Showing posts with label Umno Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Umno Cameron Highlands. Show all posts

Sunday, 22 December 2019

GOBALAKRISHNAN PERLU BUKTI TUDUHAN TERHADAP MB PAHANG, JANGAN CARI POPULARITI POLITIK

Gobalakrishnan Perlu Hormati Kuasa Kerajaan Negeri Pahang



Tindakan seorang bekas Ahli Parlimen, Gobalakrishnan yang cuba menjadi 'Hero' pekebun kecil di Kuala Terla amat keterlaluan apabila mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri berkaitan hal tanah yang diterokai oleh pekebun India. Dalam satu video di Youtube, Gobalakrishnan secara jelas membuat dakwaan berniat buruk terhadap Menteri Besar Pahang apabila menyatakan tanah kebun Kuala Terla mahu diambil dan diserahkan kepada pihak lain. Bagaimana beliau boleh membuat dakwaan demikian dan adakah Gobalakrishnan boleh berikan bukti kukuh dakwaan tersebut?

Petikan Kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang

Suka diingatkan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkaitan isu pencemaran sumber air di Cameron Highlands menjadi keutamaan kerajaan negeri dan Persekutuan. Adakah Gobalakrishnan mahu menentang Titah Tuanku dengan mempersoalkan tidakan kerajaan negeri?

Petikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang


Tindakan Gobalakrishnan yang membuat dakwaan melulu terhadap Menteri Besar Pahang amat tidak bertanggungjawab dan beliau sepatutnya memikirkan risiko ketika membuat sebelum membuat sebarang kenyataan. Adakah kenyataan beliau berkait rapat dengan kenyataan Pemuda MIC yang berura-ura mahu menuntut kembali kerusi Cameron Highlands selepas melihat kejayaan Muafakat Nasional diterjemahkan dalam Prk CH? Jika ada niat sebegitu sebaiknya Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Parlimen PKR satu ketika dahulu melihat demografi pengundi Cameron sebelum mahu menjadi 'Juara' isu tanah CH. Jangan disebabkan mahu memenangi hati Presiden MIC, beliau mengeruhkan keadaan di Kuala Terla. Seperkara lagi yang Gobalakrishnan perlu ingat, Cameron Highlands bukan kawasan bagi beliau cuba mencari pengaruh politik.
VIDEO GOBALAKRISNAN BIADAP

Nasihat pengundi kepada Gobalakrishnan usah cuba mengambil kesempatan bagi mempopularkan diri. Buktikan dakwaan seperti didakwanya dan kalau tiada bukti maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada MB Pahang. Belajar hormati Kerajaan Negeri Pahang serta pengundi Cameron Highlands.

Friday, 29 March 2019

SELESAIKAN ISU TEROWONG DULU, JANGAN SIBUK URUSAN PAHANG - DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP TIMB.KETUA MENTERI P.PINANG

"Jangan Campur Urusan Pahang, Kami Sokong Tindakan MB Pahang" - Rakyat Cameron Highlands



Satu demonstrasi bantahan oleh penduduk Cameron Highlands berkaitan campur tangan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang berlangsung dihadapan Balai Polis Brinchang sekitar jam 2.45 petang. Pelbagai kain rentang dan placad turut dipamerkan mengecam tindakan BIADAP Dr Ramasamy yang mendesak agar Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan kerana bertindak tegas terhadap peneroka haram yang mengusahakan kebun sayur di sepanjang Sg Ichat dan Sg Terla.

Tindakan keras kerajaan negeri dilakukan kerana laporan pencemaran akibat penerokaan tanah dan penggunaan racun berjadual telah mencemari sungai yang menjadi sumber air untuk Cameron Highlands disamping kesalahan lain lain yang didapati melanggar undang undang.

Bagaimanapun Ramasamy yang konon mahu menjadi Juara Pekebun ini bertindak secara tidak profesional dan bersifat mahu 'membalas dendam' kerana kekalahan calon DAP pada Prk lepas.


Menurut Saudara Azizi Ahmad yang ditemubual menyatakan demonstrasi ini adalah untuk memberitahu Ramasamy supaya tidak mencampuri urusan Kerajaan Pahang dan lebih baik bagi Ramasamy menjaga kebajikan rakyat P.Pinang terlebih dahulu.




Thursday, 28 March 2019

RAMASAMY PATUT CERMIN ISU TEROWONG DI P.PINANG DAN BUKAN JADI 'ATUK BAWANG'

Jangan Jadi 'Atuk Bawang' - Selesaikan Isu Terowong Dulu Sebelum Sibuk Hal Negeri Lain


Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak munasabah. Hanya kerana Kerajaan Negeri bertindak terhadap pengusaha kebun sayur (Haram) Dr Ramasamy berpendapat Dato Sri Wan Rosdy telah gagal mentadbir Pahang. 

