Friday, 6 January 2017

TANGGANG MODEN MASIH WUJUD - AZMIN DI BIDAS ADIKNYA SENDIRI

Dalam kehidupan sebagai anak kita pastinya akan mementingkan ibu bapa sebelum mereka 'pergi' selamanya. Ikatan antara Ibu dan anak merupakan ikatan yang sangat tinggi nilainya kerana selama 9 bulan Ibu membawa janin di dalam perut dan bayi tersebut makan apa sahaja yang di jamah ibunya selama berada dalam kandungan. Hubungan kuat ini tidak terhenti walau selepas dilahirkan dengan mempertaruhkan nyawa bagi memastikan bayi selamat dan sebagai anak pengorbanan ini tidak ternilai dengan wang ringgit atau pun harta.

Namun demikian bukan semua anak akan mengutamakan kedua Ibu Bapa seperti mitos Si Tanggang yang membuang ibunya selepas menjadi terkenal dan berkuasa. Kisah mitos ini seakan menjadi realiti di masa sekarang dan telah ramai ibu bapa yang menghadapi masalah Si Tanggang.

Azmin Ali merupakan seorang ahli politik yang boleh dikatakan berjaya dengan kedudukannya sekarang sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau mempunyai kuasa mentadbir Selangor dan boleh dikatakan pengaruhnya meluas bukan sahaja dalam Selangor tetapi seluruh negara yang 'terpesona' dengan ucapan serta tohmahan yang sering beliau lemparkan terhadap kerajaan BN.

Begitupun berkuasa dan berpengaruh kehidupan beliau sebagai anak kepada seorang ibu tidaklah seperti kisah Bangsawan yang prihatin kepada Ibu Bapa. Ummi Hafilda telah menaikmuat status dalam facebook peribadinya bercerita memgenai kepincangan Azmin serta kelalaian beliau kepada ibunya sendiri.

Dalam kenyataan Ummi, beliau secara jelas mengkritik abangnya yang lebih mengejar sambutan Tahun Baru di London dan mengabaikan kebajikan ibunya sendiri malah Ummni menjelaskan segala yang beliau lakukan demi keselesaan ibunya. Turut mempertikaikan sifat tanggunjawab Azmin, Ummi tanpa berselindung bercerita akan sikap Azmin yang sering berlakon di hadapan rakyat dan hidup berpura pura.

Biarlah mereka yang bergelar anak menilai sejauh mana kebenaran cerita Ummi Hafilda yang menggambarkan abangnya sebagai seorang Tanggang Moden. Apa yang mampu kita lakukan adalah mendoakan agar ibu Ummi Hafilda disembuhkan walau tidak seperti sediakala tetapi lebih selesa dari keadaan sekarang.

Thursday, 5 January 2017

PANAS!!! SKANDAL SALAH LAKU SEKS DALAM PEJABAT SPRM - SIAPAKAH PEGAWAI TERBABIT?





SKANDAL SEKS DI SPRM TERBONGKAR - SIAPAKAH PEGAWAI YANG TERLIBAT?

Dari blog http://www.azmykelanajaya.com/?m=0

Bahri perlu buat pencerahan terhadap laporan portal Malaysia Today ini. 

Saya rasa Tian Chua, Rafizi Ramli dan Tony Pua telah “lost track” pelan perancangan mereka, dan mungkin juga mereka telah kehilangan fokus pada misi utama mereka. Dan kenyataan Rafizi di bawah – ditambah dengan kenyataan oleh Tian Chua dan Tony Pua sejak beberapa hari lalu – memberi gambaran bahawa mereka tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku lagi. 

Apa yang Rafizi katakan (lihat di bawah) hanya lah mengesahkan bahawa Bahri Mohamad Zin adalah agen DAP di SPRM. “Jika mereka menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, ianya merupakan satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri pula,” kata Rafizi.

Apakah yang Rafizi maksudkan dengan bermoral? Adakah Rafizi berkata bahawa Bahri bukan pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan kakitangannya, seorang wanita yang sudah berkahwin, di pejabat? Jika ianya bukan Bahri maka siapakah pegawai tersebut? Dan jika Bahri tidak mendedahkan siapakah pegawai itu bagaimana mungkin beliau seorang yang bermoral dengan menutup jenayah? Dan jika pegawai tersebut adalah Bahri maka bagaimana mungkin beliau boleh menjadi bermoral?

Oleh yang demikian Rafizi, Jika pegawai tersebut bukan Bahri maka perjelaskanlah dan beritahu kami siapa pegawai tersebut memandangkan berjuta-juta rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu nama pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di atas meja pejabatnya. 

Adakah Rafizi juga berkata bahawa Bahri tidak terlibat dalam menutup pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed? Sekarang, ingat, Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh. Dan Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa SPRM telah menutup pembunuhan ini. 

Jadi, mereka telah dibunuh dan SPRM menutup kes pembunuhan itu. Mungkin ini bermaksud bahawa ada orang yang sangat kanan dalam SPRM terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup pembunuhan ini. Dan Bahri adalah pegawai yang sangat kanan dalam SPRM. 

Jadi, sama ada Bahri terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup kes pembunuhan itu. Dan jika dia tidak terlibat dalam pembunuhan atau menutup pembunuhan, memandangkan dia sangat kanan dalam SPRM, maka beliau akan tahu siapa yang terlibat. 

Oleh itu, bagaimana pula Bahri boleh menjadi pegawai SPRM yang bermoral? Mungkinkah seorang pegawai SPRM yang sangat bermoral menutup dua pembunuhan? Seorang pegawai SPRM yang bermoral akan mendedahkan penjenayah dan memastikan mereka dipenjarakan. Seorang pegawai SPRM yang bermoral tidak akan membantu pembunuh terlepas daripada hukuman. 

