubah.

Para perwakilan perlu berani memilih barisan kepimpinan gandingan baru dan lama bagi memertabatkan anak bangsa di CH. Jangan biarkan pemilikan jawatan dalam UMNO utk jalan pintas mendapatkan kekayaan dan pangkat. Pemimpin ini perlu ditolak serta merta.

PRU 14 semakin hampir. Inilah Pru paling getir. Masa depan bangsa melayu akan musnah jika kita tidak lagi menjadi kerajaan. Yang menjadi pemimpin diperingkat Caw dan Bhg jalankanlah tanggungjawab.

Persepsi NEGATIF kepada kerajaan mesti ditentang habis habisan. Wahai kepimpinan Pemuda dan Puteri, gunakanlah medium media sosial untuk menyebar kebaiikan kerajaan. Lawanlah segala tohmahan yang dilemparkan. Jangan jadi penakut, jangan playsafe.

Kepada Ketua Bhg, lahirkanlah pemimpin pelapis diera kepimpinan anda. Anda akan dijulang sebagai pemimpin yang hebat jika anda melahirkan lebih ramai pemimpin berbanding pengikut.

Yang menjadi liabiliti, berubahlah atau undurlah diri. Itu jalan terbaik untuk UMNO dan BN.

SEMOGA UMNO BN beroleh kemenangan lebih majoriti di setiap DUN dan Parlimen. InsyaAllah.

Perwakilan bernama Ahmad Fansuri Mohammad dari Umno Cawangan Sungai Jelapin Cameron Highlands. Ucapan ini merupakan intipati dan suara yang mewakili Anak Muda dalam Umno hari ini.