Baca penjelasan isu CH - ISU TANAH CAMERON HIGHLANDS

TKM P.P ini perlu diingatkan supaya tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri lain apabila P.Pinang sendiri tidak lekang dengan kontroversi pentadbiran sejak zaman Lim Guan Eng hingga hari ini. Terbaru krisis penduduk PPR telah membuka pekung pentadbiran negeri P.Pinang apabila penyewa bertindak berlindung di Kompleks Tun Razak apabila mereka diusir dari kediaman atas pelbagai alasan. Paling menyayat hati ada seorang penyewa yang berkerusi roda turut menjadi mangsa pentadbiran P.Pinang. Bagaimana Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri menjaga rakyat P.Pinang? Inikah imej seorang Yang Berhormat untuk mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan?

Juga baca - ISU CAMERON HIGHLANDS

Memerhati tindakan Ramasamy ini seperti ada alasan beliau bagi mengalih perhatian dalam beberapa isu panas membabitkan Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Bagi meredakan suhu maka beliau terpaksa menyerang negeri lain agar isu sebenar P.Pinang tidak diperkatakan rakyat sekaligus menutup kebobrokan kerajaan P.P di bawah DAP.

Tonton juga laporan - TONTON VIDEO

Ramasamy seharusnya sedar beliau tidak layak mencampuri pentadbiran Pahang apatah lagi negeri ini ditadbirurus Barisan Nasional. Hanya dengan satu lawatan, Ramasamy secara dangkal merumuskan kerajaan negeri Pahang bertindak salah terhadap isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands sedangkan beliau tidak faham kisah sebenar yang berlaku. Bagi rakyat Pahang, kenyataan Ramasamy dianggap sebagai BIADAP dan mereka mengecam TKM P.P itu dengan pelbagai cara menggunakan platform maya.

Apakata Ramasamy jelaskan isu sebenar yang semakin diperkatakan mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dimana kos kajian sahaja dikatakan mencecah RM300 juta. Bukankah ini pembaziran WANG RAKYAT? Adalah lebih baik wang sebanyak itu digunakan bagi membaikpulih infrastruktur negeri menghadapi musibah seperti banjiir yang pernah berlaku. Setidaknya dengan harga sedemikian banyak kerajaan negeri mampu menyediakan kediaman MAMPU MILIK untuk rakyat P.Pinang yang berada di kelas pertengahan dan bawah. Mengapa hanya dibazirkan kepada projek yang terlalu besar skala perbelanjaan?

Baca - SKANDAL TEROWONG P.PINANG

Apa penjelasan Ramasamy mengenai hal terowong? Sibuk sangat mahu mencatur kedudukan Menteri Besar Pahang tetapi LUPA akan kisah dalam kain di P.Pinang. Terlalu banyak kisah kepincangan DAP selaku kerajaan negeri selepas mereka memerintah dan Ramasamy pula berdiri sebagai boneka? Mengapa serang Pahang?

Baca lagi - KANTOI KISAH TEROWONG DASAR LAUT

Sebagaimana diketahui umum, Pahang antara 2 buah negeri yang masih ditadbir Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri dan ini sudah tentu menyakitkan hati mereka (DAP) kerana GAGAL menawan Cameron Highlands pada Prk baru-baru ini. Sebagai 'Menebus Malu' apakah Ramasamy sengaja dihantar oleh DAP untuk memberi imej buruk terhadap MB Pahang selepas Adun Tanah Rata yang juga wakil DAP tidak berani mengangkat muka kerana Manogaran (Calon DAP) kalah teruk di tangan Ramli Mohd Nor?

Ramasamy mungkin perlu CERMIN BESAR didalam pejabat TKM P.P untuk melihat KEGAGALAN DAP sendiri mentadbir P.Pinang sebelum bertukar menjadi 'Atuk Bawang' dan cuba menjuarai isu Cameron Highlands.


Saturday, 12 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - "BORR TIBAK RAMLI', JIK AKAN UNDI KEK" PENGUNDI ORANG ASLI NYATAKAN SOKONGAN BUAT CALON BN

Orang Asli Diyakini Akan Bantu Kemenangan Ramli (BN) Di PRK Cameron Highlands


Calon Barisan Nasional yang akan menghadapi pertembungan 4 penjuru memulakan kempen PRK CH dengan menyeru pengundi Orang Asli mengundi BN. Beliau yang menggunakan dialek Semai kelihatan ceria dan yakin akan menewaskan 3 calon lain.

Sebelum itu, Ramli ditemani Pemangku Presiden Umno Dato Seri Mohammad Hasan bersama Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy bersama hampir 2 ribu penyokong berkumpul di Padang Majlis Daerah CH sebelum masuk ke pusat penamaan.

Pertembungan sengit dijangkakan akan berlaku antara BN dan Pakatan Harapan yang meletakkan calon kalah (2 kali) dari DAP, M.Manogaran. Manogaran yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan MENGHINA Orang Asli apabila menyifatkan mereka sebagai 'Kuih' yang tidak akan di beli pengundi Melayu kelihatan GELABAH apabila BN menamakan Ramli Mohd Nor yang berasal dari Suku Semai.

Berikutan PENGHINAAN tersebut, masyarakat Orang Asli bertekad 'MENGAJAR' Manogaran dan DAP apa maksud HORMAT MENGHORMATI antara kaum. Mereka telah mengeluarkan perkataan 'Cip Aborr'Manogaran' yang bermaksud Selamat Jalan sebagai membalas kenyataan Manogaran.

