Tuesday, 14 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - BARISAN NASIONAL PILIHAN TERBAIK P067





#KakMas4KK

Penentuan siapa wakil Kuala Kangsar akan dimuktamadkan pada 18 Jun 2016 dan pengundi akan menunjukkan 'kuasa' sebenar mereka pada hari tersebut. Setelah mengharungi 13 hari kempen pelbagai warna, semua parti bertanding sudah mempersembahkan yang terbaik dari mereka untuk disajikan kepada Kuala Kangsar. 

Dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketahui 'BONEKA' DAP dalam Pakatan Harapan lebih banyak mendominasi kempen kali ini, mereka boleh di anggap sebagai 'TONG KOSONG' kerana menghasilkan bunyi yang cukup gah sedangkan tiada pembaharuan yang mampu diberikan kepada pengundi Kuala Kangsar melainkan siri caci,fitnah serta ulang kitar isu.

PAN yang sepenuhnya berharap kepada kekuatan jentera DAP untuk berkempen, me'RELA'kan parti berusia 8 bulan itu di tunjal kepala dalam setiap siri ceramah mereka dan berselindung seolah parti itu merupakan yang paling kuat dalam Pakatan Harapan. Sedia maklum dengan gaya 'Ayam jantan baru belajar berkokok' PAN bangga apabila mampu menampilkan calon yang bergelar Professor namun hakikat sebenar Ahmad Termizi Ramli tidak punyai aura dalam politik.

Dalam kempen PAN, jelas sekali Ahmad Termizi tidak akan membawa apa apa perubahan kepada rakyat Kuala Kangsar memandangkan beliau merupakan PENGUNDI LUAR dan hanya memegang status anak kelahiran Manong. Jejak politik beliau tidak ada langsung di Kuala Kangsar dan beliau hanya bergantung kepada sejarah silam keluarga. Terlalu klise jika beliau mengakui akan membawa perubahan besar serta membawa impak dalam Parlimen jika terpilih kerana tidak berpengalaman dalam arus politik langsung.

Calon PAS yang juga PENGUNDI LUAR cuba memberi saingan namun pengundi Kuala Kangsar belum pasti hala tuju sebenar calon tersebut berikutan kecelaruan PAS berkaitan pertembungan mereka dengan bekas ahli sendiri. Menurut Salahuddin Ayub merangkap timbalan Presiden PAN, PAS hanya bertanding kerana mahu menunjukkan kepada PAN bahawa mereka sebenarnya lebih baik dari PAN dan tidak mempunyai tujuan positif dalam persaingan di Kuala Kangsar.

Jelas ketara dakwaan Salahuddin bahawa PAS yang hanya menjadikan pengundi Kuala Kangsar seperti 'BAHAN UJIKAJI' untuk menentukan nasib mereka dalam PRU14 tidak boleh di tolak sama sekali. Membawa calon yang telah kalah dalam 3 PRU sebelum ini, PAS tidak mempunyai calon berkaliber untuk membawa saingan kuat kepada PAN dan hanya menjadi bahan lelucon PAN dalam kempen mereka.

Persaingan untuk 'MARUAH' antara PAS dan PAN pula memberi gambaran jelas dan nyata kepada Kuala Kangsar yang pembangkang hanya mahu menjadikan medan PRK ini sebagai tapak untuk berebut status quo antara parti pilihan dan serpihan. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar sebaliknya bermain tarik tali mempengaruhi ahli parti untuk menarik sebanyak mungkin ahli dari pihak satu lagi agar menyokong kepimpinan mereka. PAN sudah tentulah mahu membawa sokongan kepada Pakatan Harapan manakala PAS pula mahu mengekalkan keahlian dan merampas semula ahli yang telah berpaling tadah.

Seakan terlupa matlamat sebenar PRK Kuala Kangsar, perseteruan PAN, PAS membuka ruang bagi pengundi menilai siapakah yang sebenarnya akan mebawa nilai positif kepada mereka serta Parlimen Kuala Kangsar dan jelas sekali pengundi sudah nampak bahawa Barisan Nasional sedia memberi khidmat terbaik kepada mereka. Terbukti selama berada di bawah Barisan Nasional, Kuala Kangsar sudah banyak berubah dan akan terus berubah bila BN diberikan mandat pada 18 Jun 2016.