Dan bagaimana pula dengan kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Apakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mengaku bahawa SPRM, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Dan adakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mendedahkan bahawa Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff telah dibunuh kerana mereka mahu untuk menutup fakta bahawa syarikat penerbangan nasional, MAS, hilang RM8 bilion untuk menampung RM30 bilion kerugian Forex dan juga untuk menutup fakta bahawa KPN mempunyai hubungan dengan kongsi gelap Cina, perjudian, pelacuran, dadah dan sindiket Ah Long? 

Ya, Rafizi, kita memerlukan Bahri yang bermoral untuk menyatakan kebenaran dan mendedahkan fakta-fakta tentang semua jenayah-jenayah ini. Dia tidak boleh menjadi bermoral jika dia hanya cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menutup semua jenayah lain yang lebih serius. 

Tuduhan jenayah yang melibatkan RM2.6 bilion adalah masalah besar untuk anda. RM8 bilion MAS dan RM30 bilion kerugian Forex (yang digabungkan bernilai RM70 bilion hari ini) bukan pula masalah besar. Dan ia menjadikan Bahri seseorang yang bermoral. 

Biar saya terangkan perkara ini dengan lebih jelas. Bahri seorang yang sangat bermoral kerana dia cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dia tidak perlu mendedahkan pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff kerana ianya tidak melibatkan proses untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 

Jadi, jika dia berdiam diri mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff, ianya tidak menjadikan Bahri kurang bermoral selagi dia memberi tumpuan kepada menjatuhkan Perdana Menteri. 

Ya, ini adalah Rafizi yang merancang Langkah Kajang tetapi menafikan bahawa Langkah Kajang itu bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dan ini adalah Rafizi yang berkata bahawa Khalid perlu diganti kerana beliau rasuah dan kemudian Saifuddin Nasution terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Khalid untuk semua tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya. 

Lebih baik Rafizi tutup mulut sebelum saya buat sesuatu. Saya sangat malu kerana pernah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin akan datang. Beliau adalah salah satu sebab saya berpaling menentang Pakatan Rakyat. Rafizi telah membuktikan bahawa beliau hanyalah “pariah” politik. Adakah ini pelajar terbaik yang MCKK keluarkan? Memalukan! 


*****************************************
Rafizi mempertahankan agen DAP dalam SPRM 

(Malaysiakini) – Serangan terhadap Pengarah Khas Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli beri amaran. 

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM. 

“Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa alat-alat propaganda. 

“Ia sering melibatkan cerita yang direka untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. 

Ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka ianya boleh diterima apabila mereka menjadi perhatian masyarakat, beliau berkata, tetapi ianya amat membimbangkan apabila serangan kini tertumpu kepada Bahri. 

“Ancaman terhadap pegawai-pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan,” katanya. 

Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menjatuhkan apa sahaja atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB. 

Rafizi menasihatkan alat-alat propaganda bahawa “tidak ada jumlah spin” boleh memperbetulkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi yang diberikan dengan menutup kes terhadap Perdana Menteri. 

“Lebih buruk lagi, jika mereka masih cuba menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, iaitu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri mereka sendiri,” katanya.

SUMBER TERJEMAHAN KLIK : SINI

SUMBER BERITA KLIK : SINI

PKR SELANGOR AKAN TERIMA PADAH PADA PRU14 - KONTROVERSI MEWARNAI PEMERINTAHAN AZMIN ALI


KONTROVERSI DEMI KONTROVERSI MELANDA AZMIN ALI - PKR BAKAL HILANG KUASA DI SELANGOR PADA PRU14?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mendesak kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan samarata antara negeri negeri sepatutnya memandang serius jumlah hutang Selangor kepada Pusat yang mencecah RM1.32 billion. Jumlah tersebut dibentangkan oleh Kementerian Kewangan menjawap soalan Teresa Kok (Adun Seputeh) dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 15 Mac 2016.

Kementerian Kewangan menjawap soalan Teresa Kok yang mahukan penjelasan berkenaan jumlah hutang kerajaan negeri yang masih belum di bayar kepada Putrajaya.

Jumlah hutang kerajaan negeri Selangor yang agak tinggi tidak menunjukkan peningkatan pengurusan ekonomi yang lebih baik oleh PKR yang memerintah Selangor sejak 2008. Azmin yang mengambil alih kerusi MB dari Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya tidak mampu melangsaikan hutang berkenaan berikutan belanjawan negeri Selangor yang mencatatkan defisit berjumlah RM2.42 billion pada 2015.

Azmin mendakwa Selangor menjadi penyumbang satu perempat dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mahu kerajaan Persekutuan mengagihkan hasil pendapatan negara samarata kepada Selangor sepatutnya mempertimbangkan dahulu apa sumbangan PKR dan Pakatan Harapan terhadap ekonomi negara. Dengan skandal menghiasi pentadbiran Pakatan di Selangor, Azmin sewajarnya meningkatkan pencapaian ekonomi Selangor dan berusaha membayar semua tunggakan hutang negeri kepada Putrajaya.

BACA : SINI

Walau Azmin membentangkan ‘Bajet Smart Selangor’ berjumlah RM2.88 billion untuk tahun 2016, berlaku terlalu banyak ketirisan wang rakyat dalam perlaksanaannya. Dengan projek ‘hilang akal’ Azmin mengecat pintu gerbang Selangor bernilai RM9.8 juta dengan dakwaan dibiayai penderma, skandal balak Selangor turut menduduki carta pembaziran wang rakyat malah isu pembaziran Azmin yang membuat projek pengubahsuaian kubah masjid negeri Selangor turut mencuri perhatian rakyat namun begitu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) hanya menutup mata dalam pendedahan yang dibongkar oleh aktivis PKR sendiri iaitu Chegu Bard.