Pengundi Kaum Asli berjumlah 6964 orang atau 21.69% dari jumlah keseluruhan pengundi P078 Cameron Highlands dan dijangkakan undi mereka akan menentukan keputusan PRK CH ini selain undi kaum Melayu, Cina dan India di kedua-dua DUN Tanah Rata dan Jelai.

Sebagai rekod jumlah pengundi mengikut peratusan pecahan kaum adalah seperti berikut -

Melayu - 33.70%
Cina - 29.66%
India - 14.94%
Orang Asli - 21.69%

Jelas DAP merupakan pihak yang terdesak dalam menarik undi Orang Asli kerana KEBIADAPAN calon mereka sendiri. Manogaran yang merupakan 'Bahan Buangan' dari Teluk Intan bukanlah individu yang memahami geografi politik CH sendiri malah beliau hanya akan tampil jika ada isu berkepentingan bagi dirinya dan DAP sendiri. 

Thursday, 10 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BARISAN NASIONAL BERI PENGHORMATAN KEPADA 'ORANG KITA' , LETAK CALON SUKU SEMAI

Penghormatan Buat 'Orang Kita', BN Buktikan Keterbukaan Letak Calon Hadapi PRK




Teka teki individu yang akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands telah terjawap.

Menamakan Ramli Mohd Nor sebagai calon BN telah menggegarkan kem Pakatan Harapan sekaligus membuktikan kematangan politik dalam BN semakin subur dan semakin terbuka kepada semua kaum. Menawarkan calon yang berkaliber dan yang paling utama di terima semua peringkat pengundi merupakan kriteria yang sangat diperlukan untuk mengekalkan pengusaan BN sejak 2004.

Latar Belakang Calon - 



Beliau merupakan penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai inspektor percubaan sebelum dinaikkan pangkat demi pangkat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Awam dari University of East London.



Pemilihan Ramli bakal memberi dimensi baru kepada Kaum Pribumi khususnya di Cameron Highlands. Sebagai anak tempatan beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan sudah tentu akan menjadi IKON kepada taraf kemajuan Orang Asli. Ini sesuatu yang membanggakan dan pengundi P078 wajar memberi kemenangan kepada Ramli kerana selama ini pengundi Cameron Highlands mahukan calon dari kalangan Anak Tempatan.

Baca juga - https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-calon-dap-hina.html

Perlu juga diingatkan calon DAP, M.Manogaran semalam telah memperlekehkan Orang Asli apabila menyamakan mereka sebagai 'Kuih' yang tidak akan dibeli oleh pengundi Melayu. Cercaan berbaur rasis yang dilemparkan Manogaran ini tidak boleh di terima sama sekali dan Manogaran bersama DAP PERLU DITUNJUK JALAN KELUAR DARI CAMERON HIGHLANDS KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI GEOGRAFI POLITIK P078 Cameron Highlands.

Saturday, 5 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PANDANGAN PENGUNDI CINA TERHADAP PAKATAN HARAPAN

Kongsian Terjemahan Pemerhati, Penterjemah Politik Mengenai PRK Cameron Highlands.

Tengah malam semalan (4/1/2018), Sin Chew Daily 星洲日报  telah menulis dalam edisi online mengenai PRK Cameron Highland bertajuk :

PRK Cameron Highland : Apa yang dibimbangkan Pakatan Harapan ?

Pagi ni, saya tenguk dah banyak sgt komen menghentam Pakatan Harapan.

Saya terjemahkan beberapa komen dari pembaca Sin Chew Daily :

Phong Yong :
Pilihanraya kali ini dijadikan medan menguji sokongan terhadap pemerintahan Pakatan Harapan.

Yap Kim Fong :
Mesti jatuhkan Pakatan Harapan. Dua orang menteri kesihatan yang buatkan rakyat tak keruan, Lim Boon Chye menteri yang buatkan tiada hak nak merokok. Hantarkan saja dia ke Cameron Highland tanam kentang.

Nota : dalam bahasa Cina, “tanam kentang" bermaksud – BODOH.

Ooi Angel :
Orang-orang Cameron Higland ingat mesti undi pembangkang, jangan bagi Pakatan Harapan menang dan memang lagi. Mereka terlalu angkuh dan bongkak, tolong bantu untuk jatuhkan Pakatan Harapan.

Soonlian Yap :
Hanya hantar Najib dan Wee Ka Siong ke Cameron Highland untuk bantu kempen, pasti akan menang. Pakatan Harapan akan kalah teruk !

Peter Lim :
Yang dibimbangkan ialah baru-baru ini polisi kerajaan tidak memberi faedah kepada rakyat dan golongan peniaga dan usahawan. Sebab itulah kehilangan sokongan rakyat.

Kee Chee Suang :
Jika menang PRK ………… Apa yang boleh dibuat oleh Pakatan Harapan, haha haha.

Diamond Hee :
Kepada pengundi Cameron Highland, sekarang ini adalah peluang terbaik untuk “mengajar” Pakatan Harapan. Biar Roket tahu yang orang-orang Cina tak semudah itu ditipu, bagi Roket jatuh barulah dia sedar.