Menariknya pertembungan ini calon Bebas yang telah mengisytiharkan sokongan kepada gerakan Mahathir menjatuhkan BN agak mengelirukan rakyat. Persoalan mulai timbul adakah calon Bebas sebenarnya di taja gerakan Mahathir bagi memecah undi PAN dan PAS. Izat Bukhari yang dikatakan 'trojan horse' gerakan Mahathir tidak langsung memberi saingan dan kewujudan beliau sebagai calon tidak disedari pengundi berikutan pertempuran hebat antara PAN dan PAS merebut perhatian pengundi.

Segalanya akan terjawap pada 18 Jun 2016 dan pengundi Kuala Kangsar perlu diingatkan nasib mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Barisan Nasional merupakan pilihan terbaik bagi pengundi P067 Kuala Kangsar dan mereka perlu memberi isyarat kepada pembangkang bahawa Pakatan Harapan di TOLAK di Kuala Kangsar.

Ayuh rakyat Kuala Kangsar, berikan undi anda kepada parti yang stabil serta menjamin keharmonian dan ekonomi yang baik demi masa depan anda dan Barisan Nasional merupakan satu satunya parti yang MAMPU berbuat demikian serta telah TERBUKTI sepanjang 59 tahun memerintah Malaysia, BN masih yang TERBAIK.

#KakMas4KK

Friday, 10 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - RAFIZI SEDIA DEDAH SKANDAL RM9.8 JUTA PAKATAN HARAPAN SELANGOR DEMI RAIH UNDI?



RAFIZI AKAN DEDAH SEMUA SKANDAL PAKATAN HARAPAN DEMI RAYU UNDI KUALA KANGSAR?

Azmin Ali telah menegaskan tidak akan mendedahkan identiti 'penderma' yang membiayai projek 'Gerbang Selangor' bernilai RM9.8 juta walau telah di desak berkali kali. Adun Taman Medan, Haniza Talha turut enggan mendedahkan identiti walau rakyat mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. 

Aktivis PKR Chegu Bard yang mendedahkan apa yang beliau dakwa sebagai penyelewengan yang dilakukan Azmin membabitkan wang rakyat pula semakin dilihat sebagai 'penipu' apabila tiada tindakan tegas di ambil ke atas Azmin. Pimpinan PKR sendiri tidak mengambil langkah serius menjelaskan mengenai pembongkaran skandal yang didedahkan beliau. 

Langkah PKR yang berdiam diri hanya menampakkan Bard mempunyai kepentingan peribadi dalam parti apabila terus menyerang Naib Presiden PKR itu. Tiada ulasan daripada pimpinan tertinggi PKR semakin jelas tidak memihak kepada Bard walau beliau mengemukakan bukti mengenai pembaziran wang rakyat yang telah dilakukan Menteri Besar Selangor terutama wang rakyat yang dilaburkan dalam projek Gerbang Selangor.

Namun demikian, Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa mengenali individu yang menjadi pembiaya kos baik pulih Gerbang yang memisahkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Rafizi yang enggan di rakam perbualannya menyatakan beliau tidak faham mengapa Azmin tidak berani mendedahkan identiti penderma tersebut sedangkan kerajaan Selangor membuat keputusan membayar kontraktor yang mendapat tender berkenaan menggunakan wang rakyat sebelum mendapat kembali 'derma' yang dijanjikan.

Syarikat yang memenangi tender projek Gerbang Selangor juga menimbulkan tandatanya kepada netizen Selangor mengapa hanya Azmin dan seorang Exco dari PAS yang meluluskan pemberian tender kepada syarikat terbabit dan bukannya melalui tender terbuka dan telus. Adakah Azmin ada menerima 'sumbangan' bagi kelulusan tender 'Gerbang Selangor'?