BACA : SINI

Siapakah sebenarnya ‘penderma’ bagi membiayai kos projek Gerbang Selangor? Mungkinkah Rafizi mengenali identiti individu tersebut dan enggan mendedahkannya kerana wang yang digunakan oleh kerajaan Selangor bagi mendahulukan bayaran kepada kontraktor bukan wang rakyat? Sehingga hari ini identiti penderma untuk projek berkenaan masih dirahsiakan oleh Azmin dan hasil dari projek berkenaan dipersoalkan kebanyakan rakyat Selangor yang tidak percaya dengan belanja sebanyak RM9.8 juta dengan hasil kerja yang ditunjukkan. Adakah Azmin cukup berani membentangkan segala kos sebenar keseluruhan projek berkenaan kepada umum?

Ketirisan ini merupakan antara penyumbang mengapa Selangor tidak mampu membayar hutang negeri kepada Persekutuan malah Azmin mendakwa Selangor mencatatkan peningkatan pelaburan bernilai RM7.96 billion pada 2015 berbanding RM 7.04 billion pada 2014. Peningkatan RM0.92 billion ini sepatutnya membolehkan kerajaan Selangor menerima hasil kutipan cukai yang agak lumayan namun Azmin hanya berbangga dengan angka dan tidak pada praktikalnya.

Kemana sebenarnya hasil kerajaan negeri dibelanjakan Azmin sepanjang beliau mentadbir Selangor? Infrastruktur jalanraya Selangor menjadi igauan pemandu yang berulang alik di negeri tersebut masih pada takuk lama malah menjadi semakin kritikal apabila tiada tindakan proaktif dari kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan. Dengan hanya membelanjakan peruntukan MARRIS bernilai RM600 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan, Selangor sendiri tidak memperuntukan sejumlah bajet untuk membaik pulih jalanraya yang rosak tetapi menumpukan kepada projek yang boleh mendatangkan laba buat kantung PKR.

Rakyat Selangor seharusnya membuka mata mereka atas pembaziran wang yang dilakukan Azmin dan Pakatan Harapan di Selangor. Bagaimana kerajaan Selangor boleh terhutang dengan Pusat jika Azmin mendakwa Selangor menyumbang satu perempat dari KDNK? Bagaimana pula dengan dakwaan Bard mengenai pembaziran wang rakyat yang dilakukan Azmin? Malah identiti penderma projek gerbang Selangor tidak mampu didedahkan Azmin dan kerajaan negeri mendahulukan perbelanjaan kos projek berkenaan.

BACA : SINI

Terlalu banyak persoalan yang timbul mengenai ketelusan PKR dan Pakatan Harapan sejak mengambil alih pemerintahan namun rakyat akan diberikan ‘gula gula’ bagi mengalih perhatian kepada isu yang timbul. Malah hingga kini kebanyakan dari janji Pakatan Rakyat dan PKR di Selangor semasa Pru13 tidak ditunaikan.

Krisis bekalan air turut mewarnai pentadbiran Azmin hingga memaksa Jamal Yunus membuat kejutan kepada MB Selangor dengan bertuala untuk menumpang mandi di bangunan SUK Selangor dan ini sebenarnya menefestasi kesengsaraan rakyat Selangor selama berada ddi bawah pentadbiran Azmin. Rakyat Selangor perlu membuka mata mereka kerana tiada janji PKR yang ditepati oleh kerajaan Pakatan Harapan walau mereka menjanjikan 'bulan bintang' sewaktu mahu memikat undi.


Pihak berwajib pula dikatakan seperti enggan menyiasat semua laporan terhadap penyelewengan yang dilakukan Azmin dan Pakatan Harapan atas alasan yang tidak logik. Benarkah ada 'hubungan istimewa' antara mereka kerana rakyat sudah mula berbisik sesama mereka mengenai ketelusan siasatan yang melibatkan kerajan Pakatan Harapan terutama PKR Selangor? Bukan sedikit perkara melibatkan perlakuan meragukan oleh PKR Selangor yang masih belum di ambil tindakan sewajarnya dan ini yang di persoalkan netizen Selangor sendiri.

BACA : SINI

Hari ini pada tahun 2017, PKR Selangor sekali lagi seperti cuba mengutip wang rakyat Selangor secara halus apabila mengenakan bayaran sebanyak RM0.20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang di minta oleh pembeli di mana mana hypermarket serta supermarket di Selangor. Persoalan yang timbul kemana sebenarnya wang tersebut akan pergi? Adakah pihak penjual akan mengutip hasil jualan beg plastik tersebut atau ada mekanisme tertentu dalam memastikan setiap sen dari jualan beg plastik akan terus ke akaun kerajaan negeri? 

Imej Azmin selaku Menteri Besar Selangor semakin tercalar dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbirannya termasuk krisis dalaman PKR sendiri bilamana kisah kekayaan pegawai khas kepada salah seorang wakil Parlimen PKR terbongkar. Jadi di manakah intergriti PKR Selangor untuk terus menerajui Selangor hingga ke PRU14? 

ARTIKEL ASAL Baca : SINI


Thursday, 29 December 2016

LUAHAN KECAMAN TERHADAP WAKIL RAKYAT DAP - FIRDAUS AZIMI MAHU RAKYAT MALAYSIA 'HUKUM' DAP






LUAHAN NETIZEN MENGECAM DAP PERAK YANG TIDAK PEDULI NASIB RAKYAT

Democratic Action Party (DAP) yang sering mendakwa membawa suara rakyat sebagai landasan perjuangan hanyalah sekadar retorik yang mereka gunakan setiap kali berkempen kepada rakyat. Sejak menguasai kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen, boleh dikatakan DAP cukup lantang menyuarakan kononnya merekalah pejuang rakyat yang sebenar dan akan mementingkan kebajikan rakyat yang diwakili.

Hakikat sebenar kehidupan pengundi di bawah kawasan DAP hanyalah 'Indah khabar dari rupa' dan sebagai pengundi di kawasan tersebut beliau berkongsi pengalamannya berurusan dengan wakil rakyat DAP di Perak.

Menggunakan nama Firdaus Azimi ll, beliau menceritakan apa yang telah dilalui oleh rakyat di DUN Pasir Berdamar pada 2011 di mana kawasan tersebut di kuasai DAP dan Perak pada ketika itu di terajui YB Nizar Jamaluddin (PAS).