Cheah Eng Kiang :
Parti politik yang membelakangi kepercayaan rakyat ! Dengan menggunakan kemenangan yang dicapai secara mengejut lalu terus menipu rakyat ! Dosa yang paling menjijikkan. Hanya layak menjadi barua yang mengkhianati rakyat. Kamu hanyalah kerajaan untuk satu penggal sahaja !

FC Chong :
Golongan perokok minta undi pembangkang, yang membantah pemansuhan hukuman mati sila undi pembangkang.

林世宗 :
Rakyat bukan saja perlukan kerajaan yang baik, dalam masa yg sama perlukan pembangkang yang kuat.

Suia Yong Xin :
Jangkasuhu, kalau dah kalah nanti barulah tahu apa ceritanya.

刘霸 :
Kalah pun memang sepatutnya !!!! Mengapa kerajaan baru terlalu bijak buat “roti canai” hah, masih cakap manifesto pilihanraya bukan kitab suci.

Nota : yang dimaksudkan “roti canai” ialah keputusan yang flip-flop, berubah mcm membakar roti canai yang diterbalikkan ke atas dan ke bawah.

Sea Wah Hee :
Selagi tak bagi isyarat kepada Pakatan Harapan yang tak menunaikan janji manifesto tidak akan jatuh, maka yang jatuh ialah rakyat !

Kc Goh :
Mansuh hukuman mati, IC biru, kes Teoh Beng Hock masih lagi banyak cakap-cakap bohong ! Tak boleh bagi Roket menjadi lebih angkuh. Terima kasih undi rosak ! Sekurang-kurangnya bagi mereka satu pengajaran wei !

Liak Lek Lv :
Undi Democratic Action Party tetapi kini dah tak “action” lagi. Sebab dah jadi Diam Diam Parti (DDM), hanya jadi tendangan dan penipuan oleh Lau Ma (kuda tua, yakni Mahathir).

Pautan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2036009116468166&id=100001772934965

- Hisemudin -

Friday, 4 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 'TIADA JANJI TAPI LIHAT BUKTI', BN SENTIASA PEKA DENGAN MASALAH RAKYAT

Jambatan 'Viral' Kini Berwajah Baru Hasil Usaha BN Di Bawah Wan Rosdy

Masih ingat kisah sebuah jambatan gantung yang menjadi viral seluruh negara hingga ke luar negara? Kisah tersebut tular apabila dinaikmuat dalam media sosial hingga mendapat kecaman hebat netizen dan Barisan Nasional dipersalahkan kononnya tidak prihatin dengan keperluan rakyat.

Bagaimanapun dengan usahaAdun Jelai (BN) Dato Sri Wan Rosdy mengambil tindakan proaktif menyelesaikan masalah tersebut. Beliau menjelaskan perkara sebenar mengenai perkara tersebut dan menyatakan pembinaan jambatan baru memang ada dalam perancangan DUN.

Video penjelasan ADUN Jelai -youtu.be/ojNLtkecVE

Turut menggemparkan negara apabila seorang warga emas mengakui beliau berlakon melintasi jambatan tersebut dan di bayar oleh seorang individu.

Video Warga Emas - youtu.be/xyQmL3qj88o

Terkini usaha BN di bawah Adun Jelai yang kini merupakan Menteri Besar Pahang telah membawa nafas baru kepada penduduk kampung. Jambatan yang dijanjikan telah siap sepenuhnya dan sudah digunakan penduduk kampung dengan selesa. Menariknya kini jambatan tersebut bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki malah motorsikal juga boleh melintasi sungai menggunakan jambatan tersebut. Satu klip video dari Pahangku Media menunjukkan keberkesanan gerak kerja Barisan Nasional yang digerakkan bagi memastikan rakyat sentiasa terbela.

Klip video dari Pahangku Media - youtu.be/boq_Lq3hhFc -

Terbukti Barisan Nasional merupakan pembela Rakyat dan slogan yang digunakan Menteri Besar Pahang merupakan menifestasi yang sangat bermakna bagi menangkis pandangan sinis pihak lawan yang sentiasa mahu merendahkan maruah BN. Terimakasih Dato Sri Wan Rosdy dan Barisan Nasional.

Thursday, 3 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG PANDAI TONTON VIDEO DI YOUTUBE TAK?

Hanya Pandai Kritik, Video Usaha Barisan Nasional Wajar Di Tonton Lim Kit Siang Sebagai Panduan.

Menyentuh isu terkandas dan tidak sempat sambut Tahun Baru oleh Lim Kit Siang, mungkin beliau tidak pandai guna gajet moden yang dilengkapi aplikasi terkini.

Video berkaitan usaha usaha Kerajaan BN bagi melestarikan kehidupan Orang Asli Cameron Highlands sering disebarkan namun pernahkah Kit Siang tonton? Apa kata kali ini video ini di tonton oleh Kit Siang bagi beliau BERFIKIR SEMULA dan LEBIH CAKNA apabila mahu mengkritik. Jangan jadi seperti Manogaran yang menaikmuat foto jalanraya persendirian tetapi mahu menyalahkan BN kononnya tidak prihatin dengan keluhan rakyat.