Rafizi yang tidak berani mengulas mengenai skandal yang dibangkitkan Bard pula seolah bersetuju dengan pembaziran wang rakyat Selangor yang telah dilakukan PKR Selangor sepanjang memerintah. Mengapa Rafizi agak berat sebelah apabila membabitkan PKR? Wan Azizah yang juga Presiden PKR tidak memberi ulasan mengenai perkara yang dilakukan Azmin berkaitan wang rakyat dalam projek 'Gerbang Selangor' tetapi beliau hanya menyerang Umno berkaitan isu 1MDB. Malah Azizah juga tidak berani mempersoalkan tindakan Democratic Action Party (DAP) yang didakwa menerima dana daripada Israel sebanyak RM1.2 billion.

Adakah Azizah bersetuju dengan tindakan DAP yang dikatakan akan memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai hadiah kepada pihak Israel sekiranya berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional? Dakwaan mengenai DAP telah dilakukan bekas ahli DAP sendiri, Mohammad Razali dan hingga kini DAP tidak berani menagmbil langkah menyaman beliau bagi membuktikan dakwaan Razali hanya fitnah.

Ahli Parlimen Pandan yang pernah ditahan reman pihak berkuasa berkaitan kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah mula memikirkan cara untuk menjatuhkan Azmin sebagai MB Selangor. Rahsia Azmin berkaitan Gerbang Selangor menjadi 'peluru' baginya mendedahkan kepincangan Azmin dalam mentadbir Selangor dan penyelewengan yang dilakaukan sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Rakyat Selangor yang mahu mengetahui identiti 'penderma' yang dimaksudkan Azmin pastinya akan mendesak MB dan Rafizi perlu tersebut menjelaskan mengapa kerajaan Selangor mendahulukan pembayaran kos Gerbang kepada kontraktor jika penderma telah berjanji akan membiayai sepenuhnya.

Adakah Azmin akan tunduk dengan desakan rakyat Selangor? Atau Azmin akan akur dengan kehendak Rafizi yang mendakwa mengenali identiti 'penderma' terbabit?

Mengapa Azmin begitu merahsiakan identiti sebenar penderma 'Gerbang Selangor'? Mengapa Rafizi enggan mendedahkan lebih awal mengenai skandal tersebut dan memilih Kuala Kangsar sebagai platfom untuk membuat pendedahan eksklusif itu?

Benarkah Azmin menerima 'habuan' bagi kelulusan tender berkenaan? Jika benar, Pakatan Harapan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin kerana menyalahguna kuasa beliau sebagai MB Selangor untuk mengaut keuntungan bagi poket sendiri kerana mereka sering mendakwa Pakatan Harapan akan telus dan bertindak tegas kepada sesiapa sahaja termasuk dari Pakatan sendiri.

Wednesday, 8 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - PAN HANYA 'KHADAM' DAP UNTUK KUASAI MELAYU?






SIAPA PAN SEBENARNYA? SEKADAR 'KHADAM' DAP ATAU BALAS DENDAM TERHADAP PAS?


Parti Amanah Negara (PAN) tidak sampai setahun ditubuhkan namun nafsu mereka untuk berkuasa sangat meluap luap untuk membalas dendam terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang selama ini membayangi beberapa individu dalam PAN.

Setelah berjaya mempengaruhi sekutu lain dalam Pakatan Harapan untuk menyingkirkan PAS dari sebarang bentuk kerjasama atas alasan tiada persefahaman dapat dilaksanakan, PAN kini semakin melebarkan pengaruh kepada ahli PAS untuk meninggalkan parti itu dan menyertai PAN.

Kedudukan PAN dalam Pakatan Harapan telah menimbulkan konflik dalam pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merupakan contoh terbaik ketamakan PAN untuk berkuasa. PAN berjaya mempengaruhi beberapa individu yang mempunyai kedudukan dalam senarai Exco Selangor kini dalam proses melobi Azmin agar menyingkirkan wakil PAS daripada terus berada bersama dalam Kerajaan Negeri, namun hakikatnya PAN lupa bahawa beberapa individu tersebut memenangi kerusi atas tiket PAS dan kemudiannya menjadi 'katak' apabila menyertai PAN.