"sejak wujud dun pasir berdamar..hanya sekali BN menang tahun 1995. Sebelum itu dan selepas tu kalah memanjang. Pembangunan harap kerajaan pusat je buat"

"Pengalaman aku berurusan dengan depa ni 2 kali..pertama masa rumah terbakar 2011...selaku seketariat aku uruskan bantuan. Adun dan MP (Dato Mah kalah) nak bagi bantuan. Punyalah gah janji macam macam.Last dia bagi bantuan...tapi bagi kepada 3 mangsa kaum Cina saja, 13 mangsa orang Melayu depa tak bagi. Bagi pun senyap senyap dalam tokong Cina. BN melalui kerajaan negeri bagi rumah ganti dengan tanah lagi pada semua mangsa. SEMUA"

"yang kedua tentang rumah di landa ribut..datang wakil adun..tangkap gambar bagai. Esoknya datang turun dengan Adun..jenguk jenguk lepas itu nanti akan datang balik bawa bantuan katanya tapi leboh (hilang). Last Adun sebelah BN dari DUN Changkat Jong yang selesaikan. Tukar atap dan lantai rumah. Bagi aku Yb DAP ni gah masa berkempen saja. Buat kerja tidak. Kalau bantu pun kaum dia saja. Rasis jangan cakap"

Penulis yang menghubungi Firdaus Azimi meminta penjelasan dari beliau mengenai komen tersebut dan beliau menyatakan itulah sikap sebenar wakil DAP yang pernah menjadi wakil rakyat kawasannya.

Jelas sekali DAP bukanlah sebah parti yang benar benar berkhidmat kepada rakyat tetapi lebih berpolitik demi kepentingan parti dan akhirnya rakyat menjadi mangsa mereka. Jika DAP masih diberikan peluang untuk menguasai parlimen tidak mustahil mereka akan berbuat sesuka hati kepada rakyat yang tidak menyokong perjuangan DAP seperti yang Firdaus nyatakan dalam komen tersebut.

Adakah rakyat akan memberi ruang lagi kepada sebuah parti yang jelas tidak membantu rakyat dalam kesusahan? Apa sebenarnya matlamat DAP untuk menguasai Putrajaya dengan bantuan sekutu dalam Pakatan Harapan? Semoga rakyat dan pengundi memilih parti yang berkemampuan memacu negara ke arah yang lebih baik dan mempunyai rekod cemerlang sepanjang 59 tahun sejak 1957.

Komen Fidaus Azimi ll boleh di baca di SINI





FOTO MIRIP SYED 'DISKO' BUAT AKSI LUCAH TERSEBAR - SIAPA TEKAN BUTANG KUNCI PPBM?



BUTANG 'KUNCI' TELAH DI TEKAN? GAMBAR MIRIP KETUA ARMADA PPBM MULA TERSEBAR

Belum reda isu skandal salah laku seks membabitkan Anina Saadudin, hari ini media digemparkan lagi dengan satu lagi paparan foto mirip Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah pusat hiburan. Foto yang menunjukkan perlakuan tidak senonoh tersebut dikatakan membabitkan Syed dengan seorang wanita berbangsa cina. Dalam komunikasi fato tersebut dijelaskan apa yang berlaku antara Syed dan wanita tersebut ketika mabuk dan menikmati hiburan.

"I ada gambar saddiq drink (minum) arak and ramas breast (buah dada)"

Dalam perbualan tersebut terselit nama seorang individu bernama Rafik tetapi tidak dapat dipastikan siapakah Rafik yang dimaksudkan. Nama Rafik Naizamohideen turut berada dalam komunikasi dalam foto terbabit dan dikatakan telah berjumpa dengan wanita yang berada dalam foto tersebut.

"kalau saddiq tak mengaku amoi ni nak ke depan"

"rafiq minta saddiq lepas jawatan saja", "case closed"

Adakah benar Syed Saddiq individu di dalam foto tersebut? Siapakah sebenarnya yang menyebarkan foto terbabit ketika PPBM masih dalam 'trauma' skandal seks Anina? Jika benar Syed tidak terbabit beliau perlu tampil membersihkan namanya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggunjawab. 

Terdahulu bekas pembantu Anina dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebar perbualan serta foto tersebut namun Haiyan Uqba telah menafikannya dan menyatakan perbuatan tersebut telah menyalahguna nama serta foto beliau untuk membuat status tersebut di facebook. Adakah ini 'KUNCI' yang Anina maksudkan dalam entrinya di facebook yang memberi amaran kepada mereka mereka yang telah berusaha menjatuhkannya dari menjadi Ketua Srikandi PPBM? Adakah akan ada lebh banyak pembongkaran melibatkan moral kepimpinan PPBM kelak?

Sudah tentu perkara ini di pandang serius oleh Pakatan Harapan kerana PPBM mahu bekerjasma dengan mereka dalam PRU14 dan meminta pembahagian kerusi yang sama adil antara gabungan Pakatan Harapan. Tidak mustahil DAP selaku dominan dalam PH akan menekan Mahathir dan Muhyiddin atas salah laku moral orang bawahan mereka sebelum menyertai gabungan PH sebagai sekutu.

"ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA SAYA TEKAN BUTANG KUNCI" - ANINA PEGANG RAHSIA BESAR PIMPINAN PPBM?





ANINA PEGANG RAHSIA SIAPA DALAM 'BUNGA' HINGGA MAMPU TEKAN BUTANG KUNCI DAN GEGARKAN NEGARA?

Seperti jangkaan krisis perebutan kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia belum berakhir walau Anina Saadudin bukan lagi Ketua Srikandi PPBM yang sah selepas SUA PPBM menerangkan status yang sebenar. Pergelutan antara kuasa dan kedudukan dalam parti yang baru seumpamanya pasti akan memakan masa untuk samada pulih atau lumpuh terus.

"saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun"

Itu adalah antara petikan 'AMARAN' Anina dalam skandal salah laku seks yang dikaitkan dengan beliau selama ini. Mengejutkan apabila seorang yang mengaku berjuang untuk rakyat sudah mula pandai menggugut demi mengekalkan penguasaan dalam parti yang belum sampai 6 bulan umurnya. Adakah amaran ini sebenarnya beliau tujukan kepada Mukhriz kerana 'KUNCI' berada dalam genggamannya dan bila bila masa pendedahan boleh dilakukan? Atau Muhyiddin sendiri mempunyai rahsia hingga Anina mampu mengawal Presiden untuk tunduk kepada kemahuannya agar terus dikekalkan dalam AMT PPBM sekaligus berkuasa terhadap jawatan Ketua Srikandi? 

Netizen tertanya adakah Anina memang memegang 'RAHSIA BESAR' kepimpinan PPBM dan akan melancarkan serangan balas jika apa yang dikehendaki tidak ditunaikan pemimpin tertentu? Adakah Mukhriz akan jadi mangsanya atau ada individu lain turut berada dalam radar serangan Anina? Tidak mungkin Muhyiddin kerana Anina perlukan sokongan beliau untuk terus berada dalam kelompok kepimpinan kerana kedudukan Muhyiddin selaku Presiden parti cukup baginya untuk menyelamatkan kerusi yang kini di dududki Anina. Jika Mukriz orang yang Anina maksudkan bermakna beliau akan mengenepikan 'BOBOI' yang selama ini berselindung di sebalik bayang bayang Mahathir untuk kekal dalam arus politik dan menunjukkan bahawa 'BOBOI' tidak berkemampuan jika bukan menumpang nama 'Bapak Boboi' sebagai platform politik kendiri.

Jika inilah watak sebenar seorang yang pernah mahu menyaman Perdana Menteri dan membacakan 'Talkin' kepada Najib di Langkawi satu ketika, apakah beliau seorang yang benar benar ikhlas berjuang untuk rakyat? Asal tidak menurut kehendaknya maka ugutan akan digunakan bagi menundukkan sesiapa sahaja sepertimana Mahathir lakukan ketika berkuasa selama 22 tahun. Siapa lupa bagaimana Timbalan Mahathir dikuburkan karier politik apabila tidak bersetuju dengan polisi beliau? Sesiapa sahaja yang tidak tunduk pada kehendaknya maka bersedialah untuk hilang jawatan dan kedudukan hingga satu tahap memaksa Tun Ghaffar Baba menyerah kalah sebelum bertarung dengan Anwar Ibrahim malah Musa Hitam membawa diri ke London kerana 'merajuk' dengan Mahthir dan bersara terus dari arena politik negara walau pernah menerima jolokan 2M kerana keakrabannya bersama Mahathir namun kerana kuasa dan nafsu politik Mahathir beliau di'kubur'kan. Inilah kaedah yang sedang digunapakai Anina dalam karier politiknya di PPBM kerana beliau hanya mencotohi mentornya iaitu Mahathir.

Siapa dalam PPBM yang mampu melawan 'Medusa Langkawi' ini atau beliau akan terus bebas berbuat apa sahaja dan menconteng arang ke muka keseluruhan PPBM? Adakah skandal ini mampu membantu mereka memenangi PRU kelak? Seperkara yang perlu diingatkan Dato Hamidah Osman merupakan individu yang berpengalaman dalam politik dan mungkin beliau mampu menyekat kemaraan Anina dari terus melakukan kebejatan politik dalam PPBM tetapi persoalannya BERANIKAH Hamidah bertindak? Jika Hamidah tidak berani menyekat 'KUNCI' Anina PPBM pasti akan bergelodak lagi bila butang kunci di tekan dan ketika itu semuanya telah terlambat bagi sesiapa sahaja dalam parti itu berbuat apa apa.


Wednesday, 28 December 2016

'SUMPAHAN MAHSURI' BIKIN ANINA MENCUNGAP 4 KALI - HAMIDAH BAKAL JADI PENCATUR POLITIK PPBM?




HAMIDAH TALKINKAN ANINA? SUMPAHAN MAHSURI TELAH LAMA TAMAT APABILA ANINA MENCUNGAP.

Krisis Srikandi PPBM nampaknya masih belum selesai walau Anina Saadudin dikatakan telah dilucutkan dari jawatan tersebut dengan kenyataan SUA PPBM baru baru ini. Ramai kalangan ahli PPBM kebingungan dengan situasi yang melanda parti serta kepimpinan tertinggi mereka berikutan Penasihat PPBM, Mahathir tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi cuba mengalih perhatian netizen dari mengikuti isu tersebut dengan membuat kenyataan berkaitan BR1M.

Menariknya skandal seks yang dikaitkan dengan Anina telah membongkar kebobrokan parti di bawah naungan Mahathir sendiri. Apabila kumpulan penentang Anina mula menyerang kisah ini satu demi satu kerosakan dan kelemahan sebenar PPBM terserlah. Paling menarik ialah pengakuan masing masing dalam membelanjakan wang sendiri. Ini sekaligus menampakkan apabila mereka berbelanja pastinya ada habuan yang dinantikan sebagai imbalan apabila PPBM berkuasa kelak dan sebelum itu kedudukan masing masing perlu diperkuatkan. Anina tidak kurang hebat mempertahankan diri tetapi masih enggan membuat sebarang laporan polis terhadap dakwaan bekas pembantunya sendiri mengenai bukti 196 mukasurat. Adakah Anina gusar akan kisah sebenar makin terdedah dan ini boleh menjatuhkan maruahnya? Atau beliau mempunyai agenda lebih besar dari hanya selaku Ketua Srikandi PPBM kerana dalam satu transkrip audio perbualan yang tersebar di media sosial, Anina mengaku dirinya sebagai 'The King' dan berani melanggar sesiapa sahaja termasuk Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir sendiri.