Klik untuk tonton video - https://youtu.be/Wy_y0i9zk8M

PRK CAMERON HIGHLANDS - 2 EKOR LEMBU DARI DAP UNTUK PANCING UNDI JELAI?

Harga Pengundi Jelai Hanya Kenduri 2 Ekor Lembu - DAP Cuba 'Lembukan' Pengundi?

Lim Kit Siang yang telah memulakan siri kempen Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands cuba menarik perhatian pengundi Dun Jelai dengan menyumbangkan 2 ekor lembu untuk kenduri kampung.

Dalam satu perbualan grup whatssapp, dipercayai lembu yang disediakan adalah sumbangan DAP namun sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. Bagaimanapun pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah Sg Koyan enggan menerima sebarang sumbangan bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Masjid yang merupakan tempat ibadah Orang Islam tidak sepatutnya dijadikan tempat berpolitik walaupun Pakatan Harapan kini memerintah kerana Sultan Pahang merupakan Ketua Agama Islam di Pahang dan sudah tentu Masjid tidak terlibat dalam sebarang 'Politiking'. Mengapa ada tindakan dari parti politik yang secara tiba tiba mahu menganjurkan kenduri dengan menumbangkan 2 ekor lembu jika tiada niat politik? Sudah tentu ada 'Udang Di Sebalik Batu' dan para pengikut parti tersebut hanya berselindung dengan alasan kenduri bagi mengaburi mata orang ramai khususnya Dun Jelai.

Agak janggal jika benar sumbangan tersebut datang dari DAP kerana sebelum ini tiada apa apa sumbangan yang diberikan oleh DAP kepada pengundi Dun Jelai. Ini mungkin cara 'Malaysia Baru' yang sedang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan demi memastikan undian pada PRK CH akan memihak kepada mereka.

Apapun pengundi Dun Jelai lebih memahami dan mengetahui siapa selama ini yang bersama mereka dan tidak putus membantu pengundi Jelai tanpa sempada politik.

Monday, 31 December 2018

PRK CAMERON HIGHLANDS - PENGARAH PRK BN YAKIN PENGUNDI MENILAI POLITIK CAKNA DI BAWAH BARISAN NASIONAL

Pengarah Piliharaya Kecil P078 Yakin Pengundi Menilai Aspek Cakna Rakyat Yang Diamalkan Barisan Nasional

Berbaki 12 hari menghampiri tarikh penamaan calon pada PRK Cameron Highlands, kempen awal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan tidak menjejaskan keyakinan Pengundi terhadap BN. Berdasarkan kepada pengamatan sambutan yang diberikan kepada pimpinan DAP, ternyata pengundi sudah mula nampak retorik Manifesto PH pada PRU14 lepas.

Bagi Barisan Nasional Pahang, pendekatan lebih praktikal dilakukan oleh kepimpinan BN tampak lebih menyakinkan pengundi. Mendekati rakyat tanpa sempadan politik yang diterapkan di bawah pimpinan Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail di terima baik segenap lapisan rakyat Pahang terutama di Cameron Highlands. Menjadi keutamaan Menteri Besar Pahang untuk mendengar sendiri keluhan rakyat malah barisan Exco Kerajaan Negeri turut tidak ketinggalan berbuat demikian.

Sempat bergurau menggambarkan pendekatan Cakna Rakyat semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani & Biologi Pahang di Ladang Rock Melon Kuala Medang  -  "Kalau tuan tuan dapat baca whatsapp kami (exco) umpama 'Ninja Turtle' dalam menjalankan amanah kepada rakyat Pahang demi kesejahteraan semua" Wan Rosdy.

Diajukan soalan berkaitan PRK yang bakal dihadapi, beliau menjelaskan nama calon BN masih belum diputuskan dan akan dilakukan setelah mengambil kira semua aspek termasuk kategori 'Winable Candidate' bagi menghadapi Pakatan Harapan.

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 - ADAKAH KECEWA JADI ALASAN DR RASHID MENENTANG BN ATAU ADA TAWARAN LUMAYAN MENANTI?

BILA HATI BICARA BERTENTANGAN DENGAN JIWA -  KERANA TERASA DI CABAR MAKA BERALIH ARAH?

Sebagai seorang Ketua Umno Cawangan sudah tentu kisah perjuangan parti bermain di bibir setiapkali bertutur di hadapan ahli Umno. Bagaimanapun berbeza dengan mereka yang kononnya berjuang tetapi mempunyai cita cita melampaui kemampuan.

Itulah yang terjadi kepada seorang calon dari Pakatan Harapan yang dinamakan sebagai lawan di N02 Jelai menentang bekas Boss sendiri. Dato Sri Wan Rosdy Ismail akan di tentang oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kuala Medang.

Menentang Ketua Umno Bahagian Cameron Highalnds yang mempunyai rekod baik sepanjang 3 penggal perkhidmatan merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan kerana tiada jiwa pejuang dan perjuangan. Dr Rashid sepatutnya sedar BN mengemukakan calon yang berwibawa bagi membawa inspirasi BN untuk rakyat yang selama 6 dekad mendapat pembelaan sewajarnya di samping perancangan terbaik yang ditawarkan oleh Dato Sri Najib Razak kepada rakyat menerusi Manifesto PRU14.