PAN yang berminat merebut kerusi P067 Kuala Kangsar meletakkan calon yang mereka katakan sebagai anak tempatan namun hakikat sebenarnya Ahmad Termizi Ramli hanya 'balik kampung' apabila raya dan beliau bukan pengundi Parlimen Kuala Kangsar. Pemilihan Termizi juga kerana kedudukan gelaran beliau sebagai Professor tetapi itu bukan jaminan PAN akan menjadi wakil yang baik untuk rakyat Kuala Kangsar.

Sikap bermuka PAN apabila berhadapan dengan pengundi sudah diketahui dengan perangai Presiden PAN sendiri yang satu ketika dahulu berada dalam pimpinan tertinggi PAS namun kerana 'GILA KUASA' kini beliau meludah seluruh pimpinan PAS. Hakikat itu tidak mampu dinafikan PAN sendiri kerana kebanyakan mereka merupakan bekas ahli PAS yang kini beralih 'kiblat' demi kelangsungan politik Presiden PAN yang mahu menjadi 'KHADAM' DAP bagi memastikan 'DANA POLITIK' PAN sentiasa penuh.

Sesungguhnya PAN tidak berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat Kuala kangsar tetapi pembabitan mereka dalam PRK kali ini lebih kepada mahu membenam imej PAS yang masih kuat dalam kalangan ahli PAS tegar. Bagi mereka jika mahu memastikan kedudukan Presiden serta 'TUAN KHADAM' kekal kuat maka pengaruh PAS perlu dihapuskan kerana PAS hanya memperjuangkan politik penubuhan negara Islam dan perkara tersebut tidak digemari DAP selaku 'TUAN KHADAM'.

Apa sebenar matlamat PAN dalam PRK Kuala Kangsar selain dari menghasut rakyat? Mereka tidak mampu menawarkan pembangunan kepada pengundi jauh sekali memberi keselesaaan seperti apa yang telah Barisan Nasional lakukan selama ini. Malah, calon PAN sendiri tidak tahu hala tuju sebenar PAN di Kuala kangsar kerana beliau tidak memahami sosio politik setempat. Latar belakang yang tidak menampakkan pengalaman berpolitik calon PAN turut menimbulkan persoalan kepada netizen Kuala Kangsar.

Adakah calon PAN tahu sebenarnya beliau hanya dipergunakan sebagai medium untuk perpecahan dan pelbagai agenda tersembunyi yang cuba di bawa DAP secara senyap senyap? Secara jujur, penulis tidak tahu apa tujuan PAN ditubuhkan dan apa kekuatan PAN dalam politik Malaysia. Hanya bersandarkan kekuatan 'MAKI HAMUN' stail Mat Sabu atau cara kempen agresif seliaan DAP yang mahu ditonjolkan?

Ternyata PAN sebenarnya hanya 'buah catur' DAP dalam mencari pengaruh di kalangan ekstrimis Melayu yang selama ini di kuasai PAS. Mereka tidak berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk DAP dan agenda tersembunyi DAP.

Rakyat Kuala Kangsar mempunyai 'KUASA' untuk menghukum PAN sepertimana rakyat Sarawak lakukan terhadap PAN pada 18 Jun 2016. Mengapa mahu membiarkan 'KHADAM' DAP ini berkuasa?

PRK KUALA KANGSAR - ZAHID INGATKAN PEMIMPIN JANGAN 'TONGKAT' LANGIT



"INGAT...KALAU TIDAK KENA KEPADA KITA, MUNGKIN ANAK ANAK KITA JADI MANGSA"


Lawatan kempen yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di PDM Ulu Kenas pada 7 Jun 2016 membangkitkan semangat jentera Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar.

Menyampaikan amanat kepada jentera BN, Zahid mahu semua pihak melupakan perasaan kecil hati dan kekecewaan yang terjadi sebelum penamaan calon dan membantu parti untuk mengekalkan kerusi BN di Kuala Kangsar. Beliau juga menerangkan pemilihan Mastura sebagai wakil BN merupakan pilihan tepat setelah segala pertimbangan di ambil kira oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pemimpin tertinggi Umno lain.