Dalam pada itu, kumpulan penentang 'ala suci' yang dikaitkan dengan pembongkaran kes Anina, Dato Hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan dalam entri facebooknya. Cuba mempertahankan diri dengan alasan tidak tahu mengapa di serang bertubi tubi, Hamidah membuat kenyataan menyindir Mahathir dan Mukhriz yang berada dalam kelompok pimpinan tertinggi seolah PPBM milik keluarga Mahathir sendiri. Dalam entri tersebut juga beliau menyeru kepada kumpulan pro Anina agar melaporkan kepada SPRM mengenai isu TEKUN ketika beliau menjadi Pengerusi Tekun.

"ada juga adik adik menyebut kononnya kak midah songlap duit Tekun semasa jadi Pengerusi Tekun. Kak midah ingin mencadangkan jika ada bukti, adik adik buatlah laporan kepada pihak berkuasa. Sudah pasti pihak berkuasa sangat berminat dengan laporan seperti ini"

Mengapa Hamidah tidak berani membuat laporan polis mengenai perkara ini jika itu merupakan satu fitnah ke atas dirinya? Adakah beliau cuba menyorokkan sesuatu dari pengetahuan umum selama menjadi Exco Perak dan Pengerusi Tekun? Beranikah Hamidah membuat laporan polis dan mengemukakan laporan kepada SPRM jika beliau berada di pihak yang benar sekaligus membersihkan namanya dari serangan pro Anina?

Hamidah yang pernah menjadi Exco Perak sering di landa kontroversi membabitkan adiknya Hamizura yang dikatakan menjadi 'Exco Besar' dalam banyak keputusan membabitkan portfolio Hamidah dahulu. Banyak rungutan dari warga Perak yang pernah menjadi mangsa 'politik' Hamizura mengkritik Hamidah dan adik beradiknya kerana amalan kronisme semasa berkuasa. Adakah kritikan itu semuanya fitnah bagi Hamidah? Jika semua itu fitnah maka wajar beliau mengambil tindakan tegas tetapi jka tiada tindakan apa yang di dakwa oleh warga Perak mengenai sikap adik beradik serta beliau akan di anggap benar oleh netizen maya yang mengikuti semua perkembangan mereka di facebook. Beranikah Hamidah dan Hamizura mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap tuduhan penyokong Anina?

Dalam pada itu timbul desas desus mengenai gerakan menjatuhkan Muhyiddin kerana beliau tidak mampu menyelesaikan isu Anina hingga semua kisah dalaman PPBM terbarai. Gerakan yang di ketuai oleh individu yang tidak di ketahui ini sudah bermula sejak isu Muhyiddin dikaitkan dengan seorang individu bernama Nika Gee. Adakah Muhyiddin tidak mahu mengambil tindakan kepada Anina kerana beliau juga mempunyai isu yang sama? Tersebar dalam facebook PPBM akan mengadakan mesyuarat agung mereka seawal Januari 2017 dan akan terus mengusulkan pemecatan Muhyiddin serta melantik Mukhriz sebagai Presiden baru selaras dengan kehendak Mahathir. Adakah perkara ini benar selepas rancangan meranapkan semua pengaruh serta orang Muhyiddin dalam PPBM berjaya dilakukan? Sejauh mana kebenaran ini tidak diketahui.

Kini PPBM hanya menanti masa untuk dikuburkan jika mereka bertanding dalam PRU14 kerana Pakatan Harapan pastinya tidak akan memberi ruang kepada mereka menguasai lebih banyak kerusi berbanding Pakatan sendiri. Anina pernah men'TALKIN'kan Najib di Langkawi dan kini beliau terkena sumpahan sendiri apabila beliau di'TALKIN'kan oleh ahli PPBM sendiri sebelum mampu menjadi Menteri dalam kabinet Mahathir. Sumpahan Langkawi sudah berakhir apabila waris Mahsuri kini hidup aman damai di negara jiran tetapi Anina yang cuba menjadi 'Mahsuri' mencungap 4 kali kerana klimaks dalam transkrip seks yang terdedah kepada umum.









Tuesday, 27 December 2016

BR1M ITU RASUAH,SKANDAL SEKS ITU BIASA? - KRISIS KEPERCAYAAN MELANDA PPBM KERANA MAHATHIR






'GENG GOPENG' DALANG SEBENAR JATUHKAN ANINA? - PPBM DI LANDA KRISIS KEPERCAYAAN


Krisis kepercayaan yang melanda PPBM diburukkan lagi dengan kenyataan Mahathir yang menyatakan penerima BR1M umpama menerima rasuah dari kerajaan. Ahli parti yang terpinga-pinga dengan kenyataan Mahathir mula meragui niat sebenar Mahathir yang dikatakan melangkaui Presiden PPBM sendiri dan tidak mempedulikan keluhan ahli parti yang selama ini menerima bantuan BR1M. Satu sumber mendedahkan Mahathir telah mengarahkan AMT PPBM membuat laporan polis terhadap kerajaan berkaitan pemberian BR1M. Tidak dapat dipastikan dari mana sumber tersebut tetapi berita ini telah tular dalam media sosial. Benarkah Mahathir telah berbuat demikian?

Langkah Mahathir ini dipercayai untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu skandal salah laku seks Ketua Srikandi PPBM yang diperkatakan orang ramai. Kedudukan Anina bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Setiausaha Agung PPBM mengeluarkan kenyataan jawatan Anina itu hanya sementara kerana parti tersebut belum membuat pemilihan secara sah. Sekali lagi kekeliruan melanda PPBM yang baru ditubuhkan kerana membuat perlembagaan mengikut kehendak individu tertentu bagi memastikan tiada siapa yang boleh melawan sebarang perintah individu tersebut. Siapa individu terbabit yang mempunyai pengaruh begitu kuat terhadap sebarang perubahan perlembagaan parti?