Adakah Dr Rashid dipengaruhi unsur lain atau beliau ada ditawarkan sesuatu oleh Pakatan Harapan sebagai imbuhan? Beliau harus tampil menjelaskan tawaran Pakatan Harapan kepada beliau jika benar benar telus. Perbuatan beliau yang membelakangkan parti serta cawangan Kuala Medang amat mengecewakan hingga Ketua Pemuda Cawangan turut terheret seolah menyokong apa yang beliau lakukan. Bagaimanapun Ketua Pemuda Cawangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut semalam.

Menyusuri kejayaan BN di Jelai, sejak 2004 Wan Rosdy telah berjaya merubah lanskap Jelai mengikut peredaran masa dan peruntukan. Walau menerima kritikan pembangunan yang sering lewat dari tempat lain Wan Rosdy tetap membawa bukti pembelaan Barisan Nasional kepada rakyat. 3 penggal berkhidmat bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan dengan mudah oleh pihak lawan dan kawan. Membawa Manifsto yang dibentangakan PM, Wan Rosdy merupakan calon terbaik yang ditampilkan buat pengundi N02 Jelai.

Jangkaan penulis pada 9 Mei 2018, Wan Rosdy akan kekal sebagai pemenang di N02 sekaligus membuktikan BN tidak silap menilai calon.

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 - KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG

KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG N02 JELAI

Ahmad Daniar bin Ismail
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kuala Medang

Penamaan calon Pru14 P078 Cameron Highlands dan N01 Tanah Rata serta N02 Jelai hari ini penuh kejutan yang tidak dijangkakan. Ketua Umno Cawangan Kuala Medang hari ini telah beralih arah dan menjadi calon Pakatan Harapan bagi kerusi N02 Jelai kerana kecewa dan ini bertentangan dengan semangat Umno sendiri.

Maka saya selaku Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Medang -

Menetapkan perdirian utk terus kekal bersama BN walaupun Ketua UMNO Cawangan Kuala Medang telah menyertai Parti Bersatu sekali gus menjadi Calon PH bagi Dun Jelai N02.

Itu merupakan pilihan peribadi beliau kerana tidak berbincang dgn kepimpinan UMNO Cawangan.

Saya dengan ini  berikrar utk memastikan PDM Kuala Medang akan terus memberi majoriti tertinggi kepada calon BN Dato Sri Wan Rosdy Ismail sekaligus memberi mandat kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kerusi N02 Jelai.

Monday, 24 July 2017

BERUBAH UNTUK LEBIH GAH - UMNO DIINGATKAN OLEH PERWAKILAN MUDA

Mesyuarat Umno Bahagian semakin rancak dan menjadi medan mengatur strategi memenangi PRU14. Dalam keghairahan mesyuarat beberapa aspek teguran dari ahli Umno perlu juga dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri.

Berikut adalah ucapan seorang perwakilan dalam Persidangan Umno Cameron Highlands yang boleh dikatakan merangkumi kehendak anak muda yang keliru mengenai parti politik.
Pru 14 - sebuah perjalanan yang berliku.

Kembalikan konsep asal semangat pejuang2 UMNO.

1. Berjuang kerana Allah bukan bersifat peribadi.
2. Berjuang untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan TanahAir.
3. Tidak riak, tidak sombong, bongkak.
4. Sanggup menerima teguran dan pandangan daripada ahli2nya.

Apa yang perlu dielakkan apabila menjadi seorang pemimpin?

1. Tidak mudah lupa diri, ego. Pemimpin lahir daripada kepercayaan rakyat melalui proses pilihanraya atau pemilihan. Jangan sesekali membuat pengundi hilang rasa hormat atau hilang kepercayaan yang diberikan oleh mereka kepada pemimpin.

2. Pemimpin lain lebih sudu dari kuah. Maksudnya seseorang pemimpin disukai, menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tetapi, semua itu musnah kerana adanya liabiliti dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Mood pengundi akan lari akibat sikap lebih dari kuah. Keputusan yang perlu dilakukan seorang ketua pemimpin perlu meletakkan kepntingan parti daripada individu tersebut. Atau liabiliti kepada parti ini perlu mengundurkan diri untuk menyelamatkan organisasi.

3. Pemimpin lalang / loklak dalam perjuangan. Tidak konsisten dalam perjuangan. Dalam erti kata lain pemimpin ini akan melompat kemana2 jika berlaku sesuatu kepada beliau.

Anak Muda undi BN?

Ya, mereka akan memberi undi kepada BN jika prinsip urus tadbir diurus dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Dan plan perancangan untuk pembangunan anak muda dititik beratkan.

Pengundi luar. Pendedahan maklumat luar kawalan melalui media sosial menyebabkan kerajaan sukar mendapatkan kepercayaan daripada mereka. Persepsi negatif yang dilemparkan kepada kepimpinan, kerajaan, kos sara hidup yang tinggi serta ketidaktelusan segelintir ahli politik kerajaan hari ini menyukarkan mendapat kepercayaan anak muda.