Dalam nada tegas, Zahid juga mengingatkan agar pengundi memilih parti yang berkaliber bagi memastikan pembangunan Kuala Kangsar dapat diteruskan di bawah pentadbiran BN. Beliau juga mengajak seluruh jentera menginsafi bahawa kedudukan dalam politik tidak semestinya kekal dan bila sampai masa pemimpin akan berundur dan kedudukan itu perlu digantikan dengan pelapis berkredibiliti.

Dengan nada tegas Zahid menyampaikan pesanan itu kepada seluruh jentera BN dan peringatan kepada pemimpin yang masih enggan menerima hakikat calon yang diletakkan dalam PRK Kuala Kangsar merupakan yang terbaik untuk pengundi.

TPM juga mahu jentera parti dari seluruh komponen BN membantu untuk kemenangan kali ini. Sokongan dari komponen perlu diterjemahkan dengan peningkatan sokongan dari kaum lain dan ini pasti akan menjadi satu sejarah kemenangan yang paling bermakna dalam kempen PRK yang boleh di kategorikan unik.

Tuesday, 7 June 2016

Video Sokongan Penuh Kepada BN - Pengundi Tidak Kenal Calon Pembangkang Kuala Kangsar




CALON PEMBANGKANG HANYA ORANG LUAR YANG TIDAK AKAN MEMBERI KHIDMAT KEPADA KUALA KANGSAR

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional di P067 Kuala Kangsar semakin meningkat berikutan gerakan kuat atas kerjasama semua peringkat parti dalam siri kempen pilihanraya selepas penamaan calon pada 5 Jun 2016. Ternyata pengundi semakin 'bijak' menilai pihak mana yang sentiasa membela nasib mereka selama ini dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Kuala Kangsar.

Dalam satu temuramah dengan seorang pengundi yang dilakukan, Encik Shamsudin menyatakan kebanyakan pengundi tidak mengenali calon pembangkang terutama dari Parti Amanah Negara (PAN) walau dikatakan anak tempatan manakala calon PAS pula dinasihatkan agar 'melihat' cermin berikutan pernah kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.

Ternyata calon pembangkang tidak digemari oleh kebanyakan pengundi Kuala Kangsar dan seharusnya gelombang sokongan rakyat memihak kepada BN. Kerja keras tetap perlu dijalankan oleh jentera Pilihanraya Kuala Kangsar untuk memastikan kemenangan besar kepada BN.


PAS BERLAKON DEMI UNDI - DAP BERJAYA 'BODOHKAN' SEKUTU POLITIK


PAS BERLAKON BERMUSUH DENGAN PAKATAN HARAPAN DEMI KEDUDUKAN POLITIK?



Seakan memberi peringatan kepada PAN, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, Pas akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

"PAN perlu ingat, Pas, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya PAN," -
Iskandar.

Penjelasan Iskandar ini berikutan desas desus PAN akan desak pakatan baru, pakatan harapan di Selangor agar 'membuang' PAS dari struktur pentadbiran negeri Selangor selepas PRK di Sg Besar nanti.

Malangnya, ahli PAS sudah dapat membaca maksud tersirat Iskandar yang sememangnya diketahui sentiasa 'tidak selari' dengan PAS Pusat. Kebanyakan kenyataan Iskandar sejak tertubuhnya pakatan baru pembangkang lebih kepada 'berbau PAN'. Mungkin menunggu habisiddah baiah cerai talaq 3 sebagai wakil rakyat PAS?

Desakan PAN ini sebagai hukuman di atas kedegilan PAS yang dilihat degil bertanding dan tidak memberi laluan kepada PAN di sini.

Malah penjelasan Iskandar itu juga berhubung dengan khabar angin mengatakan EXCO Pas perlu meletak jawatan dan digantikan dengan PAN sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi Pas dalam PRK nanti.


Calon PAN Dan Keluarganya Dapat Banyak Manfaat Dari BN


Tiga anggota exco Pas Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Namun yang jelas, kedudukan Azmin Ali bakal ditentukan oleh keputusan pilihanraya kecil parlimen ini. Azmin jelas menghantar isyarat kepada PAS bahawa PKR menyokong parti PAN.