Krisis Anina sangat menarik kerana kedudukannya sebagai Ketua Srikandi tidak mendapat sokongan dari Perak dan cara Anina melantik individu yang disuakinya sebagai pembantu di cemuh oleh beberapa pihak yang selama ini tidak menyenangi Anina Saadudin. Antara yang lantang bersuara mendesak Anina meletak jawatan atau digugurkan sebagai Srikandi PPBM ialah Hamizura Osman adik kepada Dato Hamidah Osman mantan Exco Perak. Walau Haiyan Uqba menafikan pembabitan Hamizura namun satu transkrip perbualan telah tersebar dalam media sosial. Dalam perbualan tersebut mengakui beliau adalah individu yang membongkar skandal salah laku seks Anina sekaligus ahli PPBM menjadi lebih keliru dengan kenyataan bekas pembantu Anina yang mendedahkan beliau mempunyai 196 mukasurat bukti salah laku Anina selama ini. Transkrip perbualan itu tidak diketahui keasliannya dan jika perkara tersebut palsu maka Hamizura perlu membuat laporan polis dan  mengambil tindakan kepada mereka yang mengeluarkan transkrip tersebut.

Adakah ini serang balas dari pro-Anina terhadap duo Osman berikutan 'perang saudara' dalam kepimpinan PPBM? Jika ini serangan balas maka perang besar bakal berlaku sekaligus membuka mata rakyat mengenai ketelusan parti itu yang kononnya berjuang untuk rakyat teteapi sebenarnya hanyalah bersandarkan perebutan kuasa mereka yang kecewa dalam politik. Langkah Pakatan Harapan yang masih belum menerima kemasukan PPBM dalam gabungan dikatakan langkah bijak DAP menilai sejauh mana kemampuan Muhyiddin Yassin mentadbir sebuah parti sebelum mereka diberikan kedudukan untuk mengambil alih kerusi di PRU14 kelak. Namun sehingga hari ini nampaknya Muhyiddin, Mukhriz masih belum mampu untuk memberi impak terhadap Umno, Barisan Nasional kerana krisis dalaman yang semakin memuncak ini. Muhyiddin sebenarnya di lihat sebagai Presiden yang lemah kerana beliau sendiri turut terpalit dengan skandal yang agak memalukan dan bagi Mukhriz pula beliau masih dibayangi Mahathir.

Kesimpulannya Pakatan Harapan tidak akan memberi ruang kepada PPBM untuk mengambil seberapa banyak kerusi yang diingini kerana selagi Mahathir bersikap DIKTATOR maka semua kemahuannya perlu dipenuhi dan ini tidak di terima sama sekali oleh Pakatan Harapan. Dengan 'Perang Dunia Ke-5' yang di hadapi PPBM menambahkan lagi keraguan rakyat dan pengundi atas pagar terhadap PPBM dan Pakatan Harapan.







Monday, 26 December 2016

"HORMAT SIKIT PADA TUN DAN HARAPAN RAKYAT LA CI**I!!!" - AKTIVIS POLITIK PRO PKR SINDIR PPBM





TIDAK TAHU TUTUP MULUT - AKTIVIS PRO PKR SINDIR PPBM ISU ANINA

Seorang demi seorang penyokong tegar Mahathir mula gelisah dengan kisah 'Perang Dunia Ke-5' PPBM dan mereka mula menyuarakannya di laman media sosial masing masing.

Salah seorang daripada mereka ialah suami kepada 'Ratu Naga' yang sebelum ini bermati-matian mempromosi PPBM sebelaum menyertai PKR. Menurut sumber tindakan Ratu Naga menyertai PKR adalah kerana kecewa dengan Mahathir yang enggan melayan beliau dalam satu perjumpaan tertutup media maya pro Mahathir tidak lama dahulu. Mahathir juga enggan melayan permintaan Ratu Naga yang dikatakan meminta sejumlah wang sebagai upah untuk kerja kerja mengumpul maklumat untuk melengkapkan petisyen Deklarasi Rakyat yang gagal dipersembaghkan kepada Yang DiPertuan Agung. Kejutan berlaku semasa tempoh mengumpul tandatangan apabila seorang pemuda telah mendakwa Ratu Naga menipu beliau dalam urus niaga penama untuk menandatangani petisyen tersebut. Ratu Naga di dakwa berjanji untuk membayar RM5000.00 untuk data yang akan dimasukkan sebagai penyokong deklarasi namun pemuda tersebut tidak mendapat bayaran penuh. Oleh kerana berasa tertipu maka beliau tampil mendedahkan semua penipuan oleh Ratu Naga dan hal ini dipercayai menjadi salah satu sebab Mahathir enggan lagi menggunakan khidmat Ratu Naga.

Dalam isu Anina Saadudin pula, Ratu Naga cuba memperlekehkan kemampuan pasukan siber Mahathir dan Ketua Srikandi PPBM apabila membandingkan cara ahli Parlimen PKR menguruskan semua kerja tanpa menggunakan ramai khidmat pembantu tidak seperti Anina yang telah melantik beberapa orang sebagai pembantu khas beliau walau belum bergelar ahli parlimen dan masih dalam tajaan. Sindiran sinis Ratu Naga dipercayai adalah perintah dari seseorang yang pernah rapat dan pernah bekerjasama dengannya sebelum menyertai PKR.


Di bawah adalah transkrip dari akaun facebook suami Ratu Naga.


~Isu sayap Srikandi PPBM ni betul2 buat saya meluat rasa nk muntah....cukup2 la menyalak tu...lu org nk bising2 mcm lahanat pasal apa? Lu betul2 dont have respect pd Tun dan harapan rakyat. What the fuck are u people thinking?

Kejar jwtn jd agenda utama lu org ka? Meluat la baca, geli pun ada la.....Lu org tk penting la, yg penting harapan rakyat......mcm ni ke lu org kata berjuang untuk rakyat bila gugur dr jwtn 'protem' lu org menyalak2 mcm anjing kena pukul? Kalau lu org tk boleh hormat keputusan kepimpinan mcm mana lu expect rakyat dan ahli parti nk hormat lu?