Apa yang perlu dilakukan? Buat program bersama mereka. Berjumpa mereka. Bukan kita suruh jumpa mereka atau datang ke prog kita. Kita yang perlu ada inisiatif untuk berjumpa mereka. Adakah UMNO CH sudah mengadakannnya?

Berani Berubah.

Para perwakilan perlu berani memilih barisan kepimpinan gandingan baru dan lama bagi memertabatkan anak bangsa di CH. Jangan biarkan pemilikan jawatan dalam UMNO utk jalan pintas mendapatkan kekayaan dan pangkat. Pemimpin ini perlu ditolak serta merta.

PRU 14 semakin hampir. Inilah Pru paling getir. Masa depan bangsa melayu akan musnah jika kita tidak lagi menjadi kerajaan. Yang menjadi pemimpin diperingkat Caw dan Bhg jalankanlah tanggungjawab.

Persepsi NEGATIF kepada kerajaan mesti ditentang habis habisan. Wahai kepimpinan Pemuda dan Puteri, gunakanlah medium media sosial untuk menyebar kebaiikan kerajaan. Lawanlah segala tohmahan yang dilemparkan. Jangan jadi penakut, jangan playsafe.

Kepada Ketua Bhg, lahirkanlah pemimpin pelapis diera kepimpinan anda. Anda akan dijulang sebagai pemimpin yang hebat jika anda melahirkan lebih ramai pemimpin berbanding pengikut.

Yang menjadi liabiliti, berubahlah atau undurlah diri. Itu jalan terbaik untuk UMNO dan BN.

SEMOGA UMNO BN beroleh kemenangan lebih majoriti di setiap DUN dan Parlimen. InsyaAllah.

Perwakilan bernama Ahmad Fansuri Mohammad dari Umno Cawangan Sungai Jelapin Cameron Highlands. Ucapan ini merupakan intipati dan suara yang mewakili Anak Muda dalam Umno hari ini.

Sunday, 4 December 2016

SURAT TERBUKA BUAT MUHYIDDIN YASSIN - LUPA MAHATHIR JUGA MINTA AHLI SUPAYA SETIA KEPADA BELIAU DAHULU?

Kehadapan Tan Sri Muhyiddin Yasin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Ahli Parlimen Pagoh

Saya terpanggil menulis surat terbuka ini kepada Tan Sri menjawap serba sedikit mengenai ulasan YB terhadap ucapan Presiden Umno, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 semalam.

Pertama sekali suka saya ingatkan YB, apa sahaja ucapan Presiden Umno sudah tidak ada kena mengena dengan YB Tan Sri kerana YB bukan lagi ahli Umno. Najib berucap atas kapasiti beliau selaku Presiden Umno yang di serang oleh mantan PM bersama sama YB sejak tahun lalu selepas digugurkan dari kabinet serta tindakan YB yang membuat siri tohmahan di Kelab Sultan Sulaiman pada 2015 sehari sebelum PAU2015 berlangsung.

Antara intipati ucapan Najib dalam penggulungan beliau, ternyata beliau berhak mempertahankan diri di hadapan ahli Umno kerana itulah pentas terbaik buat beliau menerangkan kisah sebenar di sebalik setiap cerita yang digembar gemburkan membabitkan dirinya. Sikap wala' yang di sebut Najib hanyalah istilah dari perkataan arab yang bermaksud Setia dan tidak menjadi kesalahan jika beliau meminta rakyat bersikap Setia kepada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syarak. Malah, bekas PM Ke-4 pernah menggunakan istilah SETIA yang bermaksud meminta seluruh rakyat SETIA kepada beliau selaku Perdana Menteri ketika itu yang di landa krisis kepimpinan apabila kedudukannya sebagai Presiden Umno tergugat. Hinggakan sebuah lagu digubah khas bagi menabur propaganda Mahathir yang mahu rakyat Setia kepadanya dan bersama sama beliau walau ketika berhadapan masalah.

Malah YB Tan Sri sendiri pernah berikrar SETIA kepada Mahathir selaku Presiden Umno ketika itu serta mengajak rakyat Johor supaya mendengar serta menerima apa sahaja yang Mahathir ucapkan mengenai konsep Setia Pemimpin. Apakah YB Tan Sri tidak pernah menyatakan kesetiaan YB kepada PM selepas Mahathir? Beranikah YB nafikan yang YB pernah bersumpah akan SETIA kepada Tun Abdullah Badawi ketika beliau mengambil alih tugas dari Mahathir selaku PM dan Presiden Umno?

Jika YB pernah berbuat demikian adakah salah jika kini Najib pula berbuat perkara sama? Hukum mana YB guna jika sesuatu iti tidak berpihak kepada YB maka semuanya salah dan hanya YB sahaja benar? Tidak pernahkah YB menerima ikrar Taat Setia dari barisan exco ketika YB menjawat jawatan Menteri Besar Johor dahulu?