Kehadiran Azmin dan berpeluk mesra dengan Presiden PAN Mat Sabu jelas sebagai signal betapa PAS bakal dibuang di Selangor walaupun Iskandar yang dilihat pro pakatan harapan.

Walaupun begitu, Azmin dilihat sudah terlambat. Adengan peluk Mat Sabu yang dianggap wira baru pakatan harapan tidak mampu mengubah betapa sakit hatinya PAN di atas kegagalan Azmin menhalang PAS bertanding.

Jelas, perjuangan PAS, PKR, PAN dan DAP hanya berkisar tentang kuasa dan harta. "Rakyat" hanyalah ayat gula-gula untuk kekalkan poket dan kuasa mereka sahaja. Selama hampir 2 penggal, apa wakil rakyat Pakatan pembangkang buat untuk rakyat Selangor.

Datanglah ke Sg Besar dan anda akan lihat betapa teruknya infrastruktur di sini. Nampak sangat Azmin dan Exco PAS serta DAP gagal menjaga warga Sg Besar.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Rekod Cemerlang BN Di Kuala Kangsar - Pembangkang Tidak Mampu Nafikan





Rekod cemerlang wakil Barisan Nasional di Kuala Kangsar tidak dapat di sangkal oleh mana mana calon pembangkang yang berhasrat merebut kerusi tersebut dari BN. Allahyarham Dato Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak telah berjaya membuktikan kepada rakyat Kuala Kangsar bahawa BN merupakan satu satunya parti yang benar benar membantu pengundi dan ini terbukti dengan pencapaian cemerlang yang dilakukan sepanjang Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Menariknya jasa jasa Allahyarham kini menjadi inspirasi kepada calon BN yang bertanding bagi kerusi P067 demi memastikan perjuangan Allahyarham tidak terhenti. Mastura Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi menentang 3 lagi pencabar beliau pastinya tidak mahu rakyat Kuala Kangsar tersilap memilih wakil yang akhirnya tidak mempedulikan nasib rakyat tetapi hanya mencari keuntungan politik pembangkang.

Melalui tinjauan yang dilakukan, pengundi di Kuala Kangsar memberi sokongan penuh kepada Mastura dan mereka turut menyampaikan hasrat membantu kempen BN. Mereka turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN dan mahu memastikan calon BN memenangi kerusi tersebut bagi meneruskan agenda BN yang belum terlaksana di Kuala Kangsar.

Pencabar bagi kerusi P067 dari kalangan pembangkang pastinya tidak mampu menandingi keikhlasan BN yang mengutamakan keperluan rakyat sekaligus menafikan cerita cerita dari pihak pembangkang mengenai pencapaian BN. Malah wakil PAS yang telah bertanding sebanyak 3 kali di Dun Bota dan kalah belum tentu dapat menyaingi rekod BN apatah lagi calon muka baru arena politik negara dari PAN.

Pembangkang yang tidak mempunyai isu tempatan untuk diketengahkan dalam kempen mereka sudah tentu akan hanya membawa isu lapuk yang telah berulang kali dimainkan di peringkat nasional. Ini tidak akan menarik minat pengundi kerana mereka mahukan seorang wakil rakyat yang memahami isu isu tempatan dan mencari jalan untuk meyelesaikan segala permaslahan berbangkit.

Hanya berharap kepada pemimpin atasan parti, pembangkang dijangkakan akan cuba mengelirukan rakyat dengan perkara yang sudah terjawap dan modus operandi ini tidak akan di terima oleh masyarakat Kuala Kangsar. 

Pastinya pengundi Kuala Kangsar akan memilih parti yang mempunyai kredibiliti tinggi dan mampu menjamin kesejahteraan rakyat di masa akan datang.

Barisan Nasional tetap di hati pengundi Kuala Kangsar. Keyakinan rakyat Kuala Kangsar terhadap Barisan Nasional tidak mampu di sangkal oleh pembangkang.




Monday, 6 June 2016

Siapa Biayai PAN Dalam PRK - DAP Atau PKR?