Saya aktivist politik saja, dok tepi jalan bkn ada apa2 jwtn tp saya letakn keutamaan saya pd rakyat sbb saya rakyat....Lu ingat jwtn yg lu kejar tu boleh bwk mati ka? Nk org hormat lu tp lu tk cermin diri sendiri sama ada lu org layak atau tk?

Hormat skit pada Tun dan harapan rakyat la cibai!!! Perangai mcm lahanat lu org ni......nk attack saya balik lps ni, please make sure lu org ada enough weapon in ur arsenal....i dont give a fuck who u are...keutamaan saya bukan lu org tp perjuangan rakyat!!!~

Pautan kepada pemilik akaun facebook : https://www.facebook.com/ezadsolaris#

SKANDAL PPBM MASUK ERA 'PERANG DUNIA' - MUHYIDDIN JADI 'TEKUKUR' TAKUT HILANG JAWATAN?






'PERANG DUNIA KE-5' BAKAL TENGGELAMKAN ARMADA PPBM 

Perang besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kian panas dengan penyingkiran Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang disifatkan sebagai permulaan 'kehancuran' parti tersebut. Anina yang dikaitkan dengan skandal salah laku seks selepas transkrip mesej berbaur lucah tersebar dan beliau dikatakan sebagai salah seorang yang terlibat kerana hingga kini tiada sebarang laporan polis di buat untuk menafikan pembabitannya.

"tetapi hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh" memetik kenyataan Anina kepada FMT.

Kekeliruan mengenai status jawatan Anina dalam PPBM turut membuat penyokong dan ahli parti mula berasa hairan dengan perlembagaan parti yang baru 3 bulan ditubuhkan itu. Menurut sumber, penyokong kuat Anina mula berasakan mereka tertipu dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut kerana tidak konsisten dalam mengambil tindakan serta menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi 'pilih kasih' kerana mereka tidak berbuat apa apa dalam isu melibatkan Presiden PPBM sendiri tetapi dengan pantas mengambil keputusan menghukum Anina kerana desakan pihak tertentu.


Anina mendakwa beliau telah mengangkat sumpah pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadi Ketua Srikandi PPBM namun menurut Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh kedudukan Anina hanyalah sebagai penaja sahaja. Ini menimbulkan lagi keraguan mengenai kemampuan parti tersebut yang bercita cita tinggi untuk menyingkirkan PM Najib pada PRU14 sedangkan susunan kepimpinan porak poranda malah lebih memeningkan mereka Muhyiddin Yassin selaku Presiden seperti 'Boneka' yang hanya berdiam diri dan mengikut apa juga keputusan yang Mukhriz dan Mahathir mahukan. Kredibiliti Muhyiddin sebagai Presiden sudah mula kedengaran apabila Mahathir di lihat lebih mendominasi program yang PPBM aturkan dalam siri jelajah mereka.

Pakatan Harapan yang masih belum menerima kemasukan PPBM secara sah dalam gabungan pasti akan menarik nafas lega dengan 'Perang Besar' yang berlaku kerana jika mereka salah percaturan segala impian untuk menawan Putrajaya akan berkecai akibat perebutan 4 parti dalam Pakatan Harapan. Walau ada antara gabungan Pakatan menawarkan kerusi untuk PPBM tandingi dalam PRU14 kelak pastinya PPBM masih belum boleh diberikan keistimewaan memilih mana mana kerusi yang dikehendaki dan berapa jumlah yang mereka mahukan. Bukan mudah bagi DAP selaku parti dominan dalam Pakatan mahu melepaskan kedudukan mereka kepada PPBM kerana Mahathir punyai rekod yang agak tidak baik bagi mereka semasa masih berkuasa. Hubungan baik sesama mereka dikatakan hanya sebagai propaganda mengelirukan rakyat dan mencari simpati semata-mata. PAN selaku sekutu gabungan Pakatan pasti tidak mahu memberi laluan mudah memandangkan mereka mahu bertarung dengan PAS manakala PKR pula mahu mempertahankan Selangor daripada di rampas BN. DAP sudah tentu mahu memecah tembok Johor dan Pahang serta mempertahankan P.Pinang dan cuba merampas Melaka jadi di mana sebenarnya kerusi untuk PPBM?


Kemelut 'Di Muara' yang melanda PPBM merupakan tanda aras sebenar niat Mahathir bersama konco-konconya yang hanya berlandaskan dendam dan nafsu kuasa. Agenda untuk rakyat hanyalah retorik yang mereka taburkan sepanjang jelajah dan segala tuduhan terhadap kepimpinan Najib masih belum mampu mereka buktikan dan ini turut diakui sendiri oleh Mahathir. Muhyiddin yang mendakwa bermacam perkara tetapi hingga kini belum berani mengheret Najib ke Mahkamah dan Mukhriz yang satu ketika dahulu agak sombong dengan rakyat Kedah kini sudah mula berlakon 'Suci' mendekati rakyat walau rakyat Kedah tahu semasa beliau menjadi MB Kedah masanya banyak diluangkan di Kuala Lumpur.

Kini semua mata pemerhati tertumpu kepada PPBM bagi melihat bagaimana kepimpinan PPBM menyelasikan masalah yang melanda mereka sebelum melangkah lebih jauh dalam arus politik perdana. Jika masalah Anina pun tidak mampu diselesaikan bagaimana mereka mahu membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan? Sudah tentu kekacauan akan timbul bukan sahaja perebutan bagi jawatan utama pentadbiran negara malah perbalahan mungkin akan terjadi hingga melibatkan ahli serta penyokong Pakatan Harapan. Ternyata dengan gabungan mereka masih belum mampu menandingi rekod cemerlang Barisan Nasional sejak 1957. Rakyat sendiri memerhati semua ini dan pastinya golongan atas pagar tidak mahu satu pakatan yang kucar kacir memerintah negara sekaligus merosakkan semua perancangan yang direncanakan bagi membangunkan Malaysia.