YB Tan Sri, adakah YB punyai bukti yang kukuh berkaitan semua dakwaan YB terhadap Najib? Adakah YB tidak menaruh kepercayaan kepada pihak yang dipertanggunjawapkan bagi menyiasat apa sahaja tuduhan berkaitan 1MDB, RM2.6 billion dari keluarga DiRaja Arab? Jila YB punyai bukti kukuh mengapa YB tidak menyerah sendiri kepada mereka yang layak mendakwa Najib di Mahkamah? Mengapa YB masih hanya bercerita berdasarkan laporan Sarawak Report, Wall Street Journal dan media asing sedangkan YB telah buat siri jelajah bercerita itu ini namun YB sendiri tidak berani kemuka bukti?

YB Tan Sri Muhyiddin, apakah salah jika Najib merujuk dan menuturkan nama Allah dalam PAU2016? Apakah Najib itu bukan sebahagian dari Umat Muhammad yang di seru Baginda agar membasahkan bibir dengan nama Allah? Jika beliau menjual nama Allah untuk kepentingan dan melakukan pembelotan dalam mentadbir, YB percaya kepada hukum Allah bukan? Apakah nas yang YB boleh kemukakan sebagai kesalahan untuk Najib ucap kalimah Allah dalam PAU2016?

Akhir kalam, saya selaku ahli Umno yang Setia kepada parti menyeru YB Tan Sri agar fokus kepada parti yang Tan Sri tubuhkan. Hala tuju parti YB masih kabur dan kedudukan YB sendiri dalam Pakatan Harapan masih samar apa keperluan YB sibuk akan hal UMNO?  YB rasa dengan persefahaman bersama DAP maka parti YB akan diberikan keutamaan membuat keputusan? Bentuklah parti YB sendiri dan bersedia bertanding 1 lawan 1 di setiap kerusi jika benar benar parti PPBM hebat. Beranikah YB berbuat demikian walau terpaksa bersendirian tanpa PKR,DAP,PAN?

Yusman Zahari Zakaria
Ahli Umno Cameron Highlands
DUN Jelai.

Wednesday, 23 March 2016

Pemuda Umno Cameron Highlands Bakal Dapat KP Baru?




Ketua Pemuda Bahagian Cameron Highlands juga mengalami situasi sama seperti Pemuda Selangor yang mengeluh 'ketiadaan peruntukan' bagi menjalankan aktiviti Pemuda di Bahagian Cameron. Namun demikian satu kemusykilan perlu di jawap oleh Ketua Pemuda Cameron apabila beliau 'ghaib' dari menjalankan tugas dan hanya muncul di Persidangan Agung Umno.

Di pilih untuk menggepalai Pemuda, legasi yang ditinggalkan Allahyarham Dato Wan Mustapha, KP Cameron masih tidak dapat menandingi kecemerlangan bapanya yang telah berkhidmat kepada Umno sekian lama.

Berbekalkan 'nama' Ketua Pemuda Cameron mengambil alih tampuk dari Azizi Ahmad yang melepasi had umur selaku Ketua Pemuda Umno. Namun demikian, beliau tidak mampu menandingi kecemerlangan mantan KP Umno terdahulu akibat tiada faktor yang membolehkan beliau di angkat sebagai Ketu Pemuda.

Pernah menyatakan kesanggupan di'lempar' kerusi jika tidak menepati janji untuk melakukan perubahan dalam pentadbirannya, KP masih tidak berubah sikap mengabaikan Pemuda Cameron dan tiada aktiviti yang sepatutnya lama dijalankan.

Pemuda Cameron yang kian lesu kerana tidak mendapat kerjasama dari KP mula memberi reaksi negatif apabila di tanya mengenai intergriti KP Cameron. Menggunakan alasan 'tiada peruntukan' menjadi ayat lazim beliau setiap kali di tanya mengenai program yang di rancang bagi memperkukuhkan Umno Cameron Highlands.

Jika di tanya kepada ahli Pemuda adakah mereka mengenali KP Cameron, anda pasti terkejut dengan pendedahan mereka. Jawapan dengan isyarat geleng kepala sudah tentu menyebabkan persoalan mengenai imej KP yang agak buruk di mata ahli Pemuda.

Benarkah dakwaan KP Cameron mengenai rungutannya Pemuda tidak mendapat peruntukan bagi menjalankan aktiviti Sayap Umno?

Sebaiknya KP Cameron sudah boleh memikirkan perletakan jawatannya sebelum 'kerusi' hinggap kepadanya sebagaimana janji beliau yang telah dinyatakan dalam mesyuarat Pemuda selepas merayu sokongan ahli Pemuda Cameron dan memberi peluang kepada beliau membuktikan kredibilitinya namun hingga kini tiada apa yang mampu beliau buktikan sebagai komitmen menjawat jawatan Ketua Pemuda Cameron Highlands.

Sebelum imej buruk beliau mempengaruhi undian rakyat kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang, adalah lebih afdal beliau menumpukan perhatiannya kepada perniagaannya dari melibatkan diri dalam politik tetapi tidak mempunyai jiwa politik.

Jiwa beliau tidak mengarah kepada jiwa Pemuda yang membela masyarakat. Cameron Highlands perlukan seorang Keyua Pemuda yang berkaliber dan berintergriti serta mesra pengundi bukan hanya muncul untuk merayu sokongan dan kemudian ghaib entah kemana.