UMPAMA KHADAM DENGAN TUAN BESAR - GUAN ENG BERPELUK TUBUH, RAFIZI DAN NIZAR MACAM KULI BATAK


Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding dalam dua Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata semakin menjadi sebuah parti jelmaan kepada ideologi Democratic Action Party (DAP). Dengan tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk berkempen, PAN tetap berkeras meletakkan calon mereka bagi merebut kekosongan kerusi Parlimen.

Persoalan yang paling ketara ditimbulkan netizen ialah dari mana datangnya dana kewangan PAN untuk kempen kali ini sedangkan parti tersebut belum setahun ditubuhkan. Ramai memandang PAN di naungi oleh DAP setelah mereka berjaya mengusir Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari gabungan parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

DAP yang sememangnya tidak menyenangi pendirian PAS telah berjaya meletakkan beberapa individu dalam PAS bagi merobek kekuatan PAS dari dalam dan perkara ini berjaya dilaksanakan. Selepas kekalahan beberapa individu di dalam Muktamar PAS, mereka yang selama ini menjadi 'MUSANG' dalam PAS memulakan langkah meninggalkan parti tersebut dan menubuhkan sebuah parti yang mampu menyaingi PAS dengan pengaruh beberapa 'Ulama' yang dikatakan sangat tinggi ilmunya berbanding golongan Ulama' PAS.

Namun demikian, PAN yang masih baru dalam politik perdana tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh telah mengorak langkah apabila bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada Mei lepas. Perebutan kerusi dalam Pakatan Pembangkang menyaksikan PAN kalah teruk di setiap kerusi yang mereka tandingi dan ada calon mereka yang hilang wang deposit.

DAP yang dikatakan menjadi 'Tulang Belakang' kepada PAN sangat menyayangi parti itu kerana baginya hanya PAN mampu membantu Pakatan Harapan memecah undi kaum Melayu Islam secara efisien malah lebih baik dari PAS. Sikap PAN yang lebih liberal menjadi pilihan DAP untuk meletakkan kepercayaan kepada Presiden PAN seterusnya membantu PAN bila mereka memerlukan.

Ternyata perlaburan DAP sangat berjaya apabila mereka tidak perlu bersusah payah untuk bertanding dalam PRK kali ini kerana mempunyai wakil secara tidak langsung bagi mengalahkan BN dan PAS yang merupakan antara parti terbesar kaum Melayu Islam. 

Siapa yang membiayai kewangan PAN selama ini? Benarkah DAP menyalurkan peruntukan kepada PAN bagi memastikan agenda perpecahan kaum Melayu Islam berjaya mereka laksanakan bagi memudahkan perjalanan politi Pakatan Harapan? Mat Sabu mesti menjawap persoalan ini dengan tulus jika mereka tidak menerima dana dari mana mana pihak dan menunjukkan kredibiliti parti itu.

Perpecahan yang sememngnya dinantikan DAP bagi memastikan kaum Melayu Islam lemah dalam ikatan persaudaraan telah berjaya dilakukan PAN secara tidak langsung. Inilah kejayaan DAP dalam mempengaruhi sekutu politiknya. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih mudah untuk dipengaruhi DAP kerana persefahaman mereka telah lama terjalin walau tidak sependapat dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan harapan berjaya menawan Putrajaya.

Rakyat perlu sedar bahawa Pakatan Harapan hanyalah mahu menggunakan 'suara rakyat' bagi kepentingan politik dan bukan mahu membangunkan negara sebagaimana menifesto mereka setiap kali pilihanraya. Cukuplah rakyat tertipu dengan segala janji manis pembangkang dan kembali menyokong BN yang ternyata lebih mengutamakan kepentingan rakyat dalam memacu ke arah Malaysia yang lebih baik. 

Sunday, 5 June 2016

4 Penjuru PRK P067 Kuala Kangsar - PAS, PAN Letak Orang Luar Kerana Ketandusan Calon Berkaliber



PEMBANGKANG KETANDUSAN CALON BERKALIBER, BAWA CALON LUAR MENANDINGI BN



Penamaan calon bagi kerusi P067 Kuala Kangsar yang telah berlangsung jam 11 pagi menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi merebut kerusi tersebut. Sejumlah penyokong bagi parti bertanding mula berkumpul di tempat yang telah dikhaskan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan pujian harus diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras memastikan kelancaran trafik di bandar DiRaja Perak.

Senarai calon yang bertanding merebut kerusi P067 Kuala Kangsar.

  • Datin Mastura Yazid -Barisan Nasional
  • Izat Bukhary Ismail Bukhary - Bebas
  • Najihatussalehah Ahmad - PAS
  • Ahmad Temizi Ramli - PAN
Pertembungan 4 penjuru ini menyaksikan seorang calon bebas telah ditolak pencalonannya kerana pencadang dan penyokong tidak menghadirkan diri.

Menariknya Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar bakal mempertaruhkan Mastura Yazid sebagai calon yang telah bermastautin selama hampir 27 tahun dan telah mengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar sejak menetap di sini, manakala pencabar dari pembangkang pula tidak pernah mengundi dalam kawasan yang ditandingi.


Percaturan BN meletakkan Mastura Yazid pula dianggap sebagai langkah tepat bagi meneruskan kerja kerja yang telah dimulakan Allahyarham Dato Khair-ill sebelum ini. Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau telah banyak merancang serta membantu pembangunan Kuala Kangsar dan rata rata penyokong BN mahu Mastura meneruskan usaha Khair-ill sebelum ini.

Bagi pemimpin kaum Cina di Kuala Kangsar mereka berpendapat Mastura akan menjadi pemimpin yang baik setanding Khair-ll. Menyatakan sokongan serta janji MCA Perak akan membantu kempen PRK bagi memastikan 24% kaum Cina memilih BN. Turut memberi sokongan penuh adalah IPF Bersatu, MIC, PPP serta Kimma Perak yang hadir semasa penamaan calon.

Dalam pada itu, calon dari PAS dan PAN yang tidak akan mengundi pada 18 Jun 2016 ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan mengelirukan rakyat Kuala Kangsar dan tidak berminat membela nasib pengundi. Atas kepentingan politik parti, pembangkang yang meletakkan calon luar dari Kuala Kangsar sebenarnya tidak mampu menjadi wakil yang baik bagi rakyat Kuala Kangsar.

Pengundi perlu disedarkan percaturan pembangkang yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat apabila meletakkan calon yang sememangnya tidak akan berada di Kuala Kangsar serta tidak bermastautin di dalam kawasan.

Dr Najihah dari PAS merupakan pengundi Dun Bota, Parlimen Parit manakala Ahmad Termizi Ramli pula merupakan pengundi Dun Kota Anggerik, Parlimen Shah Alam. Bagaimana mereka mahu meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dalam Parlimen jika mereka sendiri tidak tahu sosio politik dan kehidupan rakyat Kuala Kangsar? Ini pasti akan menimbulkan masalah kepada rakyat Kuala Kangsar jika mereka memilih pembangkang sebagai wakil dan akhirnya pengundi akan merana sendiri apabila setiap kali memerlukan wakil rakyat, mereka tidak berada dalam kawasan.

Perkara ini telah terjadi di Parlimen Raub di mana wakil DAP yang memenangi kerusi tersebut tidak menjenguk rakyat dalam kawasan dan hanya akan memunculkan diri untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebolehnya rakyat Kuala Kangsar disedarkan dengan retorik pembangkang yang hanya melaungkan slogan 'Demi Rakyat' tetapi hakikat sebenarnya mereka memper'BODOH'kan rakyat.


Lagu 'Inilah Barisan Kita' Menguasai Suasana Penamaan Calon P067 Kuala Kangsar



Nyanyian lagu Inilah Barisan Kita berkumandang menaikkan semangat bagi menyokong calon Barisan Nasional P067 Kuala Kangsar.

Susasana meriah ini jelas menampakkan sokongan akar umbi parti kepada calon yang ditampilkan pucuk pimpinan BN bagi mengekalkan kerusi Kuala Kangsar.

Video dari rakaman Muzaffar Shah.